SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 21, 2015

Demam yang tak demam

Khamis lepas aku demam. Tergigil-gigil kat opis. Tapi esoknya datang jugak opis. Sebab pikir aku buat memo dah nak buat meeting. Malas nak postponed. Tapi orang lain pulak yang MC. Padahal Khamis tu sihat walafiat. Siap emel aku pagi Jumaat tu kata dia masuk lambat pasal ada urusan. Tau-tau MC pulak.

Tapi lepas demam tu sampai sekarang aku jadi tak larat. Tekak sakit. Letih. Mengantuk. Hari ni lemau semacam rasanya. Pagi-pagi dah tak sedap tekak. Nak makan benda manis-manis je.

Ngada-ngada sangat kan. Macam la pregnant nak makan pelik-pelik ni. Sekarang pun kepala pusing jugak. Lepas tu tertengok gambar lama bos yang sorang member hantar. Dah tak pasal aku gelak rasa nak terguling-guling. Sabotaj sangat mamat ni. Mesti bos bising sat lagi. Kahkahkah!

Dah hilang sakit kepala aku. Huhu.. Bengong punya member.

Ok, nak sambung buat keja.

Kahkahkahkah!

 

No comments: