Pagi-pagi ni ada pulak orang yang nak mendidihkan darah ahkak tau. Hon-hon macam ko sorang aje ada hon. Setakat hon kereta bunyi pin pin tu ahkak tak layan ye.
Aku nak masuk simpang tadi. Kebetulan aku sampai je simpang tu laluan bertentangan dah hijau. So, banyak la kereta laju-laju dok ligan lampu hijau tu. Aku tunggu la bagi clear sikit. Tetiba kereta myvi hitam belakang aku ni hon gila-gila nak suruh aku keluar.
Ate gila ke apa. Nak suruh aku bedal orang yang lalu lalang tu ke. Sabar la sikit. Bukan lama pun lampu tu nak merah balik. Bila aku dah jalan tu dia kereta tu berdesup nak potong aku. Ingatkan laju sangat la ko bawak kereta oiii... Kot la boleh potong kereta aku ni sampai terus hujung simpang aku tak dapat kejar.
Apa punya manusia la. Kalau takde kesabaran jangan bawak kereta la wei. Ni baru lampu merah ko dah panas pungkoq nak suruh orang jalan. Sakit jiwa eh.
Bulan puasa ni la iman tercabar uols. Aku buat tak tau je tadi. Kalau ikut baran ahkak ni memang berbalas hon la. Nak jadi road bully sangat padahal bawak kereta sama spesis macam kereta ahkak je pun. Tak payah nak berlagak sangat.
Mengacau mood aku je pagi-pagi ni. Saborrrrrrr..... Grrrrr....
No comments:
Post a Comment