SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 1, 2015

Perkara Yang Ditunggu Bila Cuti Sekolah... Jalan Tak Jem Pagi-Pagi....

Isnin cuti sekolah. Memang best pi keja sebab jalan tak jem sangat. Bahagia je aku drive turun jambatan baru pukul 7.15 pagi. Kalau tak 7.15 tu baru nak masuk tol jambatan.

Pagi ni sempat pulak lagi masak nasik goreng bawak bekal. Kena pulak ada gulai ayam kampung mak mertua masak semalam ada lebih. Memang marveles sangat. Lepas tu risau berat naik berkilo-kilo. Masa makan tak ingat. Hahahahaha!

Oh, time yang bos aku tak bagi cuti tu kan aku terus jadi sakit kepala. Pi klinik tu dia... BP naik sampai doktor terkejut. Aku pun terkejut. Terus dapat MC. Seminggu straight aku cuti. Haaaa... Tak nak bagi cuti sangat. Siap dapat ubat darah tinggi la aku. Doktor kata bukan yang jenis ubat memang untuk orang yang memang ada penyakit darah tinggi. Just nak pantau je. Tak pi lagi check balik sebab bz nak menyinggah klinik.

Tu la salah 1 punca aku rasa nak berenti keja sangat. Bila aku stress membawak ke BP yang tak stabil. Dah la tahun ni aku kena handle KIK. Benda yang aku tak suka bila kena buat memang mendatangkan stress. Celah mana lagi nak kreatif pon aku tak tau la. Dah la bajet pon tak bagi. Semua nak harap duit poket staf sendiri. Kreatif tak kena tempat.

Tengah bulan ni pulak kena pi Sungkai lagi. Taklimat lagi. Herghhh... Aku tak kisah kena pi taklimat tapi tempat yang sama jugak boleh mendatangkan kebosanan. Alasan kukuh tak buat kat tempat lain sebab kitorang ni dah ada pusat latihan sendiri. Ye la.... SYMP kan....

Dah la. Malas nak bebel lagi. Ingat nak up pic brownies 1st time aku buat hari tu. Tapi aku kureng faham dengan henpon n pc aku sekarang. Dalam gugel plus kat henpon ada pic. Masuk dalam gugel plus kat pc pic tak keluar. Mendatangkan amarah betul.

Selamat bekerja uols. N selamat berholiday pada yang cuti bawak anak jalan-jalan.

 

No comments: