SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 15, 2013

Lauk Kedai Je

Assalamualaikum

Puasa dah hari ke berapa hari ni? Hari ke 6 kan. Alhamdulillah, masih lagi berpuasa. Tak cuti-cuti Malaysia lagi. Kalau cuti pun bukan boleh makan. Roomate kat opis ni lelaki pulak tu. Harus ke makan depan dia?

Weekend aku berbuka kat rumah beli je lauk dah siap. Nasi tu masak la sendiri. Kejadah malas sangat sampai nasi pun nak beli kan. Dah berbuka berdua je dengan mak mertua. So, nak masak pun rasa macam apa je la yang aku nak masak. Dengan letih menjaga anak-anak bertuah tu.

Hana keja asek nak kong.. Nak kong... Nak berdukung ye. Semalam aku nak menghidang lauk pun susah. Tak nak langsung duduk dengan tok dia. Haish.... Senget-senget bahu aku sambil nak menghidang, nak bancuh air kena dukung budak sorang ni.

Amir dah tertido. Letih main dengan sepupu dia. Pi melawat anak buah baru. Hari tu dah tengok. Ni tengok lagi. Nama bukan main lagi ko. Amna Zafeerah Farwizah. Tergeliat lidah bakal laki nak menyebut. Hahahahahha!

Jadi weekend aku minggu ni makan lauk kedai saje. Orang jual kita jadi la tukang beli. Hari ni aku tak tau nak menyinggah beli kat mana. Pukul berapa balik pun tak tau ni. Alahai.... Jangan la jem teruk hari ni. Jumaat lepas boleh tahan la jem dia. Pukul 7 baru sampai rumah. Minggu ni confirm lagi lambat sebab nak kena amik anak-anak pulak.

Ntah bila aku nak buat karipap sardin ni. Teringin bebenor tapi nak buat tu pikir macam-macam. Sat lagi bukan aku yang uli tepung, budak 2 orang tu yang menguli. Aku bertempik jadi tarzan.

Balik ni rasa nak makan telur goreng je. Dengan terubuk masin yang adik aku bagi. Besor gedabak terubuk tu. Goreng letak bawang dengan cili padi. OMG... Meleleh ayaq liuq... Hahahaha!

Baru pukul 9 dah cerita pasal lauk berbuka. Melampau sungguh.

 

No comments: