SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 28, 2015

Dah Tak Hepi Bekerja

Pernah tak korang rasa macam tak seronok dah keja kat tempat keja korang. Malasssss je rasa. Pandang keja pun macam sebelah mata je gitu.

Itu la yang aku rasa sekarang. Keseronokan bekerja tu dah tak ada. Tak kena dengan jiwa kekdahnya. Maybe sebab aku memang tak minat Math maka keja sekarang yang banyak bergumpal dengan nombor ni memang tak ngam. Tapi aku sendiri pun dah tak tau apa yang aku minat. Huhuhuhu.. Kecelaruan identiti sangat ahkak ni.

Dulu masa sekolah aku minat yang berseni-seni. Minat la tapi bila melukis cam hampeh je rupanya. Kahkahkah! Minat tulis cerpen n karangan. Tapi minat tu sekarang pun dah takde.

Apa yang aku rasa nak buat sekarang adelah duduk rumah jaga anak. Nanti kalau anak dah masuk sekolah nak hantar dia pi sekolah sendiri. Nak dok rumah nak masak-masak. Nak deco-deco rumah. Tu jeeee yang aku pikir sekarang.

Tapiiii... Ada tapinya... hutang nak kena settle dulu. Hutang dah la bertapuk-tapuk. Kereta, rumah, personal *tu la dulu gedik sangat nak buat loan kan* . Sekarang menyesal pon tak guna. PTPTN aku dah settle dah. Tu la hutang yang berjaya disettlekan awal sebab sikit je aku pinjam. PTPTN kedekut tak nak bagi aku pinjam lagi time degree. Bagus la dia kedekut walaupun time degree aku agak zombie nak keja lagi nak study lagi. Repeat paper jangan cakap la, berlambak paper repeat. kohkohkoh...

Eh, tetiba emosi kan. Aku doa semoga segala urusan dipermudahkan. Begitu jugak dengan urusan korang semua. Semoga dipermudahkan Allah S.W.T. Mana la tau, tetiba impian aku nak jadi fulltime mak-mak ni tercapai. Kot tetiba laki ahkak menang cabutan bertuah jadi jutawan. Ahkak sendiri ke jadi jutawan. Ngahahahahaha!

Berangan je kejanya... Berangan selagi boleh....

 

4 comments:

Intan and The Boys said...

tell me about it!

kita hari2 rasa nak benti keje. tapi hutang botingkek2 memang tak dapat laaa. hahaha.

mari bertabah.

aMiYs said...

intan - yeee... bertabah la kiteeee.... sob.. sob...

dokterFaryn said...

been there, done that.

hehhe. aku faham sangat perasaan ko. banyak benda nak kena fikir bila bab dah tak happy bekerja ni. banyakkkk sangat benda nak kena consider. masa aku tengah dilema nak mamp*s masa tengah fikir-fikir nak quit gov tu, aku memang rasa depress jugak tapi aku tawakkal.. lagipun aku fikir, after all aku kerja beriya pun untuk sape. untuk family jugak. tapi kalau aku beriya, lepas tu takde masa untuk family, apa hal pulak dah kan?

tapi tu aku lah. konsep and environment kerja kita berbeza. even reason kita pun lain. so lain dia punya complication :) alhamdulillah, ALLAH macam lorong kan aku ke arah ni. satu-satu benda jadi and kuat kan hati aku untuk quit. ada lah pro and cons nye. :)

all the best tau. ok aku ni dah macam nak buat entri blog ke ape ni berjela bebenarrrr hahahahah. *peace!*

aMiYs said...

faryn - yup... byk reason aku tak happy n byk jugak nak kena consider.. stress aku sampai darah naik tinggi.. mc sampai 3 hari... ko bygkan la tmpt aku keja ni nak cuti pon tak bagi padahal aku dh settlekan semua keja.. gila betui.. kebajikan jgn ckp la.. x jaga pon.. fikir nak benti pon stress jugak.. bapak aku konpemmmm bising.. huhu... oh... semoga aku kuat la nak hadap benda-benda yg nk dtg ni...