SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, September 15, 2011

Raya Tak Jadi? Eh... Jadiiii.....

Assalamualaikum

Cak! Hehehe... Blog bukan sekadar dah bersawang. Dah bau hapak kot lama sangat tak jenguk.


Macam ni la aku. Asal cuti lama je blog pun berhabuk. Malas nak bukak pc. Tambah pulak ada anak kecik yang keja dia nak berkepit 24 jam dengan ummi. Bergayut sokmo kat tetek. Macam mana tu?

Ok, misi nak fully BF gagal lagi. Susu aku tak meriah la. Time Amir dulu banyak sampai meleleh. Ada la sekali dua campur FM kat Hana. Tapi sekarang dah kena ajar bagi FM sebab aku nak pam untuk buat stok memang sedih gila la kalau tengok. 2 oz je? Sadis ok. Sekali je Hana sedut dah abes kot. Dengan persekitaran yang memang aku tak nampak ciri-ciri nak support aku fully BF ni. Bukan orang di sana ye. Sila faham-faham sendiri. Huhuhu...


Tapi kan Hana ni tak suka FM la pulok. Pandai ok. Awal-awal bagi dia minum. Lepas tu kalau sua menangis macam kena pukul.


Lagi satu pe'el dia sekarang menangis macam nak rak. Start nangis dari petang sampai malam. Nak berdukung. Tapi berdukung pun kejap je ok lepas tu nangis lagi. Pening kepala aku. Laki aku asek la kata Hana tak kenyang. Masalahnya aku sua tetek pun dia tak nak. Semalam ada la adik ipar laki aku datang tengok Hana. Ntah apa dia meratib dekat si Hana lepas dia balik Hana terus ok. Aku rasa Hana ni nampak something la. Start jadi macam tu lepas bulan puasa. Tapi time kat rumah akak aku tak seteruk aku dah balik rumah sendiri ye.


Pagi tadi pun dah ok. Elok je baring atas tilam sambil sengih-sengih. Kalau tak sebelum ni memang pantang letak menangis sesaje la. Takkan la 24 jam nak kena pegang. Ummi dia ni nak buat keja jugak nak ooooiiii....


Raya? Tetap beraya beb even dalam pantang. Muahahaha! Ketupat rendang? Sapuuuu... Tapi pulut aku tak makan la. Kat rumah parents n kakak aku boleh la. Cer pantang rumah sendiri. Laki aku ni macam orang dolu-dolu sikit. Kalau la ada orang bagitau dia nasik tu angin tak boleh makan time pantang silap haribulan nasik pun aku tak boleh makan tau. Haaa.. Ni jangan pulak ada yang nak mereport kat dia. Aku seligi kepala tu karang.


Ok la, banyak keja nak buat sebenarnya. Amik kesempatan sementara Hana tido. Amir dah pos pi rumah Toksu. Laki aku pulak pi cari telur kot. Sepupu dia nak kenduri kawen hujung minggu ni. Diorang nak buat bunga telur.


Sebelum aku pi buat keja nak ucap salam takziah buat sorang kawan blogger Miss Amie atas kehilangan baby Damia Aishah. Saya baru tau semalam masa jenguk ur blog. Be strong ye Amie. Al-Fatihah untuk baby Damia bidadari syurga.



No comments: