Assalamualaikum
Aku kat opis. Semalam pi checkup kat hospital. Pasal baby breech tu. N baby sudah pun berpusing ke kedudukan yang betul. Aku rasa sehari sebelum aku pi checkup sebab malam tu elok lagi dia dok tendang kat bawah.
Jadi baby, sila pastikan kedudukan anda telah tetap. Kemungkinan untuk berpusing tu doktor kata ada lagi since ketuban adelah banyak. N baby pun tak engage lagi. Masih floating atas reason yang sama. 22hb ni kalau aku tak beranak lagi kena scan lagi tengok balik baby macam mana. Sebab ketuban banyak kan. Doktor takut baby tak jumpa jalan n floating sepanjang masa. Dah la tu kena repeat MGTT lagi. Huwarrggghhh!!!
Test hari tu ok je result dia. Aku pun tak tau apesal doktor suruh repeat test lagi. Aku rasa macam nak terbeliak mata nak ngabeskan 1 mug air gula tu. Ni nak kena minum lagi. Lepas tu nak kena cucuk tangan amik darah lagi. Tak sukeeeee!!!!
Selagi aku tak beranak banyak kali la aku kena pi klinik-klinik yang ada. Next week je sampai berapa kali appointment. Nasib la dah start cuti senah. Kot tak berbulu la timbalan aku pasal aku asek tak ada je.
Ok, aku nak dok buat keja. Papai!
1 comment:
owh... siap-siap nota serah tugas... dah nak cuti tu... ;p
Post a Comment