SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, March 14, 2016

Boboiboy The Movie.. Layan...

Semalam bawak bebudak tengok movie. Gigih sangat la aku sesorang kan bawak budak 2 orang tu. Nasib la masing-masing dah pandai jalan sendiri. Kalau stok nak berdukung memang dok la kau di rumah tengok tv je dah.

Amir dengan Hana nak tengok Boboiboy. Dah janji nak tengok last week. Tapi full house je. Tak larat la nak tengok yang petang. Dah la aku sorang je hangkut bebudak tu. Amik show pukul 6 pukul berapa pulak nak abes. Tertido dalam panggung tu macam mana gaya aku nak heret pulak karang.

So, semalam keluar tengok kat Sunshine Bertam aje. Dekat sikit dengan rumah. Nak tengok pukul 3 full jugak. Tak nak aku amek seat depan terdongak-dongak. Tengok 4.35 pun selling fast. Tapi tak penuh sangat. Ok, kita tengok 3.45 punya show.

Sementara nak tunggu 3.45 rabak la jugak poket melayan bebudak ni main game kat arked depan panggung tu. Pandai pulak korang ni susun tempat ye. Dah la si debab tu cukup suka main game yang masuk token tarik anak patung tu.

Dah 3.15 moh kita beli pop corn. Beli air milo abes diminum belum sempat masuk cinema tu lagi. Pop corn chicken pun hade. Tu dak debab punya. Dia makan sorang.

Dalam tu dak debab sekejap je boleh behave ye. Amir memang syok tengok sebab kartun feveret dia. Dah nak dekat hujung kesudahan Hana dok atas aku sebab dia kata sejuk. Tau-tau dah lelap. Adehhhh... Memang tak payah bawak dah lepas ni. Amir la yang syok tengok gelak sakan.

Overall cerita Boboiboy adelah best. Aku rasa macam nak tengok lagi tapi macam over la pulak mak budak ni kan. Maybe tunggu DVD keluar la. Layan sampai lebam.

Tu je la cerita weekend aku semalam. Lain-lain macam hari biasa la. Mendobi, sidai kain, lipat kain, gosok kain. Masak-masak ade la sikit.

Khamis Jumaat ni nak cuti lepak kat rumah je. Bebudak cuti sekolah. Mak budak pun nak cuti. Penat dah aku ni.
 

No comments: