SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, February 28, 2013

Patah Hati Terlampau

Assalamualaikum

Hari ni hari last aku kursus. Petang ni balik.

Esok nak masuk opis tapi aku macam dah patah hati sangat. Aku sebenarnya tak nak pi kursus ni. Sebab aku bz n banyak keja nak kena siapkan pasal seminar. Seminar adalah next week hari Rabu. Dengan masa yang suntuk putuskan nak buat seminar. So, aku dah siapkan apa yang terdaya n hantar untuk semak pada bos. Kebetulan hari aku pi kursus petang tu ada meeting bincang pasal persiapan seminar.

Aku dah hantar n proceed segala yang AJK aku patut buat sebelum aku pi kursus lagi. Pamplet aku buat sebab tak ada yang mahir guna publisher. Aku pun tak la mahir mana tapi setelah digodek sana sini memang la jadi. So, pamplet tu aku emel untuk semak minggu sebelum aku pi kursus.

Tapi pengarah n timbalan tolak ke KPP. KPP tu ketua penolong pengarah. Pagi sebelum aku ke kursus aku yang terpaksa tanya KPP dia dah semak belum n aku pasti belum pun. Dia siap tanya bila pulak hantar. Tak apa lagi la macam tu. Dia semak-semak n aku betulkan mana yang patut.

Tiba-tiba pengarah panggil n suruh aku tukar data dalam pamplet. Aku sebelum ni dah cari data berkaitan Penang tapi disebabkan banyak benda aku nak kena buat n aku dah terlepas pandang. So tengahari sebelum aku pi pengarah bagi jadual baru n mintak aku ubah lagi key indicator tu. Aku betulkan dekat tempat kursus aku ni sebelum hantar lagi untuk semak. Pengarah yang mintak aku betulkan tapi dia emel aku pagi Selasa suruh KPP semak. Ok, tak apa. Aku hantar. The rest aku dah bagitau kat staf aku yang ganti aku masuk meeting.

Rupanya dalam meeting Isnin petang tu aku dah pun dibantai tanpa aku ada dalam meeting. Dia kata aku pi kursus tak bagitau dia. Main blah macam tu aje. Padahal kursus tu aku mohon dia yang kena luluskan. Institut hantar emel pada dia suruh hantar pegawai dia cadangkan nama aku. Ada lagi aku simpan emel tu. Emel pemberitahuan dari institut aku kena hadir kursus dihantar pada peserta n semua pengarah. Lagi sekali dia forward emel tu pada aku. Macam mana dia boleh kata dia tak tau aku pi kursus n aku tak bagitau dia?

Pasal data pamplet dia cakap dalam meeting data macam tu pun aku boleh tak jumpa. Aku dah bagitau dia sebelum tu aku dah tanya dekat HQ, aku dah tanya library. Banyak data aku nak kena tengok, banyak buku aku kena refer. Data berbeza-beza. Tak mustahil dengan banyak data tu aku terlepas pandang. Aku pun tak arif pasal data yang nak dicari sebab aku bukan bahagian tu. Maka harus ke dia perkecilkan aku dalam meeting yang aku tak ada n tak boleh nak bela diri. Depan aku sikit tak menguit. Belakang aku macam-macam aku kena hentam.

Pasal thumb drive. Sebelum ni kecoh kata nak guna thumb drive as souvenir pada tetamu seminar. Tak nak guna CD. Takde kelas kekdahnya. Mula-mula AJK lain yang kena cari. Lepas tu memandangkan aku yang AJK cenderahati maka aku yang cari. Aku cari 2 sebut harga. Dah bentang dalam meeting siap dengan gambar thumb drive. Masa tu pengarah tak ada n timbalan yang chair meeting. Timbalan kata proceed. So, aku proceed. Time aku pi kursus aku dah serah semua pada kewangan untuk buat LO. Dengan quotation segala.

Lagi sekali dalam meeting yang aku tak ada dia hentam aku. Kata apesal dia tak tau pasal thumb drive tu. Pung pang pung pang semua dalam meeting pun tak cakap apa-apa. Senyap. Padahal benda tu dah setuju dalam meeting sebelum tu yang dia tak masuk. Salah aku pulak ke kalau dah suruh proceed. Aku proceed je la macam disuruh. Sebelum pi kursus pun aku dah bagitau timbalan. Aku balik dari kursus n masuk opis hari Jumaat boleh dapat thumb drive. Tup tup cancel guna thumb drive n guna CD. Suruh orang lain burn CD. Murah pun murah katanya. Nice.....

Nampak macam aku ni apa pun tak buat. Tak boleh diharap buat keja. Pamplet yang aku buat suruh orang lain ubah lagi data. Nak tambah itu ini.

Kalau macam tu balik ni aku letak je jawatan as AJK. Sila cari orang lain. And aku nak lepaskan semua yang aku pegang dalam opis tu. Sila cari orang lain yang boleh diharap dan lagi berkaliber. Sebab aku ni apa pun tak boleh buat kan.

Baik aku fokus keja kat bahagian aku je.

Betul la orang kata. Sekali kita tak dapat puaskan hati orang habis semua kebaikan kita selama ni hilang dari fikiran. Nampak yang buruk je.

 

 

Tuesday, February 26, 2013

Tiada Relax Bagimu T____T

Assalamualaikum

Boleh update blog. Kat sini ada pc siap internet dalam bilik. Aku dok bilik sorang-sorang. Ok, sila jangan takutkan aku.

Tapi nak update blog pun tension. Pasal kena buat assignment pulok. Ingatkan zaman buat assignment dah berlalu pergi. `T____T

Oh, aku kursus Training of Trainers. Mengajar kitorang ni jadi trainer kekdahnya. So, esok kena buat presentation segala mak nenek. Waaaahhhh... Sangat tidak disukai.

Dah la keja opis pun berlambak tak siap-siap. Ni nak kena buat assignment segala jadah. Stress sangat. Slide untuk meeting naik opis ni pulak. Ok, sila pitam sekarang. Tskkkk....

Surat lagi. Pamplet lagi. OMG!!! Why banyak sangat keja ni.....

Dan sangat merindui 2 orang budak bertuah di rumah itu.

Apa la diorang buat sekarang ni... Abah dah ajak tido kot.... Rindunya la ummi kat korang berdua...
 
 
 

Monday, February 25, 2013

Tiada Masa

Assalamualaikum

Membz walaupun hari ni aku kena pi kursus. Keja dah la banyak nak kena siapkan. Kena pi kursus pulak. Terkejar-kejar dibuatnya.

Pukul 2 nanti baru gerak. Aku nak siapkan apa-apa yang patut. Sat lagi aku yang jadi gila nak menyiapkan benda-benda alah ni.

Dah la balik dari kursus ada meeting. Nak kena buat slide segala jadah. Ehhh.... Tensi mak tau....

Nak bagitau tu je kot.

Huhuhu...


Thursday, February 21, 2013

Cerita Kelantan

Assalamualaikum

Menyepi lama lepas pi Kelantan ye. Hehehehe....

Bz sangat. Buat keja tungging terbalik. Tapi orang tak reti appreciate pon. Tak apa la. Buat aje hal sendiri. Ayat penyedap hati. Kihkihkih... Eh, tetiba meluah perasaan.

Aku sakit kepala sebenarnya. Dari semalam. Sampai ada budak cakap dia nampak muka aku dah macam flower horn. Sebab dia nampak dahi aku macam bengkak. OMGGGG..... *belek-belek cermin*

Pi Kelantan dok kat Hotel Renaissance Kota Bharu. Bilik ok tapi makanan amat la mendukacitakan. Aku ni bab makan susah sangat nak komplen. Sebat aje semua. Tapi time dok kat hotel tu memang rasa macam apekah makanan ini.... Fillet ikan pon mentah. Terus hilang selera aku nak makan weh..... Bab rasa memang sangat tak ada rasa. Tawar je.

Hoiiii!!!! Banyak sangat komplen kan. Syukur la ada makanan. Ingat sikit kat orang yang dok Somalia, Sudan semua tu. Kurus melidi tak ada makanan. Ok, tutup la bab makanan tu. Cerita bab lain pulak.

Disebabkan datang secara solo tak bawak bala tentera maka aku menghabiskan masa dengan menjenguk shopping mall sebelah hotel. Hari-hari pi situ. Beli t-shirt, jeans. Macam kat Penang tak ada jual ye. Hahahaha!

Malam sehari lepas sampai tu ke Wakaf Che Yeh. Misi utama mencari selimut angry bird untuk Amir Ridhwan. Dah pesan ok. Pulak tu masa aku kat Kelantan dia demam sampai tak nak berjalan. Sakit kaki. Abang Misai kata kejang otot sebab sehari sebelum tu dia berlari sana sini dengan Amirah Raihanah.

Beli selimut dan cardigan untuk aku. Esoknya makcik aku bawak lagi sebab cari jersi untuk Amir. Hehehehe... Datang bawak sebijik beg. Balik bawak 4 bijik beg. Hahahaha! Keropok lekor jangan dilupa. Makcik aku dia bagi pulak keropok keping n serunding. Besor bukan main plastik. Siap bungkuskan untuk 3 family. Keropok pun aku tak goreng lagi. Keropok losong pun aku baru rebus je nak bagi tahan sikit.

Gambar tak ada. Aku ni femalas la sangat nak bergambar. Terlalu fokus mencari barang-barang. Muahahaha!

Ok, aku nak sambung keja.

Stress sangat.... Hoihoihoi.....


Wednesday, February 13, 2013

Cuti Yang Membosankan

Assalamualaikum

Cuti dah lama. Bila nak start keja mula la kemalasan tanpa batasan. Huhuhu... Dah banyak benda nak setel sebelum pi Kota Bharu ni. Jumaat ni pi Kelantan. Bukan makan angin. Buat keja ok. Ada taklimat. Kali ni tak bawak anak-anak pasal bilik twin sharing. Nak bayar sendiri memang lemau la tengah-tengah bulan ni. So, anak-anak tinggal dengan abah ye.

Ni pun tengah pening lalat. Aku rasa hormon aku tak stabil ok. Jerawat ni besor-besor naik kat pipi. Perut pun rasa sakit macam ala-ala senggugut je. Tension sangat tengok jerawat bermaharajalela. Nak cover pakai apa pun tak boleh.

Cuti panjang aku bersidai kat rumah je la. Laki aku keja jadual tunggang terbalik. Ada la petang kelmarin bawak budak-budak tu pi tepi laut kejap. Kejap memang betul-betul sekejap. Ramai sangat makhluk kat tepi pantai Robina ke hapa nama tu. Mat-mat motor jangan cakap la. Bersepah di mana-mana. Konvoi ramai-ramai.

Aku pulak macam seriau tengok mat motor ramai macam tu. Budak-budak muda. Siap merempit buat wheelie segala. Kepala otak mula la pikir yang bukan-bukan. Aku kalau bab berfikiran yang pelik-pelik ni memang juara. Hahaha!

Ajak la budak-budak tu balik. Amir memang bising la. Apesal kejap sangat kata dia. Dia bosan dok rumah la tu. Kecik-kecik hang dah pandai bosan ye. Ummi hang ni dulu nak keluar sebulan sekali pun belum tentu.

Ok la, meh tengok pic 2 orang budak ni. background sampah tu harap diampun. Hahahaha!

Ini budak suruh tengok depan tapi dia tengok abah dia. Aku seriau dia tergolek je. Amir enterframe kat belakang. 


Amir bila ummi suruh senyum. Hahaha! Dah besar anak aku.

Tu je la pun. Bosan kan. Hahaha!


Monday, February 11, 2013

Cuti Maka Blog Pun Sepi


Assalamualaikum

Kalau dapat up entry time cuti maknanya teman-teman bergaduh tengah tido atau pun tiada di rumah. Hahaha!

Sekarang geng gaduh aku Amir n Hana dok tido. Nak tidokan pun jenuh bergaduh. Amir lagi la dah pandai bercakap keja nak menjawab je. Mulut kalah mak nenek.

Cuti sampai esok. Tapi tidak la ku tahu nak buat apa sebab aku cuti tapi Abang Misai keja. Bosan betul. Hari ni ada la dia kat rumah tapi baru pagi tadi balik. Semalam dia keja 24 jam so aku merayap ke rumah kakak aku.

Esok pun keja jugak. Motip sangat kan aku cuti dia keja. Dah lama tak merayap jalan pi mana-mana.

Eh, sakit perut la pulak. Selalu time aku nak update perut buat perangai.

Ok la. Seruan toilet sudah memanggil. Bye~~

Posted via MyAndroid

Friday, February 8, 2013

Budak Yang Melekat Dengan Ummi

Assalamualaikum

Aku mengantuk. Pagi tadi pukul 3 lebih Amir bangun panggil...

'Ummi! Ummi!'

Aku mamai-mamai terbangun. Ingatkan aku mimpi. Jenguk la Amir kat dalam katil dia *ye Amir masih tido dalam baby cot dia* di sebalik Abang Misai. Nampak tangan dia menggeliat.

'Apa dia?'

'Amir kencing la. Basah.'

Aiyooo... Pampers bocor la tu.

Kejut la abah dia bangun. Sebab aku memang ngantuk yang amat. Abang Misai dah tido awal semalam. Bila abah dia suruh bangun n pi bilik air Amir cakap,

'Takmau abah. Nak ummi jugak.'

Huwaaaa.... Melekat dengan aku betul dua-dua orang anak ini. Hana dah tentu-tentu la melekat. Abah panggil suruh tido pun menyorok balik kain aku. Aku balik keja pun dia terjerit-jerit,

'Mi! Mi! Mi!'

Nak makan malam semalam pun Amir nak aku jugak. Abang Misai dah amik diorang dulu sebelum aku balik keja. Jalan dah la jem teruk semalam. So, lepas mandi segala aku pun baru nak menyuap nasik ke mulut Amir kata,

'Amir nak makan jugak. Nak ummi suap.'

Padahal laki aku kata sebelum aku balik tu dia dah offer Amir makan. Tak nak. Nak ummi suap jugak sebab dia dok ralit tengok Upin Ipin. Daripada nak menyuap ke mulut aku terus menyuap ke mulut Amir. Bagus la macam tu, kurus sikit ummi hang ni. 3 ketul ayam masak kurma dia bedal. Nasik tambah 3 kali.

Bila aku kata,

'Asek nak ummi je. Kalau ummi takde pi keja jauh macam mana?'

'Amir ikut la ummi.'

Errr... Macam mana tu? Takkan pi kursus nak berangkut kot. 15-18hb ni aku ada taklimat kat Kelantan. Abes tu macam mana?


Amir dan Hana yang attached sangat dengan ummi.... Sayang 2 orang budak ini ketat-ketat...

Thursday, February 7, 2013

Hujan Lebat Di pagi Hari dan Eksiden

Assalamualaikum

Sakit kepala di awal pagi. Aku suspek BP aku naik la ni. Sebab sakit tu rasa macam dicompress gitu. Haih... Keja berlambak. Mau tak stress. Awal-awal tahun dah stress sampai BP mencanak.

Atas jambatan tadi hujan lebat yang amat. Tengah drive tiba-tiba rasa tak sedap hati. Apesal la pulak ni. Dengan kepala sakit. Tak sedap hati pulak. Ish.... Doa la dalam hati supaya Allah S.W.T lindungi semua ahli keluarga daripada musibah.

Sampai je ofis terus sms Abang Misai. Bagitau dah sampai ofis n hujan lebat nak masuk ke Pulau. Dia balas bagitau dia nyaris nak eksiden. Bergegar jantung aku ni.

Laki aku pi keja naik motor. Aku bawak kereta. Eksiden tadi pun sebab jalan licin. 3 bijik motor tergolek dengan orang yang bawak sekali la. Takkan motor je kot tergolek. Abang Misai motor keempat. Sempat brake tapi tayar melelong la jugak. Nyarissss sangat nak tergolek.

Sebab dia sempat brake n orang depan dah tergolek maka kena la tolong apa yang patut. Takkan nak tengok lepas tu blah pulak. Keji sangat kalau buat macam tu kan.

Alhamdulillah tak ada yang cedera teruk pun. Dan Alhamdulillah Allah S.W.T lindungi Abang Misaiku tadi.

Maka mari la kita sambung bekerja sekuatnya. Aku kena chair 2 meeting hari ni. Gaya kalah bos besar. Huhuhu...

Bye~~


Wednesday, February 6, 2013

Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Dah petang baru nak update. Bz sangat ok. Sampai nak bernafas pun macam curi-curi je. Ate gile begitu. Ni pun keja tak siap lagi sebenarnya tapi aku dah tensi. Tensi!!!

Pagi tadi pi lunch. Eh, aku memang lunch pukul 10-11 gitu. Lunch hour aku buat keja. Kalau takde keja aku tido. Kira breakfast terus lunch. Brunch la istilahnya kot. Tapi pagi pukul 8 tu ada la makan kuih. Buat alas perut. Kalau tak makan kuih tu ada karang aku makan nasik tu penuh sepinggan. No.. No.. No.. Kurangkan makan nasi ok.

Tengah makan-makan tu ada la 2 orang budak duduk meja depan aku. Dah amik nasik n baru nak mula makan. 2 beradik kot. Yang kakak area umur 10 tahun gitu. Adik 8 tahun kot.

Tengok diorang amik nasik sendiri-sendiri. Pilih lauk pun sendiri jugak. Terusssss aku teringat time aku kecik-kecik. Zassss flashback time tengah makan. Hahaha! Ntah apa-apa.

Kitorang kan 8 beradik. Masa aku baya-baya budak-budak tu baru 6 beradik la. Kalau abah bawak 1 family keluar n time makan mesti kitorang akan pi 1 kedai makan ni. Memang kalau keluar kedai makan tu je la yang abah bawak.

Lepas tu abah akan suruh kitorang duduk n dia order nasi sorang sepinggan. Abah akan pilih lauk n letak lauk tu tengah-tengah meja. Nak makan amik la sorang sikit. Ayam goreng dalam 2-3 ketul je. Cebis-cebis la kamu makan asal merasa makan ayam goreng. Lauk lain pun macam tu la jugak kekdahnya. Memang tak pernah la dapat sorang seketul ayam kalau pi makan kat luar ni.

Nostalgia sangat teringat zaman kecik-kecik. Makan tu tak adanya nak pilih sendiri. Kongsi-kongsi. Sebab abah dulu keja gaji kecik je. Anak-anak pulak berderet. Sekali sekala bawak la jugak kitorang ni jalan-jalan kat bandar Kluang tu. Tu pun kalau pi klinik la selalunya. Kat tengah-tengah bandar tu ada taman yang kitorang panggil fountain sebab ada air pancut n taman mainan. Aku pun dah tak tau macam mana rupa bandar Kluang sekarang. Lama sangat tak menjenguk since pindah masa form 3.

Kalau diingatkan syukur la abah ajar berkongsi-kongsi ni. Ajar macam mana kesusahan tu. Abah sendiri pun kalau kitorang makan dia tak makan pun. Dia tunggu kitorang dah selesai makan baru la dia makan apa yang kitorang tak habis. Sedih la pulok. 

T___________T

KFC pun susah sangat nak merasa. Setahun sekali belum tentu aku rasa. Sekarang hari-hari nak bedal KFC sampai muak pun boleh. Anak-anak aku sekarang nak makan apa terus aku beli kalau time tu aku dah ada dekat kedai. Senangnya anak-anak zaman sekarang. Kecik-kecik dah kenal spageti la, mcD la. Nak makan spageti request aje aku buatkan. Aku dulu bihun 20 sen pun sampai bercekau dengan kakak aku pasal tak ada duit nak beli.

*lap air mata*

Hmmm.. Ok la. Aku nak sambung keja. Banyak keja aku nak siapkan lagi ni. Bos tadi nampak muka aku masa dalam lif ntah apa lagi dia nak mintak. Huhu...

Mode insaf sekejap.


Tuesday, February 5, 2013

Meeting Semedang



Ye, aku bosan. Keja berlambak tapi asek kena attend meeting.

Tu je. Gambar tuan tanah yang ketensionan.

:-P

Tengah meeting ni.

Bye!

Posted via MyAndroid

Monday, February 4, 2013

Tudung

Assalamualaikum

Aku bz sebenarnya tapi saje nak update sebab bahu aku dah menunjukkan tanda-tanda stress. Jadi mari kita release stress kejap sebelum aku jadi gila.

Tengok tajuk sikit. Amboi... Ala-ala muslimah pulak tajuk i hari ni. Kihkihkih...

Tak ada apa sangat pun. Tadi aku ke bahagian admin. Mencari punch card bulan lepas. Sebab aku tak mintak sign dari bos yang aku dok pi buat keja luar n pi meeting segala. Tiba-tiba chief clerk tegur,

'Puan, tak pakai tudung bawal ke hari ni?'

Hari ni aku pakai tudung instant. Main sarung aje tak payah pin. Kalau longgar kat leher sikit tu boleh la pin tapi tak ada la payah aku nak membentuk tudung tu kan.

'Tak. Hari ni malas nak gosok.'

Hahahaha! Berhemah tak jawapan. Pegawai yang sungguh pemalas. Wakakaka!

'Puan pakai tudung bawal hari tu nampak lain tau. Lagi segak.'

Amboi... CC mengayat bukan main. Hahahaha! Segak tu ayat orang Penang maksud dia cun, comel atau yang sewaktu dengannya. Cewahhh...

Ada jugak yang kata pakai tudung bawal nampak macam lagi muda. Nampak macam student lagi gitu. Kembang kempis hidung bila orang kata nampak lagi muda.

Tapi apekan daya. Aku ni paling tak suka gosok baju. Kalau dah terpaksa baru la aku gosok. Yang aku sibuk pakai tudung bawal tu pasal dah tak ada tudung aku nak matchingkan dengan baju. So, gosok aje la daripada asek ulang pakai tudung yang sama. Mesti orang kata aku ni kedekut tudung pun tak nak beli.

Aku ni nak kata kedekut ada la jugak. Muahaha! Tapi aku macam tak berkenan tengok gaya tudung yang ada. Cerewet sangat tu idok le tapi aku rasa gaya tudung instant sekarang macam dah pelik. Tudung Fareeda yang berlayer-layer tu aku rasa macam dah terlebih vouge la pulak aku nak pakai. Aku nak yang simple tapi menarik. Haaaa....

Tudung bawal ofkos la simple. Tapi kena gosok. Jadi bila dah perkara itu adelah tak menggembirakan maka aku malas nak buat. Melampau sangat perangai kan.

Sebab orang dah puji ni lepas ni kena la rajin gosok tudung. Muahkahkahkah! Hadap pujian sungguh.

Ok, aku nak sambung buat keja. List keja aku sampai tahun depan tak abes.