SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya All

Assalamualaikum

Esok raya kan? Hehehe...

So, di sini tuan punye blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin kepada semua ye. Mana la tau ada terkasar bahasa tersilap kata sepanjang blog ni wujud.

Pada yang balik kampung tu drive hati-hati. Dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Ok, tu je kot. Tengah blur pulak.

Papai~~

Sunday, August 28, 2011

Ahad Yang Takdak Ayaq

Assalamualaikum

Di hari ahad yang sepatutnya indah tapi apekah tetiba tak ada air. Choiiii!!!!!

Nasib la sempat Hana mandi. Lepas tu sepupu dia nak mandi tengok air langsung setitik pun tak keluar. Ntah apa la keja diorang ni buat langsung tak ada notis.

Maka ummi Amir n Hana masih mashem belum mandi. Huhuhu....

Oh, lusa dah raya ek. Tetiba seronok dua tiga ronok. Huahauhaua! Padahal bulan posa aku sesedap je makan. Tapi makan itu ada alasannya di samping denyutan tak bertepi tempat kena gunting itu. Ngiluuuuuu.....

Baju raya Hana n sepupu dia Anis yang beli dekat Puan Yat udah sampei yaaaa... Begitu pantas dan tuntas gitu. Ingatkan Isnin baru sampai. Ummi Hana amat gembira sambil buat chicken dance. Hahaha! Tq ye Yat. Sayang lebih ni. Hehehe... Nanti bebudak tu dah pakai baju tu aku snap-snap pic.

Amir pun abah dia dah bawak shopping semalam. Siap nak sambung shopping hari ni. Ewaaahhhh... Abah Amir ni over tauuuuu! Dah la aku tak dapat ikut. Nak pau apa pun tak boleh. Memang cistat betul la.


Ok la. Aku sebenarnya nak terkencing ni. Tapi menahan dari tadi sebab tak ada air. Ucapan selamat hari raya aku buat esok la. Esok posa lagi kan.


Daaaa~~









Thursday, August 25, 2011

Nak Shopping Tapi......

Assalamualaikum

Semua orang dah balik kampung kah? Hehehe...

Aku nak balik mana pun. Raya kat dalam taman ni jugak la. Dah kata rumah mak pak dalam taman ni. Rumah laki aku dalam taman ni. Rumah akak aku dalam taman ni. Rumah kak n adik ipar pun dalam taman ni jugak. Adekah sungguh taman saudara mara sahaja? Muahahahaha!

Dengan dalam pantangnya. Harus ke ko nak beraya dengan sepenuh hati? Dah la tak posa. ;p

Aku pun macam tak larat je nak jalan sangat lagi. Berdiri basuh pinggan 2-3 bijik pun aku rasa dah macam nak tertanggal pepek aku. Serius ok. Apehal tah. Mungkin begini kah rasanya bersalin normal?

Dah la baju raya anak-anak pun tak beli lagi. Kesian anak-anak aku. Si Hana dari hari 1st pakai baju recycle abang Amir dia je. Kesian dia kan. Baju dia aku ada la beli 2-3 pasang tapi sungguh tak nampak ciri-ciri gegirl itu. Huhuhu... Sebab takut yang keluar adelah boboiboy maka beli baju secara selamat aje.

Ajak laki aku shopping dia takut aku bentan pulak. Tapi baju raya anak macam mana bang? Mak eh tak payah baju raya pun takpe.

Tak apa. Aku ada menyopping selai dua baju online kat kedai Puan Yat kita. Boleh la taram buat baju raya si Hana. Tapi Amir la pulak kesian. Takkan nak pakai baju tahun lepas. Tau la beli tergedoboh kan. Isk... Isk...

Nanti la kirim kat Mama mintak tolong beli ye Mama. Hehehe... Nanti ai kasi la duitnye.

Ok la. Mau lepak tengok tv sementara Hannah Montana aku tido. Dia bangun sat lagi ada melekap kat tetek je.


Tata~~



Wednesday, August 24, 2011

Anak Bertuah Meragam Semalam

Assalamualaikum

Bersawang dah blog aku ni. Tuannye berpantang maka blog pun ikut berpantang jugak la. Muahahaha! Lagi pun aku mengalami kerabakan yang boleh tahan serius. Maka agak kureng mood nak duduk. Huhuhu... Yang tu nanti aku cerita.

Ni pun tengah tunggu orang datang ngurut ni. Lambat pulak hari ni. Si Hannah Montana a.k.a Rihanna tu pun tengah tido. Boleh la update.

Mata aku dah macam mata panda. Semalam Hana telah membuat perangai bergayut kat tetek. Asal tercabut je tetek dari mulut dia meraung. Aku ni punye la ngantuk. Dengan abang Amir dia tido melasak bukan main lagi. Sampai ke pagi tadi la dia meragam. Nak kata pampers penuh aku dah tukar. Perut pun dah sapu minyak telon. Aku nak makan pagi tadi pun *eh, tak posa ;p* terpaksa la tunggu dia dimandikan dek mak aku dulu. Sebab dia punya nangis tu macam kena pukul.

Lepas mandi nangis lagi lepas tu aku sumbat tetek terus tido sampai sekarang. Dah la aku perah susu pun tak seberapa je keluar ni. Jap lagi kalau dia bangun time orang ngurut aku memang haru la.

Ok la. Aku nak try pam lagi tetek aku ni. Kalau boleh keluar susu. Eh, minggu depan dah raya ek. Tak sabor nak raya. Hahaha! Macam posa lak kan. ;p

Sunday, August 14, 2011

Presenting My Princess :):):)

Assalamualaikum

Hi semua... Hehehehe....


Baru dapat nak update. Ini pun aku update secara short n simple dulu la ye. Cerita-cerita ngeri simpan esok lusa. Ni pun dapat update sebab laki aku keluar dengan Amir.

Aku dah selamat mendeliver sorang baby girl pada 8 Ogos 2011 jam 9.21 malam. :):):)

Nama baby Nur Amirah Raihanah. Panggil Mira. Nak nama glamer Rihanna. Muahahaha!

Ni pic dia, cilok dari fb akak aku.


Muka adelah sejibik muka abang dia Amir. Bulu mata je pendek. Abang Amir bulu mata melentik. Hehehe...


Sila tengok perbezaan dengan pic di bawah.


Amir 2 tahun yang lepas. :):):)

Ok, aku nak kemas barang. Petang ni nak berangkat untuk dijaga oleh bondaku. 1 taman je pun. Hahahaha!

Papai! :)


Saturday, August 6, 2011

Kuciwa Tepung Pelita Tipu n Maaf To All

Assalamualaikum

Saje update malam. Tak boleh tido ko. Esok kan nak menyerah diri masuk wad. Tido tak lena, makan tak kenyang dibuatnya.

Tambah pulak kuciwa. Pasal tepung pelita la ni. Abang Misai dah cari dah. Jumpa. Tapi bila makan rasa nak terajang je orang yang jual tu. Tepung pelita tipu okeh.

Kan ada 2 kuih lebih kureng serupa kan. Kuih tako n tepung pelita. Sila google pic kalau tak tau. Tapi ni tako pun bukan tepung pelita pun hareeeemmmmm....

Tako ada sengkuang kat lapisan bawah tu. Ni agar-agar kosong semata okeh. Aku punye la berbulu je bila makan tadi. Kuciwa tau mak buyung yang esok dah kena masuk wad ni. Kemfunan tepung pelita..... :(

Tolong la jangan menipu bila jual makanan ni. Time bulan posa lak tu. Dah 2 kali aku kena macam tu. Sekali time student dulu. Pun agar-agar jugak. Lepas tu tiap kali nak beli tanya dulu agar-agar ke tak. Geram okeh.

Ok la. Aku menaip dalam gelap ni. Hahaha! Orang lain sume dah terbongkang. Doakan la aku n baby selamat hendaknya ye. Jadi aku mintak maaf in advance, belum raya lagi dah mintak maaf. Kot ada terkasar bahasa tersilap kata selama aku berblogging ni ye.


Gudnite semua. :)

Friday, August 5, 2011

Posa Mak Buyung Hari Ke 5

Assalamualaikum

Diam tak diam dah masuk hari ke 5 la posa kan. Oh, mak buyung masih menggigih posa jugak sebelum menyerah diri ke hospital ahad ni kalau still tak ada tanda nak bersalin.

Betul la tak ada tanda. Setakat sakit belakang tu biasa-biasa je la. Nak kata air turun pun tak nampak bayang air. Darah pun tak ada jugak. Kaki ni sampai tak larat la nak bawak diri sendiri. Huhuhu...

Berbuka semalam lauk biasa je. Mak mertua aku dah tak ada idea nak masak apa. Just goreng paru n hati. Sambal keli lebih berbuka kelmarin. Tomyam kelmarin jugak. Pajeri terung. Nak snap pic malas melampau sebab melayan hero yang buat aku kelam kabut nak berbuka.

Asal nampak benda je nak cekau dengan tangan dia. Hish.... Nasik dalam periuk pun dicekau dengan tangan. Lepas tu main ramas-ramas n campak-campak. Nampak pulak gelas nak isi air. Mintak 1 suruh letak air dia. Takmo la dia minum dalam bekas plastik.

Tahun lepas boleh la kurung dalam katil dia tu. Tahun ni mau dipanjat katil tu terjun ke bawah pulak.

Tadi akak aku call kata mak aku muntah-muntah. Dengan anak-anak dia sekali muntah-muntah. Salah makan ke hape tak tau la pulak. Kalau nak bawak pi klinik setakat yang dalam taman ni je aku larat la. Sebab kaki dah ala-ala krem melampau ni. Aku call tadi suara pun dah tak larat je bunyi.

Hmmm... kalau laki aku balik tengahari ni boleh la mintak dia tolong hantar rumah akak aku kejap.

Ok la. Mau pi tengok apa sudah jadi dengan kain baju dalam mesin. Aku mendobi tadi. Dah tak tau nak buat apa. Nampak macam mendung. Tengah memikior nak sidai ke idak...

 

Thursday, August 4, 2011

Semalam Dah Macam Jeli

Assalamualaikum

Tak beranak lagi pompuan ni??? Hahahaha! Jawapannya belum la kalau ada entry baru tu.

Tak rasa sakit. Tak ada tanda apa. Maka dok la bertapa kat rumah ni. Jadi tugu negara.

Semalam memang posa yang paling aku lembik. Sebab panas kot. Petang tu hujan pun still rasa panas. Bahang panas tu naik ke atas. So, tak rasa la sejuk hujan tu. Dah malam still hujan lagi baru la malam tido rasa sejuk je. Amir pun tido syok tak menguit.

Laki aku balik tengok bini dia terbaring atas katil. Lembik semacam. Suruh berbuka tak nak. Degil. Konon nanti nak ganti payah. Hahaaha! Sayang ohhh.... Dah pukul 5 kot nak suruh berbuka. Lagi berapa jam je pun. Itu pun dia kata tak payah posa la hari ni. Tapi aku nak jugak-jugak posa.

Tapi dalam lembik-lembik pun sibuk mintak nak KFC la, tepung pelita la. Hahahaha! Laki aku kata KFC jauh, dia nak beli ayam golek je la. Dengar je ayam golek terus bersinar-sinar mata. Tak kisah la, asalkan ayam. Ahahaha! Tapi tepung pelita tak ada. Laki aku pulak boleh macam tak kenal pulak tepung pelita. Heeeee.... Saje buat-buat tak kenal ke hape tah.

Aku nak jugak tepung pelita sebelum beranak nih. Dah beranak sok mana buleh nak makan. Huhuhuhu... Makan curi-curi boleh kot. Errr..... 

 

Wednesday, August 3, 2011

Tak Larat La Hari Ni

Hari ni aku rasa puasa yang amat mencabar ye. Letih sangat sangat dan sangat. Perut pun dah senak kat ulu hati ni.

Nak berbuka macam sayang la pulak. Sekarang dah dekat pukul 3. Lagi berapa jam je. Wuwuwuwu...

Dengan cuaca nampak je mendung tapi panas berbahang. Berapa hari dah aku tido menyeksi. Pakai je kain tapi tersingkap-singkap. Dengan anak bujang tu menempel kat ummi dia dok peluk n pegang perut macam takut adik dia lari.

Pagi tadi ada la hujan tapi kejap sangat. Bunyi guruh je yang beria. Nasib baik la bukan zaman pakai air tempayan kan. Macam pepatah tu dengar guruh di langit air tempayan dicurahkan. Tapi hujan seciput. Tadah mulut pun tak hilang haus.

Nak tido dah tak larat aku nak berbaring manjang. Nak berjalan pun dah tak larat jugak. Perut dah berat. Berapa kilo dah baby pun aku tak tau. Last scan 2 minggu lepas 3.2kg. Mesti lagi lebih sekarang ni. Kena pulak dah 3 hari overdue.

Tu guruh dok berdentum kuat pulok. Nak hujan ke? Kalau hujan Alhamdulillah. Sejuk sikit malam ni.

Menghitung Hari Nak Beranak Ni

Assalamualaikum

Ye, saya masih menghitung hari. Staf aku semalam dah selamat bersalin. Dapat baby girl. Awal seminggu lebih dari due. Aku ni jugak la tercangak-cangak kat rumah.

Tekanan pulak dengar orang yang due lambat dari aku dah beranak. Semalam kawan Abang Misai punya wife pun yang due tengah bulan ni dah masuk hospital. Huhuhuu....

Semalam pun dapat jugak posa full. Tapi melepek lebih ok. Tak larat gila la. Teringin pulak nak makan KFC time posa ni. Tapi laki aku tu ingat aku main-main kot. Dia tak belikan. Huwaaaaa!!! Mencik tau.....

Tengok, cakap pasal KFC terus aku rasa lapar yang melampau.

Nak pi melupakan KFC kejap. Huhu...

Tuesday, August 2, 2011

Puasa Full Semalam :)

Assalamualaikum

Yeaahhhh... Masih belum bersalin lagi. Semalam pun dapat posa sehari full. Takde posa yang yok. Tapi penat lain macam la.

Ni dapat tau staf kat opis lama yang patut due tengah bulan ni dah masuk labour room. Huhuhu... Tekanan mokcik tau.

Buka posa semalam memang la mencabar. Sebab Amir macam heran apesal orang ramai-ramai dok makan sekali ni. Selalu makan takde kumpul-kumpul. Dia pun ikut la menyibuk sekali.

Dok atas peha ummi. Lepas tu abeskan air teh ummi dalam gelas kaca. Tak nak dah bekas air dia.  Tak laku. Hahaha! Memilih macam abah dia jugak. Dalam bekas plastik tak nak minum.

Lepas tu baru la sibuk nak makan. Kalau tak nak bagi makan punya la susah. Sampai dah kudut dah dia sekarang. Nak makan udang je pulak tu. Lepas tu kalau dah tak nak makan dicampak-campak je atas lantai. Hish..... Siapa la yang ajar buat macam tu. Amarah tau!

Pagi tadi pulak tak nak pi rumah toksu dia. Tergeleng-geleng. Nak dok dengan ummi. Tak larat la ummi sayang oiiii..... Dia kalau takde kawan dia buli ummi dia. Pi dok rumah toksu tu ramai kawan. Petang karang kita gomol-gomol ek.

Oh, pasal nurse datang checkup kat rumah Ahad lepas. Lawak sikit. Amir jugak la punya cerita.


Dia nampak je nurse datang terus bergantung kat kaki ummi dia. Dia ingat nurse nak bawak ummi dia lari kot. Hahahaha! Lepas tu abah dia amik dia terus melalak-lalak. Nak pi kat ummi jugak. Terpaksa la abah dia angkut bawak jejalan naik motor. Itu pun dok bercucuran la air mata.


Bila nurse dah balik n tak lama lepas tu Amir pun balik terus dia lari-lari masuk rumah cari ummi. Sebab kakak ipar aku dok usik dia, nurse dah bawak ummi pi hospital. Masuk rumah nampak ummi terus dok atas peha ummi cium-cium ummi.


Macam mana la kalau aku masuk hospital tu. Ada melalak cari ummi dia pulak karang. Jenuh abah dia nak pujuk. Ahahaha.... Amir... Amir....



Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa Dari Mak Buyung Yang Belum Beranak :)

Assalamualaikum

Selamat berpuasa kawan-kawan sekelian. Mak buyung masih di sini. Dah overdue 1 hari. Huhuhu...

Hari ni aku puasa jugak. Tetiba jadi gagah perkasa ko nak puasa. Kurang sikit nak ganti kan. Tapi kita tengok la tahan tak tahan nye mak buyung ni. Muahahaha! Sekarang pun dah lapar. Baru pukul 10.

Pagi tadi checkup kat klinik. Perut sudah turun. Kepala baby sudah masuk parking kata nurse. Jadi tunggu masa je la.

Hb semua ok. Hasil makan hati lembu semalam kot. Mak mertua aku la masak. Aku tolong makan je. Ngehehehe...

Ok, mau melepak. Ni kat rumah kakak aku ni. Semalam nurse ada jugak datang rumah. Tu nanti la cerita.

Papai~~