SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, August 25, 2011

Nak Shopping Tapi......

Assalamualaikum

Semua orang dah balik kampung kah? Hehehe...

Aku nak balik mana pun. Raya kat dalam taman ni jugak la. Dah kata rumah mak pak dalam taman ni. Rumah laki aku dalam taman ni. Rumah akak aku dalam taman ni. Rumah kak n adik ipar pun dalam taman ni jugak. Adekah sungguh taman saudara mara sahaja? Muahahahaha!

Dengan dalam pantangnya. Harus ke ko nak beraya dengan sepenuh hati? Dah la tak posa. ;p

Aku pun macam tak larat je nak jalan sangat lagi. Berdiri basuh pinggan 2-3 bijik pun aku rasa dah macam nak tertanggal pepek aku. Serius ok. Apehal tah. Mungkin begini kah rasanya bersalin normal?

Dah la baju raya anak-anak pun tak beli lagi. Kesian anak-anak aku. Si Hana dari hari 1st pakai baju recycle abang Amir dia je. Kesian dia kan. Baju dia aku ada la beli 2-3 pasang tapi sungguh tak nampak ciri-ciri gegirl itu. Huhuhu... Sebab takut yang keluar adelah boboiboy maka beli baju secara selamat aje.

Ajak laki aku shopping dia takut aku bentan pulak. Tapi baju raya anak macam mana bang? Mak eh tak payah baju raya pun takpe.

Tak apa. Aku ada menyopping selai dua baju online kat kedai Puan Yat kita. Boleh la taram buat baju raya si Hana. Tapi Amir la pulak kesian. Takkan nak pakai baju tahun lepas. Tau la beli tergedoboh kan. Isk... Isk...

Nanti la kirim kat Mama mintak tolong beli ye Mama. Hehehe... Nanti ai kasi la duitnye.

Ok la. Mau lepak tengok tv sementara Hannah Montana aku tido. Dia bangun sat lagi ada melekap kat tetek je.


Tata~~



2 comments:

Momma Qiestina said...

kakakakkaka lawaaak tul bab sakit kat p**** tuu! kali ni ko normal eh? merasaaaaaaaa la kan..aku ni tah bole normal ke idakk..

hihihi baju hannah montana sok pagi pas subuh aku poskan ekk.hope cepatla pakcik poslaju wat kerojee..

baju amir banyak dah sold out.nanti kalau ada restock aku bagitau.

@e_da said...

suh cik abang shoppingkan la nampaknya amiys.. berpantang time raya mmg tak syok kan.. tp apakan daya.. semoga cepat sihat ya