Hoiiiihhhh... 1st day punch card aku merah dalam tahun 2015. Tak dapat mengekalkan prestasi takde merah (meeting tak termasuk ye) sampai hujung tahun ni. Stress ahkak tau. Terus sampai opis bukak kerepek ubi pedas makan depan pc.
Aku keluar rumah pukul 6.30 then hantar Amir ke rumah Tokwan dia sebab abah dia keja malam semalam. Mintak tolong tokwan hantar ke tadika. Aku nak hantar time tu tadika mana bukak lagi. Lepas tu hantar Mira Hana debab tu ke rumah Toksu.
So, memang rutin macam biasa. Tapi sampai je Seberang Jaya aku terkonpius sebab nampak jammed. Why? Why? Nak kata hari ni Isnin dah hari Rabu dah. Isnin memang akan banyak kereta ye sebab orang dari Kedah n Perlis yang keja Penang gerak pada hari Isnin tu beramai-ramai.
7.30 baru aku lepas tol jambatan. Memang berpusing-pusing la imagine punch card tu bertanda merah. Hahahaha! Psiko sangat kan. Tengok tak nampak apa-apa eksiden pun. Tengah jambatan tu baru clear sikit. Huwaaaa!!!! Benci tau lawak macam ni.
Tu je la nak ngadu. Iols lambat. Punch card merah. Stress sampai pening.
Duuhhhh...
No comments:
Post a Comment