Tekak aku sangat sakit...
Dah berapa hari asek batuk aje ni. Nak tido pun susah. Asal dah terlelap mula lah batuk-batuk macam nak terkeluar anak tekak.
Perut pun jadi senak. Waaaaaaa!!!!!
Tak suka lah batuk!!!!
Ubat batuk yang doktor bagi pun dah habis sebotol aku telan. Tak kurang jugak batuknya. Mencik!!!!
Ada effect tak ubat batuk kat baby ekk??? Risau lah pulak.
Siapa-siapa ada petua hilangkan batuk yang buat aku rasa macam nak gila ni. Huhuhu....
SaYa SayaNg AnDa :)
Monday, March 30, 2009
Batuk yang amat memeritkan tekak!
Thursday, March 26, 2009
Saya demam dah 2 hari.....
Saya adalah demam semalam dan hari ini... Wuwuwuwu....
Maka hari ni adalah MC. MC lagi lah kerja aku ni.
Semalam aku memang cuti pun sebab Abang Misai datang dari hari Sabtu. Isnin aku pi kerja jugak sebab ada meeting. So, hari Selasa n Rabu aku cuti-cuti Malaysia. Bos aku tanya lah time meeting hari tu,
Bos : Eh, awak ada pulak hari ni? Kata nak cuti?
Aku : Saya cuti esok lusa bos.
Bos : Husband awak datang ke?
Ecewah, buat-buat tanya pulak Encik Bos ni. Padahal aku dah tulis terang-terang dengan pen hitam dakwat basah lagi tu alasan bercuti; suami datang ke Shah Alam.
Aku angguk-angguk aje lah dah dia tanya macam tu. Lepas tu bos senyum-senyum. Aik, lain macam aje bos punya senyum nih. Senyum ada makna nih. Muahahaha!
Bos : Tak apalah. Awak bercuti lah ye.
Amboi, baiknya. Hahaha.. Lain kali kalau mintak cuti lagi aku nak tulis lah husband datang. Hohoho... Berfikiran jahat seketika.
Oh, aku demam amat teruk ye. Ni jangkit dengan Abang Misai lah ni. Masa dia datang tu dia batuk-batuk. Teruk betul batuk dia. Malam-malam tengah tidur aje batuk macam nak tercabut anak tekak. Aku pun boleh terjaga. Sudahnya ubat batuk tu stand by aje tepi katil. Senang bila batuk aje dia capai. Minum ubat batuk dah macam minum air sirap aje. Jangan ketagih sudah le...
Start aku rasa tak sedap badan dari hari Selasa lagi. Tapi masih gagah perkasa untuk bangun n masak-masak untuk Abang Misai yang nak manja-manja rasa masakan bini dia. Sebab kalau balik kampung harapan lah kan aku nak masak sebab mak mertua tak bagi anak menantu kesayangan dia ni masak. Hahahahaha... Memang manja tahap cipan lah aku kalau kat kampung.
Semalam pulak tekak aku dah mula rasa sakit-sakit. Batuk-batuk. Adoi lah... Pagi tu lepas hantar adik aku pi ofis aku pi lah breakfast dengan Abang Misai. Disebabkan aku teringin nak makan lontong kat satu kedai makan kat PKNS ni maka gigihlah ke sana pulak. Padahal masa balik kampung hari tu abah dah tolong masak untuk anak kesayangan dia yang mengada-ngada mengidam benda yang susah nak cari dekat Penang. Huhu...
Dah nak habis makan aje tiba-tiba aku rasa tak sedap badan sampai ke kepala. Kembang tekak-tekak. Hasilnya habis semua yang aku makan keluar balik. Nasib baik sempat aku lari ke toilet. Kalau tak mau kena maki dengan tuan kedai sebab buat onar kat kedai dia. Mesti customer yang tengah makan pun boleh termuntah jugak kalau aku bersembur muntah kat situ. Aku sendiri pun geli orang lain lagi lah. Hahaha..
So dari PKNS tu terus lah Abang Misai bawak wife dia ni ke klinik. Risau sangat kot tengok muka dah pucat-pucat.
Tapi bila sampai klinik check-check segala doktor kata tak demam pun. Aku rasa badan aku ni panas aje. Macam boleh masak telur kalau letak atas dahi. Termometer rosak tu.... Macam aku pulak doktor. Kuikuikui... Dah alang-alang ada kat klinik aku mintak lah dekat doktor tu nak scan baby sebab Abang Misai tak pernah tengok lagi.
Yeee, Abang Misai sangat excited n macam-macam lah dia tanya dengan doktor. Tapi jantina tak nampak lagi. Kecik sangat kata doktor tu. Tak apalah. Tunggu check up 11hb ni kot dah boleh nampak. Boleh lah umi pi beli baju untuk baby. Aku pun excited jugok!
Balik dari klinik terus balik rumah aje sebab aku dah tak larat. Lepas mandi-manda tetiba badan aku jadi seram sejuk n hasilnya badan aku telah menjadi amat panas. Aku menggigil macam apa tengah-tengahari buta tapi badan aku pulak panas yang amat. Berselimut lah aku tengahari tu.
Petang pulak Abang Misai dah kena balik kampung. Aku pulak nak kena amik adik aku balik kerja. Lepas tu hantar dia ke kelas pulak. Abang Misai dah risau-risau. Tapi aku yang degil ni kata aku boleh aje nak amik adik aku tu. Aku suruh lah dia balik.
Lepas hantar adik aku memang aku terdampar kat rumah. Tak larat nak bangun. Tak lalu nak makan. Malam lepas adik aku balik kelas dia lah yang tolong lap-lap badan aku dengan tuala basah. Aku memang dah pengsan. Nak masuk bilik pun tak larat. Aku tidur aje kat ruang tamu.
Pagi ni adik aku pi kerja tumpang kawan kakak aku. Sebab aku sangat tak larat. Dalam pukul 11 lebih aku pi klinik amik MC. Tapi doktor still kata aku tak demam. Apakah??!! Badan aku ni memang tak lut termometer gamaknya.
Sekarang aku rasa nak tidur balik. Sebab kepala aku dah sakit sangat-sangat. Ok lah. Tata!
Friday, March 20, 2009
Aku tengah emosi terganggu ni
Abang Misai nak datang minggu depan. Yeeaaaayyyyyy!!!! Happy!!!
Maka aku dengan selambanya apply cuti. Tapi adakah P.A bos aku takut nak hantar borang cuti tu. Dia kata bos bising pasal aku banyak amik cuti.
Hellooooo!!!!!
Cuti aku banyak lagi lah. Bila tahun aku selalu cuti. Aku cuti pun sebulan sehari saje. Sebab mahu pulang ke kampung. Dah lah husband aku tu kadang-kadang kena kerja hari Sabtu Ahad. Masa aku balik cuti untuk Maulidur Rasul tu pun Abang Misai kena kerja Sabtu Ahad. Lepas tu cuti Maulidur Rasul tu pun dia kerja jugak.
Setakat lepas kenduri kahwin tahun lepas sampai hari ni sekali aje lah Abang Misai pernah datang ke Shah Alam ni. Itu pun masa hantar aku lepas kenduri. Lepas tu memang kerja dia shift Sabtu Ahad. So, aku lah yang kena balik kampung.
Lagi-lagi time pregnant ni. Nak bermanja-manja jugak dengan husband. Takkan nak bermanja-manja dengan bos pulak. Apa jadah.
Dah lah masa ni aje Abang Misai dapat cuti. Entah bila lagi dia boleh cuti jenguk bini dia yang cute ni ~perasan kejap~ pun aku tak tau.
Tak reti-reti betul tau orang-orang yang tak pernah duduk jauh-jauh ni. Kata dia orang berkorban lah sikit.
Cakap senang lah kan. Kau tak pernah rasa. Cuba kena batang hidung sendiri. Masa tu menggeletis satu badan nak balik kampung jumpa anak bini.
Ingat cukup ke Sabtu Ahad aje nak balik kampung. Kalau kampung aku setakat dekat Sabak Bernam tu memang lah aku tak hairan. Ini nak balik Penang.
Ok, kata lah hari Jumaat malam bertolak balik naik train. Pagi Sabtu baru sampai. Nak beromantika d'amor dengan husband pun tak sempat. Hari ahad dah nak kena balik.
Itu pun aku berusaha balik naik train Ahad malam. Sampai aje pagi Isnin tu aku terus rushing ke tempat kerja. Kalau sempat mandi aku mandi. Tapi kalau dah lambat memang tak mandi lah. Aku mengaku ok. Tapi aku gosok gigi dengan cuci muka lah kan. Tak adalah nampak sangat macam orang tak mandi.
Peduli apa aku orang nak kata aku tak mandi pun. Tak berdedikasi lagi ke namanya tu??? Sanggup tak mandi sebab dah lambat nak ke tempat kerja walaupun baru balik dari kampung.
Cuba lah faham sikit.
Heeeee..... Menyampah aku!
Membuatkan emosi aku terganggu aje.
Thursday, March 19, 2009
Mabuk lagi ke?
Dah 2 hari macam ni. Pagi-pagi time nak mandi aje mula lah rasa nak muntah. Tapi tak ada apa yang nak keluar. Air aje yang keluar pun. Sampai lembik badan ni. Tapi malas nak pi klinik.
Sabtu lepas pi check up dekat klinik. Dua-dua tangan kena cucuk. Belah kanan amik darah belah kiri kena inject. Tapi yang kiri ni still bengkak lagi. Sehari dua lepas inject lagi lah. Merah lepas tu bengkak. Takut nak tengok. Sakit pulak tu. Wuwuwuwu....
Abaikan lengan aku yang besar gedabak tu. Nampak tak yang merah-merah tu. Bengkak n sakit lepas 2 hari kena inject.
Malam semalam masa tengah melepek dekat rumah sambil tengok Julia Juli dekat tv9 housemate aku balik kerja kecoh-kecoh. Sebab bawah flet kita orang ramai polis. Ada trak polis lagi. Dekat rumah tingkat bawah. Tapi sampai sekarang aku tak tau pasal apa. Pasal berat mulut nak bertanya jiran sekeliling. Lagi pun jiran depan rumah aku ni budak bujang lelaki. Bukan selalu ada dekat rumah pun.
Tapi ada mayat lah kena angkut dalam trak polis tu. Hasil daripada mengendap dari tingkap rumah aku. Musykil ni.... Macam takut pulak nak keluar rumah sekarang. Macam-macam kes jadi.
Paper Metro semalam yang perempuan kena tinju tu. Gila pecah muka dia. Orang yang belasah dia tu sakit mental. Ramai betul orang mental sejak-sejak gawat ni ye. Gerun lah.
Tapi tak apa, sekarang aku dah ada bodyguard ke tempat kerja. Adik aku dapat kerja sambilan dekat ofis aku ni. Haaaa... Tak adalah risau sangat sebab pi kerja berdua. Untuk keselamatan sila bawa payung ceti tu. Kalau orang kacau hentak aje sekali. Hoho... Macam berani.
Sebut pasal berani aku rasa nak makan beriyani bukhara lah. Harus lah kena cari dekat kedai mamak weekend ni. Masa tu lah dapat menikmati makanan dengan kusyuk. Hari tu adik aku makan dekat Restoran Syed seksyen 9 tu sedap jugak lah. Harga RM10. Ok lah tu. Ada ayam, telur rebus sebiji dengan acar buah. Acar buah bukan feveret so aku tolak tepi saje. Hmmm... Sedap... Sedap.... Sedap daripada restoran nasi beriyani dekat Tesco Shah Alam tu n lagi murah.
Sabtu ni mau pergi makan beriyani. Lalala~~
Tuesday, March 17, 2009
Naik komuter macam nak pi berperang dekat Malaysia ni
Nampak tak semut-semut tu... Dalam ofis pun ada semut... CISSS!!!!
Ayam yang berjaya aku selamatkan daripada dikerumun semut.. Jangan aku makan jadi pelupa pulak. Heheh..
Kisahnya aku beli kefsi ni malam semalam. Hari ni ada lebih seketul aku bawak lah pi ofis. Semalam aku cuti hantar adik aku ke HUKM. Dia ada medical check up. Adik aku ada problem kesihatan since kecik. Lepas dia operate tahun 1996 tiap-tiap tahun dia kena pi check up kat HUKM. Semalam aku saje-saje lah bawak dia padahal abah aku ada aje datang dari Penang nak tolong bawakan.
Aku beli kefsi tu semata-mata nak tabung porselin yang bila letak syiling keluar lagu. Ngada-ngada macam kanak-kanak riang. Hahaha!
Aku tak berapa nak tau jalan kat area KL and Selangor ni. Jadinya aku parking aje kereta dekat stesen komuter Shah Alam tu lepas tu naik komuter ke KL Sentral. Abah aku dah tunggu kat sana.
Masa naik tren komuter yang pagi tu tak adalah ramai sangat orang. Tapi masuk-masuk dah tak ada tempat duduk. Aku pun berdiri lah. Tak sampai seminit berdiri ada sorang brader Indian yang smart pakai baju nak pi ofis offer aku tempat duduk. Alhamdulillah... Ada jugak orang prihatin nak bagi tempat duduk dekat aku padahal perut aku ni tak adalah terbonjol melampau sangat pun. Tak sempat nak say thanks kat brader tu sebab laju sangat dia bangun n pi tempat lain. Thanks ye brader. Semoga murah rezeki anda.
Tapi bila nak balik sebab dalam pukul 4 petang baru lah aku dengan adik-adik n abah aku sampai kat KL Sentral lepas tu melepak makan-makan dekat food court sampai pukul 6 aku dah rasa macam nak pergi berperang. Gila ramai makhluk menunggu tren ke Pelabuhan Kelang.
1st tren aku lepaskan gitu aje. Ramai sangat. Memang tak boleh nak masuk. Apakah aku dengan keadaan yang macam mak buyung ni nak menyelit jugak. Ada harapan mencederakan diri sendiri.
Sebab dah tau keadaan yang macam sardin tu aku dah beratur awal-awal kat garisan biru. Ok, memang skema ye. Tapi aku nak balik punya pasal pasti lah aku jadi skema dengan harapan orang lain pun skema jugak macam aku.
Tapi mula-mula aje memang skema ye. Semua orang beratur tahap berbudi bahasa budaya kita tu. Tapi bila tren sampai aje..... SEEEERAAAAANNNGGGGGG!!!!!!!
Macam scene dalam cerita The Mummy yang orang kumpul ramai-ramai dekat padang pasir nak lawan orang jahat tu. Sebijik macam tu lah.
Aku telah ditolak dengan rakus oleh makhluk ganas yang macam nampak mangsa dia depan mata. Gila baba black sheep punya orang. Penat aku beratur tau tak! Orang yang datang dari belakang boleh meluru ke depan tempat laluan orang nak keluar dari tren tu lepas tu terus main tolak-tolak. Aku ni punya lah penat nak cover perut. Takut lah jadi apa-apa dekat baby aku nanti. Tapi dia orang ni macam dah tak nampak dah perempuan mengandung ni dok terkelek-kelek perut. Main tolak aje.
Adik aku kat belakang pulak jenuh lah menarik aku keluar dari himpitan orang yang ramai-ramai tu. Lepas tu adik aku jerit,
"Woi, jangan himpit-himpit boleh tak?! Perempuan pregnant pon nak tolak ke!!!!"
Masa tu aku dah jadi lempeng pun dekat celah-celah orang ramai tu. Budus.... Rasa macam nak pitam pun ada.
Terpaksa lah kita orang tunggu tren ke 3. Yang ni abah aku dah prepare siap-siap. Dia kata tak payah beratur sebab kalau beratur pun orang kalau dah macam singa lapar tu gerenti tolak jugak. Jadinya aku dengan adik-adik aku n abah aku tunggu dekat tengah-tengah laluan orang nak keluar dari tren. Aku siap baca ayat kursi lagi. Lantak lah orang nak kata aku tak beratur pun. Beratur pun sama aje hasilnya.
Tren sampai, pintu tren terbukak aje terus abah aku tolak aku masuk dalam tren. Ganas jugak abah aku ni. Hahahaha! Dan aku berjaya menjadi orang pertama masuk tren. Lepas masuk tu pulak terus ada sorang budak perempuan berbaju kurung oren berbeg Guess bagi aku duduk. Amin... Semoga murah rezeki juga untuk anda.
Tapi kesian dekat adik aku yang buat check up tu. Kaki kena pijak. Tak dapat tempat duduk. Badan dah lah kecik sangat. Orang boleh himpit dia macam nak mampatkan barang tu.
Lepas ni tobat lah aku nak naik komuter lagi. Aku rela drive sendiri ke KL Sentral parking kat sana aje. Gila lah nak naik komuter kalau macam tu keadaannya. Orang nak berperang pun ada strategi tau.
Friday, March 13, 2009
Si psiko yang buat aku rasa nak terajang aje toot dia!
Aku dekat ofis pada hari Jumaat yang mulia dengan time rehat yang panjang. Gila malas nak keluar. Makanan kirim aje dekat orang.
Haaa... Aku nak story pasal budak psiko yang aku bagitau hari tu. Memang tahap psiko gaban lah aku rasa. Kisahnya bermula begini... Macam start cerita kanak-kanak pulak.
Hari Jumaat 6hb lepas aku balik kampung. Kan cuti Maulidur Rasul. Macam biasa, aku naik tren. Amik tempat tidur tapi katil atas lah pulak. Katil bawah dah habis. Gila mencabar aku nak kena panjat katil atas dengan perut yang dah terbonjol tu.
Kalau siapa-siapa yang tak pernah naik tren meh aku bagitau. Perjalanan naik tren dari KL ke Penang adalah agak lama ok. Aku naik tren pukul 8 malam n sampai Penang lebih kurang pukul 4.30 pagi. 8 jam lebih duduk dalam gerabak yang bergoyang-goyang tu. Jadi adalah lebih afdal kalau aku amik tempat tidur. Tak nak aku duduk kelas ekonomi tu even murah. RM17 saje ke Bukit Mertajam dari KL ye. Dah lah macam-macam perangai makhluk asing aku boleh jumpa.
Untuk mendapatkan keadaan yang aman permai aku pun beli lah tempat tidur. Mahal jugak lah. Katil atas RM39. Asalkan boleh tidur lepas tu tak ada orang gila bising tepi telinga aku sanggup bayar. Aku lebih sanggup dengar bunyi pintu gerabak tu terbukak tertutup.
Tengah aku syok tidur sebab aku memang letih kan tiba-tiba pukul 2 pagi aku terbangun. Telefon... Telefon berbunyi... Ada haiwan dalam bahaya di sana...
Bunyi sms. Siapa pulak sms aku pukul 2 pagi ni. Takkan Abang Misai. Dia pun tau aku sampai dekat-dekat pukul 5. Jangan nak ngada-ngada kacau aku tidur lak.
Aku dengan mamai-mamai pun tengok lah handphone. Eh, ada mms lah. Bukan sms. No siapa pulak lah ni.
Aik, muka staf aku terpampang. Tengah tersenyum gembira pulak tu. Musykil... Apa jadah hantar gambar sendiri kat aku pagi-pagi buta. Tapi bukan no dia ni. So aku pun baca lah msg yang ada sekali dengan gambar tu. Lebih kurang macam ni lah ayat dia... Nama sebenar dah ditukar ok.
'Assalamualaikum wbt. Puas hati kamu semua Shah da xde? Puas hati kamu semua? Ina msti trsenyum mcm ni skrg. Gmbr ni utk tatapan kamu smua, sy mhn maaf, sy x slhkn kamu, cuma brsimpati, x sngka Shah sggup buat.... sy thu, kmu smua xdpt bantu, Allah tmpt sy mengadu, sy risau cari Shah skrg.. Hrp2 dia xmati, yg pntng Ina puas kn ats apa yg brlaku - RAZAK'
Apekah ini???
Aku pun sms staf aku time tu jugak. Bagitau aku dapat sms dari no tu, psl gambar dia yang aku dapat n siapakah makhluk bernama Razak itu? Adekah Razak Mohaideen???
Staf aku kata dia tak kenal siapa Razak. Habis mana lah si makhluk ni dapat no fon aku. Gila ke hape?
Memang lah sebelum ni staf aku ada cerita pasal ex-bf dia nak balik dengan dia tapi dia dah tak nak dekat budak tu. Yang nama Shah tu ek. Aku dengar lah sebab kata pun aku kaunselor tak bertauliah kat ofis ni kan. Jadinya aku dengar lah dia story n bagitau yang budak Shah ni dah macam orang gila follow dia ke mana-mana. Padahal sebelum ni lesap tak ada berita punya lah lama. Siap pergi ke rumah staf aku ni konon-konon nak merayu dekat abang n mak bapak staf aku ni nak balik dekat staf aku. Sengal apa lah. Memang aku pun takut kalau dah gitu.
Aku kata lah, tak payah peduli. Sebab si Shah ni siap nak ugut-ugut bunuh diri bagai. Kalau kau nak mati pergi lah mati kan. Tak payah bagitau orang. Ada ke orang nak bunuh diri bagitau orang lain dia nak bunuh diri?? Tak adanya!!
So staf aku ni pun ignore lah budak Shah ni. Lepas tu sehari lepas si Shah ni datang rumah dia n dia dah cakap tak nak si Shah ni datanglah pulangkan barang yang pernah staf aku bagi kat dia. Konon-konon dah boleh terima lah dirinya direject tu.
Tak sampai 24 jam lepas pulang-pulang barang tu lah aku dapat mms tu. Dan aku amat lah pelik. Mana dia dapat no fon aku. Staf aku lagi lah confused. Dia pun tak pernah bagi no aku kat si Shah tu. Mana hala pulak si Razak a.k.a kawan Shah lah kononnya tu boleh tau no aku. Aku suspek Razak tu adalah Shah yang menyamar ok. Korang rasa macam mana???
Tak apalah. Aku pun ignore saje. Ingatkan tak adalah lagi gangguan dari psiko yang entah apa-apa tu. Tiba-tiba dalam pukul 10 pagi esoknya aku dapat lagi msg. Cuma kali ni tak ada gambar lah kan. Sms kali ni pulak bagitau yang si Shah tu ada simpan macam-macam gambar staf aku ni. Tak pasti lah kan gambar yang macam mana. si Razak ni kata lah yang Shah tu tak balik-balik, dia risau lah kunun. Siap tekankan dia bukan Shah oke. Bongek betul aku rasa. Dia kata Shah ni bertarung nyawalah nak selamatkan staf aku ni. Kau ni bertarung nyawa apa bendanya? Kau pergi selamatkan dia dalam perang ke? Lepas tu ada kisah pasal diari si Shah lah pulak. Sebagai kawan dia rasa tak puas hati lah, apa lah.
Heeee... kau tau tak aku rasa nak sekeh aje budak ni. Ingat aku bongok ke tak tau yang kau tu menyamar jadi orang lain. Abang Misai pun pelik aje tengok aku emo tak pasal-pasal. Aku bagitau lah pasal sms dgn mms yang aku dapat. Abang Misai pun kata tak mungkin kawan dia nak sibuk-sibuk pasal hal dia putus cinta.
Petang tu memang kemuncak aku rasa kalau aku jumpa budak bangang ni aku memang akan sepak-sepak n lenyek-lenyek dia. Adekah hantar gambar bra dekat aku. BRA oke! Kata dia itu bra staf aku tu. Apekah bra itu gambar bra budak sekolah darjah 6. Yang ada kartun-kartun n yang jenis macam singlet tu. Kejadahnya lah kau ni. Aku forward semua msg tu balik dekat staf aku. Dia kata adik beradik dia pun dapat msg yang sama. Memang gila tahap aku nak benam-benam kepala kau dalam tanah lapisan ke 7. Biar boleh berfikir secara waras sikit ye. Rupa-rupanya bukan setakat aku dengan family dia aje yang dapat msg mengarut tu. Staf lain yang baru 3 minggu masuk ofis aku ni pun dapat.
Adoi la... Aku sangat pelik mana dia dapat no fon aku dengan budak-budak lain ni. Ada bela jin ke? Tapi kalau lagi sekali dia hantar benda-benda merapu meraban tu dekat aku memang aku report polis aje. Aku dah sound suruh staf aku ni report polis tapi dia malas nak panjangkan cerita.
Aku memang tak heran pun kau nak hantar msg ke apa kan tapi kalau dah tahap kau nak memalukan orang macam tu sekali sampai 1 family n orang yang tak kenal pun kau nak jaja cerita memang lah kau ni tahap gila meroyan melampau-lampau. Yang dah lepas tu buat apa nak kecoh-kecoh. Orang dah tak nak redha aje lah. Isk...isk... Ada jugak orang macam ni kan. Tapi aku tetap tak puas hati mana dia dapat no fon aku!
Tuesday, March 10, 2009
Cuti yang sentiasa tak aman.. tak suka tau!!
Aku dekat kampung. Online dengan Celcom Broadband. Sambung cuti lagi sehari lepas cuti Maulidur Rasul.
Abang Misai tak dapat bercuti weekend dan maulidur rasul sebab tu aku yang kena balik. Kerja gomen jugak tu. Baru ingat nak hanimun... -_-'
Tapi aku tengah bengang sebab setiap kali aku cuti mesti tak aman. Mesti kena kacau dengan call dari ofis. Ada aje masalah.
Kali ni pulak staf aku bagitau aku kena bagi taklimat.
WTH???
Apa notis pun aku tak dapat tiba-tiba kena bagi taklimat? Pelik bin ajaib. Sahih lah notis last minit.
Notis last minit itu perkara biasa yang aku selalu dapat. Aku memang tak suka bila dapat notis sehari sebelum majlis.
Staf aku kata pegawai yang patut handle taklimat tu tiba-tiba MC. So, bos suruh aku. Errr, aku amat confused kat sini ye. Sebab aku dah apply cuti awal-awal and bos sendiri yang approved lepas tu cari aku balik.
Aku memang ada satu aje handphone dan nombor pun satu saje. Malas mau pakai banyak-banyak nombor.
Tapi selepas beberapa kali bercuti dalam keadaan tak aman aku rasa mau consider lagi satu nombor untuk private life aku. Oh, aku juga baru-baru ini kena kacau dengan seorang psiko yang entah dari mana dapat nombor phone aku. Itu aku akan story di lain entry.
Nak basuh baju yang dah penuh dalam laundry bag itu.
Thursday, March 5, 2009
Mengidam Lontong!!!! Tolong!!!!
Aku adalah mengidam oke.
Mau makan lontonggggggg~~~~~~~
Dah seminggu cari lontong nie...
Habes lah, menjejes air liur anak aku....
**Sebenarnya air liur umi dia yang menjejes. Hikhik.. :p~~ **
Korang nampak tak betapa sedapnya lontong itew? Mana air liur aku tak meleleh.... Slllurrrpppp!!!!
Meeting sepanjang minggu~~buhsannnn
Aku ada meeting sebenarnya hari ni. Tapi aku tak pi. Bukan sengaja. Tapi kepala aku buat hal balik. Sakit sebelah kanan saje. Esok pun ada meeting lagi. Meeting aje lah kerja aku ni.
Semalam pun ada meeting. Pagi petang pulak tu. Pagi petang lah kena bantai dengan orang yang bila dah diberi penerangan tapi tak faham bahasa. Kau aje lah yang betul.
Tapi sesi pagi punya meeting agak mulia lah daripada sesi petang kan.
Orang lain punya usul semuanya salah. Semua tak kena. Benda remeh pun boleh jadi isu sampai meleret-leret padahal meeting tu nak bincang benda lain.
Lagi satu, orang tak habis presentation lagi dah mencelah. Kalau mencelah benda yang betul tak apa lah. Ini orang tengah terangkan secara general. Kau sibuk nak menyelit pasal benda-benda yang terperinci. Tunggu orang habis bercakap dulu boleh tak? Then kalau kau nak bercakap sampai nak berbuih mulut macam orang kena sawan pun tak ada siapa nak kisah.
Semalam memang aku rasa nak mencarut aje. Tapi sabar... Sabar....
Tak elok nanti baby dengar umi dia cakap benda entah apa-apa.
Baran pulak aku sekarang ni.
Wednesday, March 4, 2009
Nak kena minum air masak banyak-banyak hari ni
Aku tiada di ofis semalam. Dalam erti kata lain aku MC lagi buat kesekian kalinya. Tak ada saja-saja aku nak MC pun semalam. Tapi memang sangat sakit ye.
Malam kelmarin aku terbangun dari tidur lebih kurang pukul 1.15 pagi. Perut aku sebelah kanan sakit yang amat macam rasa ada orang nak tarik keluar isi perut aku. Dah macam nak menangis lah masa tu. Dah lah tidur seorang. Adik aku ada kelas and tidur kat kolej. Kakak aku tidur di bilik sebelah. Aku malas pulak nak call mengacau Abang Misai di pagi-pagi buta. Jadinya aku tergolek lah tahan sakit sorang-sorang dalam bilik tu.
Lepas 10 minit sakit tu berkurang. Tapi aku dah mula tak boleh nak sambung tidur. Menelentang pun tak kena, mengiring pun tak kena. Tidur pun tidur-tidur ayam saje.
Dalam pukul 4 aku sms kakak aku.
'Orang tak boleh hantar dia pi tunggu bas hari ni. Perut sakit gila.'
Kakak aku terbangun terus masuk bilik aku. Bising-bising sebab aku tak bagitau awal-awal aku sakit. Malas nak kacau orang lah. So kena lah dia naik bas dari kawasan rumah lepas tu transit bas lain pulak.
Pagi dalam pukul 10 aku ke klinik tempat biasa aku buat check-up. Risau dengan baby dalam perut ni sebenarnya. Doktor yang sama masa aku buat check-up lagi. Isk, malu beta. Asal sakit aje dengan doktor comey ni. Mana lah doktor lain pergi.
Doc : Kita check perut dulu lah ye.
Mula-mula doktor tu tekan-tekan perut aku. Sampai aje kat tempat yang sakit tu aku dah berkerut-kerut dah.
Aku : Sakit lah doktor.
Doc : Kat sini ye. Hmmm.. ini kawasan apendiks ni.
Muka aku dah cuak dah. Jangan lah apendiks pulak. Karang kena operate baby macam mana pulak. Agaknya doktor tu perasan muka aku yang cuak ni,
Doc : Tak apa, lepas ni kita check urine dulu ye.
Lepas perut aku kena tekan-tekan tu kena scan pulak. Tengok baby ok ke tak. Wah, baby dah besar lah. Tengah relax aje dalam perut umi.
Doc : Baby ok je. Tengok ni kepala dia.
Ye, baby ok. Lega sikit hati umi ni tau.
Habis aje scan doktor bagi aku bekas urine suruh aku pee-pee untuk check urine aku pulak. Tak ada lah aku pee-pee depan doktor tu kan. Pi lah toilet. Tak senonoh sungguh.
Tak lama lepas tu doktor panggil balik masuk bilik.
Doc : Hmm, urine awak memang ada infection. Sebab tu awak sakit perut tu.
Aku : Oooo....
Doc : Balik ni jangan lupa minum air banyak-banyak. Doktor bagi ubat lah ye bagi lawas kencing.
Aku : Ok doktor. Terima kasih.
Bukan apendiks lah maknanya. So tak payah lah operate. Lega sungguh rasanya. Aku dah terbayang pisau bedah aje depan mata ni. Takuuuutttt.....
Pundi kencing ada infection atau makna senang faham kencing kotor lah tu. Alahai... Aku rasa aku minum air masak banyak. Kadang-kadang berulang alik ke bilik kecik tu sebab banyak sangat air.
Apa punca lain kencing kotor ek? Kena survey-survey ni. Sakit tau perut ni. Dan sebab tu aku berjaya mendapatkan MC lagi. Hehe...
Monday, March 2, 2009
Saiz kaki yang tak padan dengan badan buat aku rasa cepat penat
Aku baru masuk ofis pukul 1 tengahari.
Bukan aku monteng ye. Tapi aku kena pi ofis lagi satu. Aku kan banyak bos, banyak lah ofis aku. Sesi perkenalan dengan pengarah cawangan negeri yang baru. Orangnya kecil molek saje tapi nampak tegas. Lelaki ye, bukan wanita.
Macam biasa mesti lah bos kena bagi ucapan kan. Aku dengar, angguk-angguk macam orang faham. Tapi apa pun tak masuk otak sebab aku mengantuk yang amat.
Badan aku sangat cepat letih sekarang. Disebabkan pembawakan budak ke? Tapi baru berapa bulan. Nak masuk 4 bulan dah rupanya. Sekejap aje rasa. Sila rujuk gambar baby dekat sebelah. Dah cukup sifat pun. Tak lama lagi boleh tau lah baby boy ke girl.
Baru jalan-jalan dekat supermarket Giant yang kecik dekat dalam SACC Mall aku dah tercungap-cungap. Kaki rasa macam nak patah.
Aku rasa lah, mesti ada kaitan dengan saiz kaki aku yang kecik ni kot. Kalau ikutkan berapa lah saiz kaki yang ideal untuk ketinggian aku ek? Aku punya tinggi 162cm. Kasut kalau aku beli mesti saiz 5. Sekarang aje aku beli saiz 6 sebab takut nanti kaki mengembang time pregnant ni kan.
Masa study dulu housemate aku panggil aku budak cacat. Kurang sopan sungguh. Yan, aku tak cacat oke. Hahaha! Kaki aku aje yang sangat comel. Badan tak kecik pun. Besar gedabak aje. Berat pun kira ok lah dengan tinggi aku kan. Macam orang kata, sedang elok. Kalau kira BMI pun memang sesuai lah. Tak kurus, tak obes. Tapi aku pelik kenapa saiz kaki aku 5. Housemate yang dulu kecik daripada aku pun saiz 6 tau. Bila susun kasut pasti lah yang paling comel adalah kasut aku. Huhu...
Sebab keturunan kah? Abah aku saiz kasut dia 7 kot. Mak aku pulak saiz 4. Kecik kan? Tapi sebab mak aku memang badan dia sangat kecik molek. Sesuai lah saiz tu dengan badan dia kan. Adik beradik aku yang lain pun tak adalah kaki kecik. Adik yang second last yang perempuan tu pun nak dekat sama tinggi dengan aku kaki macam Ronald McDonald jugak. Saiz 7.
Disebabkan saiz kaki yang kecik ni aku rasa mesti aku tak boleh nak berdiri lama-lama kalau perut dah makin besar and berat makin bertambah. Tekanan dekat bahagian kaki itu amatlah menyeksakan ye sahabat sekalian. Dan tekanan itu juga akan membawa kepada bahagian pinggang dan belakang. Ouch! Pasti tidak selesa rasanya.
Semestinya lepas deliver aku perlu menguruskan badan dan mengembalikan berat kepada yang asal. Bukan untuk mencantikkan diri semata-mata, tetapi juga untuk menyelamatkan kaki aku dari dihimpit tekanan yang hebat.
Errr... Berapa pakej Slim World ek?