Aku dah beli baju raya. Excited? Tak pun. Sebab hari tu teman member maka aku pun beli la sepasang jubah yang nampak cun n murah jugak harganya. RM39 je kalau jadi ahli. RM69 kalau bukan ahli. Sebab opismate aku nak jadi ahli maka aku menumpang sekaki aje.
Baju raya Amir n Hana debab pun dah beli. Tapi baju kasual la. Baju kurung n baju melayu belum lagi. Tu tunggu gaji pulak baru beli. Omak sekarang dah kering kontang poketnya. Nak ke Sungkai lagi minggu ni. Maybe kena drive sendiri pulak. Kereta jabatan rosak, driver pun takde. Dah la claim ciput. Sehala ke Sungkai boleh claim gantian RM85 hengget aje. Sikit lagi boleh lajak KL kot.
Ni aku tengah nyampah dok opis ni. Tetiba ceritera bertebaran kata aku mengutuk sorang opismate ni. Eh.... Aku ni adelah orang paling ignorant kat opis. Apa-apa cerita sensasi aku la orang terakhir yang tau. Sebab aku malas nak amik port. Ni tetiba petik nama aku kata aku mengutuk opismate. Wadehel is disss..... Aku tak koser sangat la nak mengutuk orang. Orang yang bawak cerita tu aku doakan mereput la baju raya ko time raya nanti. Hahahaha! Nak doakan yang tak baik tak elok pulak kan.
Aku kalau tak suka ke hape aku luah kat blog ni je. Opismate tak kenal. Opismate lama je kenal. Lepas dah hilang amarah puaka tu aku save jadi draft aje balik. Masa tu fefeeling menyesal la. Kahkahkah! Tak apa la, sila kumpul pahala kat aku banyak-banyak sikit ye.
Orang yang dikatakan dikutuk umpat keji dek aku tu pun aku dah tanya direct. Ada ke dia terasa dengan aku ke apa. Dia kata takde. So, aku rasa abes kat situ aje. Malas nak panjang cerita. Senang kan, tanya je biar dengar dua-dua pihak. Sekarang Kak Mot dah puas hati. Siapa la yang rajin sangat bawak cerita pasal aku ni.
Eh, ok la. Aku nak buat KIK sengal ni. Nangis wei.... Buat benda yang paling menyampah dalam dunia. Rasa nak KICK je... Bulan sepuluh pra konvensyen tapi haroommm la satu apa tak jalan lagi ni. Doakan aku berjaya mengharung KIK dengan tenang *sebenarnya meroyan* dan cepat la abes. Aminnnn....
No comments:
Post a Comment