Assalamualaikum
Jumaat. Penghulu segala hari. Hari paling orang ramai suka sebab esok cuti. Betul tak? Aku pun suka jugak. Rehat lama. Hahahaha!
Kerja aku hari ni mengemas bilik sehingga ke kemasan terakhir. Audit 5s wehhh... 18hb ni. Patutnya 4hb lepas. Masa aku pi kursus. Aku dah bajet kalau audit time aku pi kursus aku nak kunci pintu. Tapi hajat tak kesampaian pulak sebab postponed kan. Pemalas sangat nak mengemas kekdahnya.
Jadi terpaksa la aku merajinkan diri untuk mengemas dalam kabinet yang penuh dengan harta karun dari zaman tok kadok pegawai yang duduk sini sebelum aku datang.
Puasa hari ke dua semalam macam mana? Aku macam biasa aje. Sempat sampai rumah sebelum berbuka. Alhamdulillah. Lepas dari jambatan je dah rasa nak lompat katak punya gembira. Masa tu baru pukul 5.45 sebab tu gembira. Sekali sampai rumah pukul 6.30 jugek.
Salah bajet punya pasal. Bajet jalan 1 tu tak jem. Sekali hamik kooooo... Aku siap kena himpit dek 2 bijik lori tanah hantu. Kurang hajorrrrrr sangat. Sebelah kanan tu aku tak kisah lagi. Ni sebelah kiri menghimpit aku sebab jalan dia adelah susur nak masuk ke kanan. Macam mana ek nak cakap, kena lukis baru faham kot. Sat aku lukis.
Lukisan orang tak reti nak lukis guna paint. Hahahaha! Aku adelah yang berwarna purple itu. Begitu lah situasi semalam. Lori yang menyenget tu pasal dia nak masuk depan aku sebab susur tu dah sempit. Kira dia sebenarnya dah masuk emergency lane. Tak menyabor sangat tau sampai dok himpit aku kat tengah tu. Asalnya dia tu patut masuk belakang aku tapi orang pentingkan diri ni faham-faham je la. Maklum la bawak lori, aku besor katanya. Dah la depan banyak kereta. Nak tak nak terpaksa la aku bagi signal pi masuk lane kanan daripada aku mati tersepit celah lori.
Memang mengundang kesabaran yang jitu di bulan puasa supaya aku tak menyumpah seranah.
Balik rumah pulak dengan tengah kepenatan laki aku cakap lupa nak pesan beli ikan bakar or apa-apa lauk. Aku tanya la, mak tak larat ke. Kalau tak larat bagitau je awal-awal. Aku memang beli je pasal aku sendiri tak tau aku ni pukul berapa sampai rumah. Ni aku dah sampai rumah baru cakap memang saje la tu. Dia kata mak masak tapi ada sejenis je lauk. Yang lain perangat lauk semalam yang ada sikit. Nak variety lagi katanya.
Sabor je la. T________T
Maka bersilat la aku kat dapur jam 7.15 malam goreng telur mata masak kicap. Sedap jugak. Lepas tu gu kan pulak dengan sambal lodeh yang dah berapa kali keluar masuk peti ais tapi tak jugak abes tu. Mahveles. Aku buat sambal lodeh tu aku sorang je yang makan. Tekak orang dalam rumah tu boleh terima masakan utara je. Selalu kalau aku masak yang macam pelik aku sorang je la makan. Kalau masak western anak-anak la join sekali.
So, hari ni aku request *baru sms je* nak makan ayam golek suruh Abang Misai beli sebab dia akan outstation lama ke Selatan sanun. Aku nak jugak-jugak. Tak nak beli aku nak merajuk.
Sahur pagi tadi minum shake herbalife je. Macam biasa hari ni aku penuhkan tangki septik Caltex. Kahkahkah! Bila tah pundi kencing ni nak bertoleransi dengan tuan dia.
No comments:
Post a Comment