SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, November 18, 2016

Demam Yang Kena Layan Diri

Demam. Last week demam dengan batuk. Semalam demam n batuk lagi. Sampai tak larat nak batuk. Tido pun tak boleh. Batuk sampai terkencing termuntah semua. Hidung pulak dah merah macam reindeer. Asek kena tonyoh je dengan towel kecik.

Ni dah rasa macam melecet lak hidung. Dengan mata berair. Oh my. Asal laki aku takde pi operasi ke hape la aku nak sakit. Jaga la kau diri sendiri. Memang dak debab dengan Amir layan diri je la. Ummi dia nak bangun pun tak larat. Kalau merangkak tu tak dipandang over aku dah merangkak dalam rumah.

Suara jangan cerita. Rock kapak dah. Nak bercakap pun tak terkeluar perkataan. Nak bernafas pun jenuh.

Tapi hari ni tetap keja macam biasa. Semalam je aku EL. Dah keja berlambak hoih. Hujung tahun nak closing macam-macam. Time tu la nak print segala mak nenek borang. Nak perabes duit pi taklimat sana sini.

Esok pun macam gaya tak boleh rest. Nak nangis la gini. Huuwaaaaa!!!!

😢😢😢 

Tu je nak khabo. Aku dah blank abes dah ni. Luahan perasaan. 

Monday, October 24, 2016

Nak Kurus? Meh Folo Kak Mot ;)

Sebenarnya nak buat keja. Tapi sebab report yang nak dicompile tak ada sebab anak buah lupa nak hantar aku pun tercangak la hadap PC.

Dah la nak buat keja tak aman sentosa. Ntah apa yang digerudi dari pagi tadi dekat dengan bilik aku ni. Bergegar telinga n otak aku tau tak. Rasa nak jerit suruh diam je. Serabut hoih. Apesal la tak buat keja time cuti.

Makin menambah umur ni makin malas pulak nak taip entry. Dulu pun entry merempan je banyak kan. Hahahaha! Kepala otak pun dah berkarat dah haaa..

Aku dalam proses diet ni. Ate gila ko banyak baju dah tak muat. Gigih la berusaha menurunkan berat badan tau. Tapi aku tak la diet beria sangat. Dibantu dengan fat burner jugak. Setelah berfikir sampai rentung. Sebab sebelum ni aku kurang makan pun takde perubahan kan.

So mempersembahkan......

Ini la yang aku amik sekarang. Dah masuk botol ketiga. Sepanjang amik ni makan tu aku kurangkan sikit portion je. Nasik tetap makan. Zumba ade sikit-sikit. Yang lain setakat bergelek dalam bilik air. Kahkahkah! Tapi jangan la dah amik Leptos ko makan macam naga. Memang tak kuruih la jawabnya.

Berat mula-mula berLeptos 70kg noks. Berat mata memandang sangat ni. Abes 2 botol dah sriap 3.6kg tau. Sekarang berat aku 66.4kg hmmm... Panjang lagi perjalanan ni. Target adalah memuatkan diri dengan jeans zaman beranak 1. Kahkahkah!

Semoga tercapai la hasrat kak mot. Wahahaha! Cer tengok gambar ni. Ada perubahan tak?

Gambar sebelum 29 Julai 2016. Memang kembang setaman sangat masa ni. Hidung sampai kembang sekali. Huhuhu.

Gambar selepas 8 Oktober 2016. Amacam? Double chin hang pi mana? Hang pi mana? Hang pi mana? Hahahaha!

Kalau korang nak slim shady bersama kak mot wassap je ye.
019-5448669

sebotol RM180
2 botol RM300

Untuk lelaki kalau nak kurus jangan amik Leptos. Leptos untuk perempuan. Yang lelaki Qufast namanya. Hehehehe... Roger ahkak tau.

Kbai

#leptos
#qufast
#kunyahkunyahkurus
#kakmotleptos
 
 

Thursday, September 1, 2016

Surat 'Cinta'

Hari ni kerja aku menaip surat 'cinta'. Surat cinta kepada anak buah yang suka sangat datang 'awal'.

Tak faham sungguh aku tau. Ada yang rumah dalam Pulau jugak tapi bilangan merah tu mengalahkan aku yang duduk seberang laut ni. Alasan jem. Keluar rumah pukul berapa la.

Lambat bukan sikit-sikit. Bilangan lambat pun bukan sikit-sikit. Ada yang half month merah sesaje. Amboi-amboi... Takkan sebab keja tak permanent maka boleh buat sesuka hatimu wahai anak-anak. Mana pi komitmen, rasa tanggungjawab semua.

Stress sesaje aku ni. Hari tu penyelia buat hal. Ni anak buah depa pulak. Patut la tekanan darah tinggi semedang.

Tengok.. Update blog tapi entry emosi. Huhuhu...

Penat hoih cakap elok-elok macam tak faham. Perlu ke aku jadi tarzan n memekik or azankan sorang-sorang.

 

Thursday, August 4, 2016

Misscarriage at 8 weeks

Amboi... Lama tutup kedai kan. Bersawang dah blog. Hahaha!

Mood ke laut la bulan lepas. Dari pertengahan bulan 6 sampai pertengahan bulan 7 aku melepak kat rumah. Sebulan kau cuti. Tapi bukan cuti makan angin mahu pun saja-saja melepak tak tentu hala. Cuti sebab misscarriage.

Yeee... Hakak pregnant. Tapi sempat 2 bulan je. Baru kelmarin pulak nurse suruh mai balik hospital. Katanya lab result dah keluar. Partial molar pregnancy. Apa tu? Pi gugel ye. Tak larat pulak aku nak explain panjang lebar. Kalau term melayu depa panggil kandungan anggur. So, akan ada la sorang manusia yang sentiasa masuk keja lambat pada hari isnin.

Sekarang dah ok la kot. Sebab dah berjalan merata. Cuma tak habis pantang lagi. Setakat ni aku pantang ala kadar je. Walaupun makcik aku kata pantang gugur lagi ketat dari pantang bersalin. Dah atenye aku nak pantang gitu kalau dah cuti sakit pun 2 minggu je. Lepas tu dah mula kerja. Setakat ni masih pakai stokin, tak makan pulut n laksa. Yang lain semua aku bedal. Terung memang tak makan la pasal angin terung amat la kuat pada aku.

Semua orang takut-takut je tersalah cakap dengan aku masa aku misscarriage tu. Aku ok je pun. Tak ada apa. Maybe sebab awal lagi kot. Tak sempat rasa baby gerak segala. Lagi pun kalau dah molar pregnancy memang tak survive.

Banyak lagi sebenarnya benda dalam kepala otak aku ni. Tapi kerja opis pun banyak jugak. Muahahaha! Maka stop dulu kat sini ye.

Eh, sesiapa nak order Nurraysa mari order dengan Kak Mot. :D

   

Thursday, June 9, 2016

Salam Ramadhan 1437H

Kak Mot bz ni uols... Lepas MC 6 hari last week sampai Isnin masuk opis macam rasa nak sambung MC tengok keja berlambak-lambak. Pitam bangun seploh kali. Hahaha!

Eh, bz-bz pun sempat update ye. Harusssss. Sempena awal Ramadhan nak update jugak. Padahal dah Ramadhan keberapa ni. Hari ni puasa ke 4 dah. Setakat ni masih bertahan. Tak tau la kot esok lusa tumpas pulak. Hehehe...

Amir Ridhwan pun puasa jugak. Tapi tetiap hari lagi 30 minit sebelum berbuka dia dok berzikir kata lapar la, haus la. Bila suruh makan ke, minum ke tak nak pulak. Nak jugak tunggu azan. Ate tetiap minit selama 15 minit sebelum berbuka tu pulak dia tanya,

'Ummi, lagi berapa minit nak azan?'

T____T

Penat aku nak jawab. Selang seminit ok dia tanya. Hahaha!

Dak debab Hana pulok ni dah berapa hari tak nak balik rumah. Dok rumah Toksu. Anak bertuah sangat ni. Geram je aku tengok dak debab ni tau. Hari first puasa tu dia nak puasa jugak. Tapi puasa makan saje. Air tetap minum. Wakakaka! Suruh makan gigih tak nak. Dia kata,

'Adik posa la'

Ahahaha.. Macam-macam anak bertuah ni tau. Hari ni try lagi pi amik dia kat rumah Toksu. Nak balik ke tak la budak bertuah tu.

Setakat ni aku tak merambu lagi kat bazar Ramadhan. Laki aku je pi membeli. Tu pun untuk Amir n dak debab. Kitorang ni makan apa yang ada je. Sebab yang ada tu pun tak abes. Pembaziran sungguh.

N ada bantuan raya jugak tahun ni. Alhamdulillah. Syukran... Syukran... Tq Allah. Tq PM. Hikhikhik...

Dah. Nak sambung keja balik. Nak settle sebelum bos masuk opis esok. Stress pulak la tanya soalan pelik-pelik karang.

Salam Ramadhan 1437H semua.

Thursday, May 5, 2016

Nyah Entry Merepek Dari Blog Ahkak!!!

Wahhhh banyak keja! Huhu...

Tak sempat aku nak jenguk blog. Tau-tau memberku Suliana bagitau blog aku dipenuhi entry pelik-pelik. Jenguk kejap padam entry pelik. Esok ada lagi.

Kebingungan sungguh kak mot tau. Setelah aku menggugel dengan beberapa keyword akhirnya terjumpa kat forum blogger. Suh disabled yang entry publish tru email tu. Baru la aku tak nampak entry-entry bongoks pasal ade outstanding hutang kejadah ituuuu... Haaaaa... Ye la, tukar password banyak kali pun jadi. Aku ingat nak tutup blog dah.

Eh, pembuka bicara dah membebel. Hahaha! Aku bz sangat ni. Survey nak jalan. Staf tak cukup. Responden makin susah nak bagi respon. Miserable sangat rasanya respon rate nanti ni.

Aku malas nak membebel panjang pasal respon rakyat malaysia ni. Setakat ni pi kampung-kampung respon ok. Yang tak ok kat bandar ni haaa.. Lagi-lagi dok kondo. Nak masuk area kondo pun dah susah ko hagak boleh ke nak naik sampai ke rumah. Memang harapan aje la. Orang kaya nak privacy katanya. Ye laaaaa.... Kaya tak payah dah bantuan gitu. So apedehal tak nak bagi respon, ye tak?

Aku nak tengok gak apa la yang nak diviralkan pasal survey tahun ni. 2 tahun lepas punya survey pun ada jugak yang update tak puas hati orang datang rumah sebulan tanya pasal belanja. Katanya kami ni nak amik duit dia. Lantak kome la.

Ok, aku nak sambung keja sikit. Lepas tu balik. Sakit kepala hadap pc dari pagi sampai petang. Makan pun depan pc ni haaa... Mata panda sangat.



 

Friday, April 1, 2016

Siapa yang update blog aku ni....

Seminggu dua ni aku confused. Aku tak update blog pun. Tapi tetiba ada update kat entry. Tengok post takde keluar apa pun. Eh, ke ada gambar aku tak nampak.

Korang ada ke nampak gambar pelik-pelik? Kalau ada ampun ye. Memang bukan aku punya keja la. Kekadang tu entry letak .pdf tapi kosong.

Ni makhluk mana hack akaun aku ni.

Password dah tukar dah. Tapi cenggitu la jugak.

Amarah sungguh aku. Baru pagi ni je tengok entry tajuk photos. Jadahnya la. Aku tak update apa-apa pun lagi ok.

Stress sungguh.

Eh, nak bagitau. Aku nak buat giveaway. Tapi bukan dekat blog la. Blog sendu sangat ni. Kahkahkah! Orang tak glamer begitu la.

Aku buat kat instagram. Jengah la instagram 'kakmotnurraysa'. Hehe.. 

 

Thursday, March 31, 2016

Contest? Nak ke?

***Sticky Post***

Kalau Kak Mot nak buat contest korang nak join tak?

Hadiah?



Sebatang lipstick bernilai RM30

Bukan hadiah orang di atas ye. Lipstick yang dipegang tu je. Hehehe...

Kalau setuju pliz komen. Kalau banyak sambutan Kak Mot buat. Kalau kedinginan umpama suasana antartika yang sejuk beku tu Kak Mot tak buat la.

Huhu...

Insya Allah, kalau ada rezeki lebih Kak Mot buat contest tetiap bulan.

:)

Promosi Produk Nurraysa Sempena Hari Wanita Sehingga 5 Mei 2016

Sekarang Nurraysa tengah ada promosi sempena hari wanita tau. Penjimatan berganda.










Roger-roger kak mot di sini. Hehehe...
Produk ni kak mot pakai.. Terjatuh chenta.. Terus jual...
Kot ada sesiapa nak tambah income meh jadi dropshipper kak mot...
Tak rugi ok sebab produk ni memang bagus n laris di pasaran...

Wassap je 0195448669
 

Monday, March 14, 2016

Boboiboy The Movie.. Layan...

Semalam bawak bebudak tengok movie. Gigih sangat la aku sesorang kan bawak budak 2 orang tu. Nasib la masing-masing dah pandai jalan sendiri. Kalau stok nak berdukung memang dok la kau di rumah tengok tv je dah.

Amir dengan Hana nak tengok Boboiboy. Dah janji nak tengok last week. Tapi full house je. Tak larat la nak tengok yang petang. Dah la aku sorang je hangkut bebudak tu. Amik show pukul 6 pukul berapa pulak nak abes. Tertido dalam panggung tu macam mana gaya aku nak heret pulak karang.

So, semalam keluar tengok kat Sunshine Bertam aje. Dekat sikit dengan rumah. Nak tengok pukul 3 full jugak. Tak nak aku amek seat depan terdongak-dongak. Tengok 4.35 pun selling fast. Tapi tak penuh sangat. Ok, kita tengok 3.45 punya show.

Sementara nak tunggu 3.45 rabak la jugak poket melayan bebudak ni main game kat arked depan panggung tu. Pandai pulak korang ni susun tempat ye. Dah la si debab tu cukup suka main game yang masuk token tarik anak patung tu.

Dah 3.15 moh kita beli pop corn. Beli air milo abes diminum belum sempat masuk cinema tu lagi. Pop corn chicken pun hade. Tu dak debab punya. Dia makan sorang.

Dalam tu dak debab sekejap je boleh behave ye. Amir memang syok tengok sebab kartun feveret dia. Dah nak dekat hujung kesudahan Hana dok atas aku sebab dia kata sejuk. Tau-tau dah lelap. Adehhhh... Memang tak payah bawak dah lepas ni. Amir la yang syok tengok gelak sakan.

Overall cerita Boboiboy adelah best. Aku rasa macam nak tengok lagi tapi macam over la pulak mak budak ni kan. Maybe tunggu DVD keluar la. Layan sampai lebam.

Tu je la cerita weekend aku semalam. Lain-lain macam hari biasa la. Mendobi, sidai kain, lipat kain, gosok kain. Masak-masak ade la sikit.

Khamis Jumaat ni nak cuti lepak kat rumah je. Bebudak cuti sekolah. Mak budak pun nak cuti. Penat dah aku ni.
 

Monday, February 29, 2016

Kumpul Medal

Ni la hasil main bola jaring. Tahun lepas and tahun ni. Juara sangat kan. Yang belah kiri tu tahun lepas punya medal. Masa tu aku jadi GK. So, GK relax la sikit. Muahahaha!

Tahun ni yang belah kanan tu. Besor sikit medal tahun ni. N nampak cantik lagi. Tahun ni jadi GD. Semput Kak Mot yang dah berzaman tak bersukan ni. Bergegar lemak 1 badan. Kahkahkah!

Kalau ada lagi tahun depan malas nak main. Boleh macam tu? Tak larat hoihhhh... Tahun ni ok sikit la. Esoknya lepas main tak berapa sakit sangat badan. Tahun lepas punya la seksa. Nak duduk pun susah. Nak jalan pun terkengkang-kengkang.

Pencen main bola jaring. Kak Mot tak minat. Kihkihkih.

Tu je nak cerita. Ok Bai!

 

Monday, February 22, 2016

Mood Ku Menghilang

Hari ni mood tak kelihatan di mana-mana. Cari balik pintu tak jumpa, bawah meja pun tak jumpa. Sampai sekarang aku terkebil-kebil pandang pc ni.

Punca takde mood... Job rotation. 2 orang staf aku terus kena amik. Diganti dengan sorang staf dari seksyen lain. Di kala tengah sibuk takde bajet n banyak keja. Sunyi je aku rasa selalu pagi-pagi aku sampai lalu sebelah partition tu staf aku tegur. Hari ni takde.

Hmmm... Staf aku semua rajin-rajin. Semua boleh diharap. Jadi rasa lain sangat ni. Dah la buat job rotation tak ada perbincangan dengan ketua seksyen. Bila aku timbulkan isu tu katanya nanti sibuk nak pertahankan anak buah. Bangang abadi sangat. Benda boleh bawak berbincang. Belum bincang ko dah boleh agak apa ketua seksyen nak buat. Tak faham konsep berbincang sungguh.

Ok la, apa pun hari ni dapat payung free kan. Jadi kureng la sikit rasa takde mood tu. Belek payung kalerful nampak cantik pulak. Simpan opis je ni. Bawak balik sat lagi anak bertuah tu fefeeling princess pulak tengok payung rainbow.

Aku puasa hari ni. Balik ni tak tau nak makan apa. Beli ayam binbakar je la kot. Ke grill je ayam kat rumah. Proses diet sangat. Tapi weekend je diet aku ke laut. Hahahaha!

Eh, dah boleh gelak. Kira ok la. Mood dah mari. Time nak dekat nak balik ni.

;p

 

Thursday, February 11, 2016

Prektis Bola Jaring

Ok sapu habuk kat blog. Ngehngehngeh...

Aku ni kalau tak menaip rasa macam banyak sangat benda nak diblogkan. Tapi bila dah ada depan monitor terus blur. Ish...

Sekarang tengah gigih nak prektis bola jaring. Walaupun aku main setahun sekali atas paksaan. Aku pernah cerita kot kenapa aku tak main bola jaring. Stop main since darjah 4 ke 5 macam tu. Disebabkan aku tak geng dengan bebudak yang lain maka aku dipinggirkan sebab sorang kawan diorang melalak tak dapat masuk team yang cikgu pilih. Sampai ke sudah aku merajuk menyentap. Sakitnya tu di sini di dalam hatiku ok.

Prektis ni pun pasal weekend ni ada lawan. Aku pulak tengah sakit belakang ni. Tak tau kenapa. Maybe salah buat squat ke hape tah. Memang tak boleh nak tegakkan badan. Macam nenek-nenek sangat dah ni berjalan pun. Jadi aku tak tau apa la jadi kalau aku join gak main bola jaring. Masalahnya kalau tak join tak cukup korum. Kalah tanpa bertanding karang mendapat jelingan je kan. Huhuhu...

Harapnya sakit ni dah ok la esok. Esok nak prektis, lusa nak lawan. Hukaloh sangat prektis sekali je. Ada la hari tu nak prektis last friday before cuti CNY tu kan. Keluar ofis pukul 4, sampai court bola jaring pukul 6.30 ye. Jemmmmmmm yang amat.

Sejam aku drive masih terhegeh-hegeh kat dalam pulau. Jambatan pun tak cecah lagi. Tengok hiway jem kita pun guna la jalan dalam. Oh... Sama aje jem dia. Haru betul. Jadinya jumaat lepas adalah prektis yang tak prektis. Wakakaka...

Ok, aku sakit perut pulak. Jom siapa nak join prektis esok. :D

 

Friday, January 22, 2016

Nurraysa Beauty & Suhun Fucuk Hasdey

Disebabkan ekonomi makin meruncing. Maka aku pun nak menyahut seruan pak menteri la untuk buat lebih dari 1 kerja. Muahahaha...

So dengan ni Kak Mot nak bagitau Kak Mot adelah agen bagi produk Nurraysa Beauty.


So, boleh roger-roger ahkak la ye kalau nak beli produk ni. Aku start jual bila aku suka pakai bedak DD Moist Cake dia. Eyeliner pun best. Lipstick pun best. Skincare pun ado. Bodycare pun ado. Info lebih lanjut boleh add aku kat FB cari je nama Fukusyima Azmira. Segala pasal Nurraysa aku setting post untuk public. Blog ada tapi aku susah sikit nak update blog sekarang. Kena jegil dengan tok laki asek hadap henpon je. Huhuhu...

Di samping produk Nurraysa ada jugak aku jual....


Suhun dan fucuk keluaran bumiputera. Memang amik terus di tempat pemprosesan. Halalan toyyiban. N memang cepat habis la suhun n fucuk ni. Ramai yang cari. Selalu kehabisan stok. RM2.50 sebungkus.

Boleh la roger-roger ye. Kak mot jual....

:)

Wednesday, January 20, 2016

Rajin Berbento

Aku kekaguman tengok mak-mak yang buat bento kat anak yang cantik-cantik. Siap ada muka bagai. Mata la. Aku? Idok le menyempatnya nak kelebet semua tu weh.

Tapi since Amir masuk sekolah belum lagi la aku miss buatkan bekal tu. Amir pulak jenis tak makan nasik pagi-pagi. Dia nak roti je. Nasi goreng pun tak makan. Ntah sejak bila tak makan nasi goreng aku pun tak tau. Dulu selalu nau suh masak. Sekarang nak tengok pun tak nak.

Jadinya bekalan roti gardenia perlu selalu ada kat rumah. Selalu aku buatkan burger, roti telur. Kadang-kadang nugget n fries. Nugget kat sekolah seketul 60 sen ok. Baik la aku goreng sendiri.

Pagi tadi gigih Kak Mot korang masak pizza. Pizza roti gardenia nama dia. Hahaha... Aku igt nak menguli. Tapi terbangun pukul 4.45 celah mana sempatnya. Sat lagi tak pi keja pulak. 6.30 memang dah kena kuar pi keja atau selamat la punch card merah kan.

Ada pulak nasik lebih meh la masak nasik goreng. Untuk bekalan diri sendiri.


Langkah penjimatan jugak la bila Amir masuk sekolah kan. Dengan ummi dia sekali bawak bekal. Hahahaha!

Memang kena berjimat pun sekarang. Bajet ofis kena potong kaw-kaw. Lebih 70%. Tak mau cakap banyak-banyak sangat. Karang kena surat tunjuk sebab mati la nak. Huhu..

Berbento la Kak Mot setiap hari lepas ni. Or puasa je. Baguih la. Kuruih sikit. Sekarang pun dah mendebab. Kain baju kurung pun dah sendat-sendat.

Nak kuruihhhhhh....
 

Friday, January 8, 2016

2016.. Anak Dah Darjah 1

Dah tahun baru 2016. Apa azam tahun baru kome? Aku? Nak kurus tu adelah azam dari tahun 2011 lepas beranakkan dak debab lagi. Hahahaha! Masih top list tu. Sebab aku bukan makin kuruih. Makin bulat pulaknya. Makan apa pun tak tau. Hahahaha!

Lain-lain punya azam? Nanti la fikir. Aku busy sampai tak terfikir nak listkan azam apa. Asalkan apa yang aku nak buat berjaya Alhamdulillah la tu.

Busy la pasal tahun ni Amir masuk sekolah. Kelam kabut hoih siapkan barang dia. Dok pikir macam mana nak sekolah agama. Dia nak pi sekolah macam mana. Stress tau. Sebab laki bini dedua keja jauh dari rumah. Rasa nak berenti keja je aku bila fikir.

Dah la hari first sekolah time balik tu Amir hilang. Aku suruh tunggu dengan sepupu dia Fik n Yana. Tunggu aku datang amik. DIa pi ikut cakap sepupu dia lagi sorang si Tina. Pi naik van. Macam nak luruh jantung tau cari dia tak jumpa kat sekolah. Nasib la sekolah transit dia call tanya. Rupanya dia turun sana. Tak sempat marah dah melalak dulu. Huhu... 

Aku memang nak berbisnes la. Kalau dah mantap memang aku nak berenti keja. Rezeki ada di mana-mana kan. Daripada aku stress kat opis kena dengan bos, stress pikior anak-anak lagi. Baik la aku stress dengan anak-anak je. Stress banyak lama-lama sakit. Siapa yang susah. Bos bukan amik kisah pun.

Dah, get ready nak balik. Gambar Amir pi sekolah ada kat fb n ig. Aku malas nak cari dalam henpon nak tepek sini. Ada benda nak siapkan.

K, Bai.