Mengantuk... Rasa nak tido. Tapi sebab tetiba isnin ni ada meeting tetiba la jadi banyak keja.
Hari ni baru start pam susu pukul 9. Sebelum ni pam pukul 12 n 3 je. Pasal apa aku pam padahal dah campur susu formula? Pasal itu budak Hana tak suka susu formula kecuali dia dah terlampau lapar. Kalau sua jugak dia akan buat-buat termuntah ye.
Setakat ni susu yang dah pam tu memang abes la Hana minum. Toksu kata Hana dapat susu badan abes dia minum. Bagi FM minum sikit je.
Ini telah menyebabkan aku rasa nak beli pam baru yang lagi best Ooo Ooo Ooo. Yang boleh pam dua-dua belah tetek sekaligus.
Dah survey-survey. Tapi rambang mata la pulak tak tau nak beli yang mana. Berkenan dengan Medela Free Style. Tapi harga buleh pitam mak taw! So, range yang mampu Spectra la.
Tapi Spectra pun banyak model jugak. Dah sudah... Mana 1 yang best n bagus ek?
Maka berkubur la harapanku terhadap Beri Hitam. Sob... Sob.. Sob... Anak didahulukan, pam susu diutamakan. Huhuhu...
Siapa-siapa yang ada pengalaman pam susu ni boleh suggest tak pam Spectra mana yang bagus. Spectra 3 ke Spectra Dew?
Sekian dari orang yang banyak keja tapi still ada masa nak berblogging. ;p
1 comment:
aku pakai spectra 3.. alhmdlh ok je.. setakat ni review org spectra 3, ok aje.. antara byk2 spectra, dia yg paling ramai org pakai..
Post a Comment