SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, January 5, 2009

Cabut dari meeting yang boring

Meeting dari pagi tadi tak habis-habis lagi sebenarnya.


Tapi aku dah berjaya melarikan diri dari bilik meeting yang sejuknya Ya Rabbi... (Aku rasa kalau letak air dalam tu boleh jadi ais kot) Sebab aku rasa aku macam tak ada kena mengena pun dalam meeting tu. Bincang apa ntah. Dah la tgh tak sedap badan. Pagi tadi dlm bilik meeting pun dah uwek, uwek. Huhu...


Masa aku baru keluar pulak minum petang sampai. Oh, bihun goreng. Cuma pada pandangan aku bihun tu tak menarik perhatian pulak. Selalunya aku memang pantang nampak bihun goreng ni. Mesti nak makan. Ini baru bau sikit aku dah lari balik ke bilik. Takmo lah...


Petang ni lepas balik kerja nak pi beli susu. Susu untuk ibu preggy yang aku beli hari tu dah habis. Kakak aku pun dah balik hari ni so boleh lah pergi shopping. Tak best shopping sorang-sorang ni. Lagi pun kalau aku tak larat ada lah orang yang boleh tolong bawak barang kan. Hahahaha...


Tak ada apa yang menarik pun hari ni. Tapi jalan dah agak sesak. Maklum lah, sekolah kan baru bukak balik. Parking space pun dah kena berebut macam biasa. Semuanya sebab budak-budak U pun dah masuk semester baru.


Budak U zaman sekarang ni kaya betul. (Aku rasa lah) Duduk rumah sewa belakang U aje. Lepas tu ada kereta masing-masing sorang sebijik pulak. Zaman aku dulu menapak aje lah. Kalau nasib baik ada lah bas kontot kaler pink yang sendat macam sardin terhegeh-hegeh depan rumah. Kalau lagi baik ada lah bas U. Tambang pun tak payah keluar. Tapi itu kalau nasib baiklah kan. Kena lah turun awal. Kalau dah terbangun lambat pulak memang tak ada masa lah kau nak tunggu bas pink ke, oren ke, hijau ke... Memang pakcik cab lah yang kaya di pagi hari.


So, memang aku rasa sangat lah macam mana berharganya RM tu sampai sekarang aku ni jadi agak berhemat berbelanja. Bukan lah kedekut. Tapi teringat time zaman susah dulu. Nak makan megi pun boleh kerat sorang separuh. Kerja part time macam-macam. Kawan aku lagi best, nak naik bas terpaksa korek tabung lepas tu bagi pakcik bas duit syiling 1 sen ngam-ngam jumlah cukup 50 sen. Pakcik bas tu pun tak sampai hati nak tolak. (Yani pasti tau siapa orangnya. Hahahaha!)


Masa tu tambang still 50 sen lagi yea.


Hahaha.. Memang kelakar bila teringat zaman dolu-dolu. Kawan aku tu pun dah kawin sekarang. Entah-entah dah ada anak pun.


Eish.. Apesal aku flash back kenangan silam nih. Hahahah... Dah.. Dah.. Pi buat surat tu.

2 comments:

smoochyn said...

adekah org i2 roykiah..?
muahahah

AmiYs said...

roykiah @ boyroy @ effa

pilih mane 1 korang nak.

ahahahaha!!!!