SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, March 31, 2012

Tak padan kecik



Ini budak amatlah menggerunkan aku. Perasan dah besar sangat ok. Tengok la tu. Siap boleh sengih aku amik gambar.

Masa aku amik gambar tadi tu dia tengah syok dok meniti kerusi tu. Aku la kena standby kat belakang dia. Pandai berdiri tapi tak reti nak duduk. Bila nak turun mula la buat landing lepas tangan.

Dia ingat dia superman ke hapa tah.

Ni abah dia tak ada sebulan. Huru hara la aku.

Posted via MyAndroid

Thursday, March 29, 2012

Pening N Nak Muntah Tanda Stress Melampau Ke?

Assalamualaikum

Hari ni nak betulkan bajet lagi. Bos suruh buat bajet jangan lebih 400k. Aku tengok dah melampau je bajet aku ni. Tapi tu semua bos yang suruh tambah itu ini. Dah aku nak godek tang mana pulak nak kasi ngam-ngam figure tu.

Kurang semangat sikit hari ni. Dengan keja berlambak. Tekanan perasaan aku. Semalam sakit kepala n rasa nak muntah. Jangan pikir Hana nak dapat adik pulak. Aku rasa itu simptom stress melampau.

Dah la bulan depan Abang Misai pi kursus sebulan. Kat Langkawi lagi. Terkontang kanting la aku nak handle budak bertuah 2 orang tu. Dua-dua manja. Si Abang kalau aku tak pay attention kat dia nanti terjerit-jerit la dia panggil aku. Yang si Adik keja nak berkepit je celah ketiak.

So, Sabtu ni aku kena hantar Abang Misai ke opis. Pagi buta pulak tu. Nak bawak ke budak-budak tu. Karang balik bertiga je jenuh aku bersilat. Dah la lontaran vokal Hana tu sampai oktaf ke 7. Boleh terkeluar segala isi telinga ni dengar dia menjerit. Nak drive pun tak aman.

Ok la. Aku nak sambung buat bajet.

Wednesday, March 28, 2012

Kena Betulkan Bajet Lagi

Assalamualaikum

Aku kebuluran dan kepenatan. Bukan penat badan tapi penat otak. Ni semua gara-gara bincang pasal bajet projek dengan bos. Berpinau bijik mata. Banyak pulak tu nak betulkan. Aku baru ingat nak amik time off petang ni pasal nak pi amik cheque. Macam tak sempat je.

Aku nak siapkan hari ni jugak. Esok nak buat benda lain pulak. Nak check fail MSO. Minggu depan ada audit. Dah la auditor garang nak mampos. Aku kenal auditor tu sebab dia timbalan dari Selangor. Dulu aku pernah kena tengking dengan dia. Padahal nak mintak maklum balas je. Kedekut ah! Pi marah-marah. Macam bagus.

Eh, sat lagi sambung. Timbalan ajak makan. Hewhewhew...

Ok dah kenyang perut suka hati mak pak aku dah. Ahahaha! Makan kat cafe dengan timbalan. Tak pernah-pernah aku makan berdua dengan timbalan. Dah dia ajak. Aku on saje. Kot buleh dapat markah penilaian tinggi nanti. Kahkahkah! Ada udang sebalik mee pulak.

Jadi mari la kita menyiapkan bajet dengan kadar segera. Kalau cepat abes buleh mintak time off.

Ok, papai~~

Tuesday, March 27, 2012

Amir dengan bird



Amir dengan belon bird. Ni masa kat jusco bandar perda.

Seronok tengok dia happy. Ummi sedih takpe. Jangan anak ummi sedih.

Posted via MyAndroid

Amir Makin Keletah

Assalamualaikum

Kebosanan di opis. Kena amend balik bajet yang dah buat. Timbalan kata nampak macam sikit sangat. Hukhukhuk...

Semalam aku tido awal. Penat macam baru lepas membajak sawah. Jadi lebur la semangat mahu melipat kain baju yang berlonggok. Tengok la kalau larat aku lipat malam ni pulak.

Tetiba teringat Amir. Kelakar pulak bila teringat keletah dia sekarang. Mulut makin potpetpotpet macam mak nenek. Macam pagi semalam masa nak hantar dia pi rumah Toksu. Ada lori lalu depan simpang.

'Tu diaaaa... Besaqnya lori...'

Tergelak besar aku dengar. Macam orang tua ok. Nak tido lagi la jenuh nak melayan. Amir sebelum tido mesti nak bercerita. Aku kadang-kadang main angguk je sebab dah mengantuk. Tapi mulut dia punya la menceceh.

'Ummi, petang tadi Amir jalan-jalan. Nampak ummi boh dengan anak dia. Ummi boh besaqnyaaaa...'

Boh tu adelah lembu ye. Ummi boh tu dah tentu la mak lembu. Aku tak tau apesal dia panggil lembu tu boh. Tapi bila aku cakap lembu dia faham la apa binatang tu.

Tikus pun lagi la. Dia panggil tuih. Hahaha!

Still ada pelat-pelat la time bercakap tu. Kadang-kadang aku tak faham pun. Just iyekan aje. Selagi kita tak iyekan dia asek ulang je la.

Tapi yang buat aku hangin tu dah pandai sebut babi. Dibabikan aku pulak tu. Toksu Amir cakap maybe dia dengar kawan-kawan dia masa kat rumah Toksu cakap macam tu. Aku cakap la dengan dia tak baik cakap macam tu. Amir boleh gelak-gelak je.

Pagi tadi masa hantar dia aku pesan la,

'Amir nanti pi dok rumah mak buat perangai elok-elok ye.'

'Hmmm... Nanti Amir jaga adik.'

Alahai.... So sweet la Amir ni. Memang dia sayang kat adik dia. Tok Wan acah-acah nak amik pun muka dah sebik. Bergenang air mata. Very the hati tisu tau ini budak.

Kan best kalau aku tak payah keja. Dok rumah je jaga anak-anak.

Sob... Sob...

Tetiba nak dalam hati ada taman.

Monday, March 26, 2012

Weekend Yang Penat

Aku adalah sangat letih. Tengkuk ni pun sakit je. Rasa macam cerita shutter pulak bila asek sakit tengkuk ni. Hish! Seram wokey.

Tadi pun tido kejap lepas lunch. Elok sangat kan. Lepas makan then membuta. Sangat la mengumpul kolestrol dan lemak-lemak di badan. Dah la lemak kat perut ni macam makin banyak. Marah sungguh tau. Terbuai-buai je perut haku. Huhuhu...

Weekend lepas, hari Sabtu membawa anak-anak ke tournament boling opis. Saje menjenguk. Abang Misai tak ikut. Dia keja petang. Aku angkut akak aku yang kebetulan nak amik barang tupperware dia.

Sepanjang perjalanan Amirah Raihanah adelah melalak. Macam nak terkeluar taik telinga aku dengar dia nangis n jerit-jerit. Tetiba pulak angin apa ntah asek nak berkepit celah ketiak aku ni haaa... Bagi susu pun tak nak. Bagi mainan pun sama la ditolak. Asek berenti la cari stesen minyak. Elok akak aku pas kat aku senyap sengih-sengih. Sangat drama queen woh ini budak.

Bagi dia nenen sampai tertido. Campur letih melalak kot. Baru la aman nak drive. Bagi susu botol pun tak hendaknya dia. Nasib la Amir Ridhwan behave je.

Dok tengok staf aku berboling lepas tu blah. Amir pun bosan dok situ kot. Asek la cakap nak tengok laut la, nak tengok ikan la. Dari atas tempat boling tu memang buleh nampak laut. Tapi budak-budak mana buleh dok dia setempat. Jadi kitorang terus pi kedai tupperware.

Barang tupperware je penuh 1 kereta. Hahaha! Tu dia bakal usahawanita berjaya.

Lepas tu melepak sat kat Jusco Perda. Aku nak cari apa sebenarnya kat sana? Ohhhh.... Melepak makan KFC. Amir asek cirit je semalam. Penangan KFC ke hape tah la. Kesian dia. Tetiba dok pegang bontot time tengah main. Dia sekarang tak pakai pampers kecuali time tido. Rupanya dah terberak dalam seluar. T_T

Kat Jusco tu sebab nak makan je. Lepas tu lalu kedai ada jual barang-barang Angry Bird. Dah janji dengan Amir nak beli belon bird. Ada pulak. Beli la 1. Lepas tu dia kata nak jam bird pulak. Aku beli kipas mini bird sebab dia mana reti lagi tengok jam. Bulan depan la belikan jam. Kesian pulak dok berangan pakai jam aku.

Ahad pulak mendobi baju yang dah penuh 1 laundry bag. Petang pi Tesco dengan Abang Misai beli beras.

Hari ni nak lipat kain baju. Aku penat sangat semalam tak berlipat kain baju tu. Tersadai dalam bakul.

Ok, nak sambung buat bajet. Gila lama aku buat bajet. Sebab pening pikir apa lagi yang nak dikira. Hidden cost kot ada.

Bye....

Tuan blog tayang muka



Assalamualaikum

Spek baru ai..

Cantik tak? Muahhaha!

Ke ada rupa macam cikgu Bedah?

Hikhik..

Nampak sangat pipi macam kuih pau dah bulatnya.

Posted via MyAndroid

Friday, March 23, 2012

Esok boling



Assalamualaikum

Pagi tadi keluar je jambatan terus jammed. Aku suspek mesti ada eksiden. Sebab memang tak pernah jammed time-time tu. Ada la sekali dua pasal eksiden n jpj buat roadblock. Rajin benau la buat roadblock pagi-pagi khennn...

Ye, tepat tekaan aku. Ada eksiden. Keta dah alih ke tepi. Tapi orang nak tengok yang jadi slow tu.

Nasib baik punch card tak merah. Nak simpan rekod ni jadi pekerja cemerlang. Kihkihkih..

Esok ada pertandingan boling. Aku tak main. Jadi pompom girl untuk staf aku je. Aku pernah main sekali tapi tak pernah melalui jalan yang lurus. Ke longkang je so malas dah aku nak main.

Maka pagi subuh sepi'e dah kena keluar sebab penganjur nak start 8.30 (awal gila).

Aku angkut budak-budak sekali. Kesian pulak nak tinggal.

Eh, aku tengah meeting ni. Kahkahkah.. Sempat ko up entry.

Papai. Bos dah jeling tu. ; p

Posted via MyAndroid

Thursday, March 22, 2012

Gaji Baru Next Month Ye

Assalamualaikum

Nak pikir nak taip apa pun dah lebih seploh minit aku tengok screen pc ni. Seriously, otak adalah amat blur dan blank.

Keja macam biasa la. Berlambak, berlonggok dan segala macam ber lagi. Bos pulak asek la tanya pasal kursus. Penat aku dok follow up sampai orang naik menyampah nak jawab call aku.

Oh, hari ni gaji. Tapi gaji baru belum masuk lagi. Next month. Pakcik kayo sekejap la gitu. Kihkihkih... Siap calculate tadi berapa gaji naik. Sangat tak sabar kan. Dah berangan nak beli itu ini. Padahal aku ni bab shopping lemau je. Sekali beli barang pakai la sampai dah rebeh baru beli baru.

But aku tak banyak tudung cantik-cantik. Jadi teringin nak shopping tudung. Sekarang asek ulang pakai tudung sama je. Anak buah tengok pun mesti cakap bos sengkek. Kahkahkah! Tengok orang pakai shawl macam cantik. Jadi mahu buat transformasi. Mana nak cari silk shawl yang cantik-cantik ek?

Tapi bulan ni tengok dulu cuci-cuci mata la ye. Tadi pun dapat gaji terus bayar segala bil online lepas tu calculate bajet terus rasa macam nak nangis. Nama je pegawai tapi memang kopak la. Sob... Sob...

Ok la. Aku nak makan ayam goreng sejuk keras kejung yang aku beli kat pasar malam semalam. Tak abes so bawak mai opis.

Meh la makan sekali. ;p

Tuesday, March 20, 2012

:(

Assalamualaikum

Tengah serabut. Aku rasa nak menjerit dalam opis ni. Boleh?

Penat sangat dengan keadaan sekeliling. Dengan orang yang tak faham. Dengan orang yang suka menyalahkan.

Penat sangat la....

Friday, March 16, 2012

Keciritan Semalam

Assalamualaikum

Mak penat noks.... Banyak keja....

Amirah Raihanah kat rumah tu dah baik kot demam. Semalam time aku balik badan dia tak panas pun. Ummi dia je yang bermasalah. Cirit melampau. Dari tengahari sampai ke malam.

Tapi bila malam kepala dia start panas balik. Tapi tak teruk la. Aku tepek dengan towel basah je. Itu pun kena tepisan kung fu. Dia tak suka weh badan kena lap-lap dengan towel basah tu. Melalak macam kena dera.

Maka aku tepek la slow-slow tak bagi dia terjaga. Nak tampal cool fever lupa pulak nak beli padahal semalam dah menyinggah kedai.

Tak sabar nak balik jumpa budak bertuah 2 orang tu. Kerinduan weh. Macam duduk jauh pulak. Tapi still aku pi keja melintas lautan tau. Hakhakhak! Poyos.

Ok la. Aku mengantuk. Tapi rehat dah abes. Kena buat keja. Mental blocked dah ni nak siapkan keja punya pasal. Aku tak buleh berfikir.

Rasa nak shopping.

Gaji next week.

Tensen....

Thursday, March 15, 2012

Macam Mana Nak Bagi Budak Kecik Telan Ubat Tanpa Muntah

Assalamualaikum

Aku kat opis. Kena datang jugak sebab ada keja yang nak disetelkan. Hana belum kebah lagi demam. Pagi tadi time aku pi keja panas je kepala dia. Siap merengek-rengek lagi. Tak sedap badan la tu.

Malam semalam dah bawak pi klinik. Doktor bagi ubat demam n ubat panas badan je. Antibiotik takde sebab Hana tak batuk n selsema. Time doktor check pun bukan main melasak panjat sana sini.

Masalah adelah bila nak bagi ubat. Dia memang tak pernah telan ubat semenjak lahir sebab tak pernah demam. Hari tu time sunat dapat ubat. Masuk dalam syringe. Sekali picit sikit dalam mulut dia muntah selambak. Picit sikit lagi nak abeskan ubat lagi selambak. Sudahnya ubat tak abes tapi muntah berlambak-lambak. Abes aku bermandi muntah.

Semalam pulak ubat yang dapat tu manis. Tak ada la pahit macam ubat sunat hari tu. Tapi dia buat muntah jugak. Tu baru letak sikit tepi-tepi mulut je. Terus aku pass baton suruh Abang Misai bagi. Biar dia pulak mandi muntah. Hahahaha! Keji sungguh kan. Muntah tapi tak banyak macam dia muntahkan aku hari tu. N yang pasti sama spesies macam Abang Amir, tak suka makan ubat.

Pening kepala aku memikior cara nak bagi dia makan ubat. Sebab ubat tu tak sempat telan masuk mulut dah keluar dengan muntah dia. Adoi laaaa.... Serupa tak makan ubat je.

Perlu ke bancuh sekali dengan susu? Karang susu pulak dia tak nak minum.

Malam semalam dia punya meragam nak berdukung di tengah malam. Aku la jenuh mendodoi dia. Kesian tengok bila dia sakit.

Pagi tadi pulak aku tak dapat nak hantar. Sebab aku dok bawak kenderaan berat laki aku. Tak berani sebab rumah Toksu diorang jalan kampung. Sekali aku haruk dengan kereta laki aku karang abes terburai bumper pulak. Jadi suruh Abang Misai hantar sebab dia tak reti-reti nak siapkan repair kereta aku.

Aku nak buat keja ni. Banyak gila. Huuuuuuuuuuuuuu..... Dah la orang yang aku nak buat reference semua bercuti. Korang ni pakat cuti ke hape? Tau la cuti sekolah.

Jadi mari sambung keja. Tengahari sat lagi nak pi keja luar pulak.

Papai.

Wednesday, March 14, 2012

Ni dia muka budak demam tu.



Budak demam badan panas tapi melasak bukan main. Tidur pun tak mau.

Ummi pulak rasa macam nak demam tengok hang ni dik oii!

Posted via MyAndroid

Demam tapi macam tak demam



Assalamualaikum

Aku kat rumah. Amik EL. Si hana demam. Nak tido malam tadi dah rasa kepala dia panas. Tapi tuan punya badan elok je melasak.

Sepanjang malam tido sampai ke pagi memang panas la kepala n badan dia. Dah la tu. Kerja asek nak bergayut kat tetek.

Maka aku pun amik la EL. Kot aku pi kerja karang dia meragam pulak kat rumah toksu.

Tapi badan je panas. Orangnya punya la cergas. Terpanjat sana sini. Macam tak demam pulak.

Kalau abang amir dulu dah melepek je. Ni la 1st time hana demam. Jadi ummi eh amat la risau sebab sepanjang 7 bulan ni hana tak pernah demam. Setakat hidung berair tu ada la.

Hope hana demam ni sebab nak pandai jalan la. Kot tak pun nak tumbuh gigi.

Ok. Nak tengok abang amir dia dok buat apa la tu.

Posted via MyAndroid

Tuesday, March 13, 2012

Nyaris Nak Rentung

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak update kan. Mood merudum la. Kemalasan bermaharajalela. Banyak benda nak pikior. Maka terbiar la blog ni tanpa update. Ala, kalau update pun cerita aku ni balik-balik tang tu jugak la. Bosan kan. Hahaha! Eh, perasan. Ada ke orang baca blog awak nih. Muahahaha!

Weekend lepas pi merambu dengan akak aku. Laki aku takde. Lepas balik dari Langkawi pi Johor pulak. Bz mengalahkan Najib. Nyampah haku. Minggu ni seminggu dia melepak kat rumah. Cuti. Dok rumah pasang radio baru kat keta aku. Tak ada la aku pi keja hari-hari dok pasang radio henpon je.

Disebabkan hari ni keta aku tersadai kat rumah terpaksa la aku pi keja bawak keta Abang Misai. Aku panggil kenderaan berat. Bunyi keta dah macam lori. Maklum la, macam-macam dimodified. Seriau aku nak bawak keta orang tua tu tau. Dia dah potong spring kasi rendah. Sat lagi aku ni mana reti bawak keta slow-slow. Lalu bumper pun aku taram melambung-lambung orang dalam keta. Ni bawak keta rendah-rendah ni ada tertanggal bumper depan tu. Kahkahkah!

sambung cerita weekend lepas. Aku merambu pi VIP Celebration Tupperware. Tengok akak aku naik pentas. Amik hadiah di atas kegigihan dia berusaha menjadi usahawanita berjaya. Tak amik gambar pulak sebab aku bawak 2 orang budak lasak tu. Tapi Hana keja adalah tido sepanjang masa sebab dalam dewan sejuk. Amir pun setakat terlompat-lompat dengan sepupu dia kat sebelah kerusi je.

Balik dari event tu pi kedai buku kat Jusco Perda pulak. Nak mengabihkan voucher buku 1 Malaysia akak aku. Pukul 9 baru sampai rumah. Elok sangat la sampai rumah budak 2 orang tu tido. Hana je ngamuk kejap sebelum tido tu. Penat sangat padahal ummi dia yang dok dukung dia merata. Tak bawak stroller. Keta MyVi tak muat bubuh stroller dia.

Malam tu pulak Alhamdulillah aku tido lewat. Dok berkurung dalam bilik membelek muka. Kehkehkeh... Keluar nak pi dapur dah macam pelik apesal ada bau-bauan ni. Bukan bau wangi. Tapi bau kari. Padahal 1 rumah dah gelap gelita. Pi jenguk dapur tu dia...... Mak mertua aku panaskan kari lupa nak tutup api. Dia dah selamat dibuai mimpi kat dalam bilik.

Tengok dalam periuk kuah tu dah kering separuh. Perghhhh!!!! Allah gerakkan hati aku ni tido lewat n jenguk ke dapur. Kalau tak sah-sah rentung dah 4 beranak. Tak ada la aku mengupdate blog ni sampai bila-bila kan. Memang syukur sangat-sangat la.

Ahad pulak Abang Misai dah balik dari Johor tapi tengahari pi keja pulak. Jadah apetah keja hari Ahad. 24 hours pulak tu. Sempat la kejap dok melayan Amir main-main.

Hari Ahad tu aku mendobi. Dah penat mendobi n jemur segala kain tu dok la melepak. Tertido pulak sebelah Amir. Hana pun tido jugak dalam buai. Tetiba tersedar hujan lebat gila. Teringat baju yang dok bersidai kat belakang. Huwaaaa!!!! Abes basah. Dengan aku sekali basah kuyup. Si Hana pulak time tu la bangun melalak-lalak. Langsung tak nak dok bawah. Tukar baju sup sap sup sap dok kelek budak bertuah tu pulak.

Akibatnya dapat la sakit belakang yang amat sangat. Nak tegakkan badan pun tak boleh. Hari ni pun sakit lagi belakang aku.

Kesimpulannya weekend lepas aku adelah bz.

Ok tu je. Babai!

Monday, March 12, 2012

Berseni sungguh



Hasil kerja seni amir. Habis dia korek bedak miyami aku.

Semalam dok busy tak perasan la dia dok mengerjakan bedak tu.

Asalnya bagi hana sebab nak bagi dia diam. Tapi abang dia pulak la yang amik. Nasib tak dikorek sampai habis.

Hukhukhuk..

Hai la anak. Sabor je la.

Posted via MyAndroid

Thursday, March 8, 2012

Sila Bersabar Ye Orang Admin

Assalamualaikum

Di opis sambil ketawa berdekah-dekah mendengar keputusan mengenai SBPA. Hamik ko! Beria buat dah mansuh pulak. SSM ditambah baik.

Aku nak cakap banyak pun malas. Sebab pada aku SBPA tu boleh je laksana dengan syarat gaji tu je revise balik. Orang pun tak marah.

Ini dah bertungkus lumus orang kat admin tu buat keja sampai ke tengah malam sediakan borang untuk sign tetiba tak jadi pulak. Buang tenaga. Buang duit. Eh, banyak la buang. Buang air liur bagi taklimat sampai dok bertegang leher (ni kat opis aku la. Haha!).

Itu je la komen dari aku yang menurut perintah. Kahkahkah!

Tuesday, March 6, 2012

Cibi Pulak

Assalamualaikum

Lambat update sebab banyak keja. Tambah pulak perut sakit abes spoil segala mood. Dari pagi tadi tercirit je ni. Sampai dah tak ada benda nak keluar pun rasa nak tercirit jugak. Dah la tak ada minyak panas. Berpeluh aku tahan sakit perut dalam opis berair cond.

Semalam aku mendobi baju. Lepas tu sidai dalam bilik aje. Lantak la nak bau hape pun. Tapi aku dah taruk softlan yang botol kaler merah. Ala-ala nak tiru Downy yang wangi cam perfume tu.

So, kureng la kot bau dia. Huhuhu... Tapi memang tak boleh tunggu sampai weekend la. Semak mata plus aku la nanti yang pengsan nak mendobi je. Dibuatnya hujan jugak? Malam ni nak dobi baju budak-budak pulak.

Nasib la anak-anak tak buat perangai kecuali Hana yang memang keja nak melekat kat ketiak je. Nak tido pulak dah macam-macam pesen dia menenen. Kejap karang tertonggeng. Lepas tu panjat atas badan. Asek nak berdiri je dia sekarang. Aku risau sebab dia tak pandai duduk lagi. Kalau dah pandai duduk kot tengah berdiri tu jatuh terduduk takpe. Ni dok berdiri jatuh terus tersembam je la.

Apesal tah advance terlebih pulak budak sorang ni. Abang bagi susu sebotol terus belayar jumpa Angry Bird dalam mimpi. Hahaha!

Ok la. Aku nak relaks jap. Melayan sakit perut. Minyak panas pun takde nak sapu kat perut. Minyak cap kapak pun boleh la. Asal ada.

Buhbye!

Monday, March 5, 2012

Baju Kat Rumah Setimbun Tak Basuh Lagi Tau Tak?!

Aku jadi bujang beranak 2 untuk 4 hari atau lebih. Abang Misai tarak. dia pi Langkawi. Aku je tak pernah sampai Langkawi nun. Ye, aku memang duduk bawah tempurung.

Ada keja apa tah. Dah la sebelum pi tu dok menyakitkan hati aku. Kata nak pi Langkawi kawen lagi 1. Sila la kawen lagi 1. Ada la habuan menanti. Pandai pulak suruh aku diam bila mulut aku dah menceceh kat KFC hari tu.

Hmmm.... Bulan ni keja banyak. Dah la kat rumah pun berlonggok kain baju tak berbasuh. *nanges*

Hujan non stop Sabtu lepas. Aku sempat basuh baju keja aku je. Lepas tu tak sidai sebab hujan. Laki aku pesen kalau hujan memang tak basuh baju sebab dia tak suka menyidai kat bawah bumbung je. Konon baju berbau la nanti. Tapi kalau dah membukit macam tu apekah perlu tak berbasuh sampai next week???

Semalam aku pi product training tupperware. Memang aku serah urusan tu kat Abang Misai la basuh baju segala. Balik tengok dia basuh baju dia je.... Sob... Sob..... Alasan sebab jaga budak n mendung macam nak hujan n gerimis sikit. So, tak sempat nak basuh yang lain.

Amboiiiii... Ada pulak alasan. Kalau aku tak basuh baju tu mula la perli-perli macam-macam. Eh, sakit hati la aku.

Aku memang tengah mengalami masalah kejiwaan maka entry adelah macam sampah sarap.

Dah la, lagi aku menaip lagi aku membebel sakit hati. Lagi banyaaaakkkkkk dosa aku kat laki aku.

Bye!

Bermotivasi la kita


Assalamualaikum

Aku sekarang dalam bilik meeting. Menunggu penceramah datang. Hari ni ada ceramah motivasi.

Petang karang ada sesi kaunseling pulak. Maklum la, ramai sangat staff yang stress. Aku pun mengalami masalah kejiwaan ni. Korang nampak aku gelak-gelak dalam blog. Tapi aku boleh berubah menjadi monster yang menakutkan bila stress melanda.

Ok la. Aku nak menumpukan perhatian (lah sangat).

P/s: Al-fatihah utk kakak staff aku yang meninggal semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukminin.

Posted via MyAndroid

Sunday, March 4, 2012

Budak perasan dah besar



Ni untuk membuktikan bahawa si hana tajima aku yang baru 6 bulan lebih dah feeling-feeling terror.

Dia sekarang suka nak berdiri. Asal aku letak dalam baby cot dia rabat tepi tu lepas tu berdiri sambil merengek suruh aku angkat.

Dah tak kira tempat pulak tu. Tepi almari baju pun dia boleh paut n berdiri. Yang seriau tengok dah tentu la ummi dia ni.

Dah pernah tergolek, terhantuk segala bagai tapi tak serik ye. Lagi laju membuat aksi.

Ni apa cerita la dok dengan apaknya kat rumah tu. Sakan berdiri la gamaknya.

Posted via MyAndroid

Mari menumpukan perhatian



Assalamualaikum

Aku ada kat sunway carnival mall. Dekat convention centre. 

Pasal apa? sila tengok pic kat atas. Kakak aku la ni. Maklum la nak jadi penjual tupperware berjaya. Hakhakhak!

Tapi paling best aku lupa bawak pam susu. Botol pun lupa sebab kelam kabut. Jadi siap sedia la tetek bengkak jap lagi.

Budak-budak biar abang misai jaga. Bagi dia rasa macam mana aku bersilat jaga anak-anak bertuah tu. Tapi selalunya si kecik behave dengan abah dia.

Ok. Tu je. babai!

Posted via MyAndroid

Friday, March 2, 2012

Hari Ni Jumaat Rupanya

Assalamualaikum

Pertama-tama sekali aku nak bagitau aku adelah terlupa hari ni hari Jumaat. Seriously aku memang terlupa.

Laki aku call ajak makan sekali tadi aku tengok jam baru pukul 12.20 gitu. Heran la apesal dia ni ajak aku keluar makan awal sangat. Rehat kan pukul 1. Tapi tak la aku persoalkan ke hape.

Lepas tu aku tengok ramai pulak orang hari ni sampai jalan jem. Masih tak menyedari lagi hari ni hari apa.

Abes makan pukul 1.30 n laki aku blah balik. Aku pun jalan kaki menyinggah ke Penang Plaza. Tengok jam sambil bermonolog 'sempat lagi nak cuci mata ni. Rehat kan abes pukul 2.'

Sampai la naik ke opis aku heran apesal bilik staf aku gelap. Dia pi mana. Dah pukul 2 tak abes rehat lagi ke? Pi pulak ke kawasan aku. Senyap sunyi n gelap. Baru la TINGGGG!

Hari ni hari JUMAAT la senah oiiiii!!!!

Apa daaaa... Hari pun boleh lupa. Apa yang aku pikir sebenarnya ni.

Kronik dah nampaknya kelupaan aku ni.