Assalamualaikum
Oh, aku belum beranak la. Ramai betul orang sms tanya. Orang opis. Staf opis lama. Hehehe... Yang nyatanya aku ni masih terboyot kat rumah.
Baby pun dah makin besar gamaknya. Gerak pun tak boleh nak tendang kuat sampai senak sebab space dah kecik kot. Huhuhu....
Dok rumah menyebabkan otak aku tepu ye. Tak ada benda nak buat. Tak balik-balik hadap internet. Lepas tu kemas bilik. Sapu sampah. Bab masak tu jangan harap la. Mak mertua aku yang masak. Aku tak berani weh nak memandai masak ni. Kot tak kena selera mak mertua aku pulak ke.
Acececeh... Alasan mantap abes dah la tu. ;p
Tapi betul la. Tiap kali aku masak kalau mak mertua aku pi memana mesti sikit je yang luak. Tak kena selera diorang kot. Dah kata orang penang kan. Hari-hari tala kari tau. Baru je ni aku breakfast makan roti cicah kuah kari. Kari lagi. Ahahaha!
Aku masak semua moden-moden. Laki aku dengan mak dia tekak kampung. Ni teringin benau aku nak makan spageti masak sendiri. Tapi karang membazir je aku masak bukan laki aku nak makan pun.
Semalam pun teringin benau aku nak makan kek. Mintak kat laki aku. Dia ingat aku bergurau kot. Tak dibelinya. Sob... Sob... Kempunan mak buyung tau.
Semalam time tengah tido tetiba hujan lebat selebat lebatnya. Boleh tak si Amir Ridhwan terbangun dari tido. Dari dalam katil dia boleh lompat pi katil kitorang. Kitorang letak katil dia kat sebelah katil kitorang je. Selalu tido sekali dengan kitorang. Tapi sesekali ai nak jugak bermanja dengan hubby ai. *ayat gatal ;p*
So, kitorang letak la dia dalam katil dia. Boleh pulak dia dengar bunyi hujan lebat tu terus bangun. Amir memang takut bunyi hujan lebat n guruh. Tido peluk abah dia tak lepas ok. Abah dia bangun kejap pun dia dah tak tentu arah. Pusing cari ummi lak. Hehehe... Kelakar betul la Amir ni.
Macam kelmarin ada orang fogging kawasan rumah ni. Dia punya la takut. Abes bergayut berdukung dengan ummi. Aku nak letak dia kat bawah boleh dia sangkut kaki dia tak nak turun. Hadoiiii.... Sosak nafas ummi dia ni. Dengan perut boyot. Nak dukung budak 12 kilo sampai bunyi orang fogging tu hilang pun dia tak nak turun.
Last-last ummi surrender. Cari abah dia kat depan. Sila dukung Amir ye. Senak perut aku tau.
Mana la dia dapat genetik penakut melampau ni. Huhuhu...
p/s : Dapat sms dari staf opis lama. Sorang pegawai yang pernah keja 1 opis meninggal accident pagi tadi kat Kuantan. Al-fatihah untuk arwah.
SaYa SayaNg AnDa :)
Friday, July 29, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Pagi-pagi Dah Penat
Assalamualaikum
Penat hoh... Pagi-pagi dah penat. Nak kata keja dah cuti-cuti kat rumah. Tapi perlu ke bercuti dan keras tanpa buat apa-apa. Pasti kebosanan ye.
Dok kemas bilik tadi. Malam semalam itu budak bertuah sudah kencing atas katil. Huhuhu... Pampers bocor. Minum banyak sangat la tu. 2 botol susu sebelum tido. Konon pancing dengan susu tu nak suruh dia tido la. Tapi non ado nak tidonya. Abes je botol kedua masuk bilik macam biasa dia tarik rambut ummi. Huwaaaaa!!!!
Aku ugut dia kata kalau buat macam tu lagi ummi nak balik KL la. Tinggal Amir dengan abah je. Tau pulak merengek-rengek tarik aku. Faham dah tu. Tapi lepas tu tak tido jugak. Dia bangun dari katil pi bukak tutup almari baju dia pulak.
Nasib baik tak lama tu abah dia balik. Terus tugas menidorkan Amir abah take over. Ummi dah surrender. Huhuhu... Tu baru sorang. Ni nak keluar lagi sorang guano???
So, niat untuk merelaxkan diri hari ni sudah berterbangan. Lepas mandi terus tarik cadar. Bukak sarung bantal semua. Alang-alang tukar cadar tu meh la kemas apa yang patut. Sapu-sapu bilik. Kemas almari baju. Check barang nak bawak pi hospital. Nak basuh cadar tapi takut hujan la pulak.
Macam semalam. Dah syok-syok basuh baju tengahari tu boleh hujan la pulak. Tensen mak tau. Huhuhu.... Baju tak sempat kering. Lembap je. Kena sidai kat depan rumah pulak. Nasib la ada bumbung. Kalau tak ada dalam rumah jadi penyidai.
Jadi kejap lagi mau baring-baring kejap. Penat... Maklum la perut dah boyot terlampau. ;p

Tuesday, July 26, 2011
Air Apa Ek?
Assalamualaikum
Sedang menganga di rumah. Amir macam biasa la. Pos ke rumah toksu dia. Ummi tak larat hooo... Dia kat rumah ni kan 'rajin' sangat mengemas. Bila ummi dah susun dia saje je teraburkan balik sambil gelak-gelak. Lepas tu lari. Tau la tu ummi nak jadi tarzan.
Dok basuh baju. Ada lagi 1 round. Sebab dah penuh sebakul kan. Laki aku kata kalau tak larat tak payah basuh. Tapi semak la pulak mata memandang. Basuh je la.
Pagi tadi kan dalam pukul 6 gitu baju kelawar aku basah ok. Aku tak sure la air apa. Takkan ketuban kot. Sebab tak ada pun mengalir ke apa lepas tu. Dia basah sekali tu je. Nak kata terkencing tak ada la pulak. Basah tu time aku baru tukar pampers Amir. Maknanya aku sedar la. Kalau kencing mesti rasa nak kencing kan. Musykil ni tau. Discharge ke? Melampau sangat la pulak sampai basah gitu. Huhuhuhu....
Ok la. Nak sudahkan basuh kain. Baju Amir nak kena sidai. Turn baju ummi dengan abah pulak masuk mesin.

Monday, July 25, 2011
Klinik Lagi
Assalamualaikum
Saya mau ke klinik pagi ni. Bukan sebab baby nak kuar. Kena check darah. Hb aku kan sesuki hati nak turun naik.
Ok, kalau aku rajin aku update la.
Tekak teringin makan spageti la pulak kan. Wuwuwuwuwu...

Sunday, July 24, 2011
Perangai Amir Yang Melampau
Assalamualaikum
Oh, mak buyung belum beranak lagi. Menghitung hari. Kalau lagi seminggu lepas due aku masih berhuuu haaaa di sana sini kena la IOL. Huhuhu...
Ape IOL tu? Induce Of Labour. Kena paksa bersalin sebab baby seronok sangat dok dalam perut ummi.
Ni tengah tunggu Amir tido ni. Tu yang online. Eh, bukan aku tidokan dia. Abah dia la. Kat dalam bilik dengan abah dia tu. Aku tak boleh masuk selagi dia belum tido. Sebab kejap lagi dia tarik rambut aku. Dia cucuk perut, tetek, sume la. Sampai aku hangen 1 badan. Dia pulak boleh gelak-gelak.
Aku tak tau la si Amir ni perangai dia melampau-lampau tau sekarang. Main campak je barang kat ummi dia. Aku marah dia gelak-gelak. Bukan kecik anak punya barang ok. Setakat baling n campak bantal aku boleh terima lagi. Ni kekadang batu, barang mainan dia yang keras-keras tu.
Memang tak pernah melalak la kalau kena marah. Dia gelak kesukaan. Macam kan aku ajak bergurau senda. Botol susu dia pun dia campak kat aku. Orang lain dia tak buat macam tu tau. Lepas tu sekarang minum susu sikit lepas tu selebihnya dia tuang-tuang atas lantai. Buat peta malaysia kot. Minum air dalam bekas plastik pun dia buat macam tu. Nutrigen dia pun dia buat macam tu.
Lagi 1 peel kalau aku tak bagi apa-apa dia akan menjerit-jerit ye. Lepas tu pukul-pukul aku. Harghhhhh!!!!
Cakap elok-elok tak jalan. Jentik tangan tak jalan. Pukul bontot tak jalan. Semua pun tak jalan la.
Macam mana ni aaaaa????

Thursday, July 21, 2011
Result MGTT Ok Je
Laki aku keluar pi mana tah. Hari ni dia keja malam. Semalam pun keja malam. Aku pun tak faham jadual dia. Amir tengah main kat luar dengan sepupu dia.
Time menaip ni aku tengah menggeliat-geliat tahan sakit. Baby mengeras dalam perut. Adoi laaaaa.... Tu baru sikit. Kena time betul-betul nak beranak sok. Huhuhu... Tak dapat dibayangkan lor... Sedangkan time Amir pun aku dah berkeluh kesah sampai kena marah dengan misi kan. Huwaaaa... Tetiba seriau nak beranak.
Pagi tadi berdating berdua dengan laki aku. Hehehe... Lama gila kot tak keluar berdua. Dia nak cari printer. Saje survey-survey. Ada pulak nak cari printer yang ada ink hitam je. Aku rasa tu zaman tok kadok dulu ada la. Tadi pun setiap kedai dok geleng kepala je.
Pukul 2 tadi aku pi klinik. Amik result MGTT yang kena repeat tu. Ok je result. Sebelum minum 3.8 kot. Lepas 2 jam 5.7 je. Ok la tu kan. Lebih kurang result yang 1st test. Jadi aku tak faham motif doktor suruh aku repeat lagi test tu. Dia suruh aku repeat lagi sekali memang aku suruh dia je minum. Ingat sedap ke? Berpusing kepala aku tahan dari muntah tau.
Ok la. Mau relax-relax. Macam kan tak pernah relax. Hahaha! Nak pi tengok Amir main kat luar.

Update Busuk ;p
Assalamualaikum
Aku belum mandi. Huahuahua! Dah pukul berapa pun tak mandi lagi. Mentang-mentang dok rumah. Suka hati nak mandi pukul berapa pun.
Dok tunggu Amir abes minum susu. Nak mandikan dia dulu. Kalau aku mandi dulu kejap lagi macam aku mandi lagi sekali. Sebab Amir suka curah air kat ummi dia.
Alalala.... Sakit perut la pulak. Hehehe...
Saje nak menjeleskan orang keje. ;p
Papai!

Wednesday, July 20, 2011
Lepak Di Rumah
Assalamualaikum
Aku tengah melepak kat rumah. Sementara basuh kain. Kejap lagi nak basuh bantal baby pulak. Amir kat rumah toksu la. Ummi dah tak larat nak jaga. Malam semalam aku tak boleh nak tido. Baby asek mengeras je.
Bosan pulak bila budak bertuah tu takde. Hehehe.. Kalau tak melayan dia la. Tapi kesian pulak dia sorang-sorang. Kat rumah toksu ada kawan nak main sesama.
Eh, ok la. Mesin dah stop tu. Nak kering n sidai.

Tuesday, July 19, 2011
Pening Kan Minum Air Manis
Yaaaa... sudah pulang dari klinik. Sengal dedua belah tangan tau. Dah kalau minum air gula dedua mesti kena cucuk amik darah punya. Sebelah sebelum minum. Sebelah lagi lepas 2 jam minum. Nurse tu pun sampai dah kenal muka aku ni.
Pelik gak la sebab selang 2 minggu aku kena repeat MGTT test tu. Dia kata maybe sebab ketuban aku banyak tu yang doc suruh repeat. Apa-apa je la. Pening berdesing kepala aku lepas minum air tu tadi. Nak termuntah pun tahan je. Kalau tak ada yang merasa minum air gula kali ketiga. Nehi!!!!
Borak-borak dengan sorang akak kat klinik tadi. Dia pun kena minum air gula gak. Akak tu dah 40an tapi nampak muda je. Anak sulung pun umur dah 23. Dia cerita la dia ingat memula dia nak menopause. Sekali check pregnant laaa.... Hahahaha! Anak sulung dengan anak bongsu dah macam anak dengan mak la gitu beza umur kan.
Tadi amik darah dengan banyaknya ye. 3 tabung uji tu. 1 lagi tu sebab diorang kata result aku check darah kat klinik Shah Alam dulu takde. Motif???? Mengabihkan darah aku je tau. Nasib baik hb ok. Kalau tak mesti pot pet la nurse tu.
Lusa pi amik result MGTT. Tulat kena pi hospital pulak. Scan. Nak tengok baby semua macam mana. 25hb kalau tak beranak lagi amik darah lagi. Huhuhu... Pengsan!!!!
Aku kat rumah kakak aku ni. Dah makan. Dah minum. Aku nak tido. Hehehehe... Buruk tak perangai. Amir tak ada. Pagi-pagi abah dia dah hantar pi rumah toksu dia. Sebab ummi nak ke klinik. Dia kalau ummi ada perangai memang lemak berkrim. Main baling-baling je barang kat ummi. Ummi marah pun dia gelak je.
Petang karang suruh abah dia jugak amik. Ummi nak rehat hari. Ecewah...
Oh, semalam celebrate birthday abah aku. Nanti la cerita. Aku nak tido jap. Huahuahauaha! Papai sume. Jangan jeles. ;p

Nak Pi Klinik Minum Air Manis Lagi
Assalamualaikum
Awal aku online hari ni kan. Sementara nak ke klinik jap lagi. Ai kan dah mula bercuti. Hehehe...
Nak pi klinik minum air gula lagi. Tak suke okeh. Result dah ok tapi kena repeat. Tak puas ati betul aku. Apekah???
Ni tetiba pulak sakit perut. Rasa nak berak. Ahahaha... Pi berak dulu la. Koser sangat aku nak melabur kat toilet klinik tu. Karang orang lain pun nak guna toilet jugak.
Ok, kalau aku rajin aku sambung. Papai!

Friday, July 15, 2011
No Pocket Money
Assalamualaikum
Hari ni ape tah la yang aku pikir. Pagi tadi dah teringat nak mintak duit belanja kat laki aku. Kat building ni tak ada ATM machine harus la aku mengepau Abang Misai kan. Duit dalam purse tinggal RM8 je. Selalu bab duit laju je aku pau dia. Hahaha!
Ntah mengong apa dalam dok teringat tu dengar pulak Hot FM pasal nak ajak celebrity dating tu gelak-gelak terus terlupa. Dengar pulak caller 1st tu nak ajak Fahrin Ahmad dating. Teringat muka Fahrin yang ensem terus lupa pasal duit. Perlu ke? Huhuhu...
Jadi sekarang aku berkeadaan hanya begini la ye.
Nasib la aku ni suka menabung. Puji diri sendiri. Hehehe... Aku ada la simpan duit dalam 1 tabung kat opis ni. 1 hari aku bajet aku belanja RM10. Kalau aku belanja kurang dari RM10 lebih tu aku simpan tabung.
Jadi mengorek tabung la aku hari ni. Pi cafe pagi tadi aku beli kuih+air+lunch hanya RM8 saje. Ngam-ngam duit yang tinggal dalam purse. Maka selamat la duit tabung dari ditelan.
Oh, makan kat Penang memang murah compare dengan Shah Alam. Memang banyak jimat la. Berbaloi-baloi. Tapi hadap la hari-hari makan kat cafe bangunan ni sebab lauk dia sama je hari-hari. Cepat abes pulak tu sebab orang kat sini makan breakfast terus merangkap lunch. So, tak banyak lauk time lunch tu. Pandai-pandai la turun awal. Nak keluar bangunan ni aku tak tau kedai makan mana yang dekat.
Disebabkan pagi tadi terdengar nama Fahrin Ahmad meh aku up lagi sekali pic aku dengan Fahrin masa pi meeting kat PD dulu. Hahahhaa! Saje takde keja. Masa ni ai belum kawen ok.
Jangan jeles. ;p

Thursday, July 14, 2011
Budak Amir Telinga Capang :p
Keja dah settle. Yaribba! Hahahaha! Keja senang je tapi aku saje je buat lambat-lambat. Buat cepat-cepat lagi la mati kutu aku tak ada keja. Bosan sehhh...
Oh, mau update perkembangan budak Amir la. Dah lama kot aku tak cerita pasal budak bertuah yang dah makin manja ni. Hehehe...
Ni tak sabar balik nak gomol dia. Tapi geram sikit time nak tido la sebab dia suka tarik rambut. Sakit wooo... Kalau tepuk tangan dia boleh pulak dia gelak-gelak lepas tu tarik lagi.
So, siapa rindu kat Amir sebagai penutup tengok la sekeping pic anak bujang ni nak petik tomato kat MARDI Cameron time cuti Wesak hari tu. Gila lama baru nak upload. Huahauhaua!

- Dah pandai sebut ummi, abah, atok *kekadang dengar bunyi otok..hahaha* , kakak *ni jadi katak :D* , abang, opah *jadi apah*, mama, adik, baby, siti *ni nama anak jiran sebelah umor tak sampai setahun lg.. hehe.. tapi Amir panggil bunyi titi*. Tok wan dia tak pandai sebut lagi.
- Manja sangat semenjak ummi ada ni.. Suruh abah mandikan pun dia tak nak.. Nak ummi jugak.
- Suka main cucuk muka, hidung, mata n tarik rambut ummi sebelum dia tido. Suka ajak tengok pic dalam hp jugak sambil baring-baring.
- Suka benau dengan back hoe. Dia panggil kapal korek. Mainan tu mainan feveret dia la.
- Suka main peti ais jugak semenjak dah pandai bukak pintu peti ais tu. Kalau dia cakap 'ais' mesti dia pi bukak tutup pintu dok depan peti ais. Kalau air nutrigen dia dah abes dia cari benda sejuk taruk kat pipi. Selalu bawak keluar scott emulsion dia n nak minum.
- Tak suka makan. Dah kurus oke. Nak suruh makan tu kena paksa. Tapi kalau makan kat luar banyak pulak dia makan. Saje tau.
- Kuat menjerit. Bila dia jerit suara adelah nyaring. Ikut sape la tu. ;p
- Kedekut oke kalau orang amik barang dia. Huhuhu...
- Takut potong rambut. Dia nangis sampai muntah atas abah dia. Hahaha!
- Sayang betul dengan adik dalam perut. Tau dah kalau sebut adik nanti dia tunjuk n cium perut. Sebelum tido mesti sayang adik dulu.
- Dah tak nak tido dalam katil dia. Nak tido sekali atas katil dengan ummi n abah. Dah la tido lasak. Selalu ummi kena tendang tau. Wuwuwuwu...
Ni tak sabar balik nak gomol dia. Tapi geram sikit time nak tido la sebab dia suka tarik rambut. Sakit wooo... Kalau tepuk tangan dia boleh pulak dia gelak-gelak lepas tu tarik lagi.
So, siapa rindu kat Amir sebagai penutup tengok la sekeping pic anak bujang ni nak petik tomato kat MARDI Cameron time cuti Wesak hari tu. Gila lama baru nak upload. Huahauhaua!
Masa ni belum potong rambut. Sekarang Amir dah gonjeng. :)
Rasa Macam Nak Demam
Assalamualaikum
Aku rasa macam kureng sihat hari ni. Tekak dah mula rasa sakit. Cuaca sekarang kan tak menentu. Kejap panas membahang. Sampai rasa macam nak bertwo piece sepanjang masa. Hahaha! Kejap karang hujan lebat gila.
Baru je pagi tadi hujan lebat. Sampai rasa tak nak bangun pi keja. Dengan laki aku dari semalam bersin-bersin. Suara pun dah lain. Amir dari awal minggu hari tu hidung berhingus. Dengan mata-mata berair.
Aku ni macam dah terjangkit la pulak. Jangan la demam time nak dekat-dekat bersalin ni. Teringat member kat opis lama dulu. Demam punya pasal terus kena cser. Sebab takut infection kat baby.
N dah tak sabar nak tunggu esok. Sebab next week dah start aku cuti-cuti malaysia. Cuti la sangat kan senah. Padahal dalam hati dah dup dap dup dap teringat sakit nak bersalin. Ngaaaaaa.....

Wednesday, July 13, 2011
Pening Tau Macam Ni
Assalamualaikum
Ingat malas nak update dah hari ni. Wordless Wednesday la kata kan. Huahuahaua! Tapi aku ni wordless tak wordless sama je la.
Tengah membosankan diri kat opis ni. Keja yang ada dah siap. Just nak submit kat timbalan je tengok dia proceed tak. Kalau ok terus aku fax aje.
Petang karang aku nak call opis lama. Baru tadi aku call. Tapi nak cakap dengan sorang officer ni. Sebab aku tengok gaya budak yang dok bertukar dengan aku ni macam tak communicate je dengan officer tu. Sikit-sikit tanya aku. Aku yang dah pindah sini mana la nak tau apa-apa lagi dah.
Benda sekecik-kecik semut pun tanya aku. Bila aku tanya dia pasal keja dia kat sini dulu boleh pulak dia suruh aku tanya staf yang ada kat sini. Abes, dia tak reti tanya orang kat sana?
Dah la semua soft copy keja lama dia pun dia hangkut sekali bawak pindah. Bila aku tanya dia kata dalam pen drive dia. Mintak je kat staf lama dia kat sini. Kentut betui tau. Apejadah la ko bawak keja ko kat sini ke sana. Bukan sama pun. Sikit pun tak tinggal copy untuk aku refer.
Hish... Pening lalat aku macam ni.

Tuesday, July 12, 2011
Baby Dah Ok
Assalamualaikum
Aku kat opis. Semalam pi checkup kat hospital. Pasal baby breech tu. N baby sudah pun berpusing ke kedudukan yang betul. Aku rasa sehari sebelum aku pi checkup sebab malam tu elok lagi dia dok tendang kat bawah.
Jadi baby, sila pastikan kedudukan anda telah tetap. Kemungkinan untuk berpusing tu doktor kata ada lagi since ketuban adelah banyak. N baby pun tak engage lagi. Masih floating atas reason yang sama. 22hb ni kalau aku tak beranak lagi kena scan lagi tengok balik baby macam mana. Sebab ketuban banyak kan. Doktor takut baby tak jumpa jalan n floating sepanjang masa. Dah la tu kena repeat MGTT lagi. Huwarrggghhh!!!
Test hari tu ok je result dia. Aku pun tak tau apesal doktor suruh repeat test lagi. Aku rasa macam nak terbeliak mata nak ngabeskan 1 mug air gula tu. Ni nak kena minum lagi. Lepas tu nak kena cucuk tangan amik darah lagi. Tak sukeeeee!!!!
Selagi aku tak beranak banyak kali la aku kena pi klinik-klinik yang ada. Next week je sampai berapa kali appointment. Nasib la dah start cuti senah. Kot tak berbulu la timbalan aku pasal aku asek tak ada je.
Ok, aku nak dok buat keja. Papai!

Friday, July 8, 2011
Lupa Semalam Tarikh Aku Bertunang
Assalamualaikum
Rasa pelik-pelik je pagi ni. Bila tengok tarikh entry kawan-kawan semalam baru aku teringat. Hari ni anniversary aku bertunang. Huhuhu....
Boleh pulak lupa ek. Memang la banyak wayar dah short kat kepala ni.
Dah la semalam cuti. Tak pi mana-mana pun. Dok rumah. Mendobi. Bergaduh dengan Amir. Budak bertuah tu kan susah betul tau nak tidokan tengahari kalau dengan ummi. Dia cucuk-cucuk muka ummi. Cucuk perut. Cubit pipi. Tarik hidung. Ummi dia dah ngantuk dia pulak tak nak tido. Aku bengang tepuk-tepuk tangan dia sebab sakit kena cucuk kat muka bukan dia nangis. Dia gelak mengekek. Padahal ummi dah hangen 1 badan.
Lepas tu abah dia la take over. Koser sangat aku nak layan dia cucuk-cucuk muka aku ni. Karang aku tukar jadi hulk ada yang melalak kena tibai dengan aku. Abah dia letak dalam buaian. Dia melalak-lalak. Nak main. Tapi lepas tu tertido jugak. Terlebih gula kot aktif semacam.
Semalam Penang cuti sempena pengisytiharan ulang tahun tapak warisan dunia. Hari ni ramai la kat opis ni sambung cuti. Cuti tersepit katanya. Hahaha! Aku je rajin terlebih. Laki aku dah tanya aku tak cuti ke sebab dia pun malas nak pi keja.
Next week ada appointment dengan pakar lagi. Nak tengok baby macam mana. Still songsang or dah pusing balik. Cuti la 11hb tu. Hehehe... Mintak MC je. Confirm lambat abes punya la.
18hb dah start cuti. Saje amik cuti awal. Tak larat nak ulang alik pi keja jejauh. Ngehngehngeh... Itu pun kalau tak terberanak lagi la. Dibuatnya terberanak awal kira dah amik cuti bersalin terus la.
Ok, aku nak relaks-relaks jap sebelum cari data kat library. Tetiba pulak ada surat sampai mintak data pasal belia.
Tata~~

Wednesday, July 6, 2011
Meeting Lagi Hari Ni
Assalamualaikum
Pagi ni ada meeting. Petang karang pun ada meeting. Semalam punya meeting abes pukul 6. Masing-masing muka gelisah je nak balik. Hahaha! Abes je meeting semua berterabur pi naik opis amik barang n blah.
Dah la aku ni jalan terkedek-kedek. Orang yang nak kunci pintu dah siap tutup lampu. Berjalan la aku dalam gelap nak pi punch out. Bagus la tu. Lewat seminit je datang semalam sekali balik lewat sejam. Kira aci la kan dah ganti.
Pagi ni meeting takde makan free eh. Sponsor diri sendiri je. Opis baru bukan le macam opis lama yang mewah bab makan-makan ni. Meeting kecik secoet pun nak makan. Jadi harus la turun n bawak duit sekali. Perut dah lapar ni. Baby dah tendang-tendang.
Semalam Amir tergolek jatuh katil. Benjol kepala. Dia lompat-lompat atas katil atok dia. Lepas tu apa lagi. Salah lompat terjun kepala dulu. Melalak-lalak sakit. Dah la aku baru balik dari opis. Dengan nak terberaknya. Dia pulak melalak. Dah kena dukung. Nampak dek mak mertua aku mau kena bebel sebab dia tak bagi aku dukung Amir dah sarat-sarat ni.
Malam semalam pulak tido baik punya kaki dia landing atas perut ummi. Aku tersedar tengok-tengok dia tido melintang dah. Kepala atas bantal peluk. Kaki dua-dua atas perut ummi. Hahahaha! Nak tergelak pun ada.
Ok la. Aku nak makan biskut. Meeting pukul 8.30 karang. Tak sempat jamah apa-apa kebulur la pulak nanti.
Adios.

Tuesday, July 5, 2011
Sakit Bila Kena Tendangan Padu.... Uuuu....
Baru lepas makan. Tapi main telan-telan je. Sebab sakit macam terberanak rasanya time makan tadi. Baby kan kaki kat bawah. Bila dia tendang memang syahdu la ummi dia dok tahan.
Nak jalan pun dah tak larat. Semalam nak tido pun tak lena sangat. Pinggang sakit gila. Nak berkalih tido tu hadoi la.... Tengok Amir baik punya tergolek sebelah ummi. Kejap-kejap karang kaki naik atas perut la. Tangan dok peluk ummi la.
Dah pandai budak bertuah tu. Letak dalam katil dia dalam pukul 3 pagi bangun panjat katil menggagau landing sebelah ummi. Semalam pulak abah dia kena keja sampai pagi lagi la seronok dia melanding atas katil luas tu. Kalau dalam katil dia asek berlaga je dengan penghadang kayu tu.
Ingat nak mc hari ni. Tapi petang sat lagi ada meeting. Esok pagi petang meeting. Tsk... Tsk....
Serius la dah tak larat gila. Oh, test air gula aku normal result dia. Tak ada kencing manis pun. Tak memasal je minum air manis tu. Wuwuwu....

Baby Masih Breech
Assalamualaikum
Kat opis. Pagi tadi nyaris sangat la aku pi keja sendiri. Sebab Abang Misai semalam kena keja 24 hours. Baru pagi tadi balik.
Pasal apa aku kata nyaris? Pasal aku dah hantar Amir pi rumah tok su. Tetiba tengah on da way laki aku call tanya aku kat mana. Suruh aku balik rumah balik lepas hantar Amir.
Dan hasil daripada patah balik rumah adelah kemerahan punch card. Ciskek betul. Lambat 1 minit aje. Jammed gila kat jambatan sebab ramai nak masuk susur ke bayan lepas tu.
Semalam checkup. Sebenarnya check darah je. Hb turun balik. Tekanan perasaan betul la. Kerang dah makan. Bayam dah makan. Hari-hari kat opis ni aku telan bayam. Dah macam popeye. Dah alang-alang check darah klinik desa yang selalu aku pi tu suruh aku pi check perut sekali. Baby masih kepala kat atas.
Heartbeat baby semalam betul-betul kat pusat aku je. Hahaha! Nurse tu kata confirm la kepala baby kat atas. Lagi pulak dia menendang memang rasa kat bawah je. Atas ni tak rasa apa. Ada tak ada pagi tadi aku rasa gerak-gerak kat atas ni. Tapi maybe tangan baby la. Sebab ni dah rasa dia tendang kat bawah balik. Huhuhu....
Korang rasa ada harapan lagi tak baby nak buat sommersault berputar dalam tu? 11hb ni ada checkup pakar lagi sekali. Kalau tak pusing kalu baru diorang decide 11hb tu.

Monday, July 4, 2011
Emo Pulak Tetiba
Assalamualaikum
Aku tak beranak lagi. Ada je. Tapi sekarang nak tido susah betui. Sakit belakang. Kalih kiri sakit. Kalih kanan sakit. Terlentang pun sama je. Takkan nak meniarap pulak kan.
Hari Jumaat lepas adelah hari jammed gila babun. Sebelum masuk jambatan lagi dah jammed teruk. Ingatkan pasal apa la. Khamis tu polis ada blocked jalan pasal perhimpunan Bersih tu. Rupanya Jumaat ada demonstrasi jalanan yang tak setuju perhimpunan Bersih.
Pelik betul aku. Orang yang nak buat perhimpunan Bersih tak buat lagi tapi orang yang tak setuju yang buat jalan jammed. Hangen gila ah. Nasib baik bukan aku yang drive. Hehehe... Tapi laki aku punya merungut jangan cerita la.
Tambah pulak tengok berita diorang kata kalau perhimpunan Bersih tu buat jugak diorang nak buat demonstrasi kat jambatan Pulau Pinang. Hamboihhhhh... Meh aku langgar sekor-sekor. Kalau tak menyusahkan orang lain tak buleh kot.
Eh, tetiba emo. Hahaha! But seriously la, tolong jangan menyusahkan orang lain boleh tak. Korang nak buat bersih ke, kotor ke, berdebu ke, jangan buat tengah jalan. Pi cari stadium ke hape.
Ni elok-elok dari opis ke rumah 45 minit je dah jadi 2 jam okeh. Keluar pukul 5 sampai rumah pukul 7 lebih. Dah macam dari Penang ke Ipoh.
Ok, aku nak buat keja sat. Sambil makan biskut. Petang ni nak time off. Ada checkup kat klinik. Darah aku kan asek Hb rendah je. Last checkup ok pulak. Hari ni tak tau macam mana. Durian ada effect pada Hb tak? Sebab weekend hari tu aku membantai kenduri durian kat rumah. Huhuhu...
Baby pun tak tau dok kepala atas ke bawah. Sebab banyak rasa tendang kat bawah je ni. Ke itu tangan dia? Hahaha!
Ok, bubbaiz.

Friday, July 1, 2011
Next Week Banyak Meeting
Assalamualaikum
Hari ni pepagi aku dah turun cafe. Cari kuih. Selalu aku makan biskut. Tapi stok biskut dalam bilik dah abes. Lupa nak topup. Dah la perut makin maju ke depan ni. Sangat malas mau berjalan hoh. Aku rasa macam nak merangkak je sebab penat sangat. Melampau pemalas kan.
Tengok la esok lusa pi cari biskut. Ada lagi barang nak pi hospital yang nak dibeli.
Next week checkup lagi. Aku tengah confuse dengan adik Amir ni. Kejap karang dia menendang kat atas. Tapi selalunya tak sampai sehari je la aku rasa dia tendang kat atas. Petang tu elok la dia tendang balik kat bawah. Perlu ke berpusing dengan sesuka hati?
Next week jugak adelah banyak meeting. Meeting berderet. Nyampah pulak aku. 7hb pulak Penang cuti. Eh, rasa nak amik cuti la 8hb tu. Kan hari Jumaat. Cuti tersepit kata orang. Muahahaha! Staf aku pun ramai yang cuti. Dah la 11hb tu ada checkup dengan pakar pulak. Aci tak? Mesti timbalan aku membebel tarik-tarik muka kan. Ada aku kesah?
Ok la. Aku nak relax-relax kan tulang belakang jap. Sakit betul sekarang ni. Nak tido pun asek la terbangun. Tengok laki aku tido syok je. Jeles tau tak.
Babai!

Subscribe to:
Posts (Atom)