SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, September 20, 2011

Rumah Jiran Nyaris Kena Rompak

Cerita panas-panas baru keluar microwave ni. Dengar mak mertua aku cerita terus taip sini. Kepochi jugak aku ek. Muahahaha!

Jiran kitorang selang berapa buah rumah nyaris kena rompak ko. Budak moto 2 orang masuk rumah ikut pintu belakang. Tak sempat nak merompak dengan lebih lanjut sebab tuan rumah dah jerit mintak tolong. Sempat la bawak balik buah tangan iaitu mangga solex *orang utara panggil pedai ayam* sebijik. Elok hayun kat kepala mangkuk 2 ekor tu je solex tu.

Kat taman rumah aku sekarang memang berleluasa la. Yang sedih tu bebudak melayu jugak yang buat pekerjaan cilakak ni. Memang nak kena sumpah bawak moto jatuh sungai kot.

Tak takut betul tau. Ragut dah banyak kali dah aku dengar. Aku suspek orang yang sama je buat benda tu.


Pecah rumah, ragut, pecah kereta, curi motor. Sume ada la. Pakej kejahatan kat taman ni. Padahal ada kuarters polis tu dalam taman ni. Pun tak heran nye diorang. Siap berusaha tu nak curi motor even tuan rumah dah jerit dari dalam rumah. Memang ekstrim kan.


Apa la nak jadi orang zaman sekarang ni.







1 comment:

Unknown said...

hmm takut la dgr cite2 mcm ni. apa nk jadi la budak2 ni. sampah betul