Ok sapu habuk kat blog. Ngehngehngeh...
Aku ni kalau tak menaip rasa macam banyak sangat benda nak diblogkan. Tapi bila dah ada depan monitor terus blur. Ish...
Sekarang tengah gigih nak prektis bola jaring. Walaupun aku main setahun sekali atas paksaan. Aku pernah cerita kot kenapa aku tak main bola jaring. Stop main since darjah 4 ke 5 macam tu. Disebabkan aku tak geng dengan bebudak yang lain maka aku dipinggirkan sebab sorang kawan diorang melalak tak dapat masuk team yang cikgu pilih. Sampai ke sudah aku merajuk menyentap. Sakitnya tu di sini di dalam hatiku ok.
Prektis ni pun pasal weekend ni ada lawan. Aku pulak tengah sakit belakang ni. Tak tau kenapa. Maybe salah buat squat ke hape tah. Memang tak boleh nak tegakkan badan. Macam nenek-nenek sangat dah ni berjalan pun. Jadi aku tak tau apa la jadi kalau aku join gak main bola jaring. Masalahnya kalau tak join tak cukup korum. Kalah tanpa bertanding karang mendapat jelingan je kan. Huhuhu...
Harapnya sakit ni dah ok la esok. Esok nak prektis, lusa nak lawan. Hukaloh sangat prektis sekali je. Ada la hari tu nak prektis last friday before cuti CNY tu kan. Keluar ofis pukul 4, sampai court bola jaring pukul 6.30 ye. Jemmmmmmm yang amat.
Sejam aku drive masih terhegeh-hegeh kat dalam pulau. Jambatan pun tak cecah lagi. Tengok hiway jem kita pun guna la jalan dalam. Oh... Sama aje jem dia. Haru betul. Jadinya jumaat lepas adalah prektis yang tak prektis. Wakakaka...
Ok, aku sakit perut pulak. Jom siapa nak join prektis esok. :D
No comments:
Post a Comment