SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, February 27, 2009

Pengalaman saya buat pregnancy check-up di klinik gomen

Hari ni aku nak story experience aku buat pregnancy check-up dekat klinik gomen ye kawan-kawan.


Aku pergi ke klinik hari Isnin, 23/02/09. Appointment pukul 2 petang. So, dalam pukul 1.45 aku dah pun terpacak depan klinik. Ramai gila umat manusia. Siap beratur depan pintu klinik yang belum bukak tu.


Aku duduk belakang aje. Malas nak berebut. Rebut pun lambat jugak selesainya.


Berdiri lah aku dekat belakang umat-umat manusia yang lain menunggu pintu dibukak. Tengok jam dekat handphone dah pukul 2. Tapi pintu tu macam tu lah jugak. Tak ada tanda-tanda nak terbukak pun. Aku rasa dalam pukul 2.10 minit baru lah boleh masuk. Orang semua berebut macam ada jualan gudang lah dekat dalam tu. Kalau jatuh tu ada harapan nak kena pijak.


Pergi dekat kaunter. Ambil nombor. Itu pun berebut-rebut jugak. Macam lah ambil nombor tu dia panggil ikut nombor kan.


Lepas letak benda yang nurse tu mintak dalam list aku pun duduk lah. Dalam 5 minit nurse panggil nama aku. Oh... Kena isi buku merah dulu.


Isi buku merah lepas tu pulangkan dekat kaunter. Dia suruh aku duduk dulu. Tunggu nombor kena panggil lah.


Ada lah bontot aku dah ala-ala kebas nak kematu dalam setengah jam lebih tu baru lah nombor aku naik. Rupa-rupanya nak amik berat dengan tinggi saje. Hmmm... Lepas tu kena duduk tunggu lagi.


Lagi sekali lepas setengah jam baru lah nama aku kena panggil. Nurse tu soal siasat pasal sejarah family. Ada sakit kencing manis ke, darah tinggi ke. Aku jawab tak ada. Kalau aku jawab ada confirm aku kena minum air gula kan. EEEEYYYYUUUCKKKKKSSSSSS!!!!!!


Nurse tu kira lah dah berapa minggu aku pregnant. Lepas tu siap boleh sound lagi,


Nurse : Eh, awak ni bunting pelamin lah ye?


Errr.... Perlu ke bertanya begitu. Sebab dekat buku merah tu kena tulis tarikh nikah. Jadinya sempat lagi lah nurse ni nak menilik membusy bodykan diri dia. Bila dia baca aje alamat ofis Abang Misai,


Nurse : Suami awak kerja dekat Penang ke? Habis dekat sini awak duduk dengan siapa? Sorang?

Aku : Eh, tak lah. Duduk dengan adik n kakak.

Nurse : Habis tu nak beranak dekat mana ni?

Aku : Dekat Penang lah.

Nurse : Tak mintak tukar ke?

Aku
: Mintak tapi tak dapat lagi.

Nurse
: Esok-esok kalau beranak ke, pindah ke tolong inform dekat sini dulu ye. Jangan nak main hilang lesap macam tu aje.

Aku : Baiklah.
*Gaya Shin Chan. ;p *


Sempat lagi nak sound tu. Isk.. Isk...


Nurse : Ok, awak amik ni pergi bilik hujung tu untuk amik darah. Lepas amik darah pergi lab pulak untuk buat urine test. Lepas tu datang sini balik tunggu depan bilik 20 tu.


Aku pun menapak lah ke bilik amik darah tu. Kebetulan adik aku datang. Seriau lah amik darah. Macam tak pernah pulak. Padahal masa suspek denggi dulu kena amik darah jugak. Huhu...


Cakit aaaa kena amik darah. Nurse tu buat lambat. Adoi... Siap boleh berdiri pulak tengok darah tu dah sampai takat mana. Lenguh tangan akak ni. Lepas tu kena duduk situ lak untuk tunggu result HIV test. Ada lah dalam 2-3 minit. Hmmm...


Nurse : Ok, HIV negatif. Pergi lab buat urine test.


Terkedek-kedek pulak ke lab, buat urine test. Toilet tak lawa. Pintu toilet pun dah tak boleh tutup. Nasib baik ada pintu lagi satu sebelum masuk toilet. Kalau tak boleh tutup jugak macam mana cerita? Ohhh... Boleh tutup. Tapi flush pulak tak function. Busuk lah klinik ni.


Lepas letak aje urine aku pergi balik ke kaunter preggy mummy. Duduk dekat situ tunggu kena panggil masuk bilik doktor pulak. Lagi setengah jam lah bersawang dekat kaunter tu.


Naik aje nombor aku terus aku masuk bilik doktor. Tapi bukan doktor yang check lah. Nurse aje. Doktor tak ada. Confirm tak cukup doktor dekat klinik ni. Lepas tu nurse yang sorang ni pun tanya soalan yang sama macam nurse mula-mula tadi. Family ada sakit apa-apa tak. Satu bilik sekali 2 orang dia panggil masuk.


Nurse : Ok, awak baring kat katil sana. Bukak hook bra awak.


Ayaks! Mau buat apa kah???


Rupa-rupanya nak buat breast examination. Tau-tau aje lah breast examination macam mana. Lepas tu nurse tu main ukur-ukur pulak dekat perut aku. Ukur tinggi rahim rupanya. Mana lah saya tau. 1st timer lah katakan.


Lepas check semua tu nurse tu membebel lah suruh makan makanan berkhasiat. Minum susu. Bla...bla...bla.... Standard lah apa yang doktor selalu nasihat dekat ibu mengandung kan.


Nurse tu bagi preskripsi suruh aku ke farmasi pulak. Amik vitamin. Banyak lagi lah ubat kena telan.


Nak tau pukul berapa settle check-up? Pukul 4.30 ye. Lama tak? Harus lah aku nak balik ke ofis balik kalau dah 4.30. Aku nak ke ofis aje dah lebih 30 minit. Ohhh... Tidak mahu. Dah lah darah kena amik. *Macam amik banyak aje.Hikhik.*


Aku mintak time slip lepas tu aku dengan adik aku terus jalan-jalan cari makan. Next appointment 23/03/09 pukul 2 petang juga. Lepas ni boleh bawak bahan bacaan ke klinik ye untuk mengelakkan mati keras kebosanan menunggu. Sekian, terima kasih.

Thursday, February 26, 2009

M.I.G.R.A.I.N!!!!

Kepala aku sangat sakit. Tapi di sebelah kanan saje ye. Pasti lah migrain telah menyerang kepala otak aku ni. Nak makan ubat migrain tak boleh. Dah ada baby dalam perut ni jangan nak ngada-ngada makan ubat ikut suka hati ok. Doktor kata ubat paling selamat untuk preggy mummy adalah panadol. Tapi aku sangat yakin bahawa panadol itu tidak dapat membantu aku untuk menghilangkan kesakitan yang buat aku rasa nak aje hantuk-hantuk kepala ke dinding. Jadinya minyak cap kapak aje lah yang aku tenyeh bagi kurang sikit sakit ni. Sesiapa ada petua untuk hilangkan migrain yang selamat untuk ibu mengandung ini?


Ingatkan nak cuti aje hari ni. Tapi mengenangkan yang staf aku 2 orang tu ada exam hari ni aku datang lah jugak. Ingatkan adalah pegawai sorang lagi. Dia pun tak nampak batang hidung. Cuti kah? MC kah? Aisey... Jadinya dekat seksyen aku ni tinggal aku sorang-sorang. Petang ni pulak ada meeting. Hukhukhuk...


Sangat sakit lah kepala ni.


Nak buat macam mana ni?


Tolong!!


Tolong!!!


Dengan harapan sakit kepala hilang lah mintak tolong begitu... Cheh....



Wednesday, February 25, 2009

Lapar...Lapar...

Aku lapar gila ni. Tapi aku tak nak makan nasi. Aku rasa nak makan spagetti. Kalau tak pun makan steak ke. Kalau ayam pun nak yang roasted. Bukan mengada-ngada nak makan benda-benda mahal tapi tekak aku tak boleh lah nak terima nasi. Lapar tahap macam mana pun bila nasi je aku makan ciput. Lepas tu menggelupur kebuluran macam orang tak jumpa makanan seminggu. Lunch tadi aku makan megi goreng aje. Elok ke preggy mummy makan megi???


Yummy... Yummy...

Baru aje semalam aku story yang punch card aku tak pernah merah lagi setakat ni kan. Haaaa... Baru pagi tadi punch card aku terima ink merah. Padan lah muka aku. Lambat 10 minit. Semuanya sebab hujan lebat. Bila dah hujan lebat jalan pun jadi jammed gila-gila. Padahal sebelum ni pagi-pagi elok aje tak jammed pun. Aku sampai ofis pun lengang aje. Ramai yang belum sampai jugak. Semua lambat hari ni.





Pulak tu hari ni jugak lah pundi kencing aku ni entah kenapa bagai tak boleh ditahan-tahan. Tak sampai setengah jam aku rasa nak terkencing. Tak sampai setengah jam aku dah berjumpa encik toilet. Memang sadis sungguh lah.





Ni mesti baby dok tekan pundi kencing umi ni kan. Jangan lah main-main kat situ sayang. kesian kat umi. Huhuhu...





Alamak, hujan lagi lah time nak dekat-dekat balik ni. Malas lah nak drive time-time macam ni. Aku ni dah lah kadang-kadang macam rabun. Boleh ek kadang-kadang? Lepas tu bila hujan aje mata pun mengantuk. Eiii... tidur awal lagi lah aku malam ni.





Eh, kau orang, spagetti dekat mana yang sedap ek??



Tuesday, February 24, 2009

~~Apa aku buat tetiap hari bekerja~~

Rutin aku setiap hari bekerja:

~~Bangun pagi pukul 5.30.

~~Hantar kakak aku pergi tunggu bas.
Dulu aku hantar sampai ke stesen komuter. Sekarang pasal aku dah tak larat aku hantar sampai tempat tunggu bas ke KL saje. Adikku cepat-cepatlah dapat lesen. Aku dah tak larat gila ni. Pagi tadi pun pinggang rasa nak tercabut dah. Hukhukhuk... Macam mana bila aku dah sarat nanti. Nak panjat tangga ke tingkat 4 lagi. Dah lah tak ada lif.

~~Balik dari hantar kakak aku tunggu bas aku golek-golek sampai pukul 6.15. Kalau aku malas aku golek-golek lagi macam ayam golek sampai pukul 6.30. Kalau malas tu dah mencapai tahap dewa dewi aku golek lagi sampai pukul 6.45.

~~Bangun mandi, buat lah apa yang patut, siap-siap pergi kerja. Kalau sempat bancuh susu aku minum secawan dulu. Selalunya adik aku yang rajin tolong bancuhkan. Kalau tak rajin aku minum air masak aje kalau dah ala-ala lambat nak pi kerja.

~~7.20 pagi start kereta lepas tu memecut ke ofis dengan kadar yang aku rasa orang tak suka membontot kereta aku pagi-pagi kalau dah lambat iaitu 60km/hour. Hahahaha... Kalau dah lambat baru lah aku bantai laju sikit, 80km/hour.

~~Selalunya aku sampai ofis dalam pukul 7.45. Paling lambat pukul 7.53. Setakat duduk ofis baru tak pernah aku cipta rekod punch card merah. Masa ofis lama tu merah jugak kadang-kadang. Tapi ofis lama lagi dekat dari ofis baru ni. Agak pelik. Huuuu....

~~8.00 pagi jam punch card bunyi. Aku duduk dalam bilik settle kerja yang ada. Lepas tu kalau tak larat aku lepak kejap. Kalau ada meeting pi meeting. Kalau ada hal nak kena jumpa bos pi lah jumpa bos. Kung kang kung kang bunyi jam, lunch hour time!!!

~~1.00 - 2.00 pm. Lunch hour.
Selalunya aku tak lunch. Sebab pagi-pagi dah heavy breakfast. Aku suka tido aje time ni. Tapi kalau lapar aku makan lah. Takkan nak kebuluran pulak.

~~ 2.00 - 5.00 pm. Kadang-kadang petang-petang pun banyak jugak meeting. Masuk ajelah. Dah kena jemput. Kalau tak ada meeting buat lah kerja apa yang patut sampai lah pukul 5. Dengar aje bunyi jam punch card kemas-kemas beg n balik. Nak tunggu apa lagi. Kalau banyak kerja baru lah kena stayback.

~~5.00 pm and above. Ke stesen komuter. Tunggu kakak aku balik.
Macam aku pernah bagitau kakak aku ada aje lesen full tapi takut bawak kereta. Jadi aku lah driver tak bertauliah setiap hari.

~~Dalam pukul 6 lebih selalunya dah ada dekat rumah kalau tak rajin nak merayap. Mandi manda segala. Makan-makan. Tengok tv. Kalau tak ada cerita best lepas berita tv3 habis aku dah masuk ke kamar beradu. Mengantuk lain macam sekarang ni. Badan asyik letih aje.



Well, itu lah rutin aku setiap hari bekerja. Kalau time cuti memang aku melepak aje kat rumah. Kalau barang dapur habis hujung minggu lah merayap ke pasar. Sekarang ni disebabkan selera amat kureng selalunya aku beli dekat luar aje. Kalau masak karang membazir pulak. Siapa nak makan pun. Kakak aku pun tengah tak ada selera.


Dah! Dah! AKu nak pi tido ni. Mengantuk taw...



Monday, February 23, 2009

Check-up di gomen hari ini


Petang ni kena pi klinik kerajaan. Hari tu dah tukar appointment. Kalau tak 16hb dah buat check-up tapi sebab ada kursus kat Putrajaya so mintak lah tukar tarikh. Nak tukar tarikh tu pulak punya lah seksa. Mula-mula call. Ada lah orang jawab. Macam aku story mory hari tu lah. Bila dah pass line macam mangkuk aje aku dengar bunyi lagu tak berhenti kan. Sudahnya terpaksa lah aku ke klinik tu sendiri. Itu pun boleh pulak nurse tu bising-bising kata kenapa tukar last minit. Bongek! Bila aku kata camni,



Aku : Saya pun dapat tau last minit saya ada kursus. Saya dah call banyak kali nak tukar appointment tapi tak ada siapa pun jawab.

Nurse : Memanglah!



Erk... Apakah maksud jawapan itu??? Perlukah jawab begitu??? Sia-sia ajelah kau orang letak piagam pelanggan kat depan tu. Sentiasa mesra, tersenyum dan bersopan santun kunun. Chaittt!!! Lain kali telefon tu buat hiasan aje lah. Dah lah masa aku datang tu pun dia tengah marah sorang perempuan Sabah ni sebab lambat datang buat check-up. Ni yang aku rasa macam nak komplen aje ni.



Eh, aku nak tanya lah. Pada sesiapa yang tau tolong jawabkan eh. Kalau aku buat check-up dekat swasta aje lepas tu aku pi beranak kat hospital kerajaan tak buleh ke? Kena marah ek nanti? Huhu..



Oh, ye. Sebenarnya aku baru aje sampai dari kampung. Hari Jumaat aku dapat MC. Hikhikhik. Petang Khamis pi klinik. Masuk-masuk bilik doktor je doktor dah tersengih-sengih tengok aku. Dah kenal dah muka aku ni.



Doc : Kenapa? Tak larat yea.

Aku : Tak larat sangat lah doktor. Boleh bagi MC untuk esok tak?



Hahahaha! Aku yang mintak sebenarnya. Tapi doktor dah bagi aku pun gumbira lah. Terus petang tu aku dengan adik aku pi KL Sentral and challo balik kampung. So sepanjang hujung minggu lepas aku berada di kampung lah. Sori lah, pada kawan-kawan yang sms and calling-calling aku tak jawab tu ye. Aku taruk hp dalam beg so tak dengar. Nak call balik malas pulak. Sebab bil tak bayar lagi. Ahaks!



Balik kampung tu pun bukan saje-saje miang gatal nak balik ok. Aku pi menziarah makcik aku. Husband dia meninggal 2 minggu lepas. Aku tak dapat nak balik jenguk.



Hari sabtu pulak mengada-ngada dekat Abang Misai nak pergi tengok Upin & Ipin. So, Sabtu tengahari tu pergi lah Sunway Carnival Mall. Survey-survey tiket. Macam lah tak boleh online aje dari rumah. Huhuhuhu... Saje nak manja-manja dengan suami terchenta. Hakhakhak! Last-last keputusannya beli tiket malam pukul 9.20 sebab Abang Misai nak pergi cari kayu nak betulkan katil. Katil tempat kami beradu telah patah.



Oh, jangan salah sangka yang kami telah melakukan aksi ganas ok. Kejadian terjadi pagi sebelum aku pulang ke rumah. Oh, bukan Abang Misaiku juga yang buat aksi ganas. Nak buat aksi ganas dengan siapa lah pulak kan. Tapi sebab sekali naik atas katil tu ada lah 4 orang. Dia, kakak dia, adik dia, tambah lagi anak buah dia. Haaaa.. Hambek ko! Kan dah patah. Ada lah berat kumulatif 200kg. Muahaha! Mengaplikasikan ayat matematik di sini.



So, petang tu Abang Misai pi beli kayu penyokong yang baru. Baru lah beta dapat tidur atas katil. Malam sebelum tu tidur atas toto sebab takut katil tu terus rata cecah lantai. Sakit belakang ibu mengandung ni tau. Akekeke...



Siapa-siapa tak tengok lagi Upin & Ipin silalah tonton ye. Memang best. Tak rugi kau beli tiket. Masa aku pergi tu pun memang full house. Nasib baik beli tiket awal. Pukul 11.20 malam pun sold out jugak. Waaahhh!!! Rasa nak tengok lagi. Tapi ekonomi tengah merudum lah. Gaji belum dapat. Tsk..Tsk..
-_-'



Semalam pulak pagi-pagi dah keluar ke pasar cari pulut kuning. Aku dok merengek-rengek dekat Abang Misai dari hari Sabtu, nak pulut kuning...Nak pulut kuning... Wuwuwuwu... Nasib baik ada jual. Tapi tu lah, selera je besar tapi makan sejemput aje. Mentel kata orang Jawa. Haha! Nasib baik beli pakai duit sendiri. Tak adalah husbandku membebel bila tengok sejemput aje yang bini dia ni makan.



Malam semalam barulah kita orang 3 beradik balik ke KL naik tren. Sebelum tu sempat lah beli burger konon-konon nak makan dalam tren sebab aku bising-bising lapar. Nak makan nasi tak ada selera lagi. So, beli lah burger. Tapi aku tak makan pun. Sebab aku tidur. Apa guna beli tiket tempat tidur kalau aku nak berjaga kan. Makanya, burger itu telah pun menjadi breakfast aku pagi-pagi ni.

Ini lah burger yang aku makan. Hangit rupanya. Nampak tak hitam kat tepi-tepi tu. Patutlah rasa lain macam aje. Huhu...



Ok lah, aku nak get ready nak pi klinik. Appointment pukul 2 petang sebenarnya. Tapi tau-tau aje lah. Klinik kerajaan kan. Kalau demam pun boleh sihat walafiat balik tunggu nak jumpa doktor. Aku nak balik rumah selongkar bil elektrik sebab ada dalam list yang klinik tu nak. Nak tolong bayar bil letrik aku ke apa aku pun tak tau. Hauhauahau! Nak makan-makan. Nak minum air masak sampai kembung. Sebab kejap lagi mesti nak check urine. Okies, adios amigos. Tata!



Thursday, February 19, 2009

Scan tengok baby dah gerak-gerak~~LaLaLa~~

Gila lembik badan aku hari ni. Tak tau lah kenapa. Kerja aku asyik ke toilet aje. Rasa macam toilet tu dah jadi ofis nombor 2. Minum air masak pun boleh keluar balik. Bukan kencing lah, tapi muntah.


Jadi tahap kemalasan pun dah bermaharajalela sebab nak berjalan pun tak larat. Setakat pergi toilet lepas tu balik ke bilik. Nak berkenalan dengan staf baru pun tak ada mood. Muka dah lah pucat macam apa ni. Tak vogue lah berkenalan dengan muka pucat kan.


Huhuhu... Perasan vogue lah kau. Pergi kerja pun pakai bedak je. Semenjak pregnant aku amat malas men'touch-up' muka aku yang tak cantik tapi cute ni. Muakakaka!


Sabtu, 14hb/02 pergi buat pregnancy check up dekat klinik swasta. First time punya check up tu. Eh, bukan first lah sebab bulan lepas dah check. Kira yang kedua lah. Ok, mula-mula check BP. Doktor yang check aku tu pun pregnant jugak. Badan kecik comel je doktor tu. Lepas tu timbang berat pulak.


Hoho.. Berat turun 2.5kg lah.


Doc : Tak selera makan ye?


Aku tersengih macam kerang busuk je lah.


Aku : Asyik muntah-muntah aje. Tak berapa selera nak makan.


Nasib baik doktor tu tak marah. Hehe.. Biasa dia ni tak makan! Babab sekali baru tau! Eh, tapi aku makan lah. Cuma makan sikit aje. Tak pernah lagi lah aku tak makan langsung. Kesian lah kat budak kecik dalam perut ni. Tak cukup vitamin karang.


Lepas timbang berat tu scan pulak. Memang excited tahap gaban aku nak buat scan kedua ni. Masa yang first tu nampak kecik sangat. Adik aku pun ikut masuk sekali. Husband? Jauh kat kampung. Isk..Isk...


Doc : Baby ok. Itu kepala dia. Ini jantung dia. Nampak tak?


Wah, kagum aku tengok jantung baby berdenyut-denyut. Eeee... Comelnya....


Doc : Ok, ini tulang peha and ini kaki dia. Ini jari-jari kaki.


Huuuu... baby dah gerak-gerak lah. Dah nampak kaki baby terangkat-angkat. Tapi umi tak boleh rasa lagi. Kadang-kadang tu rasa denyut-denyut tu mesti baby tengah praktis main futsal dalam perut umi tu. Hahaha!


Doktor cuma bagi asid folik dengan ubat sapu. Ubat sapu tu aku yang mintak sebab belakang aku sakit macam nak tercabut. Tak cukup kalsium ke apa lah agaknya.


Sekejap aje rasa dah 3 bulan lebih. Waaahhhh... Dah nak masuk second trimester. Dengan harapan mabuk-mabuk akan hilang dan aku boleh makan macam biasa. Sekarang aku amat tak suka makan ayam. Say no to chicken. Tapi ayam panggang boleh pulak aku sental.


Tengok dari scan report due date bersalin aku 21 Ogos. Hmmm... Sebelum ni doktor kira 22 Ogos. Tahukah anda bahawa 22 Ogos adalah hari pertama umat Islam menyambut Ramadan tahun ni??


Makanya jika tepat tarikh jangkaan bersalin itu sepanjang bulan puasa aku tak boleh puasa lah. Huuuuwaaaa!!! Puasa tahun lepas pun aku tak habis ganti lagi. Masuk 4 bulan aku mesti gigih menggantikan puasa. Sebab tahun depan confirm aku kena ganti sebulan puasa. Kalau aku confirm bersalin pada tarikh itu ye. Tapi larat ke aku nak puasa kalau lambat sikit bersalin pun. Macam gagah perkasa je. Cet!


Patutnya petang ni aku kena buat taklimat pada staf-staf baru aku. Tapi aku nak pergi klinik. Aku tak larat sangat ni. Mau berehat di rumah. Sebab aku tengah kuciwa dengan bos aku nih. Bukan kecewa putus cinta ok.


Pagi tadi dengan muka pucat, mata berair (pasal baru lepas muntah) aku pergi lah jumpa bos.


Aku : Assalamualaikum bos.
Bos : Wa'alaikumsalam. Ye, ada apa Amiys?
Aku : Saya nak mohon pertukaran lah bos. (Sambil buat muka sedih+sakit, lepas tu hulur surat tukar.)
Bos : Awak nak tukar ke mana?
Aku : Ke Penang.
Bos : Tapi awak kena ada pengganti. Kalau tak saya tak boleh bagi awak tukar.


Dush! Masa tu aku rasa macam kepala kena kaut dengan backhoe yang besar gedabak tu.


Aku : Suami saya dekat Penang bos.
Bos : Saya tau tu. (Sambil angguk-angguk kepala.)
Aku : Lagi pun saya tengah pregnant bos. Tak ramai orang yang boleh tolong jaga saya.
Bos : Saya sebagai ketua jabatan faham masalah awak. Tapi ini lah, macam yang ketua pengarah kata. Masa mula-mula masuk kerja masa angkat sumpah kata sanggup ditugaskan ke mana-mana. Tapi bila dah kerja macam ni lah.


Adoi lah... Tak pasal-pasal aku dapat syarahan percuma. Best kan.


Bos : Takpe lah, awak keluar dulu. Nanti saya tengok macam mana.


Aku pun cepat-cepat keluar. Malas nak tunggu lama-lama. Karang mesti aku buat drama air mata pulak dalam bilik bos.


Macam mana ni. Nak mintak tukar pun sadis semacam aje rasanya. Aku dah dapat balik surat tukar tu. Tapi ada note kat atas tu. 'Disokong dengan syarat ada pegawai pengganti'.


Ada sesiapa rasa dia nak ganti aku tak? Sila bagitau ye. Huhu...

Friday, February 13, 2009

Hari serabut sedunia!

Time aku nak siapkan kerja ni lah semua orang yang aku call tak jawab fon.


Pergi manalah semua orang ni. Aku nak keluar ke klinik nak tukar tarikh appointment pun tak menyempat-nyempat. Bila call klinik pulak ada orang jawab tapi bila dah pass line tu harapan untuk dijawab memang tipis gila.


Memang aku menyampah dengan klinik gomen ni. Sangat lambat. Aku buat medical check up je dekat sebulan baru siap. Ini aku call pulak tak berjawab. Memang buat aku hangin!


Serabut sungguh kepala otak. Huuuuuu... Benci! Benci!!!!


Nak jumpa bos pulak macam-macam meeting lah dia kena attend. Dengan tetamu yang tak putus-putus datang dengan baju kemeja batik jawa.


Siapa lah gamaknya dia orang ni???


Hari ni pulak hari jumaat. Rehat lama. Of course lah klinik gomen pun rehat macam gomen yang lain kan. Pukul 2.45 baru bukak. Pukul berapa pulak aku nak masuk kerja?


Aku buat jahat karang. Lepas pi klinik terus tak masuk ofis karang.


Woi, AmiYs! Kau gila ke hapa nih??!!



Thursday, February 12, 2009

Bila nak dapat tukar ni???



Baru lepas makan nasi lemak merangkap makan tengahari aku.




Selera amat teruk semenjak dua tiga menjak ni. Minum air kosong pun aku boleh berlari ke langit toilet.




Balik ke kampung tak ada yang menarik pun. Husband aku kena kerja sepanjang masa aku cuti. Jadi pagi-pagi dah aku tercongok depan rumah kakak aku. Pasal aku segan duduk rumah mertua lepas tu tak reti nak berborak. Petang bila si abang misai balik kerja baru lah aku ikut dia balik.




Aku sangat lah 'failed' perbualan lisan dengan mak mertua sampai ke hari ni. Mak mertua pun jenis pendiam. Sudah lah aku harap duduk aje, nak tolong buat kerja rumah pun setakat menyapu sampah aje. Nak tolong masak pun mak mertua suruh aku tido sebab dia kata aku tengah mabuk-mabuk. Adakah aku dengan bendulnya menurut perintah. Hikhik..




Duduk rumah kakak aku melayan si debab Fiq yang kerjanya sekarang nak orang pegang lepas tu dia nak melompat. Sampai sakit belakang n lenguh tangan-tangan. Merangkak pun belum sibuk dah nak melompat budak kecik ni.

Ini lah budak kecik Fiq dengan headgear Madagascar. Geramnyeeeee tengok budak kecik ni!




Lepas tu keluar pi jalan-jalan rumah mama pulak.




Malam kelmarin dapat lah merasa ikan siakap tiga rasa yang aku idam-idamkan dekat Kuala Juru. Tapi aku kurang dapat menikmati sebab perut aku meragam, pulak tu rasa loya tiba-tiba. Selalunya dengan kepala ikan tu aku boleh kunyah-kunyah. Sungguh tak best rasanya. Tapi tak apa, nanti selera dah ok siaplah.




Sepupu aku Amar still tak sedarkan diri. Aku pergi melawat hari Jumaat minggu lepas sebelum balik kampung. Sayu betul aku tengok adik-adik kecik dia menangis. Kecik-kecik pun dah faham apa jadi dekat abang dia. Lagi sayu bila pak itam menangis peluk aku. Menitik jugak lah air mata. Tak boleh tahan. Pak itam ni nampak aje macam garang, tapi hati dia halus.




Dah lah aku pergi time ofis hour. Angkut pulak staf aku pasal aku tak tau jalan pi hospital Klang. Nasib baik rehat Jumaat lama.




Bila lah dapat tukar balik kampung ni. Tak larat lah nak ulang alik balik kampung tiap-tiap bulan.

Friday, February 6, 2009

Sahabat sekalian, saya memohon doa anda semua...

Semalam masa balik kerja kakak aku aku bagitau sepupu aku dekat sabak bernam accident kena langgar kereta dekat depan rumah. Kakak aku kata ada dekat hospital klang. Punya lah jauh ke hospital klang tu aku agak mesti kritikal.


Sepupu aku tu anak kepada pak itam aku. Kecik lagi. Baru darjah 3 ke 4. Aku tak sure yang tu. Tapi badan dia sangat comel. Macam budak sekolah tadika.


Dengar cerita dia kena langgar masa nak melintas jalan. Rumah dia memang betul-betul tepi jalan je. Melambung lah budak tu sebab kereta yang langgar dia tu dipandu laju.


Kawasan kampung pun nak bawak kereta laju-laju. Ingat bawak kereta kat litar sepang ke hape???


Malam semalam aku call maksu, tanya macam mana condition sepupu aku tu sebab maksu yang tunggu dekat hospital klang dengan mak itam. Maksu kata ada respon sikit tapi still koma and sekarang dalam ICU. Maybe nak dipindahkan ke GH coz doktor dekat klang kata ada pendarahan otak.


Maksu pulak call kakak aku aje bagitau. Tak call aku sebab dia kata aku tengah pregnant and mabuk-mabuk so tak nak buat aku risau-risau. Tapi memang lah aku risau jugak. Dah lah memang rapat dengan keluarga pak itam aku.


Pagi tadi pulak kakak aku call bagitau yang sepupu aku tak jadi dipindahkan ke GH. Sebabnya pendarahan otak dia teruk sangat. Doktor tak berani nak pindahkan. Kalau nak bedah pun kena tunggu dia sedar dari koma. Chances to live 50-50.


Aku nak pi melawat tapi aku agak bebal kerana tak tau jalan untuk ke hospital klang. Nak ajak siapa pun aku tak tau. Sepupu seorang lagi busy dengan kerja... Ditambah dengan keadaan aku yang tengah mabuk-mabuk and aku tak boleh drive jauh-jauh sangat.


Apa pun dekat sini aku harap blogger-blogger lain yang dikasihi dapatlah kiranya tolong doakan sepupu aku, Amar, selamat dan melepasi paras kritikal sekarang dan cepat sedar dan sembuh. Mudah-mudahan dengan berkat doa kalian Amar akan selamat. Amin..




**update~~ Amar makin kritikal... Sekarang bergantung pada mesin je...

Thursday, February 5, 2009

Carbonara itu tak sedap ditambah mood yang kureng bagus hari ini!

Tengah hari tadi aku terpaksa berkejar ke ofis 'kandung' aku. Sebabnya nak bincang pasal projek yang nak buat starting bulan ni.


Sekarang aku dekat ofis 'tiri' 'angkat' je. Awal-awal masa lapor diri dah kena hantar pergi ofis orang lain. Kesian kan?


Kita abaikan pasal peng'anaktirian' aku.


Dah lah ofis betul aku ni macam hilang punca aje pasal projek ni. Bila aku call HQ ofis angkat aku ni officer sana kata mungkin arahan tak sampai lagi. Dia pun dah naik menyampah dengar suara aku sebab hari-hari aku aje yang call. Siap mendapat sindiran halus gitu.


Hei.... Benci betul lah aku. Nak suruh buat kerja cepat-cepat. Bos aku dekat sini hari-hari dah bising tanya perkembangan mak nenek segala. Tapi kalau arahan dari orang atas tak turun lagi takkan lah aku nak pandai-pandai buat sendiri.


Hari tu dah kena sekali. Sampai aku kena kautim dengan orang besar dekat HQ. Nak suruh aku pandai-pandai sendiri lagi ke? Tak sanggup lah aku. Yang lain-lain nak lepas tangan je. Masing-masing nak main tarik tali. Bongek betul!


Pandai nak lepaskan tengkuk sendiri aje lah. Lain kali planning tu kasi betul sikit. Ingat benda ni boleh siap sekelip mata aje. Kejadahnya lah kan. Biar pulak anak buah terkapai-kapai sendiri.


Lepas berkejaran tu tekak aku yang payau ni teringin nak makan spageti carbonara dekat pizza hut. Kebetulan semalam birthday staf aku. So aku belanja lah dia sekali.


Tapi servis yang lembap telah menyebabkan carbonara itu menjadi sejuk, tak sedap dan keras ye. Huuuuuwaaaaaaa!!!!!


Benci betul lah. Entah berapa lama lah staf pizza hut tu biarkan carbonara aku yang dah siap tu tak berhantar. Geram nih!!! Bayar mahal tau. Bukan seposen dua.


Sudah lah tukang amik order tu pasal menu pun tak tau. Ada ke combo meal yang dari pukul 3-6 tu dia kata ada time cuti je. Weekdays = Cuti kah????


Adoi lah dik ooiii! Dah berapa lama lah kerja.




p/s: Dari pagi tadi aku nak jumpa bos aku tak dapat. Nak bincang pasal projek yang nak kena buat ni lah. Pagi tadi dia tak ada. Petang ni ramai lah pulak tetamu dia. Bengang ah!



Wednesday, February 4, 2009

Baby ada kawan lah nanti.. hehe..

Aku baru nak bersuka ria. Ingatkan dah habis mabuk dan segala macam alahan mengandung. Rupa-rupanya belum lagi. Maklum lah, dah 2 hari boleh makan nasi so agak-agak macam dah hilanglah alah tu. Tapi hari ni rasa loya dengan pening-pening balik.


2 hari tak rasa loya aku makan nasi macam orang kebuluran. Baby ni betul-betul buat umi sangat lapar ye.


Pagi tadi pun sempat lagi aku makan kuih siput sambil buat kerja. Punyalah kerjanya asyik nak mengunyah aje. Balik kerja semalam sempat pi beli kerepek lagi tu. Huuu...


Selera makan kembali menurun...


Pagi tadi my sis buat UPT sebelum dia pi kerja. Dah dia asyik rasa nak muntah lah, pening lah. So semalam dia beli lah benda alah tu nak test. Aku yang tengah syok tidur tiba-tiba kena kejut.


"Ada 2 line lah. Orang pregnant..."


Aku yang tengah mamai pun boleh gelak. Teringat anak sulung kakak aku tu baru 6 bulan. Kenal mama dia pun tak habis lagi. Dah kakak aku pregnant lagi. Rezeki jangan ditolak. Hahaha!


Sakan kakak aku ni. Aku tak sempat dapat anak lagi dia pun nak join lagi sekali.


Kepala sudah nenong-nenong lah.


Nak buat apa ni????






*UPT - Urine Pregnancy Test