SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, October 31, 2011

Aku Yang Merepek Ke Dia Yang Tak Faham?

Hanginnnnn 1 badan.

Pam aku tak sampai lagi ke rumah. Itu aku sabar la lagi kan. Aku try call kurier company yang hantar tu. Since orang yang jual dah bagi tracking number.

Yang jawab adelah pompuan chinese. Aku bukan nak racist ke hape ni. Cuma memberitahu. Aku call pun dah pukul 2. After lunch hour kot. Tak kacau orang lunch pun.

Bila dia jawab aku pun cakap la,

'Saya nak tanya. Saya ada beli barang online. N barang tu dia ada bagi tracking number. Saya nak tau kenapa tak sampai lagi barang tu kat rumah saya.'

'U ada no dia ka?' Dengan pelat cina dia.

'Ada.' N aku pun bagi la tracking no tu.

'U ada mana?'

'Sekarang saya kat ofis la. Ofis dekat belah Pulau ni.'

Lepas tu dia macam tak faham apa aku cakap. Betul la jawapan aku tu. Dah tanya aku kat mana. Lepas tu dia macam dah tak faham aku cakap apa dia pas dekat kawan dia melayu. N dengan tak reti nak tutup gagang dia boleh sound kat kawan dia tu,

'Entah. Itu customer melayu. Merepek-repek apa tah.'

Eeewaaahhhhhh.... Macam cipan kan. Kuat pulak tu. Memang merah la telinga aku ni. Dia kata aku merepek??? Eh, ko tanya tak sampai 2-3 patah lepas tu ko kata aku merepek. Tanya tu bagi jelas boleh tak? Kalau ko tanya address aku bagi untuk penghantaran tu aku boleh jawab. Ni ko tanya aku ada kat mana sekarang.

Aku ni memang pantang sungguh la kurang sopan macam tu. Dia yang tak faham pi mengata aku pulak. Dah la aku ni customer. Aku terajang ko karang haaaa....

Then, bila kawan dia yang melayu tu jawab tak pepasal je budak tu aku sound,

'Cakap dengan kawan awak tu apa benda yang saya merepek?? Boleh ke cakap customer macam tu?'

Budak tu gelak-gelak je nak coverina salah kawan dia. Tapi aku memang hot lagi la. Yang ni dia layan aku tanya address yang aku bagi. Baru la betul. Tanya nama semua. yang tadi tu macam gampang.

Bila dia dah cakap nak contact aku balik tu terus aku sound lagi tanya nama kawan dia. Pandai pulak tak nak bagi. Takut aku komplen ke? Aku sound lagi sekali,

'Lain kali tolong jangan cakap customer merepek ok. Saya jawab dah betul dah. Kalau nak cakap macam tu tolong tutup gagang awak.'

'Sorry cik.'

Hmmm... Tak memasal je orang lain kena sound kan. Aku tengah jiwa kacau ni. 10hb bos suruh aku pi HQ pulak. Nak tinggal budak kecik tu macam mana. Dah la tak pernah berenggang dengan aku. Isk.. Isk....

Nak Demamkah?

Assalamualaikum

Hari ni rasa tak sedap badan. Seram sejuk je. Dari semalam lagi dah rasa cenggini. Macam nak demam. Nak selsema. Kepala pun sakit.

Aku rasa mesti menjangkit dari budak bilik aku ni. Minggu lepas aku tengok dia srot sret bukan main. Time meeting pulak dok sebelah aku. Elok sangat la tu kan.

Dah la Jumaat lepas tu Amir demam. Siang badan dia dedar-dedar je. Tapi aktif macam biasa. Malam time nak tido tu panas. Tapi dia tak merengek apa pun. Just bubuh towel lembap kat dahi n dia tido macam biasa. Bagitau Abang Misai malam tu pukul 12 tetiba je call kata suruh bukak pintu.

Amboi... Kalau anak sakit laju je dia balik. Cer kalau aku bagitau aku demam. Aku nak tengok dia balik ke tak. Amir tu aku rasa demam rindu kat abah dia. Elok je abah dia balik siang tu terus sihat, badan terus tak panas. Hmmmm.... Anak abah betul.

Dah la kejap lagi ada meeting. Malas betul nak masuk. Huwaaaa!!!

Friday, October 28, 2011

Pam Idaman Bakal Sampai :)

Assalamualaikum

Semalam adelah pemalas nak update. So, baca blog orang lain di samping buat keja. Pagi tadi ada meeting. Tu yang semalam tunggang terbalik aku buat slide. Tetiba pulak staf aku cakap diorang nak suruh present report dari bulan 1 sampai 9. Patutnya pagi tadi ada 2 meeting la. 1 meeting pengurusan, 1 lagi teknikal. Meeting teknikal yang kena present tu.

Tapi meeting teknikal bos delay. Isnin depan pulak. Sebab staf ramai yang bz nak family day esok. Nak balut hadiah segala. Aku tak pi la family day tu. Sob... Sob... Dah la start awal. Kat mana hala buat pun aku tak tau nak pi. Dengan aku sorang nak membawak 2 orang anak bertuah. Tak terlarat dek non.

Oh, aku sudah berjaya mengorder pam idaman. Nguahahahaha! Jumpa Abang Misai tadi dia tanya jadi ke beli pam. Ofkos jadi. Dah order n bayar pun. Tunggu sampai depan pintu rumah saje. Huahuahaua!

Esok sampai kot kat rumah akak aku. Ngehehehehehe... Tak sabor. Abang Misai tadi selamba je cakap,

'Setakat susu berapa titis tu nak beli pam mahal-mahal.'

Ehhhh... Suka hati ai la. Duit ai okeh. Untuk anak dia jugak. Si Hana tu dah la peminat setia susu ummi.

Abang Misai tu ada operasi lagi sebenarnya. Mana dia balik rumah. Kalau free je dia jumpa aku kat opis. Nasib la opis dekat. Di samping memberi baju kotor untuk dibasuh. Harggggghhhh!!!!

Bila awak nak balik ni bang? Anak-anak dah rindu ni. Padahal bini dia yang rindu lebih. Muekekekeke...

Tuesday, October 25, 2011

Udah Dapat Green Lite

Pagi tadi breakfast merangkap lunch dengan Abang Misai. Heheheh...

Laki aku tu datang nak amik baju dia. Kelmarin dia pesan. Semalam tak dapat nak amik sebab aku pi keja luar. So, datang amik hari ni di samping bagi aku baju kotor untuk dibasuh. Sabo je la.

Makan dekat cafe bangunan opis ni je. Feeling-feeling berdating pulak kan makan berdua je. Nasib tak bersuap-suap gitu. Hahahaha!

Terus aku tanya soalan,

'Nak beli pam buleh tak?'

Muka kerut-kerut.

'Pam apa?'

'Pam tetek. Hehehehe...'

'Kan dah ada. Nak beli macam mana pulak lagi.'

'Yang ni buleh pam dedua terus.' Sambil sengih-sengih.

'Macam perah susu lembu pulak.'

Kurang asem sungguh. Huhuhu... Kalau pasal bf ni toksah la ko tanya laki aku. Dia memang buat tak reti je.

'Beli la kalau suka.'

Terus tersengih sampai nampak gigi. Dah dapat green lite. Rasa macam nak beli spectra 3 kot. Sebab aku google tak ramai la pulak guna spectra dew tu.

Aku nak mencuci mata tengok pakej menarik. Heheheehehe....

Sila La Bersabar Menempuh Jammed Di Penang Ni

Assalamualaikum

Awal gila aku sampai opis hari ni. Either aku yang awal or orang lain yang lambat. Ahahahaha! Bengong sekejap.

Aku keluar macam biasa je. Tapi jalan agak lengang. Ramai dah cuti sambut Deepavali kot. Biasa la kat Malaysia ni, raya orang lain pun kita cuti jugak. Kalau time aku dok Shah Alam dulu confirm aku orang pertama apply cuti dari start Deepavali sampai hari Ahad. Macam kan aku yang nak sambut Deepavali tu. Warna kulit dah iras-iras dah. Huhuhu...

Jalan lengang di Penang adelah sorga ye kawan-kawan. Kalau tak asal time balik keja je mula la mulut aku ni menipiskan pahala yang dah memang tak banyak tu. Asekkkk la nak memaki sorang-sorang.

Balik keja semalam aku kagum. Tak jammed. Siap boleh singgah pi sana sini. Kalau tak jangan harap la. Keluar opis sharp pukul 5, confirm ko sampai rumah pukul 7. Lagi parah pukul 8. Macam nak pi Ipoh dah. Ke atas lagi dari Ipoh?

Mana tak aku memaki. Kita ni dah la penat. Bawak keta manual. Gear paling tinggi aku boleh bawak gear 3 la kalau time jammed tu. Lepas tu ramai la insan-insan yang sangat la 'bijak' potong q ko yang dah lama berbaris nak masuk jalan. Suka suki mak pak dia je selit masuk ikut lane kecemasan. Lagi 1 kalau kita dah masuk jalan tu yang bercabang 2, ntah dari mana ko datang terus masuk ikut kanan n himpit-himpit macam kan aku yang potong q ko.

Kalau keta ko kancil aku heran apa ko nak menyelit. Ni bawak sebagak-bagak keta. Keta mahal-mahal. Sah-sah la ko bawak auto. Tak reti nak sabar kot. Ke dah nak terberak sangat? Lain kali buat la jamban dalam keta tu. Apa guna bawak keta mahal. Kasi modified la.

Heh, pagi-pagi dah meluahkan perasaan. But for sure, sesiapa yang nak dok Penang ni kuatkan la iman anda untuk mengadap jammed yang maha dahsat ni. Hari Jumaat je dari opis sampai lepas jambatan la dia punya jammed. Cramp kaki aku.

Kesian kat bebudak tu la nunggu omak eh lambat bonar nak ngambik. Terbayang aku Amir dok depan pintu gril rumah Toksu dia sambil tengok keluar. Jengah-jengah mana la ummi tak sampai-sampai lagi. Semalam aku amik dia awal siap menari-nari depan pintu. Hikhikhik... So cute. Tapi balik jadi tarzan la ummi eh.

Ok la, sebenarnya banyak lagi nak taip. Banyak pulak benda dalam kepala otak ni mencurah-curah nak keluar. Tapi dan-dan tu terlupa. Al-maklum la lepas beranak ni. Ai jadi sangat pelupa.

Nanti la, kot dah ingat aku taip balik. Ni pun dah panjang berjela. Macam la ada orang nak baca kan. Konon cecita masa kecik nak jadi penulis novel. Muakakakakkakakakaka! Panjang gelak aku.

Dah, entry ni takde penutup. Papai!

Monday, October 24, 2011

Entry Jijiks Sikit Pagi Ni

Assalamualaikum

Monday morning semua. Hari ni tak berapa blues kot. Hahaha! Sebab pikir hari Rabu ni nak cuti. Pagi tadi pun jalan tak jammed. Maybe sebab ramai yang sambung cuti sampai hari Rabu.

Tapi tak blues pun agak tunggang terbalik la aku pagi tadi. Sakit perut. N semenjak 2 menjak lepas beranak ni aku mengalami masalah nak berak. Huhuhu...

Jijiks sungguh entry di pagi hari kerana berbicara soal berak. Pada yang rasa dia penggeli jangan la baca.

Serius aku susah gila nak berak sekarang. Macam mengalami problem time nak meneran. Aku rasa aku trauma la pasal teran baby hari tu. Terus effect kat salur usus ni haaa. Kalau dok dalam jamban lama-lama tu mak mertua aku dah confirm tau tu aku. Kadang-kadang dekat setengah jam aku berkampung dalam jamban tu je.

Merana okeh. Bila ko rasa nak berak tapi tak boleh berak. Tak nak keluar apa pun. Tapi perut memulas gila. Pagi tadi macam tu la. Dengan usaha gigih aku berjaya memendekkan masa dalam jamban kepada 15 minit. Masuk 6.05 keluar 6.20. Lepas tu kelam kabut siapkan anak-anak.

Dengan Amir tido lagi tak nak bangun. Semalam aku nak tido lama sikit dia sibuk pulak bangun awal kacau adik dia. Hana pun tak bangun. Nasib la baju semua dah bergosok, barang pun dah ada dalam beg. Tinggal nak bubuh ice pack je dalam cooler bag semua.

Campak-campak semua barang dalam kereta. Start enjin. Elok aku nak pi hangkut bebudak tu Amir dah jalan keluar dari rumah. Pandai pulak tu dengar bunyi kereta terus bangun. Hana pun tak meragam. Terus 6.40 berdesup ke rumah Toksu.

Itu la rutin aku sekarang. Hari minggu jangan cerita la. Dengan aku sorang menguruskan anak-anak bertuah tu. Laki aku tak balik lagi. Ada la balik kejap-kejap tunjuk batang hidung. Jadi tarzan aku hari Sabtu tu tau. Hari Ahad bawak dia pi rumah kakak aku dok senyap-senyap main dengan sepupu dia. Sangat penat.

Tu baru anak dua. Dah separuh sewel. Huhuhu... Macam mana mau tambah lagi? ;p

Friday, October 21, 2011

Breast Pump Mana Yang Molek?

Mengantuk... Rasa nak tido. Tapi sebab tetiba isnin ni ada meeting tetiba la jadi banyak keja.

Hari ni baru start pam susu pukul 9. Sebelum ni pam pukul 12 n 3 je. Pasal apa aku pam padahal dah campur susu formula? Pasal itu budak Hana tak suka susu formula kecuali dia dah terlampau lapar. Kalau sua jugak dia akan buat-buat termuntah ye.

Setakat ni susu yang dah pam tu memang abes la Hana minum. Toksu kata Hana dapat susu badan abes dia minum. Bagi FM minum sikit je.

Ini telah menyebabkan aku rasa nak beli pam baru yang lagi best Ooo Ooo Ooo. Yang boleh pam dua-dua belah tetek sekaligus.

Dah survey-survey. Tapi rambang mata la pulak tak tau nak beli yang mana. Berkenan dengan Medela Free Style. Tapi harga buleh pitam mak taw! So, range yang mampu Spectra la.

Tapi Spectra pun banyak model jugak. Dah sudah... Mana 1 yang best n bagus ek?

Maka berkubur la harapanku terhadap Beri Hitam. Sob... Sob.. Sob... Anak didahulukan, pam susu diutamakan. Huhuhu...

Siapa-siapa yang ada pengalaman pam susu ni boleh suggest tak pam Spectra mana yang bagus. Spectra 3 ke Spectra Dew?

Sekian dari orang yang banyak keja tapi still ada masa nak berblogging. ;p

Tak Nak Jadi Chairman Buleh Tak?

Isnin ada meeting. N baru hari ni la staf aku bagitau. N aku kena chair. Why??? Why??? Why????

Hahahaha! Tak suke tau meeting-meeting ni. Lagi-lagi nak kena jadi chairman. Dah la baru hari ni bagitau. Baru hari ni panggil orang. Nak terkencet aku nak study balik benda-benda report ni lepas cuti 3 bulan.

Jenuh mengira la aku jap lagi ni.

Lapar pulak tu. 11 lebih karang la baru turun beli makan. Lunch hour nanti bertungkus lumus la baca minit mesyuarat lepas. Baru ingat nak tido. Ngantuk sebab melayan Hana yang bangun awal. Huhuhu...

Dah Jumaat Esok Cuti

Assalamualaikum

Hari Jumaat dah ye. Esok cuti. Mengabeskan masa aku dengan mendobi, mengemas n melayan anak-anak bertuah 2 orang tu. Abang Misai bawak balik 1 plastik baju kotor dia suruh aku basuh. Huhuhuhu....

Pagi tadi Hana bangun awal. Pukul 5 dah bangun. Terkedip-kedip mata. Lepas tu menggeliat cakar muka umi sana sini. Sampai la 5.30 dia terbuntang lagi so aku tinggal kejap n pi mandi. Rupa-rupanya nak uh-uh. Awal sungguh membuang ye Hana.

Abang Misai balik malam tadi. Sebab kapal problem. So, pagi ni ke opis balik la dia. Bagus la balik. Si Amir malam kelmarin mengigau-ngigau sebut abah. Rindu sangat kat abah dia la tu. Abah dia kan rajin nau menyakat. Cerita pasal kambing kena hujan pun Amir boleh nangis. Hahaha! Hati tisu sungguh la anak aku ni.

Pasal gaji tu diorang lambat settle pasal pertukaran aku. Natijahnya aku la kena tanggung. Masuk gaji lambat. Harghhhhh!!!!

Oh, ada komen dari anon untuk entry ni.

Anonymous said...
ape pakaian pakai buat pap smear?

Hehehe.. Macam comel je soalan kan. Pakai baju la dik. Ahahahahahahahaha! Pang sedas!

Aku agak confuse nak jawab ni tapi aku jawab la jugak ye. Sebab aku buat PAP SMEAR kat klinik desa je. Aku pi klinik pakai la baju apa-apa pun. Nak lagi senang pakai kain. Tak payah ko nak bukak-bukak macam pakai seluar.

Disebabkan masa tu aku pakai seluar so nurse suruh bukak *spender tu bukak la sekali kan* n dia bagi aku kain putih untuk cover. Kalau kat hospital or klinik lain aku tak tau la macam mana. Takde la sampai berbogel semata-mata nak buat PAP SMEAR kot. Takde sape nak tengok perut gendut aku ni. Hahahahaha!

Adekah sudah menjawab soalan? Puas hati? Hehehehe....

Ok la. Aku nak pi beli breakfast. Lapar la pulak.

Thursday, October 20, 2011

Gaji Tak Masuk Lagi!!!!

Assalamualaikum

Mood down. Pasal baru lepas check M2U. Hari ni kan hari gaji gomen. Tapi apekah gaji aku tak masuk??!!

Terus la aku hangkut beg susu ke bahagian finance. Konon lepas tanya nak pam susu terus kat surau. Bunga-bunga pertanyaan aku kat staf finance,

'Hari ni gaji kan?'

'Ye, tapi gaji puan masuk lambat. Hujung bulan baru masuk.'

Tengok, tak sempat aku nak tanya kenapa gaji aku tak masuk lagi dia dah bagitau dulu.

'Kenapa lambat ek?'

'Memang macam tu. Gaji puan separate dengan kitorang.'

'Hujung bulan tu berapa hb?'

'Tak sampai la 31hb'

Memang semua jawapan tak menjawab dengan tepat soalan aku. Boleh tak kalau dah tau gaji aku dimasukkan lambat korang inform kat aku. Tak ada la aku terkejut beruk tengok angka dalam M2U aku tak berganjak.

Ini aku yang bermuka cemas sibuk pi tanya kat finance. Dah la banyak benda aku nak settle dengan gaji tu. Dengan laki aku yang pi operasi sampai awal bulan depan. Nasib ada duit backup dalam tangan. Kalau tak aku pi keja jalan kaki. Nak isi minyak guna apa kalau takde duit? Guna bulu? Kalau bulu tu laku takpe la jugak.

Disebabkan stress gaji tak masuk lagi hasil pengepaman adelah merudum. Dapat 2 oz saje ye. Selalu penuh sebotol 4 oz.

Adeiiii.... Perlu ke buat aku tertekan macam ni.

Wednesday, October 19, 2011

Pagi Ni Udah Kelam Kabut

Assalamualaikum

Pagi ni agak huru hara. Kat rumah tadi ok je. Elok je sampai rumah Toksu, si Hana menangis bagai nak rak. Dengan aku nak betulkan parkingnye. Kelam kabut betul. Rupa-rupanya itu budak bertuah sudah 'uh uh' bak kata Amir. Berak masa on da way nak hantar. Patut la senyap je masa aku tengah drive. Buat projek besar rupanya.

Semalam balik rumah sampai pukul 8. Huhuhu... Hujan lebat yang amat. Kakak aku kata USM pun banjir. Tak jumpa jalan keluar. Aku pulak kebetulan keluar lambat sebab meeting penutup audit ISO lambat abes. Jalan dekat opis aku pun banjir jugak. Jammed merata-rata.

Naik jambatan lagi la. Sampai je tengah-tengah tu start la aku guna gear 2 sepanjang masa. Slow gila babun. Lenguh kaki bunting padi aku ni. Hahaha! Terus berangan nak tukar kereta auto. Tu la, dulu tak nak beli. Sekarang dah rasa nak lempang orang sebelah kalau time jammed tu dia buat lawak annoying. Ngehngehngeh.

Ok la. Aku lapar la. Nak makan roti. Semalam dah tak sempat breakfast. Akibatnya sakit perut la aku tengahari tu. Pagi tadi pulak awal-awal aku dah sakit perut membuang. So, perut udah kosong lor.

Nanti aku update pic abang n adik tu ye.

:)

Tuesday, October 18, 2011

Mari Mengepam

Hari ni baru masuk keja dah kena masuk meeting. Meeting ISO pulak tu. SIRIM buat audit. Aku terkulat-kulat je la. Dengar boleh, suruh aku jawab sori naik lori la. Confirm aku merepek. Hahaha!

Macam mana la Amir dengan Hana kat rumah Toksu tu kan. Amir aku dah tau dia macam mana. Macam mana dia buat perangai kat rumah macam tu la perangai dia kat rumah Toksu dia. Si Hana ni. Tak pernah berenggang dengan aku. Tak berapa nak minum dari botol pulak tu. Kalau bagi botol mula la buat drama. Nak termuntah la, tersedak la. Tekanan wokey.

Ni omak eh dah kena keja mesti dia melalak cari tetek punya. Pengsan la kalau dia mengamuk. Kepala angin boleh tahan jugak budak bertuah tu.

Amir pulak dah berdua dengan adik dia ni macam mana la. Sedangkan aku ada dok pangku si Hana pun datang jeles dia abes diketuk muka Hana. Hari tu lagi best. Dia campak botol bedak *yang kecik la* kat muka Hana. Meraung budak kecik tu sakit. Tapi baru 2 kali la dia buat adik dia. Lain-lain tu dok sayang manjang. Hehehe.. Seronok dengar suara halus dia panggil adik. :)

Tak sabarnye nak balik rumah. Rindu kat budak berdua tu. Tadi pam susu pun penuh sebotol. Kalau pam lagi mesti dapat lagi setengah botol tapi potong stim pasal kena masuk meeting.

Kejap lagi la pam lagi. Pam manual pureen tu tak jalan okeh. Guna pam Tollyjoy yang letrik tu. Tapi sakit la pulak teteks aku. Huhu... Aku pam kat surau. Pam kat bilik karang diorang ingat aku gerudi bilik pulak. Sebab pam tu bunyi kuat. Huahuahua!

Ok, mau pi ngepam la. Haha! Papai!

Kembali Ke ---- (Sila isi tempat kosong)

Assalamualaikum

Cer teka aku kat mana?

Aku kat opis. Wuwuwuwu... Hari 1st keja balik lepas cuti 3 bulan. Patutnya start semalam. Tapi ada MC 1 hari masa cuti tu. Kita gunakan sepenuhnya.

Pagi tadi hantar Hana n Amir. Pukul 6.40 aku dah hantar diorang. Takut jammed. Maklum la. Dok kat Seberang. Keja kat Pulau. Jambatan tu dah la lambat sikit je confirm punch card warna merah.

N aku sampai around 7.30 pagi. Awal sungguh kan. Aku dah la takde sticker parking lagi. Jangan kena clamp keta aku dah le.

Hana pagi-pagi memang tak meragam. Sengih-sengih je. Tapi bila dah dekat petang bawak ke malam tu bersiap sedia la. Suara dia je boleh sampai hujung jalan. Tapi bila dah tido setakat bunyi ek ek je. Tak melalak pulak. Aman sikit tido umi. Kalau tak confirm mata lebam.

Ok la, aku nak pi admin. Nak tanya aku punya pas dah siap belum. Dah 3 bulan cuti ni.

Tuesday, October 11, 2011

Penat Aku Buat Trifle Tu Tapi......

Assalamualaikum

Mood adelah sentap. Dari semalam aku sentap. Eh, bukan semalam, kelmarin. Tapi kelmarin tu lebih pada sedih, kuciwa, berduka lara.

Hari minggu berkobar-kobar semangat nak buat trifle. Sebab hari tu akak aku bawak balik. Sedap la pulak. Teringin sangat. Tengok lak Mama Mika buat. Resepi macam senang. Terus naik syeh nak buat tu membara-bara. Hari Sabtu tu keluar dengan Abang Misai n anak-anak terus kaut bahan-bahan sekali.

Hari Ahad petang, lepas siap masak n basuh baju segala terus pi rumah akak aku. Buat kat sana. Senang nak bergosip ala Mak Jah sekali. Hahaha! Eh, gelak pulak. Kata sedih kan. Abang Misai n Amir pi amik mak mertua aku. Weekend tu dia pi tido rumah adik dia. Trifle tu nyaris tak jadi buat ok sebab Amir amik kek gulung n nyaris terjatuh atas jalan. Kalau tak memang selamat jalan la trifle. Terus kena marah. Merajuk kejap budak bertuah tu.

Sekejap je siap buat. Pepandai la google resepi. Aku taip laju-laju ni malas nak link-link sana sini.

So, bawak la sebekas balik. Dapat dalam 3 bekas. Tapi 1 bekas tu terkurang kastard. Huhuhu...

Bawak balik sebekas tu dengan harapan nak bagi Abang Misai n Amir merasa. Amir lari-lari masa aku nak bagi tu. Macam mak eh bubuh racun je dalam tu. Tapi paling sedih bila Abang Misai langsung tak nak rasa. T_T

Sesudu pun dia tak nak. Punya la aku amik sesudu sua kat mulut dia. Langsung tak nak bukak mulut pun. Kecik hati bini ni. Punya la buat trifle dengan penuh kasih sayang. Bila aku tak masak bising mulut tu perli-perli aku. Ni aku dah buat tak nak jamah pun. At least jamah la sesudu amik hati bini yang dah penat google resepi n buat benda alah tu. Nak nangis ok *aku memang dalam hati ada taman sikit*.

'Abang tak nak la. Benda pelik-pelik ni abang tak makan.'

Tu la jawapan dia. Sampai hari ni terngiang lagi kat telinga aku.

Semalam pulak sentap. 29hb aku ada opis punya family day. Awal-awal dah bagitau kat Abang Misai. Masa keja tempat lama dulu pun tak dapat pi sebab Abang Misai ada apa ntah. Ke sebab dia malas nak datang sebab jauh. Kecik hati jugak. Tapi takpe la. Maybe jauh kan.

Ni dah dekat tetiba pulak semalam dia dapat call. Nama naik pi operasi. Boleh je nak tolak. Dah la kena pi operasi 18hb sampai 2hb. Aku baru nak start keja. Tak ke aku sorang terkangkang-kangkang nak handle anak-anak. Kalau Amir tu mendengar kata takpe jugak. Ni lasak Ya Rabbi. Dia nak pi jugak. Konon berkhidmat untuk negara. Choiiiii sangat ok.

Dengan bini ko pepek tak baik-baik luka kat dalam tu. Nak kena bersilat jaga 2 orang anak. Yang sorang keja nak berkepit yang sorang melasak tak boleh tahan. Bila aku merajuk bukan nak pujuk. Buat ayat menyakitkan hati.

Dah la aku teringin sangat nak pi family day tu. Confirm la tak pi dah kalau macam gini gaya.

Kan dah panjang entry aku hari ni. Yang penting aku sentap sangat. Plus sedih tak hilang lagi. Dah, aku nak jemur kain.

Monday, October 10, 2011

Cucuk n PAP SMEAR

Assalamualaikum

Baru balik dari klinik. Hana cucuk. Khamis lepas dah pi. Tapi timbang berat n amik tinggi n bukak kad perancang je. Nurse tu yang bagitau suruh datang 6hb. Alih-alih kata Hana tak buleh cucuk sebab tak cukup 2 bulan. Siap bebel lagi kata appointment aku 10hb.

Eh, hello!!! Aku ni belum pekak lagi kot. Bulan lepas memang soheh la nurse tu kata 6hb. Dalam buku Hana pun takde tulis tarikh. Rupanya tulis dalam buku kat klinik. Mana la aku tau. Tulis lain bagitau lain. Aku seligi karang kutip gigi je sorang-sorang.

Tadi pun aku datang nak cucuk Hana dok bising lagi. Tu la dah kata appointment 10hb kan dah kena datang 2 kali. Aku malas nak jawab senyap je la.

Hana nangis kejap je. Pasal masa dia kena cucuk tu dia tengah tido lepas menenen. Sebelum tu aku kena buat PAP SMEAR pulok. Nurse tu kata luka aku belah dalam tu tak baik lagi. Still merah lagi.

Huuuuuu.... Lama bonar eh nak baik. Dah la masa aku bersalin tu nurse kata kulit aku macam tau fu fa.

Tahun depan, 10hb Okt kena datang lagi buat PAP SMEAR.

Dah, aku sakit perut. Nak berak. Berapa hari tak berak ni.

Thursday, October 6, 2011

Semua Nak Last Minit!

Assalamualaikum

Baru tidokan tuan puteri Hana. Tengah aku bercakap dengan nurse klinik desa kat fon tadi dia punya melalak hadoi la. Macam kena pukul. Kalau nurse tu dengar ada dia ingat aku dera anak pulak. Oh, pe'el si Hana kalau nak tido memang macam tu ye. Mengamuk melalak macam kena pukul. Nak kena goyang-goyang, enjut-enjut baru la senyap. Kalau berenti enjut siap la. Keluar lagi suara merdu oktaf ke 7 dia tu.

Aku kalau boleh tak nak biasakan dia berbuai. Tapi apelah daya. Family laki aku biasa berbuaikan anak ni. Ikut je la. Banyak cakap karang jadi lain pulak.

Haaa, nurse tu call sebab nak suruh aku pi klinik kesihatan. Appointment dengan doc since aku nak amik perancang. Dah la bagi tarikh 20hb. Aku baru start keja 18hb tu. Berbulu la aku. Awal-awal tak nak bagitau kena pi jumpa doc. Takkan baru start keja dah nak kena cuti pulak.

Aku mintak awalkan dia kata tak boleh. Boleh jumpa doc hari Khamis 20hb je. Khamis next week dah penuh. Dia suruh aku mintak time slip. Amboi laaaa... Macam dia kenal je bos aku. Sedangkan aku pi jumpa doc masa checkup dulu pun bos dah bising. Ini baru start keja balik dah nak cuti or masuk lewat. Tekanan betul.

Tambah tekanan staf aku semalam baru call. Bagitau esok last hari hantar SKT guna HRMIS. SKT tu awal-awal aku dah buat. Tapi opis lama punya SKT la. Dah nak kena call orang sana sini. Call CC kat opis pun dia tak tau. Hangin ok. Ni aku nak kena hantar SKT kat opis lama ke baru ni. Aku bakor kang!

Dah pukul 4 lebih. Esok je la aku call opis tanya. Pagi tadi dah tanya tak tau. Apa yang tau?

Monday, October 3, 2011

Dah Nak Mula Keja? Malasnyeeeeeee....

Assalamualaikum

Dah bulan 10. Tengah bulan ni dah mula keja. Malas gilerrrrr! Huhu... Sebab hari tu aku amik cuti awal 2 minggu dari tarikh due. So, kena la masuk keja awal sebab dah cukup 90 hari. Si Hana belum cukup 3 bulan la aku dah kena keja. Gatal amik cuti awal lepas tu beranak lewat seminggu lak dari tarikh due. Hahaha!

Si Hana tengah tido tapi asek bunyi-bunyi je. Laki aku kata tido tak jerap. Apekah maksudnya? Aku pun tak tau. Huahauhaua! Aku bukan Penang pure so tak tau sangat la kalau guna perkataan pelik-pelik.

Semalam 1 hari hujan. Malam tadi pun lebat bukan main. Syok tido. Hehehe...

Eh, banyak keja nak buat ni. Nak main angry bird lagi. Hakhakhak! Aku baru je try main game burung marah tu semalam. Sampai level 10 tak lepas-lepas. Tak ada la ketagih pun. Saje je nak tembak babi durjana tu. Hohoho!

Ok, nanti update lain. Pada yang nak tengok baby Hana nanti la aku update pic dia ye. Tengah malas melantun-lantun sekarang ni.

Tata~~

nota tapak kaki : kakak ku, sori tak dapat pi rumah semalam. Huhu..