SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, July 31, 2013

Raya Nak Dekat Dah

Assalamualaikum

Baru reti nak update. Bulan ramadhan ni aku jadi malas nak meraban kat blog. Seminggu sekali je la update ni. Simpan tenaga nak menaip untuk berkejaran pulang ke rumah.

Setakat hari ni masih belum pecah rekod untuk berbuka di tengah jem. Sempat sampai rumah. Selalunya pukul 7 la sampai pun. Paling awal semalam, pukul 6.30 dah ada kat rumah. Mintak la hari ni jangan jem lagi. Penat kaki ahkak ni nak control clutch tu.

Akhirnya sabtu lepas lakiku pulang juga ke rumah. Hahahaha! Masa dia balik tu aku tengah bersilat kat dapur. Hana tengah memunggah CD kat depan. Abah dia balik tegur je terus melalak macam hape. Berlari-lari ke dapur cari aku. Jenuh la pulak nak pujuk. Terkejut abah dia balik la tu. Asek cakap,

'Abah ni... Abah ni....'

Mengadu dengan air mata bercucuran. Hahahaha! Budak sorang ni kuat mengadu jugak. Sama macam abang Amir dia tu.

Aku pun dah tak ingat apa aku masak weekend hari tu. Ada sotong goreng tepung. Lauk beli kat kedai tu perkara biasa dah. Masak hitam amir *masak kurma sebenarnya*. Esoknya pulak masak lemak telur je.





Gambar yang telah di360 kan. Hahahaha! Gambar lauk pun nak guna camera 360. Megik skin pulak tu. Ingat nak masak grand-grand la sikit. Elok bebudak dah tido aku tengok laki aku pun takde. Pi rumah kakak dia kot. HP pun dia tak bawak. Aku nak ke kedai terus tak jadi. Takkan nak tinggalkan bebudak kat rumah kan.

So, pikir-pikir nak masak apa la dengan bahan yang ada kat rumah ni. Masak awal pasal petang tu nak ke Tesco kunun. Tetiba menjejes air liur teringat masak lemak telur resipi abahku. Jadi, masak lemak telur la kita.

Masak lemak telur ni buat macam masak lemak biasa je. Yang special tu abah aku dah last-last masak tu dia akan goreng halba campur *yang buat masak kari ikan tu*, bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dalam kuali lain. Dah garing curahkan dalam masak lemak. Memang wangi lah. Tapi yang aku buat ni macam tak dapat rasa macam apa yang abah aku masak. Huhuhu... Gigih ko wechat kat adik beradik macam mana nak masak macam abah. Kihkihkih.... Tapi kira ada la rupa tu kan.

Petang tu nak pi Tesco. Sampai aje punya melimpah orang. Tempat tak pernah orang parking pun ada orang jugak. Waaahhhhh!!! Tesco buat sale ke hape. Terus tak jadi. Lalu aje. Kita pi cari baju raya anak-anak kat Zon Ria je la.

Baju Melayu Amir dah beli. Ni tinggal nak cari baju kurung Hana pulak. Aku punya? Tak tau la. Macam malas pulak nak beli. Pakai aje baju yang ada. Baju opis yang baru buat hari tu pun tak pakai lagi. Sebat aje la.

 Korang dah beli baju raya belum?

 

Thursday, July 25, 2013

Sabar... Sabar... Sabar....

Baru nak bertenang-tenang. Aku ni dah 2 minggu kena jaga anak-anak sorang-sorang. Masing-masing punya pe'el banyak mengucap je la. Istighfar.... Yang Amirah Raihanah tu soheh-soheh sangat la manja terlebih-lebih kan. Macam semalam aku nak goreng telur n ikan masin tu. Dia pulak melalak-lalak nak berdukung. *pitam*

Laki aku kena out station ke JB. 2 minggu katanya. Ahad ni balik. Tiba-tiba tadi dia meng'wechat' aku kata arahan suruh sambung lagi seminggu. Apakejadahnya semua ini?!!

Ntah apa silap dia kata ada surat apejadah tah yang hq tak buat. So, bagi verbal punya arahan suruh stay lagi seminggu. Aku yang baru nak bermuhasabah diri ni dah jadi bermunasarawak dah punya la tahan angin-angin dari jadi puting beliung.

Anak-anak aku ni kalau aku pi kursus n stay dengan abah diorang behave je. Kalau dengan aku tu dia request macam-macam. Balik keja dengan penat haruk jem pun tak hilang-hilang. Nak nangis ok. Nak nangis....

Baju raya anak-anak pun tak beli lagi. Takkan la nak kena stay sampai raya kat JB tu. Sob.. Sob... Aku memang tak daya nak shopping bertiga je dengan anak-anak. Aku tengah drive dari rumah Toksu nak balik rumah sendiri bawak budak-budak tu pun dah mencabar gila aku rasa. Tengah drive anak ko lompat atas ko. Ko mampu senah? Macam nak terbabas kereta ok.

Bila aku marah terjerit-jerit pulak melalak dalam kereta. I is stress..... Tu tak campur diorang bergaduh 2 orang tu.

Aduhhh.... Tabahkan la hatiku Ya Allah.... Sebelum aku bertukar warna kehijauan....

 

Berbuka, Jerebu dan Tupperware

Assalamualaikum

Bulan-bulan puasa ni jadi malas pulak aku nak mengupdate. Nak update juadah berbuka, banyak aku beli kat kedai je pun. Semalam je tak menyempat nak ke kedai. Jambatan jem gila. Ada eksiden tengah jambatan. Yang tu masa aku lalu dah clear. Turun jambatan ada lagi 1 eksiden. Nampak orang terbaring atas jalan. Hidup lagi la orang tu maybe cedera teruk kot. Dari seberang nak ke pulau pun jem gila jugak. Rasanya ada eksiden jugak sebab ambulan sampai 2 bijik sekali meredah jem tu kan.

Jerebu pun menjadi-jadi jugak. Pagi tadi nak pi keja kalau siapa lalu jambatan tu dari seberang tak nampak belah pulau. Orang dok pulau tak nampak belah seberang. Masuk je kereta balik keja semalam panas berbahang jadinya.

Puasa tak boleh la nak minum air siang-siang kan. Jadi hadap la jerebu tu sampai sakit tekak. Dugaan Allah bagi di bulan puasa.

Sebab semalam tak menyempat nak menyinggah kedai aku goreng telur mata kerbau je dengan ikan terubuk masin yang adik aku beli kat sarawak. Aku je yang tak sampai lagi seberang laut sana tu. Seberang laut penang ni hari-hari pun aku lalu. Tambah dengan kari udang n kacang buncis, sup ayam yang mak mertua aku masak.

Terus rasa hari ni nak makan telur mata lagi. Kita goreng kasi kuning tu tak berapa masak. Letak kicap. Makan pulak dengan terubuk masin letak bawang banyak-banyak. Terus aku terliur sekarang ni. Hahahahahaha! Over sangat baru pukul 2 senah.

Esok cuti Nuzul Quran. Aku nak haruk kedai tupperware. Tolong-tolong akak aku. Tu pompuan tu tak abes pantang lagi dah nak bertupperware. Bisnes harus jalan ye. Kihkihkih... Takpe, aku tolong masyuk jugak dapat cheque tiap-tiap bulan kan. So, sape-sape rasa nak beli tupperware mai la beli kat aku.

Dulu aku heran apesal mak aku suka nau kumpul tupperware. Sekarang aku pun dah terjebak. Cantik comel tahan lama lagi. Kalau rosak sebab reput boleh tukar. Lifetime warranty kekdahnya. Kalau tak ada dah stok tupperware yang dah rosak tu boleh ganti tupperware lain dengan harga yang sama. Cool kan. Tapi jangan la ngengada ko pi rosakkan pulak. Rosak gatal tangan pi gunting no warranty oke. No! No! No!

Sekian sahaja dari cerita pasal berbuka, ke cerita jerebu, disudahi dengan cerita aku jual tupperware. Nak siapkan slide nak meeting next week.

 

Monday, July 22, 2013

13 Hari Puasa Dengan Lauk Kedai.. Ko Mampu?

Assalamualaikum

Hari Isnin hari malas sedoniya. Aku pun tengah malas la ni. Dok cari mana mood aku tercicir.

Dah 13 hari puasa. Lauk berbuka semua taram lauk kedai. Baru semalam aku angkat sudip buat ayam goreng kunyit. Sebab dah lama sangat ayam tu dalam freezer. Hahahaha! Kalau tak memang tak masak jugak la.

Amir request masak kurma. Aku cakap la jom pi kedai. Aku nak beli bahan masak kurma. Dia kata tak payah. Kita beli je dah siap kat kedai. Lagi pun dia bukan makan lauk kurma tu. Dia sebat kuah je. Dia panggil masak hitam.

Pi kedai semalam tak ada pulak orang jual masak kurma. Dah pukul berapa dia suruh aku masak pulak. Sorry la Amir, weekend ni la ummi masak ye. Memang dah tak sempat dah. Dah la kalau aku dok kat dapur tu Hana keja asek menyelit kat kaki tarik-tarik suruh pi ke depan.

Menjaga 2 orang budak kecik yang lasak ni buat aku sangat-sangat la keletihan. Lasak 1 hal. Banyak soalan 1 hal. Amir punya mulut tu banyak betul soalan. Sampai aku tak terjawab la. Pasai pa... Pasai pa....

Si Hana dengan pe'el melaram dia. Malam semalam 1 hari tak nak pakai baju yang aku pilih. Nak baju yang dia pilih padahal baju dia pilih tu untuk pi jalan-jalan. Adekah nak tido pakai overall? Aku bagi dia tido dulu baru la dapat pakaikan baju. Tu pun bangun pagi tadi merempan nak jugak pakai overall. Pakai la jugak pi rumah Toksu.

Dah la petang semalam pakai selipar lain-lain pasangan. Pitam aku. Suruh tukar tak nak. Fashionista sangat ko dik. Ingat dia trendsetter ke hape. Hahahahaha!

Ok la, aku nak buat keja. Keja aku berlambak sebenarnya tapi aku tak ada mood. Sob.. Sob... Plus aku penat... Plus aku ngantuk... Plus aku errr... *Pang sedas*

 

Friday, July 19, 2013

Kalau Aku Kaya

Hari-hari Hari Raya.. Hahahahaha! Tajuk tak ada kena mengena dengan entry. Aku asek terdengar lagu tu kat radio. So, dah berlegar-legar dalam kepala otak.

Hari ni aku dah raya dulu. Huhuhu... Ingat dapat la full sebulan. Rupanya kabi nehi. Bangun nak sahur tadi baru perasan. Tapi dah alang-alang bangun sahur jugak la kan. Hahahahahaha! Alas perut. Kat opis ni nak makan apa.

Tak apa la. Esok boleh la buat karipap sardin yang aku teringin sangat tu. Hihihi.... Dah berapa lama plan nak buat. Tapi tak jadi-jadi sebab buat benda lain. Lepas tu fikir kalau buat nanti macam mana nak rasa pasal tengah puasa. Nak buat malam si Hana tu bukan boleh. Baru basuh pinggan lepas berbuka dia dah sibuk tarik-tarik.

'Ummi.. Mai.. Ummi.. Mai... Nak shu ummi...'

Haaa... Tu la ayat biasa dia. Oh, dah pandai cakap sikit-sikit. Macam pagi tadi la sebelum pi keja.

'Ummi.. shetttt.. shettttt...' sambil tunjuk perut.

'Adik sakit perut ke?'

'Shettt... Shetttt....'

Shet tu sakit ye. Nasib aku faham gak. Selalunya aku tak faham. Main angguk je. Hahahaha!

Bising gila dia pagi tadi kata sakit sambil tunjuk perut. Aku pun sapu la minyak telon. Lepas tu dia diam muka gembira sebab dah sapu ubat. Ubat sapu tak apa, ubat makan memang jangan harap la nak masuk mulut.

Aku kelam kabut pi toilet sebelum nak pi start enjin kereta. Dia pun ikut jugak. Keluar je dari toilet,

'Ummi... uhhh...'

Patut la sakit perut. Berak rupanya. Huhu... Time ummi ko dah lambat ni la nak berak pun ye. 

Terpaksa la basuh dulu sebelum hantar pi rumah Toksu diorang. Dan terpaksa la jugak ummi korang ni memecut gila babeng pagi tadi takut jalan jem.

Sabor je la.

T____T'



 

Thursday, July 18, 2013

Audit 5S

Assalamualaikum

Seisi opis kalut hari ni. Ada audit 5S kekdahnya. Audit MAMPU. Aku tak tau la MAMPU ni macam mana gaya dia. Bebudak kat sini buat 5S takut aku tengok. Masa kat opis lama dulu pun dah buat 5S tapi auditor MPC. Relax je semua. Sini kritikal sangat aku rasa. Hahahaha! Dulu aku audit dalam 5S kat opis lama. So, nampak la beza 5S sini dengan sana.

Aku punya bilik ni diharap jangan la dia bukak aku punya kabinet. Kahkahkah! Aku main susun ikut dan aku je ni. Yang lebih-lebih aku dah 6S kan. S yang keenam tu SOROK. Hahahaha!

Auditor belum sampai lagi ke bilik ni. Ntah kat zon mana la tu. Aku nak buat-buat bz bekerja ni. Tak ada la diorang ni menyibuk nak masuk sekejap lagi kot tengok muka aku berkerut-kerut macam memikir masalah negara. ;p

Ok, diorang datang dah. Buat-buat bz. Buat-buat bz.

 

Wednesday, July 17, 2013

Gegaran Di Penang Pagi Ni

Assalamualaikum

Selamat pagi. Sebelum start keja mari update dulu.

Eh, korang ada rasa gegar tak pagi tadi? Aku kat Penang ni ada rasa ye. Masa tu aku dalam kereta kat tempat parking. Tengah dok dengar radio sambil main game. Datang awal. Lepak dulu dalam kereta.

Tengah syok main game tetiba rasa kereta aku macam beralun-alun ke kiri ke kanan. Macam kalau kita dok dalam kereta n ada orang kat luar tengah goyang kereta tu. Aku toleh gak kiri kanan depan belakang. Kot la ada insan nak bergurau senda pagi-pagi kan. Tak ada pulak.

Naik je opis ada sorang member tanya. Rasa tak gegar tadi. Dia dah ada dalam opis dah. Relax je dok dalam opis tak lari keluar. Hahaha! Macam dah biasa je.

Sebab member dah tanya maka soheh la aku rasa gegar tadi tu. Ada gempa bumi kat mana la pulak ye.

Makin banyak pulak rasa gegaran sekarang kan. 

Tuesday, July 16, 2013

Ceramah Menarik dan Hi Anon *sambil lambai-lambai*

Assalamualaikum

Hari ni setengah hari mendengar ceramah. Tajuknya Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran. Penceramah Dr. Danial bin Zainal Abidin. Gugel la ye kalau nak tau. Ada je wikipedia Dr. ni kat internet.

Dia ni memang Dr. perubatan. Bukan Dr. sebab belajar sampai dapat title Dr. tu ye. Banyak jugak la info menarik. Penulis buku jugak. Banyak buku dia best seller. N ada aku beli tadi ni tajuk buku The Power Of Al-Quran. Sesuai la kan dengan ceramah dia bagi tadi tu.

Ada Dr. cerita pasal vaksin yang dok kecoh-kecoh zaman sekarang ni. Aku malas nak ulas panjang pasal karang aku ulas apa Dr. tu cakap ada yang tak setuju. So kalau agak rasa nak berdebat dengan Dr. ni dia kata sila cari dia kat FB. Hahahaha! Yang penting katanya dia vaksinkan semua anak-anak dia.

So hari ni tinggal setengah hari untuk aku buat keja lain. Di samping tersengih-sengih baca komen anon. Hehehehe... Ada jugak anon tak puas hati baca blog aku ni ye. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Tambah pulak blog aku ni memang bukan blog ilmiah pun. Blog merepek-repek aku je. Blog time emosi terganggu. Gitu la.

Aku sakit perut, sakit kepala, sakit kaki semua pun aku buat entry kalau aku rasa nak menaip. Kalau tak kuasa nak menaip senyap sunyi sudah. Banyak je entry emo aku dulu aku dah draft balik. Makin tua ni emo tu simpan je la. Hahahaha! Pasal keja tu kadang-kadang stress aku jerit la kat sini. Tu je pun.

Pada aku kalau aku masuk blog orang n rasa penulisan dia tak kena dengan kepala otak aku, aku skip aje. Sebab blog tu pun orang tu buat untuk suka-suka. Kita ni siapa pulak tetiba nak emosi terganggu baca entry orang lepas tu bantai orang tu. Padahal orang tu cerita pasal diri sendiri. Kurang kasih sayang kah? Macam orang sewel pun ada. Kihkihkih! Lain la kalau blog tu memang mengundang sensitiviti seantero dunia. Memang la kena bantai kan.

Eh, tetiba aku membebel panjang. Dah pukul 1. Aku nak baca buku yang aku beli tadi. Boleh merangsang otak supaya tak nyanyuk gitu.

Sekian sahaja takzirah Ramadhan saya pada hari ini.

:):):):)

 

Monday, July 15, 2013

Lauk Kedai Je

Assalamualaikum

Puasa dah hari ke berapa hari ni? Hari ke 6 kan. Alhamdulillah, masih lagi berpuasa. Tak cuti-cuti Malaysia lagi. Kalau cuti pun bukan boleh makan. Roomate kat opis ni lelaki pulak tu. Harus ke makan depan dia?

Weekend aku berbuka kat rumah beli je lauk dah siap. Nasi tu masak la sendiri. Kejadah malas sangat sampai nasi pun nak beli kan. Dah berbuka berdua je dengan mak mertua. So, nak masak pun rasa macam apa je la yang aku nak masak. Dengan letih menjaga anak-anak bertuah tu.

Hana keja asek nak kong.. Nak kong... Nak berdukung ye. Semalam aku nak menghidang lauk pun susah. Tak nak langsung duduk dengan tok dia. Haish.... Senget-senget bahu aku sambil nak menghidang, nak bancuh air kena dukung budak sorang ni.

Amir dah tertido. Letih main dengan sepupu dia. Pi melawat anak buah baru. Hari tu dah tengok. Ni tengok lagi. Nama bukan main lagi ko. Amna Zafeerah Farwizah. Tergeliat lidah bakal laki nak menyebut. Hahahahahha!

Jadi weekend aku minggu ni makan lauk kedai saje. Orang jual kita jadi la tukang beli. Hari ni aku tak tau nak menyinggah beli kat mana. Pukul berapa balik pun tak tau ni. Alahai.... Jangan la jem teruk hari ni. Jumaat lepas boleh tahan la jem dia. Pukul 7 baru sampai rumah. Minggu ni confirm lagi lambat sebab nak kena amik anak-anak pulak.

Ntah bila aku nak buat karipap sardin ni. Teringin bebenor tapi nak buat tu pikir macam-macam. Sat lagi bukan aku yang uli tepung, budak 2 orang tu yang menguli. Aku bertempik jadi tarzan.

Balik ni rasa nak makan telur goreng je. Dengan terubuk masin yang adik aku bagi. Besor gedabak terubuk tu. Goreng letak bawang dengan cili padi. OMG... Meleleh ayaq liuq... Hahahaha!

Baru pukul 9 dah cerita pasal lauk berbuka. Melampau sungguh.

 

Friday, July 12, 2013

Terhimpit

Assalamualaikum

Jumaat. Penghulu segala hari. Hari paling orang ramai suka sebab esok cuti. Betul tak? Aku pun suka jugak. Rehat lama. Hahahaha!

Kerja aku hari ni mengemas bilik sehingga ke kemasan terakhir. Audit 5s wehhh... 18hb ni. Patutnya 4hb lepas. Masa aku pi kursus. Aku dah bajet kalau audit time aku pi kursus aku nak kunci pintu. Tapi hajat tak kesampaian pulak sebab postponed kan. Pemalas sangat nak mengemas kekdahnya.

Jadi terpaksa la aku merajinkan diri untuk mengemas dalam kabinet yang penuh dengan harta karun dari zaman tok kadok pegawai yang duduk sini sebelum aku datang.

Puasa hari ke dua semalam macam mana? Aku macam biasa aje. Sempat sampai rumah sebelum berbuka. Alhamdulillah. Lepas dari jambatan je dah rasa nak lompat katak punya gembira. Masa tu baru pukul 5.45 sebab tu gembira. Sekali sampai rumah pukul 6.30 jugek. 

Salah bajet punya pasal. Bajet jalan 1 tu tak jem. Sekali hamik kooooo... Aku siap kena himpit dek 2 bijik lori tanah hantu. Kurang hajorrrrrr sangat. Sebelah kanan tu aku tak kisah lagi. Ni sebelah kiri menghimpit aku sebab jalan dia adelah susur nak masuk ke kanan. Macam mana ek nak cakap, kena lukis baru faham kot. Sat aku lukis.
Lukisan orang tak reti nak lukis guna paint. Hahahaha! Aku adelah yang berwarna purple itu. Begitu lah situasi semalam. Lori yang menyenget tu pasal dia nak masuk depan aku sebab susur tu dah sempit. Kira dia sebenarnya dah masuk emergency lane. Tak menyabor sangat tau sampai dok himpit aku kat tengah tu. Asalnya dia tu patut masuk belakang aku tapi orang pentingkan diri ni faham-faham je la. Maklum la bawak lori, aku besor katanya. Dah la depan banyak kereta. Nak tak nak terpaksa la aku bagi signal pi masuk lane kanan daripada aku mati tersepit celah lori.

Memang mengundang kesabaran yang jitu di bulan puasa supaya aku tak menyumpah seranah.

Balik rumah pulak dengan tengah kepenatan laki aku cakap lupa nak pesan beli ikan bakar or apa-apa lauk. Aku tanya la, mak tak larat ke. Kalau tak larat bagitau je awal-awal. Aku memang beli je pasal aku sendiri tak tau aku ni pukul berapa sampai rumah. Ni aku dah sampai rumah baru cakap memang saje la tu. Dia kata mak masak tapi ada sejenis je lauk. Yang lain perangat lauk semalam yang ada sikit. Nak variety lagi katanya.

Sabor je la. T________T

Maka bersilat la aku kat dapur jam 7.15 malam goreng telur mata masak kicap. Sedap jugak. Lepas tu gu kan pulak dengan sambal lodeh yang dah berapa kali keluar masuk peti ais tapi tak jugak abes tu. Mahveles. Aku buat sambal lodeh tu aku sorang je yang makan. Tekak orang dalam rumah tu boleh terima masakan utara je. Selalu kalau aku masak yang macam pelik aku sorang je la makan. Kalau masak western anak-anak la join sekali.

So, hari ni aku request *baru sms je* nak makan ayam golek suruh Abang Misai beli sebab dia akan outstation lama ke Selatan sanun. Aku nak jugak-jugak. Tak nak beli aku nak merajuk.

Sahur pagi tadi minum shake herbalife je. Macam biasa hari ni aku penuhkan tangki septik Caltex. Kahkahkah! Bila tah pundi kencing ni nak bertoleransi dengan tuan dia.

 

Thursday, July 11, 2013

Hana Demam Di Puasa Hari Kedua

Assalamualaikum

Puasa hari kedua. Masih steady. Steady la dok dalam opis ada aircond. Cuba kena buat keja luar. Agak-agak boleh tahan ke tak?

Tapi semalam aku pi jugak keja luar petang. Lebih kepada nak elak jem kat jambatan. Huhuhu... Petang ni tak tau la macam mana pulak gaya. Dah la tak simpan stok makanan dalam kereta. Tak amik iktibar sungguh pengalaman tahun lepas. Bukak puasa telan air liur je. Hahahaha!

Konfiden sangat boleh sampai rumah sebelum berbuka kan. Tak apa. Kita doa Allah permudahkan urusan kita.

Pagi tadi aku masih gagal mengawal pundi kencing. Singgah lagi ke stesen minyak. Kali ni ada akak tu punya la lama dia kat dalam tu. Aku kat luar dah kejap ke depan, kejap ke belakang. Nasib la hari ni masih boleh bertahan. Kot jadi macam semalam pasti aku dah tak pi keja.

Hana demam pulak pagi tadi. Dia dok berak malam semalam. Pagi pukul 3 lebih dia cari nenen lepas tu cakap dengan aku,

'Ummi, uh.. uh...'

Aku dalam mamai-mamai tu bangun la jugak. Berak lagi budak ni. Bawak pi toilet. Tengok mak mertua aku kat dapur tengah masak. Punya la awal.

Lepas berak tu la badan dia start panas. Nak bergantung je dengan aku. Aku bangun sikit tak boleh. Lambat sikit aku sahur pagi tadi. Sebelum pi keja lagi sekali dia kata dia uhhh... Suruh abah dia la setelkan. Aku nak bersiap pi keja. Bulan-bulan puasa ni orang lepas sahur rajin terus mandi n pi keja. Baru pukul 7 tol kat jambatan tu dah banyak kereta.

Kesian Hana demam-demam pun aku pi keja jugak. Tengok esok kalau dia still demam. Aku EL aje.

Eh, ok la. Aku nak buat banyak benda nih. Saje nak mengupdate. Oh, dan aku nak mencari karipap. Sedih semalam nak makan tapi ada orang tak nak belikan. Sob... Sob...

 

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Pertama 1434H

Assalamualaikum

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak sahabat semua. Hari ni 1st day puasa. Aku ni nak berdiet bulan puasa ni. Berat badan dah menunjukkan angka yang menakutkan. Huhuhu...

Maka pagi tadi aku berherbalife la buat pertama kalinya. Nak terbelahak aku minum shake tu. Tergedik sangat 1st time berherbalife lepas tu buat sekali banyak kan. Konon untuk mengenyangkan. Lepas tu terus pening lalat nak abeskan shake tu. Aku try la buat double dari yang biasa. Haaa... Terkulat-kulat sendiri. Hahahaha!

Dah la mak mertua aku pagi-pagi masak daging goreng kunyit. Feveret tu. Telan air liur je la pandang daging tu. Ada la cuit-cuit 2 ketul. Huhuhu... Cannot resist tau. Rasa je takpe kot. Hehehehe... Menjejaskan tak kandungan kalori amik 2 potong daging?

Aku dah plan nak bangun masak sahur untuk mak mertua aku. Laki aku keja malam semalam. Pukul 4 pagi aku bangun tengok mak mertua aku dah ada kat dapur dah. Nasi pun dia dah masak. Pukul berapa la dia bangun tu. Jangan ada orang kata aku ni pemalas dah la.

Oh, Hana n Amir pun bangun sahur sekali. Hana tu bukan boleh aku tak ada kat sebelah. Tau-tau dah bangun melalak cari ummi. Dia la peneman aku yang terkulat-kulat nak abeskan shake pagi tadi. Lepas tu Amir pulak bangun. Kesudahan dua-dua orang aku suap makan nasik. Sambil menahan dari menyuap nasik ke mulut sendiri. Kihkihkih...

Paling haru time nak pi keja la. Amik herbalife kena banyak minum air kan. Asek nak terkucil je la pe'elnya. Sebelum pi hantar diorang aku dah pi toilet. Sekali lepas hantar bebudak tu pi rumah pengasuh aku dah rasa nak terkucil lagi. Gila la macam ni. Maka memecut sepantas kilat cari stesen minyak.

Singgah stesen minyak petronas lepas hiway BKE. Toilet perempuan rosak ok! Rosak! Aku dah serabut perut dah. Dok pikir boleh ke nak bertahan sampai ke belah pulau ni. Ah.... Tahan je la dulu. Tahan pun dah rasa macam nak pecah pundi kencing. Rasa macam nak tekan brake pun tak mampu dah. Kegilaan apekah ini????

Jejak je tayar kereta kat belah pulau aku pecut pi stesen minyak kat Lim Chow Ewe tu. Caltex ke hape tah. Parking terus berdesup cari toilet. Sampai terpaksa potong queue ada sorang nyonya ni yang slow motion cari toilet. Sorry aunty, iols dah tak tahan sangat ni. Ada aku terkencing dalam seluar kat luar toilet kalau tunggu aunty karang.

Pengalaman ngeri sungguh tahan kencing macam tu. Lepas ni aku tak kira. Toilet pompuan rosak aku haruk je toilet laki. Daripada muka aku jadi biru tahan kencing macam tu.

Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Kohkohkoh...

 

Thursday, July 4, 2013

Essay From Figure


Assalamualaikum

Tawa dalam tangisan sangat ko malam-malam ni. Masih di sungkai ye. Esok baru boleh balik.

Apa yang nak bertangis-tangis sangat ni? Kena buat assignment uols.... Mak tak sukaaaaaa...

Assignment pulak sikit punya bagus. Bagi paper yang ada figure jadual pasal kdnk, kadar kesuburan, consumer price index segala mak nenek. Sila buat essay berkenaan figure-figure tersebut. Huwaaaaa....

Tapi ayat doktor tadi, jangan stress. Jangan tido lewat. Buat la essay tu dengan enjoy. Kita enjoy!!!! Enjoy apekah begini? Tell me?!! Tell me?!!! *sambil hantuk kepala ke bantal*

Mood... Sila ke mari. Sob.. Sob... Idea tarak ni. Apa mau goreng?

Postezd via MyAndroid

Tuesday, July 2, 2013

Tak Cukup Makan


Assalamualaikum

Aku kelaparan... Tengahari tak makan nasi. Ratah lauk je tu pun ciput. Pi cafe katerer kata nasi abes baru nak masak.

Musykil aku. Masak memang cukup-cukup ke? Kalau sorang dua yang tak dapat tu boleh la faham. Ni lebih 10 orang.

Punya lama tunggu tak siap-siap masak. Terus aku blah balik bilik. Makan mee cawan. Luckily aku bawak mee cawan.

Pagi tadi breakfast pun tak cukup. Bercatu. Aku amik breakfast tak sampai setengah senduk. Kesian kat orang belakang-belakang.

Balik kursus ada orang tak kenal pulak nanti. Body terus bertukar body Miranda Kerr. Tak cukup makan punya pasal.

Kahkahkah! Berangan melampau.

Postezd via MyAndroid

Postezd via MyAndroid

Monday, July 1, 2013

From Sungkai With Loveeee


Assalamualaikum.

Menunggu roomate aku abes mandi. Lepas tu nak pi makan.

Aku kat sungkai ni. Ada kursus. Sampai jumaat. Tension mak nenek sungguh kursus dalam hutan. Dengan line tenet kalau guna fon adalah line paling hazabedah sekali. Edge.

Jadi toksah harap la aku nak update siap gambar segala bagai. Macam la selama ni rajin update gambar kan. Muahahaha!

Nak bukak pc pun aku malas. Ada je pc dalam bilik ni. Tapi karang kalau aku dah hadap tak boleh buat benda lain dah.

Perut aku meragam dari semalam. Angin ke apa tah. Nak berak tak ada pun sakit perut macam nak berak tu. Tapi ada la rasa angin berpusing-pusing. Semalam makan lambat. Time dah nak bertolak tu singgah makan kat juru. Driver opis amik kat situ. Tapi hana hijack nasi ayam aku. Sup semua dia balun sampai abes. Ummi dia ni abeskan belen-belen yang dia tak abes la.

Dah la berkuntau merata. Eeee... Geram aku. Memang takde harapan la aku dapat makan dengan aman kalau bawak hana ni. Amir ok lagi. Ni makanan macam sangkut kat tekak je rasa. Boleh tercekik pun ye jugak. Sabor je la.

Eh, ingat nak update pendek je. Terpanjang pulak. Aku dah gigil sejuk ni. Kuat pulak aircond bilik ni.

Dah. Aku nak pi makan. Makaaaaaan je keja.

Postezd via MyAndroid