SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, February 27, 2009

Pengalaman saya buat pregnancy check-up di klinik gomen

Hari ni aku nak story experience aku buat pregnancy check-up dekat klinik gomen ye kawan-kawan.


Aku pergi ke klinik hari Isnin, 23/02/09. Appointment pukul 2 petang. So, dalam pukul 1.45 aku dah pun terpacak depan klinik. Ramai gila umat manusia. Siap beratur depan pintu klinik yang belum bukak tu.


Aku duduk belakang aje. Malas nak berebut. Rebut pun lambat jugak selesainya.


Berdiri lah aku dekat belakang umat-umat manusia yang lain menunggu pintu dibukak. Tengok jam dekat handphone dah pukul 2. Tapi pintu tu macam tu lah jugak. Tak ada tanda-tanda nak terbukak pun. Aku rasa dalam pukul 2.10 minit baru lah boleh masuk. Orang semua berebut macam ada jualan gudang lah dekat dalam tu. Kalau jatuh tu ada harapan nak kena pijak.


Pergi dekat kaunter. Ambil nombor. Itu pun berebut-rebut jugak. Macam lah ambil nombor tu dia panggil ikut nombor kan.


Lepas letak benda yang nurse tu mintak dalam list aku pun duduk lah. Dalam 5 minit nurse panggil nama aku. Oh... Kena isi buku merah dulu.


Isi buku merah lepas tu pulangkan dekat kaunter. Dia suruh aku duduk dulu. Tunggu nombor kena panggil lah.


Ada lah bontot aku dah ala-ala kebas nak kematu dalam setengah jam lebih tu baru lah nombor aku naik. Rupa-rupanya nak amik berat dengan tinggi saje. Hmmm... Lepas tu kena duduk tunggu lagi.


Lagi sekali lepas setengah jam baru lah nama aku kena panggil. Nurse tu soal siasat pasal sejarah family. Ada sakit kencing manis ke, darah tinggi ke. Aku jawab tak ada. Kalau aku jawab ada confirm aku kena minum air gula kan. EEEEYYYYUUUCKKKKKSSSSSS!!!!!!


Nurse tu kira lah dah berapa minggu aku pregnant. Lepas tu siap boleh sound lagi,


Nurse : Eh, awak ni bunting pelamin lah ye?


Errr.... Perlu ke bertanya begitu. Sebab dekat buku merah tu kena tulis tarikh nikah. Jadinya sempat lagi lah nurse ni nak menilik membusy bodykan diri dia. Bila dia baca aje alamat ofis Abang Misai,


Nurse : Suami awak kerja dekat Penang ke? Habis dekat sini awak duduk dengan siapa? Sorang?

Aku : Eh, tak lah. Duduk dengan adik n kakak.

Nurse : Habis tu nak beranak dekat mana ni?

Aku : Dekat Penang lah.

Nurse : Tak mintak tukar ke?

Aku
: Mintak tapi tak dapat lagi.

Nurse
: Esok-esok kalau beranak ke, pindah ke tolong inform dekat sini dulu ye. Jangan nak main hilang lesap macam tu aje.

Aku : Baiklah.
*Gaya Shin Chan. ;p *


Sempat lagi nak sound tu. Isk.. Isk...


Nurse : Ok, awak amik ni pergi bilik hujung tu untuk amik darah. Lepas amik darah pergi lab pulak untuk buat urine test. Lepas tu datang sini balik tunggu depan bilik 20 tu.


Aku pun menapak lah ke bilik amik darah tu. Kebetulan adik aku datang. Seriau lah amik darah. Macam tak pernah pulak. Padahal masa suspek denggi dulu kena amik darah jugak. Huhu...


Cakit aaaa kena amik darah. Nurse tu buat lambat. Adoi... Siap boleh berdiri pulak tengok darah tu dah sampai takat mana. Lenguh tangan akak ni. Lepas tu kena duduk situ lak untuk tunggu result HIV test. Ada lah dalam 2-3 minit. Hmmm...


Nurse : Ok, HIV negatif. Pergi lab buat urine test.


Terkedek-kedek pulak ke lab, buat urine test. Toilet tak lawa. Pintu toilet pun dah tak boleh tutup. Nasib baik ada pintu lagi satu sebelum masuk toilet. Kalau tak boleh tutup jugak macam mana cerita? Ohhh... Boleh tutup. Tapi flush pulak tak function. Busuk lah klinik ni.


Lepas letak aje urine aku pergi balik ke kaunter preggy mummy. Duduk dekat situ tunggu kena panggil masuk bilik doktor pulak. Lagi setengah jam lah bersawang dekat kaunter tu.


Naik aje nombor aku terus aku masuk bilik doktor. Tapi bukan doktor yang check lah. Nurse aje. Doktor tak ada. Confirm tak cukup doktor dekat klinik ni. Lepas tu nurse yang sorang ni pun tanya soalan yang sama macam nurse mula-mula tadi. Family ada sakit apa-apa tak. Satu bilik sekali 2 orang dia panggil masuk.


Nurse : Ok, awak baring kat katil sana. Bukak hook bra awak.


Ayaks! Mau buat apa kah???


Rupa-rupanya nak buat breast examination. Tau-tau aje lah breast examination macam mana. Lepas tu nurse tu main ukur-ukur pulak dekat perut aku. Ukur tinggi rahim rupanya. Mana lah saya tau. 1st timer lah katakan.


Lepas check semua tu nurse tu membebel lah suruh makan makanan berkhasiat. Minum susu. Bla...bla...bla.... Standard lah apa yang doktor selalu nasihat dekat ibu mengandung kan.


Nurse tu bagi preskripsi suruh aku ke farmasi pulak. Amik vitamin. Banyak lagi lah ubat kena telan.


Nak tau pukul berapa settle check-up? Pukul 4.30 ye. Lama tak? Harus lah aku nak balik ke ofis balik kalau dah 4.30. Aku nak ke ofis aje dah lebih 30 minit. Ohhh... Tidak mahu. Dah lah darah kena amik. *Macam amik banyak aje.Hikhik.*


Aku mintak time slip lepas tu aku dengan adik aku terus jalan-jalan cari makan. Next appointment 23/03/09 pukul 2 petang juga. Lepas ni boleh bawak bahan bacaan ke klinik ye untuk mengelakkan mati keras kebosanan menunggu. Sekian, terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

wat cek up kat kinik mane?

AmiYs said...

anonymous - check up gomen dekat klinik sek 7, shah alam. yang swasta kat klinik rohana sek 9. nape ye??