Assalamualaikum
Update dengan laju. Sebab nak kena masuk meeting sat lagi. Oh, meeting tu adalah sambungan untuk meeting semalam. Dahsyat kan. Meeting siap bersambung-sambung. Ko mampu? Hukhukhuk....
Disebabkan seharian semalam meeting maka otak aku sangat la stress. Dengan hari ni patutnya aku kena buat perbincangan ISO. Perbincangan ISO ni wajib tiap-tiap bulan ok. Lepas tu esok lusa nak kena buat taklimat. Memang sangat bz la kekdahnya. Nak kencing pun tertahan-tahan.
So, petang semalam lepas amik kakak aku pi la kitorang menyinggah Aeon Big Seberang Jaya tu. Asalnya aku nak hantar tablet cap ayam pi tukar skrin. Dua-dua tablet skrin pecah. 1 tu Hana pecahkan. 1 lagi laki aku punya angkara.
Amir mengamuk ok dengan abah dia siap buat tutorial macam mana nak bangun dari katil tanpa tangan menongkat tepi. Hahahaha! Pasal pecah tu sebab tablet ada bawah bantal n Abang Misai nak bangun lepas tu siku dia dok menongkat kat bantal tu. Prakkkkkk! Pecah la skrin tu dibuatnya.
Lepas hantar tablet tu kitorang pi makan. Lepas tu masuk Aeon Big kejap cari mayonis. Then kononnya nak keluar pi watson cari serum. Terlencong ke kedai bling-bling pulak. Hahahaha! Alasan sangat terlencong tu.
Maka disebabkan stress semalam aku telah menghadiahkan diri sendiri dengan ini....
Dah lama simpan niat nak beli anting-anting bling-bling. Tapi tak pernah nak menyinggah. Konon semalam tu nak tengok je. Tengok terus terbeli pulak. Kahkahkah! Tak apa la, hadiah untuk diri sendiri sempena hari ibu, harijadi dan segala macam hari lagi. Sedih sangat bunyinya ye senah.
Aku berkenan yang macam gelang punya anting-anting. Ala, bukan yang besar gedabak macam artis tu. Kecik aje. Bila fikir balik tak payah la. Anak aku tu dah la lasak. Sat lagi dia tarik anting-anting tu mau rabak telinga aku. So, kita tukar la yang macam skru tu je.
No comments:
Post a Comment