SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, February 29, 2012

Oh, nak pengsan..


Assalamualaikum

Aku bz. Nak ke toilet pun tak sempat. Huwaaaaaa!

Ok la. Nak meeting.

Babai!

Posted via MyAndroid

Tuesday, February 28, 2012

Robot Pun Tak Bz Macam Aku

Assalamualaikum

Aku bz hari ni, esok, lusa, tulat, tonggeng. Banyakkkkkk sangat keja.

Hari ni aku kena menginterview 15 orang untuk projek yang patutnya dah start bulan ni tapi disebabkan bos nak jugak buat syarat panggil orang interview maka ditangguhkan start bulan depan. Hamik ko! Baca senafas je.

Beria bos aku nak suruh gak buat interview. Padahal nak panggil orang yang buat dulu gak. Tension aku tau. Dah la nak kena hantar by 15hb depan untuk survey bulan 1. Menonggeng la bebudak ni nak kejar responden.

Aku ni dah la pening dari malam semalam. Hari ni pun sama jugak. Esok ada meeting pagi petang.

Harghhhhh!!!!

Bila aku dapat pi bercuti tanpa memikirkan pasal keja????

Tekanan.....

Monday, February 27, 2012

Dah 6 Bulan Rupanya

Assalamualaikum

Aku tak ada mood la semenjak tiga menjak ni. Nak update blog pun malas. Tiap kali dah taip aku delete balik. Sewel apa tah.

Aku kan rasa macam tak best la keja. Rasa nak duduk rumah jeeeee. Dah la tetiap pagi hantar anak-anak pi rumah Toksu diorang si kecik tu mesti melalak. Aku nak letak kat carseat dia pun badan meliuk lintuk macam jeli. Payah sungguh!

Hana dah 6 bulan lebih. Dan dia sudah berdiri kat dalam baby cot ok. Sungguh mengerikan la budak ni. Duduk pun tak pandai lagi. Sibuk nak berdiri. Maksu la bagitau aku. N kat rumah aku try letak dalam baby cot dia. Memang dia rabat kat kayu tu n berdiri. Memang tak boleh dibiar main sorang-sorang.

Kalau aku kat rumah jaga dia memang letak dalam walker sementara nak bagi abang Amir dia mandi. Pandai pulak tu dok dalam walker pi masuk bilik cari aku. Tak jumpa dia keluar pulak pi cari tempat lain.

Dan 1 kegemaran dia yang aku tak gemar. Suka kutip barang masuk mulut. Asal ada je benda dia pegang mulut la destinasi utama. Sedap kot merasa semua benda. Paling feveret adelah kertas n buku. Dia mamah-mamah masuk mulut. Sampai hancur buku tu aku tengok. Kekadang bila aku tak nampak tau-tau dah ada serpih kertas dalam mulut dia. Adoi la budak bertuah ni.....

Time baring-baring atas katil pulak suka panjat badan aku. Kalau tak dok kacau Abang Amir tengah tido. Dia panjat Amir. Amir tak marah pulak. Dia bangun lepas tu pegang tangan adik n sambung tido.

Lepas tu kalau aku makan roti sambil pegang dia nanti dia buat bunyi. Nak makan roti jugak. Kalau tak bagi dia mengamuk. Aku cubit la sikit roti cicah air kosong bagi dia makan. Kuat makan budak ni. Tapi nak makan apa yang kita makan. Selera orang tua betui.

Hmmm... sekejap je dah besar anak-anak ni. Tak lama lagi dah pandai berjalan n berlari lak si Hana tu. Sekarang pun dah laju.

Kalau Najib bagi gaji naik sampai 1k aku nak berenti buleh? Biar laki aku je keja. Hahahaha!

Tuesday, February 21, 2012

Cuti tapi bz


Assalamualaikum

Macam lama kot aku tak update entry. Cuti pun aku busy gak. Jumaat lepas berkejaran ke putrajaya. Angkut sekali laki n anak-anak. Abang misai tak percaya bini dia ni pi sorang-sorang kot. Hohoho!

Ada kerja sikit. Tapi kalau aku tak pi pun aku rasa aku dapat faham kalau tengok slide je. Dah la start pukul 3. Mak tension oke pi tapi macam vudus dengan line internet macam musibat.

Balik dari putrajaya lepak rumah adik aku kat shah alam. Abang misai tak menyabor pulak nak balik jugak hari sabtu padahal sebelum tu kata nak balik ahad. Baru plan nak bawak bebudak pi icity.

So, balik la aku dengan sedikit rasa tak puas hati.

Ahad pulak dok mendobi. Petang abang misai ajak pi opis dia amik uniform. Gatai pi tinggal semua kat opis lepas tu menggagau bila isnin kena pi taklimat tempat lain sebab takde baju.

Bawak la amir si budak mulut murai dengan hana si kuat ngempeng. Hahaha! Serius amir sangat kuat bercakap ye. Agaknya pasal ummi suka sangat makan vontot ayam masa mengandungkan dia kot.

Semalam pulak aku amik cuti. Bawak hana ke klinik. Kena cucuk 6 bulan. Dapat pulak berita pakcik abang misai meninggal. So, petang semalam pi menziarah. Jenazah kebumi lepas asar.

Tu je la aku buat time cuti. Mengantuk tak hilang lagi. Sat lagi aku up entry lain.

Al-fatihah untuk arwah Halim bin Ibrahim, pak lang abang misai. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.

Posted via MyAndroid

Wednesday, February 15, 2012

Amir Dah Pandai Merajuk

Assalamualaikum

Semalam valentine ek. Aku tak teringat pun. Terbaca kat forum aku dok selalu melepak. Baru la perasan semalam valentine. Tak sambut so tak ingat la. Hehehehe...

Pagi tadi nak pi keja Amir dok menangis-nangis nak ikut ummi. Dah 2 hari abah dia hantar pi rumah Toksu. Hari ni pun abah hantar pasal laki aku malas nak alih carseat kat kereta aku. Jenuh la pujuk nak bagi dia ikut abah. Bila abah dia kata petang ni nak bawak pi jalan-jalan baru dia ok.

Aku dok punggah bekas tupperware nak bawak bekal pagi tadi dia pun nak 1. Bagi la 1 bubuhkan nasi goreng mak mertua aku masak.

Amir dah pandai merajuk juga. Malam semalam la. Tetiba masuk bilik, naik atas katil, peluk bantal golek. Selalu kalau gelap takut nak masuk bilik. Bila dah merajuk hilang semua takut. Hahahaha!

Merajuk dengan abah dia rupanya. Dia kata abah marah sebab naik basikal. Aku nak pujuk dengan aku kena ketuk. Adoi laaaa.... Merajuk-merajuk pun dengan adik dia ok. Hana lak pi usik abang dia. Dok panjat sana sini. Heeee.... Seriau ummi dia tengok. Tak padan kecik dah nak memanjat.

Hari ni dapat balik awal sikit kot. Lega la. Dah 2 hari aku kelam kabut. Sampai sakit-sakit pinggang macam apa.

Jumaat ni maybe pi Putrajaya dengan Abang Misai n anak-anak. Hehehe... Aku cakap nak pi dia kata nak ikut. Aku ok aje. Asal buleh claim. Aku tak ada masalah. Hahaha!

Ok la. Aku nak minum air pelawas aku n mengepam. Hasil pengepaman dah merudum sebab tak konsisten mengepam. Dah bz semedang la katakan. Kesian Hana. Nyot nyot nenen lepas tu mengamuk tak puas.

Chow Sin Chiiiiiii............

Tuesday, February 14, 2012

Entry Merepek Kerepek

Assalamualaikum

Yeee... Kemalasan melanda untuk update blog. Penat sangat kot. Semalam pun balik opis lewat. Pukul 7 baru dapat keluar opis. Maklum la, semalam jadi AJK bilik meeting. Kena make sure bilik adelah tip top. Lepas tu kena jaga slide pulak. Sangat la bz sampai nak berak pun takde masa.

Hari ni tak bz sangat. Still kena jaga bilik meeting sebab hari ni ada meeting lagi just tak la aku melangut jaga slide. Dok aje kat bilik sendiri tunggu bos panggil kalau nak apa-apa.

Semalam sehari suntuk duduk tak bangun-bangun rasa nak patah pinggang. Dah la pakai kasut tutup. Aku benci kasut tutup. Sebab rasa macam kaki aku tak bernafas. Macam kaki ada hidung pulak ek. Hahaha!

Hope meeting hari ni abes awal. Buleh kemas awal. N buleh balik awal. Jumaat ni pulak aku kena pi HQ. Ada taklimat untuk pegawai latihan. Motif sangat kan. Sehari je pulak tu. Petang. Confirm sangat la aku pi balik hari je. Diorang suruh aku naik flight tapi aku macam tak suka sangat la nak naik flight ni.

Oh, hari Ahad lepas Amir telah membuat sesuatu yang telah menyebabkan kami di dalam rumah terkesima ye.

Aku ada belikan dia patung angry bird yang jenis lekat kat cermin kereta tu. Dia amik patung tu n baling. Kena kipas. Melantun ke jam dinding. Dan..... Prang!!!!!! Jam dinding yang disangkut dek abah dia jatuh n pecah. Nasib baik sangat la tak kena dia balik kaca-kaca yang pecah tu. Aku dengan Hana pun nyaris la tak kena serpih-serpih tu.

Dia pulak boleh gelak ye kena marah dengan abah dia. Adoi la Amir Ridhwan.

Tak tau la nak cakap perangai lasak dia tu. Jenuh marah dah. Cakap lembut pun tak jalan. Lagi seronok dia buat ade la.

Sabar je la ummi Amir ni.

Tu kakak ipar aku kata. Amir pandai sungguh main angry bird. Orang lain lastik babi dia pi lastik jam dinding. Tepat pulak tu mengena.

Cakap pasal babi pagi tadi aku terfollow belakang lori babi. Hampehhhhh..... Dah la aku tak bukak aircond pagi-pagi. Bukak cermin je. Mencungap aku naikkan cermin kereta n pasang aircond. Nasib la tak sempat lagi nak menghirup udara busuk si babi itew.

Eh, apa cerita pasal babi pulak ni. Huhu...

Ok la. Banyak benda nak update tapi kepala otak aku sekarang RAM dia dah sangat kritikal. Banyak virus kot. Pelupa yang amat. Kot aku rajin aku update la.

Papai~~

Monday, February 13, 2012

Bz ok


Assalamualaikum

Aku ada meeting hari ni. Kena jadi penjaga slide.

Nak berak pun tak sempat ni. Ini adalah kisah benar.

Petang ni sambung lagi. Penat ni.

Posted via MyAndroid

Friday, February 10, 2012

Kebizian Melanda

Assalamualaikum

Aku adelah busy. So, up entry lambat. Ni pun sebab rehat lama. Tapi time rehat pun buat keja jugak. Sob.. Sob... Sangat lah pekerja cemerlang khen.....

Oh, busy the bee sebab KP nak datang opis. Opis kitorang kena handle 2 meeting berpusat. Maknanya cawangan dari negeri lain pun akan datang bermeeting bersama. Sangat la bagus di awal tahun mendapat giliran pertama untuk organise meeting beramai-ramai.

Ni pun petang sat lagi ada meeting pulak. Aku chairwoman nye. Kihkihkih... Disebabkan tak ada isu pun aku rasa meeting akan abes dalam masa tak sampai 10 minit. Muahahaha!

Lepas tu boleh la aku konsentret sebagai AJK Bilik Mesyuarat iaitu memastikan bilik adelah kemas, cantik, memancar, berkilau time KP datang nanti.

Dah, aku nak create borang pulak. Dah lama asek lupa nak buat. Boleh tunjuk terus dalam meeting sat lagi.

Dada~~

Thursday, February 9, 2012

Budak Yang Menggeramkan



Suka bangun malam ajak ummi main.

Geram rasa nak cubit.

Posted via MyAndroid

Mari Bermain Di Pagi Hari....

Assalamualaikum

Aku jadi kung fu panda lagi hari ni. Mata dah hitam dah. Gara-gara si Hana la. Siapa lagi. Pukul 2 pagi bangun main-main. Pengsan aku. Trick sapu bedak tak jalan dah. Huhuhu...

Jadi melayan la aku dia dok panjat sana sini. Dia panjat badan aku nak naik atas baby cot. Ntah apa dia cari atas tu. Baju berlonggok tak berlipat ada la.

Kejap tu karang dia tarik telinga Abang Amir dia. Amir pulak macam mamai-mamai bangun tengok adik, pegang lepas tu tido balik. Amir sayang adik ye. Tapi sakit hati kalau adik dia dah tido dia saje dengki pi nyanyi kuat-kuat sampai adik terjaga. Aku la lepas tu jadi Tarzan pulak marah dia.

Aku melayan Hana sampai 4 lebih. Bagi susu botol dia minum. Mata dah lali-lali. Ummi dah suka hati. Sekali, mata dia jadi bulat. Terbuntang luas. Sambung main balik pulak dah. Macam kereta baru lepas isi minyak pulak budak ni.

Tak lama time nak dekat tido tu dia mengamuk. Melalak pulak. Adoi laaaaa..... Abah dia syok la tido. Tapi aku kacau jugak pagi tadi tengok kan kejap budak bertuah tu sebab nak bancuh susu. Itu pun kejap je la. Abah cukup tido, ummi ko menguap-nguap bawak keta.

Malam tadi panas. Amir pun aku tengok tido dok terpusing-pusing. Aku bukak baju dia baru la tido dengan aman. Aku sendiri berlengas ketiak. Tu yang budak Hana jadi aktif semacam kot. Time sejuk elok je dia tido sampai pagi.

Confirm sangat tengahari ni aku tido. Mengantuk sampai sakit kepala dah ni. Huhuhu...

Wednesday, February 8, 2012

Hana Memang Suka Bermain Di Waktu Pagi

Assalamualaikum

Aku adelah lenguh 1 badan. Sepanjang 4 hari cuti, 3 hari adelah dihabiskan dengan mengendong budak Hana. Serius dia adelah melekat dengan aku. Pantang letak menangis macam kena dera.

Aku rasa muscle aku pun dah macam Malek Nor. Berketak-ketak. Hahaha!

Dan aku juga mengantuk. Sebab Hana bangun pukul 3 pagi main-main sampai 4.50 baru tido balik. Sempat la aku jerang air segala. Malam tadi panas yang amat. Tu yang dia tak nak tido kot. Jenuh la aku buat macam-macam. Bagi susu botol pun tak mau. Time dah surrender aku saje la tepek bedak yang botol dia dok bersepah dalam baby cot. Terussss dia tido.

Laaa.... Nak wangi-wangi rupanya. Maybe sebab omak eh busuk bau peluh. Muahahaha! Serius malam tadi sangat panas berbahang.

Dah la hari ni aku tertinggal hp kat rumah. Pagi tadi aku dah kemas taruk dalam beg strawberi aku. Beg strawberi??? Haha! Beg kenit beli kat cameron. Dengan beg strawberi tu tertinggal. Laki aku la. Campak pi mana tah. Tension btui aku.

Ok la. Aku nak pi taklimat sat.

Dah la lapar tak breakfast lagi.

Sob... Sob...

Monday, February 6, 2012

Ntah la


Macam semua yang aku buat salah. Dia je yang betul.

Bodoh sombong!

Posted via MyAndroid

Thursday, February 2, 2012

Aku Penat. Saje Up Entry Kasi Release Tension.

Assalamualaikum

Aku adelah penat. Baru pukul 11 dah mengadu penat. Teruk betul kan. Penat bijik mata ni haaaa.... Mengadap pc buat backdrop meeting. Lepas tu siapkan report segala. Ni ada lagi yang bersusun dok menunggu.

Kat rumah pulak bilik dah macam tongkang pecah. Baju dah basuh aku campak je kat baby cot. Si Hana mana tido situ. Nak tido celah ketiak aku je. Semalam dia tido nak bergayut kat tetek. Aku terbangun tengah malam nak kencing dia pun bangun jugak. Tak pasal-pasal aku bawak dia ke toilet sekali.

Nak biar atas katil jangan la harap. Dia dah laju combat sana sini. Gaya nak merangkak angkat-angkat pungkoq pun dah ada. Sekali aku tinggal tergolek ke bawah ada la kot. Heeee... Bawak je la. Abah dia tido tak sedar diri. Malas aku nak kejut. Sat lagi dia mamai angguk je tapi bukan perati pun budak tu buat apa.

Pening memikior rumah yang bersepah. Dengan keja kat opis yang berlonggok. Balik keja aku memang confirm pengsan. Tak koser dah nak melipat baju segala. Hujung minggu baru aku buat.

Jangan la kata 'dah banyak keja boleh pulak nak berblogging?'

Blog ni taip tak sampai pun 10 minit. Bagi la can kat aku nak release tension. Ni je la tempat melepas tekanan aku. Nak shopping aku bukan kaki shopping. Beli barang pun serupa orang tua je. Huhuhu....

Hari tu ada ceramah nilai murni. Ustaz yang bagi ceramah tu kata orang melayu ni sebenarnya terikat dengan adat. Keja rumah perempuan kena setel. Ustaz tu kata tugas orang perempuan ni jaga anak n jaga tempat tido saje. Tempat tido tu faham-faham la sendiri. Malas aku nak sexplain. Hahaha!

Jadi adelah haram bagi lelaki suruh orang perempuan buat kerja rumah. Hatta menanak nasi. Jangan suka-suka bagi arahan. Isteri buat kerja rumah atas dasar menolong suami. Bukan jadi kuli.

Aku dengar dah berbunga hati. Tapi laki aku pulak takde dengar sekali ceramah ni. Kalau ada kan bagus. Kasi brainwash kepala otak dia yang agak kuno tu. Kekadang rasa nak je seligi.

Ok, banyak dah aku bebel. Sambung buat keja balik.

Wednesday, February 1, 2012

Kegayatan Melampau

Pukul 12.45 tadi aku pi beli makan. Bawak bekas sendiri. Go green. Muahaha! Padahal berkira nak tambah 30 sen kalau guna bekas pakai buang kat cafe tu.

Dah abes beli makan melenggang kangkung la aku pi dekat lif. Ate opis tingkat 6, cafe tingkat 3, harus la naik lif.

Maybe hari ni aku patut bersenam maka butang lif terus tak function. Nak ke bawah tak boleh. Ke atas lagi la jangan harap. Padahal lif ada 6. Aku pun gigih la naik tangga pi tingkat 4. Konon yang tak function tu tingkat 3 saje.

Tapi adekah tingkat 4 pun tak boleh jugak. Huwaaaaa!!!

Menapak la aku naik ke tingkat 6 dengan tangga. Tapi yang sadisnya aku adelah gayat yang melampau. Tak tau la semenjak bila makin teruk rasa gayat aku ni. Naik tangga tu aku rasa macam nak terbalik ke belakang je. Lepas tu tak boleh tengok bawah. Macam berpusing je kepala ni.

Dah sampai anak tangga last kat setiap tingkat mesti aku rasa pening n nak terjatuh. Serius la kronik.

Apekah gayat ni 1 penyakit?

Super Duper Bz

Assalamualaikum

Hari ni adelah bz gila! Rasa macam sekejap je 'eh, nak dekat pukul 10'.

Banyak benda nak setel. Checklist bilik mesyuarat pun tak siap lagi. Rasa macam nak lambung je kertas-kertas atas meja ni.

Tapi sempat pulak up entry. Muahahahaha!

Hilangkan tension oke.

Ok la. Sambung keja balik. Ni namanya entry tekanan.

Bai~~