SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, January 20, 2009

Pinggul ku sudah memulakan proses pengembangan dan pembesaran dengan jayanya... Huuuuu....

Adoi la.... Belakang pinggul aku sakit gila nih. Pagi tadi masa datang kerja ok je. Tapi lepas duduk jap lepas tu bangun nak pergi jalan-jalan luar bilik aku rasa sakit gila dekat belakang pinggul nih. Sekali menapak sakit rasa macam apa.


Apakah itu tandanya bontot aku nak membesar lagi???? Huuuuu....


Adakah persediaan supaya nanti pinggul tak sempit masa bersalin??


Aku dah berjalan macam nenek tua ni. Slow je... Nenek pun boleh jalan lagi laju dari aku rasanya...


Dah lah hari ni memang tak ada selera nak makan. Minum air masak je. Pagi tadi adalah minum secawan susu.


Semalam selera bukan main lagi. Ada bertambah nasi dalam pinggan. Sedap pulak sambal sotong kakak aku masak. Padahal dia tengah malas tu. Main campak-campak je dalam kuali. Sampai bunyi berdentum luar rumah pun tak peduli dah. Makan dengan penuh kusyuk.


Kagum tak aku boleh makan nasik. Sila kagum ye...


Rupa-rupanya bunyi berdentum tu accident depan rumah. Tapi masa makan tu ada lah cakap dengan kakak aku,


"Eh, bunyi apa tu haaa? Macam accident je."


Aku pandang kakak aku, kakak aku pandang aku. Tapi lepas tu kita orang abaikan bunyi tu. Makan lagi sedap.


Lepas makan tergolek-golek dalam bilik macam ular sawa. Tiba-tiba dengar bunyi siren. Berhenti pulak betul-betul depan kawasan flat rumah kita orang.


Disebabkan kami prihatin kami pun jenguk lah ikut tingkap dari tingkat 4 tu.


Hoh, betul lah. Ada accident. Kereta myvi merah langgar motor dekat simpang u-turn. Rasanya orang motor tu agak parah lah kot. Kereta myvi tu bonet depan terangkat lah jugak.


Lamalah jugak kami mengintai dari tingkap tu. Sebab orang pun ramai berkerumun kan. Macam pesta pulak. Aku rasa orang yang bawak motor tu mesti terbang melayang kena sondol dengan kereta myvi tu.


Sekarang aku rasa macam nak baring-baring. Kot boleh lega sakit pinggul aku ni.


Syhhh... Jangan bagitau bos aku tengah baring-baring dalam bilik aku tau... Kau orang aje yang tau ni. Hehehehe....

1 comment:

Momma Qiestina said...

beshnya cima ko leh makan nasikk :(

aku dah 3 weeks beb haram bau2 nasik malah perkataan nasik pon buat aku loya.

loss 4 kg tuuuu.

aku betau bosh ko ngulorrrrrr.hiigiihi.