SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, February 14, 2012

Entry Merepek Kerepek

Assalamualaikum

Yeee... Kemalasan melanda untuk update blog. Penat sangat kot. Semalam pun balik opis lewat. Pukul 7 baru dapat keluar opis. Maklum la, semalam jadi AJK bilik meeting. Kena make sure bilik adelah tip top. Lepas tu kena jaga slide pulak. Sangat la bz sampai nak berak pun takde masa.

Hari ni tak bz sangat. Still kena jaga bilik meeting sebab hari ni ada meeting lagi just tak la aku melangut jaga slide. Dok aje kat bilik sendiri tunggu bos panggil kalau nak apa-apa.

Semalam sehari suntuk duduk tak bangun-bangun rasa nak patah pinggang. Dah la pakai kasut tutup. Aku benci kasut tutup. Sebab rasa macam kaki aku tak bernafas. Macam kaki ada hidung pulak ek. Hahaha!

Hope meeting hari ni abes awal. Buleh kemas awal. N buleh balik awal. Jumaat ni pulak aku kena pi HQ. Ada taklimat untuk pegawai latihan. Motif sangat kan. Sehari je pulak tu. Petang. Confirm sangat la aku pi balik hari je. Diorang suruh aku naik flight tapi aku macam tak suka sangat la nak naik flight ni.

Oh, hari Ahad lepas Amir telah membuat sesuatu yang telah menyebabkan kami di dalam rumah terkesima ye.

Aku ada belikan dia patung angry bird yang jenis lekat kat cermin kereta tu. Dia amik patung tu n baling. Kena kipas. Melantun ke jam dinding. Dan..... Prang!!!!!! Jam dinding yang disangkut dek abah dia jatuh n pecah. Nasib baik sangat la tak kena dia balik kaca-kaca yang pecah tu. Aku dengan Hana pun nyaris la tak kena serpih-serpih tu.

Dia pulak boleh gelak ye kena marah dengan abah dia. Adoi la Amir Ridhwan.

Tak tau la nak cakap perangai lasak dia tu. Jenuh marah dah. Cakap lembut pun tak jalan. Lagi seronok dia buat ade la.

Sabar je la ummi Amir ni.

Tu kakak ipar aku kata. Amir pandai sungguh main angry bird. Orang lain lastik babi dia pi lastik jam dinding. Tepat pulak tu mengena.

Cakap pasal babi pagi tadi aku terfollow belakang lori babi. Hampehhhhh..... Dah la aku tak bukak aircond pagi-pagi. Bukak cermin je. Mencungap aku naikkan cermin kereta n pasang aircond. Nasib la tak sempat lagi nak menghirup udara busuk si babi itew.

Eh, apa cerita pasal babi pulak ni. Huhu...

Ok la. Banyak benda nak update tapi kepala otak aku sekarang RAM dia dah sangat kritikal. Banyak virus kot. Pelupa yang amat. Kot aku rajin aku update la.

Papai~~

No comments: