Assalamualaikum
Semalam valentine ek. Aku tak teringat pun. Terbaca kat forum aku dok selalu melepak. Baru la perasan semalam valentine. Tak sambut so tak ingat la. Hehehehe...
Pagi tadi nak pi keja Amir dok menangis-nangis nak ikut ummi. Dah 2 hari abah dia hantar pi rumah Toksu. Hari ni pun abah hantar pasal laki aku malas nak alih carseat kat kereta aku. Jenuh la pujuk nak bagi dia ikut abah. Bila abah dia kata petang ni nak bawak pi jalan-jalan baru dia ok.
Aku dok punggah bekas tupperware nak bawak bekal pagi tadi dia pun nak 1. Bagi la 1 bubuhkan nasi goreng mak mertua aku masak.
Amir dah pandai merajuk juga. Malam semalam la. Tetiba masuk bilik, naik atas katil, peluk bantal golek. Selalu kalau gelap takut nak masuk bilik. Bila dah merajuk hilang semua takut. Hahahaha!
Merajuk dengan abah dia rupanya. Dia kata abah marah sebab naik basikal. Aku nak pujuk dengan aku kena ketuk. Adoi laaaa.... Merajuk-merajuk pun dengan adik dia ok. Hana lak pi usik abang dia. Dok panjat sana sini. Heeee.... Seriau ummi dia tengok. Tak padan kecik dah nak memanjat.
Hari ni dapat balik awal sikit kot. Lega la. Dah 2 hari aku kelam kabut. Sampai sakit-sakit pinggang macam apa.
Jumaat ni maybe pi Putrajaya dengan Abang Misai n anak-anak. Hehehe... Aku cakap nak pi dia kata nak ikut. Aku ok aje. Asal buleh claim. Aku tak ada masalah. Hahaha!
Ok la. Aku nak minum air pelawas aku n mengepam. Hasil pengepaman dah merudum sebab tak konsisten mengepam. Dah bz semedang la katakan. Kesian Hana. Nyot nyot nenen lepas tu mengamuk tak puas.
Chow Sin Chiiiiiii............
No comments:
Post a Comment