Petang ni kena pi klinik kerajaan. Hari tu dah tukar appointment. Kalau tak 16hb dah buat check-up tapi sebab ada kursus kat Putrajaya so mintak lah tukar tarikh. Nak tukar tarikh tu pulak punya lah seksa. Mula-mula call. Ada lah orang jawab. Macam aku story mory hari tu lah. Bila dah pass line macam mangkuk aje aku dengar bunyi lagu tak berhenti kan. Sudahnya terpaksa lah aku ke klinik tu sendiri. Itu pun boleh pulak nurse tu bising-bising kata kenapa tukar last minit. Bongek! Bila aku kata camni,
Aku : Saya pun dapat tau last minit saya ada kursus. Saya dah call banyak kali nak tukar appointment tapi tak ada siapa pun jawab.
Nurse : Memanglah!
Erk... Apakah maksud jawapan itu??? Perlukah jawab begitu??? Sia-sia ajelah kau orang letak piagam pelanggan kat depan tu. Sentiasa mesra, tersenyum dan bersopan santun kunun. Chaittt!!! Lain kali telefon tu buat hiasan aje lah. Dah lah masa aku datang tu pun dia tengah marah sorang perempuan Sabah ni sebab lambat datang buat check-up. Ni yang aku rasa macam nak komplen aje ni.
Eh, aku nak tanya lah. Pada sesiapa yang tau tolong jawabkan eh. Kalau aku buat check-up dekat swasta aje lepas tu aku pi beranak kat hospital kerajaan tak buleh ke? Kena marah ek nanti? Huhu..
Oh, ye. Sebenarnya aku baru aje sampai dari kampung. Hari Jumaat aku dapat MC. Hikhikhik. Petang Khamis pi klinik. Masuk-masuk bilik doktor je doktor dah tersengih-sengih tengok aku. Dah kenal dah muka aku ni.
Doc : Kenapa? Tak larat yea.
Aku : Tak larat sangat lah doktor. Boleh bagi MC untuk esok tak?
Hahahaha! Aku yang mintak sebenarnya. Tapi doktor dah bagi aku pun gumbira lah. Terus petang tu aku dengan adik aku pi KL Sentral and challo balik kampung. So sepanjang hujung minggu lepas aku berada di kampung lah. Sori lah, pada kawan-kawan yang sms and calling-calling aku tak jawab tu ye. Aku taruk hp dalam beg so tak dengar. Nak call balik malas pulak. Sebab bil tak bayar lagi. Ahaks!
Balik kampung tu pun bukan saje-saje miang gatal nak balik ok. Aku pi menziarah makcik aku. Husband dia meninggal 2 minggu lepas. Aku tak dapat nak balik jenguk.
Hari sabtu pulak mengada-ngada dekat Abang Misai nak pergi tengok Upin & Ipin. So, Sabtu tengahari tu pergi lah Sunway Carnival Mall. Survey-survey tiket. Macam lah tak boleh online aje dari rumah. Huhuhuhu... Saje nak manja-manja dengan suami terchenta. Hakhakhak! Last-last keputusannya beli tiket malam pukul 9.20 sebab Abang Misai nak pergi cari kayu nak betulkan katil. Katil tempat kami beradu telah patah.
Oh, jangan salah sangka yang kami telah melakukan aksi ganas ok. Kejadian terjadi pagi sebelum aku pulang ke rumah. Oh, bukan Abang Misaiku juga yang buat aksi ganas. Nak buat aksi ganas dengan siapa lah pulak kan. Tapi sebab sekali naik atas katil tu ada lah 4 orang. Dia, kakak dia, adik dia, tambah lagi anak buah dia. Haaaa.. Hambek ko! Kan dah patah. Ada lah berat kumulatif 200kg. Muahaha! Mengaplikasikan ayat matematik di sini.
So, petang tu Abang Misai pi beli kayu penyokong yang baru. Baru lah beta dapat tidur atas katil. Malam sebelum tu tidur atas toto sebab takut katil tu terus rata cecah lantai. Sakit belakang ibu mengandung ni tau. Akekeke...
Siapa-siapa tak tengok lagi Upin & Ipin silalah tonton ye. Memang best. Tak rugi kau beli tiket. Masa aku pergi tu pun memang full house. Nasib baik beli tiket awal. Pukul 11.20 malam pun sold out jugak. Waaahhh!!! Rasa nak tengok lagi. Tapi ekonomi tengah merudum lah. Gaji belum dapat. Tsk..Tsk..
-_-'
Semalam pulak pagi-pagi dah keluar ke pasar cari pulut kuning. Aku dok merengek-rengek dekat Abang Misai dari hari Sabtu, nak pulut kuning...Nak pulut kuning... Wuwuwuwu... Nasib baik ada jual. Tapi tu lah, selera je besar tapi makan sejemput aje. Mentel kata orang Jawa. Haha! Nasib baik beli pakai duit sendiri. Tak adalah husbandku membebel bila tengok sejemput aje yang bini dia ni makan.
Malam semalam barulah kita orang 3 beradik balik ke KL naik tren. Sebelum tu sempat lah beli burger konon-konon nak makan dalam tren sebab aku bising-bising lapar. Nak makan nasi tak ada selera lagi. So, beli lah burger. Tapi aku tak makan pun. Sebab aku tidur. Apa guna beli tiket tempat tidur kalau aku nak berjaga kan. Makanya, burger itu telah pun menjadi breakfast aku pagi-pagi ni.
Ini lah burger yang aku makan. Hangit rupanya. Nampak tak hitam kat tepi-tepi tu. Patutlah rasa lain macam aje. Huhu...
Ok lah, aku nak get ready nak pi klinik. Appointment pukul 2 petang sebenarnya. Tapi tau-tau aje lah. Klinik kerajaan kan. Kalau demam pun boleh sihat walafiat balik tunggu nak jumpa doktor. Aku nak balik rumah selongkar bil elektrik sebab ada dalam list yang klinik tu nak. Nak tolong bayar bil letrik aku ke apa aku pun tak tau. Hauhauahau! Nak makan-makan. Nak minum air masak sampai kembung. Sebab kejap lagi mesti nak check urine. Okies, adios amigos. Tata!
No comments:
Post a Comment