SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 4, 2011

Emo Pulak Tetiba

Assalamualaikum

Aku tak beranak lagi. Ada je. Tapi sekarang nak tido susah betui. Sakit belakang. Kalih kiri sakit. Kalih kanan sakit. Terlentang pun sama je. Takkan nak meniarap pulak kan.

Hari Jumaat lepas adelah hari jammed gila babun. Sebelum masuk jambatan lagi dah jammed teruk. Ingatkan pasal apa la. Khamis tu polis ada blocked jalan pasal perhimpunan Bersih tu. Rupanya Jumaat ada demonstrasi jalanan yang tak setuju perhimpunan Bersih.

Pelik betul aku. Orang yang nak buat perhimpunan Bersih tak buat lagi tapi orang yang tak setuju yang buat jalan jammed. Hangen gila ah. Nasib baik bukan aku yang drive. Hehehe... Tapi laki aku punya merungut jangan cerita la.

Tambah pulak tengok berita diorang kata kalau perhimpunan Bersih tu buat jugak diorang nak buat demonstrasi kat jambatan Pulau Pinang. Hamboihhhhh... Meh aku langgar sekor-sekor. Kalau tak menyusahkan orang lain tak buleh kot.

Eh, tetiba emo. Hahaha! But seriously la, tolong jangan menyusahkan orang lain boleh tak. Korang nak buat bersih ke, kotor ke, berdebu ke, jangan buat tengah jalan. Pi cari stadium ke hape.

Ni elok-elok dari opis ke rumah 45 minit je dah jadi 2 jam okeh. Keluar pukul 5 sampai rumah pukul 7 lebih. Dah macam dari Penang ke Ipoh.

Ok, aku nak buat keja sat. Sambil makan biskut. Petang ni nak time off. Ada checkup kat klinik. Darah aku kan asek Hb rendah je. Last checkup ok pulak. Hari ni tak tau macam mana. Durian ada effect pada Hb tak? Sebab weekend hari tu aku membantai kenduri durian kat rumah. Huhuhu...

Baby pun tak tau dok kepala atas ke bawah. Sebab banyak rasa tendang kat bawah je ni. Ke itu tangan dia? Hahaha!

Ok, bubbaiz.

No comments: