SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, August 4, 2016

Misscarriage at 8 weeks

Amboi... Lama tutup kedai kan. Bersawang dah blog. Hahaha!

Mood ke laut la bulan lepas. Dari pertengahan bulan 6 sampai pertengahan bulan 7 aku melepak kat rumah. Sebulan kau cuti. Tapi bukan cuti makan angin mahu pun saja-saja melepak tak tentu hala. Cuti sebab misscarriage.

Yeee... Hakak pregnant. Tapi sempat 2 bulan je. Baru kelmarin pulak nurse suruh mai balik hospital. Katanya lab result dah keluar. Partial molar pregnancy. Apa tu? Pi gugel ye. Tak larat pulak aku nak explain panjang lebar. Kalau term melayu depa panggil kandungan anggur. So, akan ada la sorang manusia yang sentiasa masuk keja lambat pada hari isnin.

Sekarang dah ok la kot. Sebab dah berjalan merata. Cuma tak habis pantang lagi. Setakat ni aku pantang ala kadar je. Walaupun makcik aku kata pantang gugur lagi ketat dari pantang bersalin. Dah atenye aku nak pantang gitu kalau dah cuti sakit pun 2 minggu je. Lepas tu dah mula kerja. Setakat ni masih pakai stokin, tak makan pulut n laksa. Yang lain semua aku bedal. Terung memang tak makan la pasal angin terung amat la kuat pada aku.

Semua orang takut-takut je tersalah cakap dengan aku masa aku misscarriage tu. Aku ok je pun. Tak ada apa. Maybe sebab awal lagi kot. Tak sempat rasa baby gerak segala. Lagi pun kalau dah molar pregnancy memang tak survive.

Banyak lagi sebenarnya benda dalam kepala otak aku ni. Tapi kerja opis pun banyak jugak. Muahahaha! Maka stop dulu kat sini ye.

Eh, sesiapa nak order Nurraysa mari order dengan Kak Mot. :D

   

No comments: