SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, January 3, 2009

Double Happiness

7 weeks pregnant and my morning sickness agak teruk. Pagi semalam masa dekat ofis berlari-lari aku ke toilet. Isk..Isk...


Nak makan tak selera. Bau apa pun aku tak lalu. Hari ni aje dah 3 biji mini tangerine aku telan nak bagi hilang loya.


Macam ni rasanya masa mama mengandungkan aku dulu. Insaf....


Oh, dan tak sangka jugak aku kongsi dis happiness dengan BFF masa sekolah rendah, Yati.


Kawan-kawan dia sekarang panggil dia Yat.


Dia pun baru dapat tau dia preggy 5 weeks. Good news masa new year. So, sama-sama lah kita timang baby ye Yati. Nanti mesti hubby kau happy melompat-lompat bila dengar berita ni.


Yati ni kawan aku masa aku standard 5 and 6. Masa zaman aku selekeh gila-gila. Kasut pun dah ternganga macam mulut buaya. Yati lah BFF aku. Pergi sekolah agama pun satu kelas. Aku selalu tumpang bekal yang mak Yati buat sebab rumah aku sangat jauh dari sekolah. Tak sempat nak balik mandi and tukar baju. Busuk-busuk aje pergi sekolah. Sebab tu orang tak berapa nak kawan. Huhuhu... And mak Yati selalu masak lebih sebab dia tau aku suka kecek bekal anak dara dia. Hahaha! Thanks makcik. Makcik masak sedap tau.


Aku ingat lagi tukang hantar bekal tu adik Yati nama Ajib. Ajib pun dah kawin dah. Dah nak jadi bapak budak pun. Ke dah jadi ek? Heheh... Dah lama lah aku tak check friendster aku so tak berapa nak tau.


Hmmm... Rindunya zaman sekolah dulu-dulu.


Apa pun aku dengan dia sama-sama jauh dengan husband. Husband dia dekat tengah laut. So 3 bulan sekali baru jumpa. Kira aku nasib baik lah dari Yati. Husband aku jauh kat utara tapi still boleh jumpa 2 minggu sekali. Kalau tak ada kerja lah.


Sabar ek Yati. Aku faham macam mana kau rasa.


Aku pun rindu sangat-sangat dekat husband aku ni. Hukhukhuk...


Nak balik kampung!!!


Huwaaaaaa!!!!!



p/s: Lupa lah nak wish Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009. Ok, kawan-kawan. Semoga azam baru untuk tahun ni success lah yea. HAPPY NEW YEAR TO ALL!!!!

2 comments:

Yat Ekhram said...

syima lalinks,


wopssssssssss..ko buat aku tersentuh ngan ceritera antik kita itu.sob..sob..[jgn salahkan aku nanes,hormon ngandong buat aku gini].

Tak sangka kan kita BFF,sekali preggy pon sama-sama.Allah hu akbar!
kita sama2 doa cepatla ilang segala loya tahap dewa ni.Siyes aku sgtb tak larat.Dahla suami jauh :(

Tq my prennnn.
Kita share our wonderful story as mama-to-be yeah.

**baby aku say hi kat baby ko.
Nak jadik BFF cam mama boley?

AmiYs said...

dear yati,

aku kalo igt masa kecik mesti teringt ko...huhu...xleh lupa la BFF kan...

aku pon tgh melepek je kat rmh... bdn amat letih even x wat kije ape2...hahaha...

**baby aku bls balik.
Boley je. Baby pon pk camtu. Best kan. ;);)