SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, October 10, 2011

Cucuk n PAP SMEAR

Assalamualaikum

Baru balik dari klinik. Hana cucuk. Khamis lepas dah pi. Tapi timbang berat n amik tinggi n bukak kad perancang je. Nurse tu yang bagitau suruh datang 6hb. Alih-alih kata Hana tak buleh cucuk sebab tak cukup 2 bulan. Siap bebel lagi kata appointment aku 10hb.

Eh, hello!!! Aku ni belum pekak lagi kot. Bulan lepas memang soheh la nurse tu kata 6hb. Dalam buku Hana pun takde tulis tarikh. Rupanya tulis dalam buku kat klinik. Mana la aku tau. Tulis lain bagitau lain. Aku seligi karang kutip gigi je sorang-sorang.

Tadi pun aku datang nak cucuk Hana dok bising lagi. Tu la dah kata appointment 10hb kan dah kena datang 2 kali. Aku malas nak jawab senyap je la.

Hana nangis kejap je. Pasal masa dia kena cucuk tu dia tengah tido lepas menenen. Sebelum tu aku kena buat PAP SMEAR pulok. Nurse tu kata luka aku belah dalam tu tak baik lagi. Still merah lagi.

Huuuuuu.... Lama bonar eh nak baik. Dah la masa aku bersalin tu nurse kata kulit aku macam tau fu fa.

Tahun depan, 10hb Okt kena datang lagi buat PAP SMEAR.

Dah, aku sakit perut. Nak berak. Berapa hari tak berak ni.

1 comment:

Anonymous said...

ape pakaian pakai buat pap smear?