SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 24, 2013

Jerebu Di Mana-mana

Assalamualaikum

Sekarang kecoh pasal jerebu kan. Tengok fb semua dok update jerebu. Sakit tekak. Sakit mata.

Aku ni pun tengah sakit tekak. Dari Jumaat. Tak tau la sangkut paut dengan jerebu ke tak. Tapi memang perit je la tekak ni. Keadaan kat Penang ni pun nampak macam makin teruk. Abang Misai sms kata jambatan pulau pinang pun dah tak nampak dari opis dia.

Opis dia dekat dengan jeti pun tak boleh nampak jambatan. Tu maknanya dah teruk la jugak tu. Aku ni dok berkurung dalam opis je. Bila dah laki aku sms baru la hegeh-hegeh cari tingkap. Huhuhu... Putih je pemandangan.

So, mari la kita menjaga diri kita dengan memakai topeng muka. Aku ni beria je suruh orang pakai topeng muka. Diri sendiri pun tak beli.

Hmmm... Apa pun jangan lupa la minum air masak banyak-banyak. Bagi kurang sikit kegatalan tekak sebab asap yang berlambak tu. Orang yang dok isap rokok sila simpan rokok anda dan sedut je asap jerebu ni. Jimat sikit duit beli rokok kan. Hahahahaha!

Jerebu oh jerebu. Nyah cepat dari bumi Malaysia ni.

 

No comments: