Tadi aku beli tiket balik kampung sempena Thaipusam 8hb Februari ni. Macam aku pulak yang menyambut siap nak cuti-cuti Malaysia. Pulak tu aku beli tiket balik ke KL balik 11hb. Cuti pun tak apply lagi dah memandai amik tiket.
Dah lah beli tiket train katil atas. Jenuh lah aku nak memanjat dengan perut yang dah agak terbonjol ni. Habis tu, dah katil atas aje yang tinggal.
Aku ingat nak pergi ke Pulau Orang Utan yang dekat Bukit Merah tu. Tapi family aku tak bagi. Ni semua pengaruh tv3 lah ni. Buat liputan pasal orang utan tu. Dah aku teringin nak pergi tengok. Tapi tak boleh pulak. Kakak aku kata jangan gatal-gatal. Nak terkenan orang utan ke apa???
Betul ke boleh terkenan kat anak aku?
Sekarang ni tengah time rehat. Rehat panjang pulak tu. Sampai pukul 2.45. Yang lain-lain tengah sedap makan ayam panggang dekat belakang. Aku malas nak join even benda tu nampak sedap. Sebab tengah tak ada selera.
Nanti lah. pergi makan ayam panggang dekat Giant. Hukhukhuk...
Hmmm...ayam pusing yang dekat tepi jalan dekat Sungai Buloh tu sedap jugak. Tapi bila masanya aku nak pergi sana???
Larat aku nak drive semata-mata nak makan ayam pusing tu? Tak adanya. Tunggu lah kalau aku lalu situ nanti. Singgah lah beli. Tak lari ayam pusing dikejar.
Owh... Mataku sudah mengantuk. Nak tidur. Ada lagi 1 jam sebelum habis rehat.