SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, December 22, 2011

Pagi Ni Nampak Van Dalam Longkang

Assalamualaikum

Penang hujan pagi ni. Tak la hujan lebat. Renyai-renyai je. Aku dah 2 hari tido peluk anak-anak je. Laki aku dah 2 malam tak balik. Pi keja. Ada kes kata dia. Pi keja takpe. Hang pi ke lain siap la. Sila tengok almari bahagian aku dan anak-anak kosong.

Sebab hujan maka keadaan gelap ye. Selalu kalau aku keluar tu dah cerah la jugak. Ni memang gelap macam malam.

Aku adelah tak suka drive dalam gelap. Bukan tak pasang lampu keta. Of course la wajib pasang lampu kan. Tapi aku tak suka. Sebab silau. Aku ni rabun silau buleh tahan la. Ada buat spek tapi aku pakai kejap je. Ntah ke mana hala aku campak spek aku tu.

Bila air hujan tu melekat kat cermin keta n ada keta dari depan suluh keta aku memang la silau macam hape lagi. Sakit bijik mata aku. Takkan nak drive tutup mata pulak.

Eh, pagi tadi aku nampak ada van kilang landing baik punya dalam longkang. Kat susur masuk ke tol jambatan. Ada sesiapa yang hala ke belah Pulau macam aku ni nampak? Adekah driver tu mengantuk sampai buleh melanding dalam longkang tu. Atau pun drive macam pelesit?

Sepanjang-panjang pengalaman aku keja kilang masa zaman anak dara pingitan dulu. Naik van kilang memang scary yer. Sebab driver tu drive macam kan dia bawak kat Litar Sepang. Laju gila!

Diorang ni kan kejar nak amik n antar orang. So, paham-paham sendiri la. Seriau je kalau kat selekoh tu dia buleh relax bawak lelaju. Macam yang dia bawak sekali dalam van adelah anak patung.

Jadi aku tak heran la kalau dia melanding dalam longkang kerana drive seperti dikejar hantu. Tapi elok terletak je van tu aku tengok.

Kalau ngantuk macam orang bawak van atas jambatan semalam. Dah la slow nak mampos. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Hoih... Nak mati sila la mati sorang-sorang. Jangan babitkan orang lain. Dah la masa tu banyak keta atas jambatan. Aku nak potong dia punya la seksa sebab lane kanan keta sume laju. Last-last tawakal bagi signal terus berdesup ke kanan.

Tapi dia ngantuk ke mabuk sebenarnya? Musykil gak aku.

Eh, berblogging macam takde keja. Hari ni meeting pagi petang ye.

Ok, papai~~

1 comment:

ejaMaria said...

kerj-kerja juga... blogging tetap blogging... ;p