SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, August 6, 2011

Kuciwa Tepung Pelita Tipu n Maaf To All

Assalamualaikum

Saje update malam. Tak boleh tido ko. Esok kan nak menyerah diri masuk wad. Tido tak lena, makan tak kenyang dibuatnya.

Tambah pulak kuciwa. Pasal tepung pelita la ni. Abang Misai dah cari dah. Jumpa. Tapi bila makan rasa nak terajang je orang yang jual tu. Tepung pelita tipu okeh.

Kan ada 2 kuih lebih kureng serupa kan. Kuih tako n tepung pelita. Sila google pic kalau tak tau. Tapi ni tako pun bukan tepung pelita pun hareeeemmmmm....

Tako ada sengkuang kat lapisan bawah tu. Ni agar-agar kosong semata okeh. Aku punye la berbulu je bila makan tadi. Kuciwa tau mak buyung yang esok dah kena masuk wad ni. Kemfunan tepung pelita..... :(

Tolong la jangan menipu bila jual makanan ni. Time bulan posa lak tu. Dah 2 kali aku kena macam tu. Sekali time student dulu. Pun agar-agar jugak. Lepas tu tiap kali nak beli tanya dulu agar-agar ke tak. Geram okeh.

Ok la. Aku menaip dalam gelap ni. Hahaha! Orang lain sume dah terbongkang. Doakan la aku n baby selamat hendaknya ye. Jadi aku mintak maaf in advance, belum raya lagi dah mintak maaf. Kot ada terkasar bahasa tersilap kata selama aku berblogging ni ye.


Gudnite semua. :)

1 comment:

Momma Qiestina said...

laling nak bersalin dah ek?

aku doakan seme dipermudahkan..amin amin..cant wait nak tgk adik amir!