SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, November 30, 2015

Kereta Tersagat.. Terpilu Hatiku... Sobssss....

Dah penghujung bulan 11. Sat lagi aku nak kena check aset pulak. 1 opis ni nak kena check. Huaaahhhhh!!!

Oh, hari Jumaat lepas aku dah menjahanamkan kereta sendiri dengan menyagat area pintu passenger belakang belah kanan ke batu. Kes amik lajak tak cukup. Agak teruk ye. Menangisi sangat kak mot tau. Terpaksa la hold dulu nak beli stok tudung. Sobsss...

 See... See... Teruk kan... T___T

Ntah berapa la gamaknya kos nak repair tu. Sebab kemek. Kejadian masa nak hantar dak debab ke rumah Toksu. Hari ni terus laki aku kata tak payah hantar. Hahahaha! Kata dia aku lupa dah macam mana nak drive. Daripada aku sagat kereta lagi sekali biar dia je la hantar anak. Bagus...

Ok la, Kak Mot nak bersiap-siap check aset ni. Sebagai pemeriksa aset jabatan kekdahnya. Nah muka kak mot di pagi senin.

Kbai!

Nota tapak kaki : almost sebulan dah guna Sakura Mask n BB Cream Seqy Beauty.. Amacam? Makin jelita tak? Miahahaha!  

Kalau korang nak beli boleh contact Kak Jeng ye. Ni no Kak Jeng untuk diwassap yo #0122052091.

Or korang jenguk kat kedai Kak Jeng kat sini

secretofviruspadu.shoppy.my

Tuesday, November 17, 2015

Friday, November 13, 2015

Review Lepas Seminggu Guna BB Cream n Sakura Mask Seqy Beauty

Haaa... Baru seminggu guna dah tak sabar nak review. Kihkihkih...

Pasal apa tak sabar? Pasal BB Cream n Sakura Mask ni best sangat hoih. Muka aku ni lepas aku stop perancang berceretek jerawat naik. Asal 'kawan baik' nak mai je mula la dua tiga ketol sebesor penumbuk naik. N baru-baru ni naik kat tepi hidung n pipi. Amarahnyaaaa!!!!

 Aku baru guna Sakura Mask n BB Cream ni start 4hb November. Sampai-sampai malam tu terus rasmi guna Sakura Mask. Lepas 2-3 hari try memang best. Ada time aku guna 20 minit je. Pastu sapu krim malam. Krim malam brand lain. Nak kasi perabes. Sebab aku ada 1 tabiat suka membeli barang baru walaupun banyak lagi sebab cepat nau terpengaruh. Sekarang tengah belajar untuk bagi perabes dulu barang yang ada. Hahaha!

N amazingly, lepas guna sakura mask rasa best sangat muka ni tau. Fresh gitu. Ada jugak Kak Mot korang ni pakai sakura mask bawak tido. Pasal keletihan melampau malas nak pi cuci muka. Tapi bila bangun muka rasa lembut je tau. Ok, ni Kak Mot rasa kesan pada muka Kak Mot la. Kalau korang pakai tak tau macam mana. Takkan la pakai 1 hari dah terus flawless macam kulit model kan. Idok la gitu.

Kulit muka pun dah kurang kusam. Dulu aku rajin telan kolagen. Tapi semenjak ekonomi gawat ni poket aku pun gawat jugak. Sobssss... Kusam balik kulit muka. Huhu...

Bab jerawat, ada 1 baru ni nak naik kat tengah dahi. Yang antara kening dengan mata tu. Bila aku tenyeh Sakura Mask 2 hari terus tak jadi timbul. Haaaaa... Parut pun nampak la makin pudar. Terus rasa nak nyanyi lagu Rossa - Pudar. ;p

BB Cream pulak. Serius best. Ringan. Tak bercapuk. Bila sapu kat kulit sekata je. Tak berminyak. Kak Mot suka part tak berminyak sebab muka iols ni sangat la sensitif kalau salah pakai cream. Minyak boleh buat goreng-goreng. Kahkahkah! Tahan lama jugak BB Cream ni. 

Best! Best! Best! Kak Mot bagi 10 bintang. Haha! Over kan senah.

Bau BB Cream ni pun ok. Tak kuat sangat. Kak Mot pernah try yang korea punya BB Cream tapi pakai sikit pastu tak boleh pi dah. Pasal bau dia terlampau kuat. Seqy Beauty punya BB Cream just nice dengan hidung sensitif Kak Mot.

If terlupa pakai bedak pun takpe. Sebab memang nampak ok je macam dah berbedak. Aku pun lepas pakai BB Cream ni guna bedak baby johnson je. Kak Mot memang malas mekap ye.

So, meh la aku tepek muka since mula aku guna Sakura Mask n BB Cream. Kot la nampak perubahan. Hahahaha! Baru pakai so perubahan tu tak ketara sangat. Nanti aku follow up pulak untuk sebulan lepas guna. Mungkin dah cun macam Hally Berry. Eh... Haha!

  
Pic dalam bilik kat opis kecuali pic 1st. Hahaha! Untung la ada bilik kat opis. Kot tak mesti anak buah kata iols hantu selfie. Kihkihkih...

Start guna 4hb n pic yang Kak Mot collage kan tu sampai 12hb. 4hb tu gambo suci murni muka tak pakai apa-apa. Sakura Mask pun tak start lagi. Kusam kan. N pic seterusnya lepas memanjakan diri dengan Sakura Mask. Tepek BB Cream n bedak baby johnson. Abaikan la muka sebesar pinggan tu. Kak mot sudah kembali montel lepas cirit birit hari tu. Huhuhu...  

Aku guna skincare brand lain ye. Karang korang ingat guna Seqy Beauty gak. Nanti kita try skincare Seqy Beauty pulak. ;)

Bawah ni gambar hari ni.


   Haaaa.... Takdelah terus flawless gitu. Takpe. Kita tengok kalau continue pakai untuk hari-hari seterusnya. Moga Kak Mot istiqomah. Hewhewhew...

Kalau korang nak beli boleh contact Kak Jeng ye. Ni no Kak Jeng untuk diwassap yo #0122052091.

Or korang jenguk kat kedai Kak Jeng kat sini

secretofviruspadu.shoppy.my

Kak Jeng sedia membantu gitu.

Lupa lagi satu. Pic Kak Mot #nofilter okeh. N tak pakai effect beauty apa bagai. Kalau pakai effect mata Kak Mot bersinar macam mata kucing. Muahahahahaha!
  

Monday, November 9, 2015

Happy Anniversary

Bulan ni kan bulan anniversary kawen kitorang. Tapi macam biasa la. Asal anniversary je laki aku takde kat rumah. Kena pi outstation. Terkebil-kebil la kak mot kat rumah dengan anak-anak.

N today la anniversary nya... Yang ke 7 tahun. Happy Anniversary to me!!!

Dengan hari Isnin. Monday blues sangat. Lepas tu dak debab Hana tu melalak pulak pagi tadi. Kaki dia sakit. Cramp kot. Semalam sejuk. Dah kena dukung bangun dari katil. Masuk kereta dukung. Sampai rumah mak pun dukung. 20kg berdukung patah pinggang mak nak.

Tak tau la drama queen ke hape sebab air mata berjurai-jurai tu. Tapi kat rumah mak tadi dia gelak pulak. Eeeee.... Saje la dak debab ni. Tu la. Malam tadi sebelum tido sakan berkejaran dengan abang dia. Mendapat la bangun pagi kaki cramp.

So, kejap lagi balik ingat nak menyinggah Tesco. Cari DVD player. Hadiah anniversary untuk diri sendiri. Kesian je bunyinya ye. DVD player yang ada kat rumah rosak. Kak Mot nak layan cerita Terminator Genysis n Avengers. Tengok cerita action movie ko melayan diri. Sobssss...

Nak sambung buat keja.

Sambil layan lagu jiwang karats.

Sobbsssss....

    

Wednesday, November 4, 2015

BB Cream n Sakura Mask Seqy Beauty

Barang yang Kak Mot tunggu dah sampai opis tadi. 



*Lompat bintang 20 kali* 

Hehehehe..

Excited gila aku senah. Memang dah lama aim nak guna BB Cream n Sakura Mask Seqy Beauty ni. Tapi duit Kak Mot bulan lepas bagaikan tsunami tau. Kena pi berkampung kat Sungkai 4 malam dekat homestay. Roadtax mati. Terus rasa nak jual bulu kaki.

Tengok orang pakai jadi comey-comey teringin sangat. Testimoni gempak-gempak gitu. Testimoni bergambar pun rasa geram je tengok kulit jadi halus mulus. Parut-parut pun hilang. Ehhhhh... Tak boleh jadi....

Lagi satu aku nak pakai sangat sebab muka aku tengah naik jerawat ni. Hormon tak stabil sangat. Fefeeling muda je kan jerawat tumbuh melata. Chooyyyyyy.... Padahal remaja purba dah. Dah jerawat ofkos la berparut. Tu yang tak suka tu. Sobssss.... Ada BB Cream ni buleh la cover parut sementara Sakura Mask tu repair kulit aku kan.

Nanti Kak Mot review balik lepas seminggu dua ye. Makin banyak la gambo selfie aku dalam henpon ni. Kihkihkih... Masa sampai tadi pun terus bukak kat kaunter depan. Tak menyabor kekdahnya. Siap ajak member try sekaki. Sapu kat tangan sikit dah jatuh chenta. Ni kalau sapu kat muka camne ni. Jatuh chenta kuasa seribu juta la gamaknya.


Tazabar nak tepek kat muka sambil tengok tv berangan body n muka hot cam Kensi NCIS LA.

;-p

Siapa yang berkenan nak dapatkan BB Cream n Sakura Mask ni boleh tengok kat kedai Kak Jeng, 
secretofviruspadu.shoppy.my 

or wassap beramas mesra je terus dengan Kak Jeng, 0122052091. Skincare pun ada jual kat kedai Kak Jeng tu.

Pasti Kak Jeng tak menghampakan korang tau. :)


Monday, November 2, 2015

Cameron - Part 2 n The End Yang Tak Berjenis.. Hahaha!

Eh.. dah lama tak update. Hahahaha! Beria la siap ada part 1 untuk trip ke Cameron. Kesudahan nak update part 2 sampai berjinggut. Memang tak boleh buat cerita bersiri langsung. Kahkahkah!

Siap boleh pi Cameron lagi sekali pun tak update jugak. Ahahaha! Ok, aku bukan la gila Cameron tapi sebab orang dah ajak maka aku pi la jugak. 24hb lepas pi lagi. Tapi kali ni trip anak beranak ipar duai pulak kekdahnya. Tapi trip dengan kak ipar ni disaster sangat jadinya bila balik. Time nak pi pun dah disaster.

Masa nak naik atas kereta laki aku buat perangai. Nak sampai brinchang dah ni. So, turunkan mak mertua naik dengan kak ipar aku. Kami anak beranak turun balik sebab laki aku tak berani nak terus. Sat lagi ada berumah tangga kat Cameron. Turun la kami dengan tangisan Amir pasal tak puas hati Tobot Y kalah. Huauhauahua!

Kat Simpang Pulai laki aku cari bengkel. Kereta dia pulak pasang NGV. Kena cari bengkel NGV la. Bengkel yang kat Cameron tu tak berani buat. Masa nak turun tu ingat lepas ke bengkel nak shoot balik je. Tapi laki aku kesian pulak kat Amir.

Pi bengkel pun orang bengkel tak reti nak troubleshoot. Cuma dia agak pam kereta problem. Nak tukar pam takde sparepart. So, dia cakap try bagi minyak full. Ok, laki aku pun gigih la penuhkan tank. Lepas tu boleh pulak dia nak try naik lagi. Sukati ko la bang. Bukan aku yang drive. Memang la try sampai gak ke atas. Tapi masa dah betul-betul kat Brinchang tu boleh kereta buat perangai balik. Heeeee... Berbulu aje aku kan.

Sampai homestay, dengan aku lembik. Dia pun lembik. Amir muntah sebab pening berpusing turun naik sampai 2 kali kan. Malam tu memang bebudak 2 orang tu ikut kak ipar aku je la pi pasar malam. Aku tak larat. So, kesimpulan pi Cameron saje-saje nak penatkan badan je laki aku ni.

Esoknya pagi-pagi buta dah blah pasal kereta tu tak ok kan. Kak ipar aku gerak lambat. Yang jadi disasternya bila sampai rumah, aku keletihan n tido. Bangun tido badan panas. Demam rupanya. Pi klinik dapat MC sehari. Isnin tu demam dah ok. Cirit birit pulak dengan pakej muntah. 3 hari cirit non stop.

Tak tau la pasal apa cirit birit. Yang pasti aku sorang je yang jadi camtu. Laki aku ok, mak mertua ok, Amir ok, Hana ok. Sambung cuti n MC sampai rabu. Khamis mai opis jalan pun tak betul. Melayang-layang je badan.

Hari ni kira baru fully ok badan aku ni. Memang tobat la aku nak pi Cameron dah. Setakat nak strawberry cari je la kat Tesco ke, Giant. Lagi pun sekarang sangat la jammed kalau naik atas tu. Dah la kereta pun stok manual kan. Sado kaki akak tau. Hahaha!

Tu je la cerita Cameron. Aku langsaikan jadi part 2 n wassalamu terus.