SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, April 29, 2015

Taklimat dan emo

Holaaaa! 

Update with love from Sungkai. Haha! Ada taklimat dari ahad dah berkampung kat sini. Hari ni last day. Tengahari sat lagi habis. Kesimpulan sepanjang dalam taklimat adalah blur. Sebab dia buat taklimat ni untuk bahagian lain tapi aku n member yang mai tak dok bahagian ni. Yang datang untuk bahagian ni dari opis aku adalah orang baru. Jadi, tiga-tiga orang memang dengar lepas tu pening.

Salam takziah aku ucapkan untuk mangsa gempa bumi Nepal. Dengar MHI pagi tadi sebak je rasa. Mesti ramai yang kelaparan n ketakutan. Semoga mereka yang terselamat tabah n dapat bantuan segera. Dengar yang biskut marie pun sampai pecah pada 13 bahagian. Kita kat sini makan buang-buang je. 

Oh... siapa yang fren aku dalam fb tau la bahawa aku tengah emosi gila dengan orang gila kuasa kat opis tu. Sekarang menanggung tugas sebab pengarah baru tak datang lagi. Tapi lagi over. Sekat-sekat cuti orang. Dia cuti seminggu tak apa. Aku mintak cuti 2 hari sebab cuti tersepit dia boleh kata dia luluskan sehari je. Hoihhhh... memang rasa nak maki kot. Padahal tak ada keja urgent n meeting pun tak ada. Banyak kali dah dia buat macam ni. Dengan report yang aku buat dia pi padam nama aku. Memang mengundang phoenix bangkit dalam badan aku betul.

Sekarang 1 opis dah menyampah dengan pe'el busuk dia. Tetiba semalam up madah kalau orang tak suka apa bagai nak buat macam mana. Eh... bodoh tak? Dah la lelaki. Nak jiwang dalam grup opis dah nape. Tau pulak sedar diri orang tak suka kat ko kan. Ayat dalam madah tu aku nak ubah. Bukan tak semua orang tak suka aku nak tukar pada MEMANG SEMUA ORANG TAK SUKA kat hang.

Ok, dah buat luahan hati. Ada lagi nak taip. Tapi taklimat nak start. Nanti aku sambung lain kalau rajin. Bye!



No comments: