SaYa SayaNg AnDa :)

Sunday, July 24, 2011

Perangai Amir Yang Melampau

Assalamualaikum

Oh, mak buyung belum beranak lagi. Menghitung hari. Kalau lagi seminggu lepas due aku masih berhuuu haaaa di sana sini kena la IOL. Huhuhu...

Ape IOL tu? Induce Of Labour. Kena paksa bersalin sebab baby seronok sangat dok dalam perut ummi.

Ni tengah tunggu Amir tido ni. Tu yang online. Eh, bukan aku tidokan dia. Abah dia la. Kat dalam bilik dengan abah dia tu. Aku tak boleh masuk selagi dia belum tido. Sebab kejap lagi dia tarik rambut aku. Dia cucuk perut, tetek, sume la. Sampai aku hangen 1 badan. Dia pulak boleh gelak-gelak.

Aku tak tau la si Amir ni perangai dia melampau-lampau tau sekarang. Main campak je barang kat ummi dia. Aku marah dia gelak-gelak. Bukan kecik anak punya barang ok. Setakat baling n campak bantal aku boleh terima lagi. Ni kekadang batu, barang mainan dia yang keras-keras tu.

Memang tak pernah melalak la kalau kena marah. Dia gelak kesukaan. Macam kan aku ajak bergurau senda. Botol susu dia pun dia campak kat aku. Orang lain dia tak buat macam tu tau. Lepas tu sekarang minum susu sikit lepas tu selebihnya dia tuang-tuang atas lantai. Buat peta malaysia kot. Minum air dalam bekas plastik pun dia buat macam tu. Nutrigen dia pun dia buat macam tu.


Lagi 1 peel kalau aku tak bagi apa-apa dia akan menjerit-jerit ye. Lepas tu pukul-pukul aku. Harghhhhh!!!!


Cakap elok-elok tak jalan. Jentik tangan tak jalan. Pukul bontot tak jalan. Semua pun tak jalan la.


Macam mana ni aaaaa????



1 comment:

@e_da said...

amiys bykkan sabar... mmg dia takan faham kalau kita marah menyinga sekalipun.. org tua2 kata ragam budak nak dpt adik camtu..

mika yg takdak adik ni pun suka buat perangai gak... kdg2 mmg tak tahan.. tp sabo je la