Assalamualaikum
Suasana opis hari ni adalah kalut. Semua orang bertebaran serata opis mengemas apa yang patut. Esok ada audit 5S. Tapi bukan audit MAMPU pun. Audit silang je. Cawangan KL turun audit opis kitorang. Kitorang punya auditor turun audit opis diorang. Begitu la pemahaman aku ni. Audit MAMPU 4 Julai ni. Adessss....
Jadi aku pun kena terlibat la. Tadi dah terpanjat-panjat kerusi. Dok lap atas notice board. Takut ada habuk. Ye la, auditor ni tak disangka-sangka tau. Tetiba tempat yang pelik-pelik tu la nak dicalit tangan dia. Ada habuk kalu memang percuma la markah pun hilang.
Bilik aku ni pun sama la jugak. Tunggu roomate aku ni pi HQ sat lagi. Aku akan mulakan pembersihan. Dia aku tengok selamba kodok je haaa... Maklum la, lelaki ye. Jadi bab mengelap-ngelap tu dia tak amik port. Aku jugak yang kena.
Ni nak kemas balik aku punya kabinet. Macam-macam aku sumbat dalam tu. Hari ni mengemas sehari suntuk la gamaknya. Kerja luar pun aku tak setel lagi. Hukhukhuk....
No comments:
Post a Comment