SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, October 31, 2008

Dinosaur pun tak makan macam kau


Pagi-pagi masuk kerja pukul 8 aku dah makan makaroni goreng dengan sebiji telur mata kuning cair. Adik aku yang amat rajin telah bangun pada pukul 5 pagi untuk memasak walaupun dia tak ada kelas hari ni.


Siapa-siapa rasa nak jadi adik ipar aku boleh cuba.


Aku lupa pulak dekat ofis hari ni bos nak belanja makan. Aku dah menyantap makaroni goreng tadi. Bos belanja apa ek?


Aku jengah-jengah. Bau macam sedap.


Owh...


Mee jawa rupanya.


Aroma mee jawa tu memang buat air hidung menjejeh.


Aku pergi ke belakang. Ambil air teh 'o'.


Uiks... Manis. Lori gula terbabas ke ni?


Aku jeling-jeling mee jawa tu.



+ Jangan makan lah. Tadi baru aje makan kan.


= Tu lah. Tak apalah, minum air aje.


+ Bagus... Bagus... Sedar diri pun dah makin debab.





***Bermonolog dengan diri sendiri...


.....................




"Sedap kan mee jawa ni?"


Aku angguk-angguk sambil menyudu penuh nikmat.


Masa tu baru pukul 10 pagi.


Cis... Aku berjaya menambah berat.




.....................




'Along, teman aku pi bangunan ****'


Aku sms minta sepupu aku teman. Kakak aku suruh belikan borang kerja kosong.





"Kau dah makan belum Long?"


"Aku bekpes makan roti je tadi."


"Kau nak makan kat mana ni?"


"Lepak seksyen 7 baru lah jom."



Masa tu baru pukul 12. Gomen hari ni rehat lama. dari 12.15 sampai 2.45 petang. Aku cabut awal sebab nanti tak sempat nak beli borang kerja kosong tu. Nak pergi petang nanti parking sesuka hati kena saman. Sana susah nak dapat parking.





"Kau tak makan ke?"


"Aku baru aje makan mee jawa kat ofis tadi."


"Oooo..."



Waiter datang.


"Akak dah order?"


"Blum."


"Nak order apa kak?"


"Bagi teh 'o' ais satu."


"Makan?"


"Hmmm..."








"Bihun sup satu lah."



Arghhhh!!!!



Thursday, October 30, 2008

Kawan-kawan, selamat berkhidmat untuk negara. Aku memang tak kuasa nak ikut.


9 November 2008


Tarikh apa lah tu ye?


Ohhh... Aku nikah hari tu.


Barang hantaran dah beli belum?


=Banyak lah jugak yang belum beli.


Eh, ada lagi seminggu lebih je lah.


=Memang pun.



Ahh.. Memikirkan pasal barang hantaran buat aku pening. Hari nikah dah dekat. Tapi yang aku tak beli barang-barang makanan aje macam buah-buahan.



Otak pun dah melayang-layang. Badan dekat tempat kerja. Fikiran ke kampung.


Mak bila aku tanya abah dah pergi jumpa tok kadi ke belum jawapannya, "belum lagi... Abah hang kata ada banyak hari lagi aih."



Arghhh!!! Kalut sungguh aku rasa. Abah memang suka buat kerja last minute. Kalau tanya banyak kali mesti abah marah. Kata aku ni kalut sangat. Aku tak nak lah majlis aku jadi kelam kabut. Tapi perangai abah aku tak boleh nak kata apa dah.



Aku rasa macam nak naik angin aje lah.Takkan aku nak marah-marah abah pulak. Apa jadah nak bergaduh dengan abah time nak dekat nikah. Dah lah dia wali aku. Memang cari nahas.



Dekat ofis ni pun kalut jugak. Time aku dah apply cuti time tu lah macam-macam bengkel dengan course yang wajibkan aku pergi.


'Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan terpilih untuk mengikuti bengkel dan perjumpaan tersebut pada 07-09 November 2008.'


Huwaaaaahhhh... Confirm memang aku tak boleh nak pergi. Sebab bengkel dekat Sepang. Tarikh pulak tak kena langsung lah sebab aku dah start cuti dan tunggang terbalik kat kampung.


Lagi satu yang best... 'Untuk makluman tuan/puan taklimat blahblahblah akan diadakan pada 10-11 November 2008 bertempat di Kota Bharu, Kelantan dan melibatkan blahblahblah. Dengan itu, pihak kami ingin menjemput pegawai-pegawai seperti di LAMPIRAN A untuk menghadiri taklimat tersebut.'



Kawan aku cakap "Apa susah, kau bawak je laki kau turun kelantan sekali. Kita orang nak tengok jugak rupa laki kau."


Hek kau orang lah.


Penang dengan Kelantan macam belakang rumah kau orang aje kot. Kadi cakap sah je aku kena lah rushing pergi airport? Macam tu??



Semua gila. Agak-agaklah nak berkhidmat untuk negara sekali pun.


Wednesday, October 29, 2008

Mata yang dah merah

Di ofis.


Mata dah merah-merah mengadap pc. Nak balik tapi ada bagi kerja pada staf. Kesian kalau aku balik senang lenang tapi anak buah menonggeng-nonggeng siapkan kerja.


Sekarang dah pukul 7. Kalau ikut jam aku lah. Kalau ikut jam ofis ni ada lagi 6 minit sebelum pukul 7.


Aku dah siapkan part aku. Tapi nak balik ke????


Tak sampai hati...


Balik???


Stay???


Balik???


Stay???


Ini lah perangai aku. Selalu tak sampai hati pada orang. Cepat kesian. Nak marah orang pun susah.


Tapi sekali aku dah marah terima lah akibat perbuatan kau.


Aku boleh buat-buat tak kenal kau macam aku tak pernah kenal kau seumur hidup aku.


Tapi hati aku ni cepat lembut jugak. Lama-lama aku maafkan walaupun aku boleh ingat perbuatan kau sampai aku mati.


Macam sekarang aku tengah menimbang-nimbang untuk ajak seorang kawan aku yang dah lama tak bertegur sapa ni ke kenduri kahwin aku.


Bukan sebab aku nak hadiah kahwin lebih ok.


Aku tengah fikir macam mana nak bagi kad kahwin dekat dia ni. Kirim dekat kawan aje ke atau bagi sendiri. Kalau bagi sendiri aku terpaksa menjadi pelakon wanita terbaik untuk pergi jumpa dia dan anggap tak ada benda pernah berlaku.


Hmmmmm....






Mungkin aku hantar guna pos aje lah.


Tuesday, October 28, 2008

kesian tengok tapi aku selalu lupa

Pagi tadi sebelum pergi kerja aku ternampak seekor kucing dekat tong sampah bawah flat aku tinggal.


Kucing tu memang comot sangat lah. Tengah cari makan dalam plastik sampah yang terburai kat tanah. Aku tengok rasa nak nangis. Sebab aku suka kucing macam dia ni jugak.Tak boleh tengok kalau ada kucing yang macam tak cukup makan kat tepi-tepi jalan. Rasa nak kutip dan bela tapi nanti pasti dimarahi tunang aku sebab dia tak suka dengan haiwan comel tu.


Warna kucing tu putih dan hitam. Tapi putih dia dah jadi warna kelabu. Kotor kena habuk. Kurus sangat pulak tu. Aku selalu nak belikan makanan untuk kucing tu. Tapi bila aku balik dah sampai rumah mesti aku lupa.


Hari ni tak taulah aku ingat ke tak kalau singgah mana-mana karang sebab aku banyak benda nak buat. Nak pergi bank, kawan aku belum gaji n "anak kesayangan" dia hospitalized so dia nak pinjam duit untuk bayar bil klinik. Nak ambik kakak aku baru balik kursus kat Melaka. Balik rumah nak masak nasi.


Adik aku sempat masak lauk aje. Dia pesan suruh aku masak nasi sebab dia tak sempat nak pergi fakulti ada kelas.


Nak kena set reminder kot untuk beli makanan untuk kucing tu. Kesian dia lapar. Punggah tong sampah. Sampai warna putih pun dah bertukar kelabu asap.

Thursday, October 23, 2008

Kalau tak minum susu nanti tulang rapuh tapi susu sekarang pun ada melamine.

Belakang n bahu aku lenguh semenjak dua menjak ni. Aku rasa sebab aku banyak mengadap pc untuk buat kerja.



Tapi minggu lepas (aku tak ingat hari apa) aku tengok Medik TV. Cerita pulak pasal sindrom bahu lenguh.



Dah ada ala-ala seriau lah tengok orang kena bedah walaupun cita-cita tak tercapai nak jadi doktor tu macam obor sukan olimpik lagi.



Aku dah rasa macam aku ada kait-mengait dengan penyakit tu. Bila baca artikel pun macam banyak aje yang sama.



Kalau nak tau lebih lanjut klik kat sini sebab aku nak terangkan pun aku bukan doktor. Lagi pulak adik aku ada yang sakit bab-bab tulang ni. Tak banyak sikit pun mesti kakak dia ada kena mengena.



Nak kata kurang kalsium tu mungkinlah kot. Sebab aku tak berapa berminat sangat nak minum susu. Lagi-lagi susu segar. Kalau susu coklat tu boleh lah jugak aku nak telan sebab dia ada rasa sedap-sedap sikit.



Coklat pun bukan cinta hati aku. Aku makan coklat bila ada mood aje.



Lagi pulak sekarang kecoh pasal susu ada melamine. Bukan susu aje, coklat dan jajan-jajan pun ada jugak tu yang ada melamine ni. Penambah perisa di samping penambah penyakit.



Jadi kau orang yang rasa dah macam senget-senget tu jangan ambil mudah lah ye. Mana tau kau orang pun kena sindrom bahu lenguh especially wanita-wanita.



Aku nak balik. Nak minum susu.

Wednesday, October 22, 2008

Company boleh lingkup kalau aku bercuti????

Tekanan perasaan!!





Kerja banyak....





Otak aku dah tepu....





Nak cuti nikah pun bos tak faham...(macam dia tak pernah kahwin.)



Sibuk nak persoalkan kenapa aku cuti lama-lama. Bos cakap, padahal nak bernikah je. Bukan kenduri pun.





Ini reason aku:



~~Aku nikah dekat kampung, Penang. Aku sekarang kerja dekat Selangor. Dari Penang ke Selangor dah 5 jam bagi aku yang amat beretika di jalanan. (Pada yang bawak kereta laju gila babi 3 jam dah boleh sampai. Lepas tu standby bayar saman lah.)



Macam Penang tu dekat belakang rumah sewa aku aje lah kalau nak aku cuti 1 hari.





~~Aku bagi hantaran time nikah. Tak ada siapa nak tolong beli barang hantaran dekat kampung. Semua aku beli dekat sini.





(Nasib baik kakak dengan adik aku tolong)





Nak gubah lagi. Ingat aku banyak masa ke nak buat semua tu. Kerja pun dah berlonggok. (tapi sempat lagi berblogging. heheh..)





~~Aku nak balik kampung buat facial n persediaan nak nikah. Baju nikah yang aku tempah pun aku tak fitting lagi. Kalau tak muat sebab aku dah semakin debab boleh lah nak repair.





[kawan aku tanya kau tak takut ke nak bernikah? Takut apa. Lagilah aku suka. Hahaha... Tapi tak taulah kalau menjelang time nikah aku diserang ketakutan pulak.]





~~Aku punya cuti suka hati akulah bila aku nak ambil. Macam bos tak pernah cuti lama-lama.





~~Aku nak settle terus hal kenduri bulan 12. Bunga telur pun aku tak beli lagi. Apa kes???





~~Nak spend masa dengan suami lah lepas nikah. Kata pun dah nikah, takkan tak boleh nak ehem..ehem... Bukan zaman dulu-dulu nak nikah gantung takut muka tak berseri atas pelamin kot. Lagi pun majlis aku tak ada sanding-sanding. Pelamin buat tangkap gambar je.



Lagi pun lepas ni aku dengan suami buat PJJ [Perkahwinan Jarak Jauh]. Nak lah habiskan masa lama-lama sikit. Bukan aku stay sekali dengan suami. Itu pun tak faham-faham.





So, aku rasa tak salah kalau aku ambik cuti sampai 6 hari tu.





Kalau aku tak ada ofis boleh lingkup kot??





Friday, October 17, 2008

U ni mix ke? Tak nampak macam mix pun.


Aku memang mix. Mix mak dengan abah aku. Bugis campur Rawa.



Soalan tu memang dah buat kebas telinga aku. Asal orang dengar nama aku mesti tanya macam tu. Atau pun...



"Awak asal Jepun ke?"



"Mak or ayah awak orang Jepun ke?"



"Kenapa nama pelik sangat?"



"Mesti ada sebab parents awak letak nama macam tu"



Ye... Semuanya sebab nama aku yang pelik. Dalam adik beradik yang 8 orang cuma kakak, aku dengan adik nombor tiga je yang nama pelik.



Soalan kat atas soalan yang biasa aku dengar dari zaman aku tadika sampai lah sekarang. Masa interview nak kerja pun orang tanya.



Pernah masa kecik aku terfikir nak pergi pejabat pendaftaran angkat sumpah tukar nama. Sebab dah tak larat nak jawab soalan orang. Kawan-kawan mengejek lagi. Kadang-kadang terfikir kenapa lah abah bagi nama macam tu dekat anak dia. Kesian aku yang menanggung ni.



"Kutu..Kutu.."



"Hoi, Buku!"



"Haha.. Nama dia Kufu."



"Kookoo... Kookoo... Mcm burung pulak. Hahahahah!"



Bila aku cerita dekat abah, abah senyum je.



"Biaq pi lah depa nak kata apa."



Kata abah.



Paling tak boleh lupa zaman sekolah and study dekat U. Cikgu dengan lecturer semua ingat nama aku. Time soalan-soalan kena tanya mesti nama aku naik dulu. Memang tak boleh lari lah walau pun aku tak dapat jawab. Aku ni tak berapa nak cerdik sangat. Tapi dah nasib nama aku glamour. Lecturer yang aku baru first time jumpa pun akan kata...



"Oh..So you ni la yg nama macam jepun tu ye..."



Ye... Nama aku pelik. Macam nama Jepun. Dan sama sekali aku tak ada keturunan Jepun. Mak aku Bugis, abah aku Rawa. Tak tau lah kalau dalam Malaysia ni ada lagi nama macam aku. Sebab aku tak pernah cari. Malas pula nak cari.



Tapi aku pernah dengar ada satu nama tu, Wira Pahlawan Negara. Lagi best.



Aku pernah juga tanya abah, kenapa bagi nama aku macam ni. Abah senyum lepas tu dia jawab "Dasar Pandang ke Timur".



So, setiap kali orang tanya aku kenapa nama aku macam tu aku akan jawab, dasar pandang ke timur. Time pergi interview pun aku jawab macam tu juga.



Lepas tu bersedialah pulak aku nak jawab, "Apa yang awak tau pasal dasar pandang ke timur?"



Kadang-kadang aku tak puas hati jugak dengan jawapan abah. Aku tanya lagi kenapa abah bagi nama pelik dekat kami bertiga.



"Tak apalah nama pelik. Senang orang nak ingat dan kenai. Manalah tau, abah bagi nama macam Jepun nanti hangpa dapat pi Jepun ka."



Itu jawapan abah. Aku rasa abah mesti teringin sangat nak pergi ke Jepun. Tapi hakikatnya tak seorang pun anak abah pernah sampai ke Jepun. Buat masa sekarang lah. Tak tau lagi kalau in the future, ada rezeki lebih aku dapat ke sana.



Tengok lah ye bah. Mana tau nanti anak abah dapat pergi ke Jepun bawa abah makan angin ke sana.



Thursday, October 16, 2008

Hai, Lama Cuti Nampak?!


"Aku nak cuti lama pun suka hati akulah!"



Nak aje aku jawab macam tu. Tapi yang tanya tu bos besar. Jadi aku jawab dalam hati ajelah.



Lokasi kejadian di cafe parlimen. Saat soalan ditanya, aku baru nak menyuap nasi ke mulut.Potong stim betul. Sudah lah masa tu perut aku boleh tahan lapar. Terus hilang rasa lapar kena perli mcm tu.



Semuanya sebab aku apply cuti untuk nikah bulan depan. Aku dah apply awal-awal. Senang... Nanti tak adalah orang sibuk-sibuk nak bagi kerja last minit kat aku. Dan boleh lah aku bercuti dengan aman sentosa.



Aku apply cuti tak lama pun. 6 hari aje. Dari 5hb sampai 12hb. Nak siapkan barang-barang hantaran. Sebab aku punya barang hantaran serah time nikah. So, terpaksa lah aku cuti lama sikit. Aku nak settlekan terus hal kenduri bulan 12 nanti. Bulan 12 nanti tak adalah aku cuti lama-lama sangat.



"Saya dulu cuti tak lama pun. 1 hari aje. Eh, saya tak amik cuti pun. Saya nikah 31 Ogos, time merdeka."



Muka aku dah macam apa dah. Malu dengan kawan 1 ofis yang dengar. Macam aku ni kemaruk sangat nak berlaki sampai cuti lama-lama. Tapi ok lah, tunang aku dekat Penang. Aku dekat Selangor. Bukan selalu jumpa pun. Apa salahnya aku cuti lama sikit.



"Masa tu highway ke Johor pun tak siap lagi."



Aku dah mula rasa nak angkat kaki. Tapi nampak tak sopan lah pulak. Itu bos. Bos balik sarung baju melayu salam tok kadi, tak payah fikir apa dah. Perempuan ni lain sikit. Nak facial lagi. Kasi comel-comel. Walaupun muka tak cantik mana. Lulur lah, mandi susu lah. Nak bagi ayu. Nak fikir gubahan hantaran lagi walaupun bukan aku yang gubah. Kalau tak cantik kena kutuk.



"Nanti time kenduri awak dah tak ada cuti."



Sebab aku dah budget cuti lah aku berani ambil cuti lama.



"Betul tu bos. Saya dulu pun tak cuti lama."



Ewah.. Ada pulak tu nasi tambah. Nak aje aku sekeh-sekeh. Tapi dia bos kecil pulak. Kalau ada award untuk nasi tambah ni memang boleh bagi pada dia lah.



"Saya bagi barang hantaran time nikah bos. Sebab tu cuti lama sikit. Lagi pun takde siapa yang nak tolong handle. Barang pun banyak tak beli lagi."



Aku tengok bos terdiam. Lepas tu dia angguk-angguk kepala. Tu lah, lain kali tunggu aku jawab dulu. Aku simpan cuti lama tau. Dari awal tahun aku jarang cuti. Sebab nak simpan cuti untuk kahwin.



Lama sikit tu pasal aku nak beromantika d'amor dengan husband aku nanti. Takkan lah tak faham. Kami ni nanti dah kahwin pun duduk jauh. Nak minta transfer mesti lambat baru dapat.



Tak lama lepas tu aku dapat makan dengan aman.



Sebab bos aku dah tak bersuara dah lepas tu.



Tuesday, October 14, 2008

Friday, October 10, 2008

Terdengar Guruh Di Langit, Air Tempayan Dicurahkan


Aku dekat ofis. Nak balik tak boleh. Bunyi guruh berdentum kuat gila. Aku memang seriau dengar bunyi guruh. Ternampak kilat belah langit depan mata lagi lah aku allergic. Sebab tu aku tak nak balik lagi walaupun ada kereta.



Nanti tak pasal-pasal aku drive terbabas masuk longkang. Masuk longkang tak apa lagi. Kalau aku terlanggar orang lain macam mana pulak?



Jadi untuk mengelakkan probability bakal menyebabkan accident aku buat keputusan duduk dalam ofis. Tunggu hujan reda.



Tapi aircond ofis ni memang macam taik juga lah. CC aku cakap x payah repair lah. Tunggu aje sampai pindah ofis baru. Bagus sungguh idea orang tua tu. Tak nak keluar duit repair aircond. Tak tau berkuap satu ofis ni. Berpeluh ketiak tau.



Berpeluh kalau tak keluarkan aroma tak apa. Cuba orang yang bau badan "harum semerbak"? Kan dah mengganggu sistem pernafasan insan-insan yang berkongsi oksigen dalam ofis ni. Shish...



Bila dah hujan ni lapar pulak.



Cepat lah hujan berhenti.



Aku nak ke pasar malam.



Beli nasi campur Haji Askan.



Thursday, October 9, 2008

Wajah Yang Bakal Rentung

"Korang buat la jadual untuk kerja luar tu. Saya rasa start minggu depan sampai 29hb awak kena pergi kerja luar."



Habis lah.... Kulit aku yang dah sedia gelap akan bertambah rentung.



Pasti akan nampak berbelang time nikah nanti.



TIDAK!!!!!!!




Monday, October 6, 2008

Sorang aje ke?

"Ha'ah, sorang je."




Soalan dari salah seorang staf dekat dalam ofis masa masuk kerja pagi tadi.



Dalam bilik aku hari ni ada aku sorang je. Staf aku yang sorang datang tapi dia duduk dekat luar bilik. Dalam bilik ni panas. Air cond rosak. Entah bila nak repair aku pun tak tau.



Staf sorang lagi rasanya masih dalam mood raya. Still bercuti. And sorang pegawai yang kongsi bilik dengan aku pulak "missing in action". Confirm lah ambil emergency leave tu. Memang tak ramai orang lagi dekat dalam ofis hari ni. Parking pun lengang. Tak macam hari-hari biasa. Jadi aku boleh lah cari parking yang dekat sikit. Tak adalah nak panjat bukit tinggi-tinggi sangat.



Aku balik dari kampung bertolak hari sabtu pukul 11 malam. Awal-awal perjalanan smooth je keadaan highway. Tunang aku lah yang mula-mula drive. Sampai hentian mana entah dia suruh aku bawak pulak. Dia cakap nanti tukar balik. Dia nak tidur lah kot. Tak apalah. Aku pun drive ajelah.



Sampai aje dekat Bukit Gantang tiba-tiba aku brake mengejut. Yee..... Adakah aku dah terpandang situasi yang memang aku tak gemar. Pastilah jalan jammed. Ades.. Kebetulan pulak aku yang drive. Di saat-saat kritikal macam tu lah fikiran aku melayang-layang. Tu lah, masa beli kereta tak nak beli kereta auto. Sekarang, padan muka aku.



Tunang aku dekat sebelah dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Tensi sungguh. Adik-adik n kakak aku dekat belakang pastilah tak rasa apa-apa. Sebab diorang mana nak drive. Adik-adik aku tak ada lesen. Kakak aku lesen full tapi Ya Rabbi, takut gila nak drive. Sampai sekarang dia tak pernah drive kereta lepas aku menjerit masa dia try bawak kereta lepas dapat lesen dulu. Aku saje nak main-main. Padan lagi lah dengan muka aku. Lagi aku jaki bila dengar diorg berdengkur. Memang hampeh sangat lah.



Dari Bukit Gantang tu memang gear satu, gear dua. Nak masuk gear tiga adalah sekali sekala. Gear empat terima kasih ajelah. Langsung aku tak sentuh. Muka aku dah pucat-pucat dalam kereta. Kaki pulak rasa macam nak tercabut. Lenguh macam baru je mendaki gunung everest.



Lepas tu pulak ada driver yang memang dapat lesen terbang agaknya buat darah aku mendidih. Malam tu sebakul caci maki aku hadiahkan pada driver-driver yang memang tak pergi sekolah tu. Ada ke memotong dekat emergency lane. Siapa ajar entah. Budus! Kereta aku bercalar nanti siapa nak bayar. Kau? Sudah lah kereta baru.



Ye, dan penyebab jammed tu buat aku nak hantuk kepala ke steering kereta. Adakah jammed sebab orang ramai nak berhenti dekat R&R Sungai Perak yang dah kena tutup untuk renovation tu. Stesen minyak aje yang buka pun. Sampai dekat Sungai Perak aku pun stop jugak. Coz aku dah memang sangat-sangat tak tahan n rasa nak keluarkan segala isi perut aku. Mana taknya, dalam kereta yang beraircond aku berpeluh. Tunang aku pulak ambil alih. Tapi yang buat aku angin keluar aje balik ke highway jalan tak jammed pun. Huwaaaa!!!!!



Sampai dekat Tapah tunang aku stop lagi. Dia ke toilet. Rupa-rupanya dia mengantuk. Drive pun dah tersengguk-sengguk. Aku tak sedar pun pasal aku kat sebelah tidur. Penat pasal jammed lah kononnya. Lagi sekali aku jadi driver. Aku mengantuk lagi sebenarnya. Tapi bantai ajelah.



Finally, sampai jugak ke destinasi. Bertolak dari pukul 11 malam sampai pukul 6.30 pagi. Adalah dalam 7 jam aku bersarang dalam kereta. Biasa 4-5 jam aje. Memang sampai rumah sewa aku dah terbaring. Penat sangat-sangat lah.



Hari ni pulak kerja. Tapi mood raya tak habis lagi. Kuih raya pun banyak lagi dekat rumah. Semalam aku dah ada niat jahat nak EL, kalau tak aku nak cari klinik yang boleh bagi aku MC dengan alasan yang tak konkrit. Tapi hati aku cakap, "tak baik amiys...tak baik...jangan...".



So, dekat ofis lah aku sekarang sebab hati aku yang baik lagi cute ni dah buat aku serba salah kalau tak datang kerja.



Kerja sambil makan kuih raya.



Best jugak.