Gila lembik badan aku hari ni. Tak tau lah kenapa. Kerja aku asyik ke toilet aje. Rasa macam toilet tu dah jadi ofis nombor 2. Minum air masak pun boleh keluar balik. Bukan kencing lah, tapi muntah.
Jadi tahap kemalasan pun dah bermaharajalela sebab nak berjalan pun tak larat. Setakat pergi toilet lepas tu balik ke bilik. Nak berkenalan dengan staf baru pun tak ada mood. Muka dah lah pucat macam apa ni. Tak vogue lah berkenalan dengan muka pucat kan.
Huhuhu... Perasan vogue lah kau. Pergi kerja pun pakai bedak je. Semenjak pregnant aku amat malas men'touch-up' muka aku yang tak cantik tapi cute ni. Muakakaka!
Sabtu, 14hb/02 pergi buat pregnancy check up dekat klinik swasta. First time punya check up tu. Eh, bukan first lah sebab bulan lepas dah check. Kira yang kedua lah. Ok, mula-mula check BP. Doktor yang check aku tu pun pregnant jugak. Badan kecik comel je doktor tu. Lepas tu timbang berat pulak.
Hoho.. Berat turun 2.5kg lah.
Doc : Tak selera makan ye?
Aku tersengih macam kerang busuk je lah.
Aku : Asyik muntah-muntah aje. Tak berapa selera nak makan.
Nasib baik doktor tu tak marah. Hehe.. Biasa dia ni tak makan! Babab sekali baru tau! Eh, tapi aku makan lah. Cuma makan sikit aje. Tak pernah lagi lah aku tak makan langsung. Kesian lah kat budak kecik dalam perut ni. Tak cukup vitamin karang.
Lepas timbang berat tu scan pulak. Memang excited tahap gaban aku nak buat scan kedua ni. Masa yang first tu nampak kecik sangat. Adik aku pun ikut masuk sekali. Husband? Jauh kat kampung. Isk..Isk...
Doc : Baby ok. Itu kepala dia. Ini jantung dia. Nampak tak?
Wah, kagum aku tengok jantung baby berdenyut-denyut. Eeee... Comelnya....
Doc : Ok, ini tulang peha and ini kaki dia. Ini jari-jari kaki.
Huuuu... baby dah gerak-gerak lah. Dah nampak kaki baby terangkat-angkat. Tapi umi tak boleh rasa lagi. Kadang-kadang tu rasa denyut-denyut tu mesti baby tengah praktis main futsal dalam perut umi tu. Hahaha!
Doktor cuma bagi asid folik dengan ubat sapu. Ubat sapu tu aku yang mintak sebab belakang aku sakit macam nak tercabut. Tak cukup kalsium ke apa lah agaknya.
Sekejap aje rasa dah 3 bulan lebih. Waaahhhh... Dah nak masuk second trimester. Dengan harapan mabuk-mabuk akan hilang dan aku boleh makan macam biasa. Sekarang aku amat tak suka makan ayam. Say no to chicken. Tapi ayam panggang boleh pulak aku sental.
Tengok dari scan report due date bersalin aku 21 Ogos. Hmmm... Sebelum ni doktor kira 22 Ogos. Tahukah anda bahawa 22 Ogos adalah hari pertama umat Islam menyambut Ramadan tahun ni??
Makanya jika tepat tarikh jangkaan bersalin itu sepanjang bulan puasa aku tak boleh puasa lah. Huuuuwaaaa!!! Puasa tahun lepas pun aku tak habis ganti lagi. Masuk 4 bulan aku mesti gigih menggantikan puasa. Sebab tahun depan confirm aku kena ganti sebulan puasa. Kalau aku confirm bersalin pada tarikh itu ye. Tapi larat ke aku nak puasa kalau lambat sikit bersalin pun. Macam gagah perkasa je. Cet!
Patutnya petang ni aku kena buat taklimat pada staf-staf baru aku. Tapi aku nak pergi klinik. Aku tak larat sangat ni. Mau berehat di rumah. Sebab aku tengah kuciwa dengan bos aku nih. Bukan kecewa putus cinta ok.
Pagi tadi dengan muka pucat, mata berair (pasal baru lepas muntah) aku pergi lah jumpa bos.
Aku : Assalamualaikum bos.
Bos : Wa'alaikumsalam. Ye, ada apa Amiys?
Aku : Saya nak mohon pertukaran lah bos. (Sambil buat muka sedih+sakit, lepas tu hulur surat tukar.)
Bos : Awak nak tukar ke mana?
Aku : Ke Penang.
Bos : Tapi awak kena ada pengganti. Kalau tak saya tak boleh bagi awak tukar.
Dush! Masa tu aku rasa macam kepala kena kaut dengan backhoe yang besar gedabak tu.
Aku : Suami saya dekat Penang bos.
Bos : Saya tau tu. (Sambil angguk-angguk kepala.)
Aku : Lagi pun saya tengah pregnant bos. Tak ramai orang yang boleh tolong jaga saya.
Bos : Saya sebagai ketua jabatan faham masalah awak. Tapi ini lah, macam yang ketua pengarah kata. Masa mula-mula masuk kerja masa angkat sumpah kata sanggup ditugaskan ke mana-mana. Tapi bila dah kerja macam ni lah.
Adoi lah... Tak pasal-pasal aku dapat syarahan percuma. Best kan.
Bos : Takpe lah, awak keluar dulu. Nanti saya tengok macam mana.
Aku pun cepat-cepat keluar. Malas nak tunggu lama-lama. Karang mesti aku buat drama air mata pulak dalam bilik bos.
Macam mana ni. Nak mintak tukar pun sadis semacam aje rasanya. Aku dah dapat balik surat tukar tu. Tapi ada note kat atas tu. 'Disokong dengan syarat ada pegawai pengganti'.
Ada sesiapa rasa dia nak ganti aku tak? Sila bagitau ye. Huhu...
3 comments:
kite ganti awak lah..
husband kite kat penang :)
klu lah senang mcm tue je kan....
mcm cepat je mase berlalu kan...dah gerak2 dah baby ko
intan - tu la.. klu boleh tukar sesuka hati kan best... tapi x boleh.. waaa!!!!
yabeet - hooo...rasa amat cepat ye yabeet... perut aku juga makin besar dgn jayanya...
Post a Comment