SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 27, 2013

Tak Ada Muka Lain Ke Nak Hantar Kursus???

Sesuatu yang tidak disukai *but maybe disukai orang lain* telah berlaku. Aku kena pi kursus lagi!!! Tension sungguh haku tau.

N kursus akan bermula ahad ni. Apekah? Apekah? Apekah ini semua???

Aku punya rekod kursus dah lebih 7 hari kot. 10 hari dah. Dah la last minit punya notis. Baru tadi aku dapat emel dari timbalan aku. Cissss... No wonder la dia call tanya aku free tak next week. Rupanya nak letak nama aku.

Kursus sampai hari Jumaat ok. Bosan nak mati la dok dalam hutan tu. Kursus ekonomi pulak tu. Laaaaagi la aku bosan macam orang bodoh nanti.

Kesian pulak kat Hana. Masa aku pi PD hari tu pun keja asek menangis je kat rumah. Aku call dia nangis tak nak letak fon. Nak cakap jugak. Aku video call lagi la haru. Macam gaya nak masuk dalam fon dah.

Sedihnyaaaaa....

T______________________T

Nak menang SEJUTA!!!! Boleh bayar hutang n dok rumah jaga anak dengan aman.

Nanges lagi.

T________________________T

 

Apa-apa Aje Lah Labu

Assalamualaikum

Last aku update pasal jerebu. Alhamdulillah, penang ni jerebu dah kurang banyak. Allah kabulkan permintaan dan turunkan hujan. Syukur sangat. Tekak pun tak sakit lagi. Hidung je hingus meleleh ni. Aircond opis sekarang macam duduk kat kutub. Sejuk gila. Ye la, hari tu komplen sangat panas kan. Sekarang, amik kau!

Rasa macam nak beli stokin jari n sarung tangan je buat pakai kat opis. Aku ni memang stok tak tahan sejuk. Suhu baru 30 degree celcius tu pun aku dah rasa macam sejuk sangat dah.

Puasa lagi 12 hari kan. Kat opis ni dah ada yang bawak sampel kuih raya. Kakak aku pun dah order kuih raya. Aku? Tengok je dulu. Kuih raya zaman sekarang ni tak berapa laku kalau dihidang. Budak-budak kalau datang beraya sampai depan rumah je. Mintak duit lepas tu balik. Siap bawak handbag tak tahan tu.

Beza sangat dengan zaman aku kecik-kecik dulu. Beraya kat kuarters dulu rumah semua orang kitorang masuk. Walaupun perut dah nak meletup makan macam-macam. Tetap masuk hormat tuan rumah yang dok ajak masuk minum air n makan kuih. Budak sekarang bila tanya tak nak ke masuk minum-minum terus geleng-geleng. Dah la aku tak kenal anak siapa. Bila tanya dari mana tu dia dari kampung mana tah berkilometer jauh dari rumah. Berani sungguh anak-anak zaman sekarang ni ye.

Apa pun raya kali ni aku masak rendang dengan ketupat nasi segera je. Nak masak laksa ke hape aku tak reti. Masak lodeh aku tau. Ketupat palas lagi la aku tak reti. Aku reti makan je. So, terima lah apa adanya kalau datang rumah aku. Heh, ada ke sesiapa nak datang rumah. Hahahaha!

Ok, tu je. Aku nak siapkan keja. Esok aku nak cuti. Nak pi tabung haji, pejabat zakat, bank. Eh, banyak lagi tempat aku nak menyinggah. Bebudak opis ni pun bz nak bersukan weekend ni. Aku tak join. Sebab aku ada anak kecik nak dijaga. Maklum la, semua benda pun aku kena buat. Bibik kekdahnya.

Monday, June 24, 2013

Jerebu Di Mana-mana

Assalamualaikum

Sekarang kecoh pasal jerebu kan. Tengok fb semua dok update jerebu. Sakit tekak. Sakit mata.

Aku ni pun tengah sakit tekak. Dari Jumaat. Tak tau la sangkut paut dengan jerebu ke tak. Tapi memang perit je la tekak ni. Keadaan kat Penang ni pun nampak macam makin teruk. Abang Misai sms kata jambatan pulau pinang pun dah tak nampak dari opis dia.

Opis dia dekat dengan jeti pun tak boleh nampak jambatan. Tu maknanya dah teruk la jugak tu. Aku ni dok berkurung dalam opis je. Bila dah laki aku sms baru la hegeh-hegeh cari tingkap. Huhuhu... Putih je pemandangan.

So, mari la kita menjaga diri kita dengan memakai topeng muka. Aku ni beria je suruh orang pakai topeng muka. Diri sendiri pun tak beli.

Hmmm... Apa pun jangan lupa la minum air masak banyak-banyak. Bagi kurang sikit kegatalan tekak sebab asap yang berlambak tu. Orang yang dok isap rokok sila simpan rokok anda dan sedut je asap jerebu ni. Jimat sikit duit beli rokok kan. Hahahahaha!

Jerebu oh jerebu. Nyah cepat dari bumi Malaysia ni.

 

Wednesday, June 19, 2013

5S

Assalamualaikum

Suasana opis hari ni adalah kalut. Semua orang bertebaran serata opis mengemas apa yang patut. Esok ada audit 5S. Tapi bukan audit MAMPU pun. Audit silang je. Cawangan KL turun audit opis kitorang. Kitorang punya auditor turun audit opis diorang. Begitu la pemahaman aku ni. Audit MAMPU 4 Julai ni. Adessss....

Jadi aku pun kena terlibat la. Tadi dah terpanjat-panjat kerusi. Dok lap atas notice board. Takut ada habuk. Ye la, auditor ni tak disangka-sangka tau. Tetiba tempat yang pelik-pelik tu la nak dicalit tangan dia. Ada habuk kalu memang percuma la markah pun hilang.

Bilik aku ni pun sama la jugak. Tunggu roomate aku ni pi HQ sat lagi. Aku akan mulakan pembersihan. Dia aku tengok selamba kodok je haaa... Maklum la, lelaki ye. Jadi bab mengelap-ngelap tu dia tak amik port. Aku jugak yang kena.

Ni nak kemas balik aku punya kabinet. Macam-macam aku sumbat dalam tu. Hari ni mengemas sehari suntuk la gamaknya. Kerja luar pun aku tak setel lagi. Hukhukhuk....

 

Sunday, June 16, 2013

Tunggu Tuala Tak Kunjung Tiba


Assalamualaikum

Tengah melangut tunggu towel tak sampai-sampai ni. Housekeeping kemas bilik tapi tak letak towel. Nak lap badan macam mana la. Hohoho!

Malam tak ada taklimat. Relax la otak sikit. So malam ni lepak bilik je kot. Nak pi karok tapi tak ada geng otak mereng macam aku. Dok bilik baca buku je la ye senah.

Makan kat sini not bad la. Cuma variety kureng. Macam la kalau banyak sangat variety aku boleh makan semua. Hahahaha! Nafsu semua tu.

Malam ni makan macam biasa je. Semalam ada la bbq. Pun tak banyak choices. Kambing, daging, ikan, sate. Lain-lain tu salad segala bagai la.

Cakap pasal makan perut dah bunyi. Nak siap pi makan la. Mandi kemudian la nampak gaya ni. Dah tuala tak sampai lagi. Jauh bebenor gamaknya opis housekeeping ye.

Posted via MyAndroid

Friday, June 14, 2013

Biasa Aje



Aku dah kat bilik hotel. Condition bilik agak tak memuaskan. Katil ok. Tapi aircond air menitik. Remote aircond barai tak boleh guna.

Lampu malap je ni. Lampu jenis romantika d'amor sangat. Macam gaya datang nak hanimun kekdahnya.

Aku rasa macam ada nyamuk. Oh.. Gatal-gatal dah ni. Makan belum rasa lagi. Dok tunggu kawan aku tak sampai lagi ni.

View dari bilik je la boleh tahan. Nampak laut terus.

Ruang bilik pun standard. Tak luas sangat. Tak sempit sangat. Tapi macam lagi besar bilik aku kat bajet hotel kat kajang hari tu.

Arah kiblat pun tarak. Dalam buku panduan atas meja kata ada kat siling. Jenuh aku dongak cari hapah takde. Nasib la aku ada install kompas kiblat dalam fon ni.

N sampai sekarang aku tak dapat lagi sejadah n iron yang aku mintak dari pukul 7.10 tadi.

Overall, biasa-biasa je la.

Posted via MyAndroid

Ke PD Kita


Dalam kereta on da way ke port dickson. Bukan jalan-jalan makan angin okey. Ni keja punya pasal. Keja... Keja... Keja...

Tadi melepak dekat tapah kejap. Dok minum-minum bos dah call. Dia mintak amik dia kat klia. Mula-mula dia plan nak pi putrajaya dulu. Oh, bos naik flight ye. Kami ni naik kereta. Tapi plan pi putrajaya telah dikensel sebab geng dia tak ada kat hq tu. So tu dia tengah tunggu kitorang le tu.

Dan inilah masanya aku nak relax kejap. Biar laki aku pulak take over jaga anak-anak. Si hana tu dah la manja terlebih dengan aku. Jenuh la apak dia nak handle. Hahahaha! Malam tadi je berapa kali dia bangun kacau aku tak nak tido. Aku dah la ngantuk.

So tadi dah balas dendam. Tido all da way dari penang ke tapah. Hehehehe..

Ni nak sambung tido jap la. Karang bos dah ada dalam kereta dia ajak menyembang pulak.

ZzZzZz.....

Posted via MyAndroid

Penang Dilanda Ribut

Assalamualaikum

Semalam Penang dilanda ribut. Aku masa kejadian sedang berada di kedai jahit. Pi amik baju kurung. Bagitau kat Abang Misai baik je dia kata apesal tak jahit sendiri. Ye lah, berapa kali aku suruh pasang mesin dia buat tak reti je. Lagi nak suruh aku jahit macam aku terror. Padahal baru belajar jahit sepasang baju. Tu pun aku dah lupa. Hahaha!

Masa pi kedai tu aman-aman je keadaan. Cuma mendung je la. Bajet hujan biasa-biasa je. Masa tengah bayar tu dengar bunyi angin tiup zink punya la kuat. Jenguk keluar tengok zink kedai depan terkibai-kibai. Kalau tercabut tu naya je.

Terus laju-laju keluar n pi kat kereta. Dah la aku parking agak jauh. Angin punya kuat sampai berterbangan pasir-pasir kat jalan tu. Dah jadi masker kat muka aku ni haaa. Aku nak bergerak ke kereta pun dah macam siput. Macam nak terbang dah rasanya. Bayangkan aku yang gemuk ni pun macam nak terbang. Orang yang kurus sekeping aku rasa dah terbang kot.

On da way balik nak amik anak-anak banyak betul pokok tumbang. Angin je kuat ye. Hujan gerimis aje pun. Alhamdulillah aku keluar agak awal dari opis. Kalau tak confirm aku stuck kat jambatan pulau pinang tu. Budak opis bagitau dia gerak masuk jambatan pukul 7. Pukul 10 baru sampai ke seberang. Jammed yang langsung tak bergerak sebab ada pokok tumbang kat area lepas jambatan tu. Huhuhu...

Time balik amik Amir n Hana pun nampak ada pokok tumbang depan jalan masuk taman rumah aku. Tapi dah dialihkan.

Tengok berita menara pemancar apa tah dekat bangunan umno kat belah Pulau ni tumbang. Sorang meninggal. Bangunan umno tu dekat je dengan bangunan opis aku ni. Pagi tadi nak pi opis jalan depan bangunan umno tu tutup. Dan sangat la memualkan bila aku kebek-kebek forum ada manusia yang terlampau taksub dengan politik mengaitkan benda ni dengan politik. Musibah ni Allah turunkan untuk peringatan pada semua. Lagi mau kait pasal politik.

Hoih, cakap pasal politik ni sampai kiamat pun orang tak abes bercekau punya la. Aku ni kejap lagi ada taklimat. Lepas tu nak bertolak ke PD. So, tak ada masa nak ulas panjang-panjang sangat.

Jadi mari la kita kemas meja dulu. Minggu depan aku masuk opis terus ada audit 5S pulak. Tak ada masa lain dah nak kemas.
 

Wednesday, June 12, 2013

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum

Update dengan laju. Sebab nak kena masuk meeting sat lagi. Oh, meeting tu adalah sambungan untuk meeting semalam. Dahsyat kan. Meeting siap bersambung-sambung. Ko mampu? Hukhukhuk....

Disebabkan seharian semalam meeting maka otak aku sangat la stress. Dengan hari ni patutnya aku kena buat perbincangan ISO. Perbincangan ISO ni wajib tiap-tiap bulan ok. Lepas tu esok lusa nak kena buat taklimat. Memang sangat bz la kekdahnya. Nak kencing pun tertahan-tahan.

So, petang semalam lepas amik kakak aku pi la kitorang menyinggah Aeon Big Seberang Jaya tu. Asalnya aku nak hantar tablet cap ayam pi tukar skrin. Dua-dua tablet skrin pecah. 1 tu Hana pecahkan. 1 lagi laki aku punya angkara. 

Amir mengamuk ok dengan abah dia siap buat tutorial macam mana nak bangun dari katil tanpa tangan menongkat tepi. Hahahaha! Pasal pecah tu sebab tablet ada bawah bantal n Abang Misai nak bangun lepas tu siku dia dok menongkat kat bantal tu. Prakkkkkk! Pecah la skrin tu dibuatnya.

Lepas hantar tablet tu kitorang pi makan. Lepas tu masuk Aeon Big kejap cari mayonis. Then kononnya nak keluar pi watson cari serum. Terlencong ke kedai bling-bling pulak. Hahahaha! Alasan sangat terlencong tu.

Maka disebabkan stress semalam aku telah menghadiahkan diri sendiri dengan ini....



Dah lama simpan niat nak beli anting-anting bling-bling. Tapi tak pernah nak menyinggah. Konon semalam tu nak tengok je. Tengok terus terbeli pulak. Kahkahkah! Tak apa la, hadiah untuk diri sendiri sempena hari ibu, harijadi dan segala macam hari lagi. Sedih sangat bunyinya ye senah.

Aku berkenan yang macam gelang punya anting-anting. Ala, bukan yang besar gedabak macam artis tu. Kecik aje. Bila fikir balik tak payah la. Anak aku tu dah la lasak. Sat lagi dia tarik anting-anting tu mau rabak telinga aku. So, kita tukar la yang macam skru tu je.

 

Monday, June 10, 2013

Luahan Perasaan

Aku dok ternganga depan pc. Dah naik blur nak buat apa. Rasa macam nak jerit je kuat-kuat dalam opis ni. Karang orang ingat histeria pulak. Huhu...

Opis ni pun boleh tahan la kekerasannya. Keras macam mana korang paham-paham la sendiri ye. Aku dah la sorang-sorang ni. Tak berani nak cer citer, cer citer. Pasal aku pun baru je kena usik-usik manja ni.

Tadi bertubi-tubi orang call mintak report. Huwaaaaargghhh!!! Aku ni punya la kalau nak pi mana-mana tinggal report detail. Kesian kat orang. Kenapa orang tak kesian kat aku? Why???? Tercangak bangak aku cari. Sms bebudak yang buat keja luar. Sorang dua je yang balas.

Ni banyak benda lagi nak buat. Sebab otak aku dah jammed. So, aku taip blog kejap. Kot boleh datang idea apa aku nak buat tadi. Huh... Sedih betul macam ni.

Kawan-kawan, tolong doakan aku menang RM Sejuta ye. Cabutan bertuah. Aku dah tak larat sangat keja ni. Ulang alik dengan jammed. Dengan jauh. Pi balik 100km setiap hari. Dah macam zombie pun ada ni.

Ye, sesi luahan perasaan di petang hari. Mari la sambung buat keja yang tak pernah abes.

:(

 

Meeting Terlampau Boleh Menyebabkan Kebangangan Terlampau Juga

Assalamualaikum

Otak sangat serabut berselirat dengan macam-macam benda nak kena buat. Dengan orang itu ini call mintak report. Orang yang buat reportnya tak ada sebab pi HQ. Jadi aku la yang kena menjawab bagi pihak.

Lepas tu nak siapkan slide. Esok ada meeting. Rasa nak je aku tepek gambor yang aku dapat dari fb hari tu. Meeting yang terlampau kerap boleh menyebabkan IQ jadi rendah dan brain-dead. Hahahaha! Bagi bos tengok. Apa jawapan dia.

 What say you?

Hehehehe....

 

Friday, June 7, 2013

Entah La

Assalamualaikum

Masuk keja dah tension. Dari semalam lagi dah tension sebenarnya. Dah la balik dari Putrajaya. Tengok email opis ada staf hantar emel. Dengan guna caps locknya. Dengan ayat yang sungguh bagus sekali untuk dibaca.

Dengan kepenatan melayan kerenah 2 orang budak bertuah yang asek bersilat dalam kereta. Dapat pulak call dari timbalan. Tanya aku datang opis tak esok. Abes, selama ni aku balik dari Kelantan, Cherating segala sampai rumah pukul 2-3 pagi ada ke aku tak masuk opis. Masuk macam biasa jugak. Tak ada la macam staf lain masuk lewat sikit pukul 10. Alasan penat n mengantuk. Tapi aku kena masuk awal. Aku tak mengantuk ke? Aku robot kot ye.

Takut aku tetiba tak masuk opis kononnya. Oh, lupa. Aku ni kan memang suka buat keja separuh jalan. Tinggal keja kat orang berlambak-lambak.

Aku pun penat jugak.

Sigh....

Jadi tawar hati sangat....

 

 

Thursday, June 6, 2013

Taklimat @ Putrajaya


Assalamualaikum

Yuhuuu... Kebosanan ni tunggu pintu bilik seminar bukak. Aku sampai punya la awal. 7.15 dah terpacak depan pintu.

Hari ni last kat putrajaya. Petang ni terus berdesup balik. Ye la, esok keja kekdahnya. Asek cuti je nanti bising la encik bos kita. Padahal kalau nak cuti tu tak ada hal. Cuti aku berlambak-lambak.

Next week stand by pulak nak ke PD. Yang tu tak bawak bala tentera. Bilik kena kongsi. Relax kejap ummi ye. Gantung pampers. Hahahaha!

Ok, jom cas hp siap-siap. Aku main candy crush tadi abes bateri dibuatnya.

Posted via MyAndroid

Tuesday, June 4, 2013

Bulan Jun Yang Bz

Assalamualaikum

Haaa.. Tak cukup tangan kaki pun dah nak tolong taip sekali ni. Kebizian melampau sangat bulan ni. Hari ni dah kena pi Putrajaya sampai hari Khamis. Next week pi PD pulak. Weekend pulak tu. Semua sebab taklimat.

Yang taklimat minggu ni boleh la angkut laki n anak-anak. Pasal hotel semua boleh claim. Yang kat PD tu aku ingat nak jugak bawak budak-budak tu bercanda di pasiran pantai. Sekali diorang buat berpakej n bilik kena share. So, kalau pi nak tempah bilik sendiri tak boleh claim. Hoih, rugi. Jadi biar la aku pi sensorang. Fefeeling bujang kembali. Kahkahkah!

Ni pun dah nak balik la dalam masa 10 minit lagi. Nak setel semakan kualiti. Lepas tu kemas beg. Terus chalo ke KL. Amir dengan Hana tengahari sat lagi amik kat rumah pengasuh lepas setel mengemas semua.

Wokey, aku nak setelkan segala mak nenek keja n semak claim bebudak kejap. Fuhhhh...