SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, February 21, 2012

Cuti tapi bz


Assalamualaikum

Macam lama kot aku tak update entry. Cuti pun aku busy gak. Jumaat lepas berkejaran ke putrajaya. Angkut sekali laki n anak-anak. Abang misai tak percaya bini dia ni pi sorang-sorang kot. Hohoho!

Ada kerja sikit. Tapi kalau aku tak pi pun aku rasa aku dapat faham kalau tengok slide je. Dah la start pukul 3. Mak tension oke pi tapi macam vudus dengan line internet macam musibat.

Balik dari putrajaya lepak rumah adik aku kat shah alam. Abang misai tak menyabor pulak nak balik jugak hari sabtu padahal sebelum tu kata nak balik ahad. Baru plan nak bawak bebudak pi icity.

So, balik la aku dengan sedikit rasa tak puas hati.

Ahad pulak dok mendobi. Petang abang misai ajak pi opis dia amik uniform. Gatai pi tinggal semua kat opis lepas tu menggagau bila isnin kena pi taklimat tempat lain sebab takde baju.

Bawak la amir si budak mulut murai dengan hana si kuat ngempeng. Hahaha! Serius amir sangat kuat bercakap ye. Agaknya pasal ummi suka sangat makan vontot ayam masa mengandungkan dia kot.

Semalam pulak aku amik cuti. Bawak hana ke klinik. Kena cucuk 6 bulan. Dapat pulak berita pakcik abang misai meninggal. So, petang semalam pi menziarah. Jenazah kebumi lepas asar.

Tu je la aku buat time cuti. Mengantuk tak hilang lagi. Sat lagi aku up entry lain.

Al-fatihah untuk arwah Halim bin Ibrahim, pak lang abang misai. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.

Posted via MyAndroid

No comments: