SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, September 1, 2016

Surat 'Cinta'

Hari ni kerja aku menaip surat 'cinta'. Surat cinta kepada anak buah yang suka sangat datang 'awal'.

Tak faham sungguh aku tau. Ada yang rumah dalam Pulau jugak tapi bilangan merah tu mengalahkan aku yang duduk seberang laut ni. Alasan jem. Keluar rumah pukul berapa la.

Lambat bukan sikit-sikit. Bilangan lambat pun bukan sikit-sikit. Ada yang half month merah sesaje. Amboi-amboi... Takkan sebab keja tak permanent maka boleh buat sesuka hatimu wahai anak-anak. Mana pi komitmen, rasa tanggungjawab semua.

Stress sesaje aku ni. Hari tu penyelia buat hal. Ni anak buah depa pulak. Patut la tekanan darah tinggi semedang.

Tengok.. Update blog tapi entry emosi. Huhuhu...

Penat hoih cakap elok-elok macam tak faham. Perlu ke aku jadi tarzan n memekik or azankan sorang-sorang.

 

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. boleh bg emel.. sy nak taw psal spina bifida.. :)

Fukusyima Azmira Fesal said...

hi anon. Salam. Nak tau pasal apa ye. Boleh emel ke fukusyimaazmira@gmail.com