SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 27, 2013

Apa-apa Aje Lah Labu

Assalamualaikum

Last aku update pasal jerebu. Alhamdulillah, penang ni jerebu dah kurang banyak. Allah kabulkan permintaan dan turunkan hujan. Syukur sangat. Tekak pun tak sakit lagi. Hidung je hingus meleleh ni. Aircond opis sekarang macam duduk kat kutub. Sejuk gila. Ye la, hari tu komplen sangat panas kan. Sekarang, amik kau!

Rasa macam nak beli stokin jari n sarung tangan je buat pakai kat opis. Aku ni memang stok tak tahan sejuk. Suhu baru 30 degree celcius tu pun aku dah rasa macam sejuk sangat dah.

Puasa lagi 12 hari kan. Kat opis ni dah ada yang bawak sampel kuih raya. Kakak aku pun dah order kuih raya. Aku? Tengok je dulu. Kuih raya zaman sekarang ni tak berapa laku kalau dihidang. Budak-budak kalau datang beraya sampai depan rumah je. Mintak duit lepas tu balik. Siap bawak handbag tak tahan tu.

Beza sangat dengan zaman aku kecik-kecik dulu. Beraya kat kuarters dulu rumah semua orang kitorang masuk. Walaupun perut dah nak meletup makan macam-macam. Tetap masuk hormat tuan rumah yang dok ajak masuk minum air n makan kuih. Budak sekarang bila tanya tak nak ke masuk minum-minum terus geleng-geleng. Dah la aku tak kenal anak siapa. Bila tanya dari mana tu dia dari kampung mana tah berkilometer jauh dari rumah. Berani sungguh anak-anak zaman sekarang ni ye.

Apa pun raya kali ni aku masak rendang dengan ketupat nasi segera je. Nak masak laksa ke hape aku tak reti. Masak lodeh aku tau. Ketupat palas lagi la aku tak reti. Aku reti makan je. So, terima lah apa adanya kalau datang rumah aku. Heh, ada ke sesiapa nak datang rumah. Hahahaha!

Ok, tu je. Aku nak siapkan keja. Esok aku nak cuti. Nak pi tabung haji, pejabat zakat, bank. Eh, banyak lagi tempat aku nak menyinggah. Bebudak opis ni pun bz nak bersukan weekend ni. Aku tak join. Sebab aku ada anak kecik nak dijaga. Maklum la, semua benda pun aku kena buat. Bibik kekdahnya.

4 comments:

adrianna syaz said...

Salam amiys..hee..teringt zmn dulu2..sama la sya..x kira umh sapa pegije beraya..klu tuan umh tu bg 50 sen,esok dtg lg..hehe..mmg senyum sorang2 klu ingat..

Khamsi Abdullah said...

Alhamdulillah..kl pon dah hilang dh jerebu. Sebut pasal duit raya, jangan lupa tukar duit kecik banyak2 taw..ahaha

Suliana said...

aku pun dah order kuih raya. haha. sejenis je lah, aku jenis kesian org jual. aku beli lah. tapi ada hajat gak nak wat sendiri . hehe

aMiYs said...

adrianna - hahaha.. dulu tuan rmh boleh igt klu dtg 2 kali.. x dpt la duit raya lg...

khamsi - duit kecik tahun lepas ada lg.. hahaha..

su - aku nk buat sendiri tp xde oven nk bkr... tunjuk je la senang.. heheheh...